Showing posts with label Cinta dan Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Cinta dan Jodoh. Show all posts

Friday, May 2, 2014

Buatmu Single Muslimah

Bukan mudah menghadapi ujian hidup sebagai single muslimah, meniti kehidupan tanpa sang lelaki bergelar suami. Ramai yang kecundang dengan perasaan lantas merasakan kehidupan tiada bermakna.

Jangan begitu wahai single muslimah. Ketahuilah, pasangan hidup bukanlah pelengkap kehidupan. Kita masih berhak menikmati kebahagian tanpa kehadiran pasangan hidup. Andai sudah tersurat kita tiada jodoh di dunia, berbahagialah kerana bukan itu matlamat utama Allah menjadikan kita di muka bumi ini.

Ingatlah, tujuan utama Allah menjadikan kita adalah untuk beribadat kepada-Nya. Apabila kita semat visi ini dalam hati dan minda kita, secara automatik hidup kita terarah dan bermatlamat.

Andai orang kata kita rugi kerana tidak mempunyai anak-anak yang soleh untuk mendoakan kita setelah kita kembali kepada-Nya, janganlah bersedih. Kita masih mempunyai dua lagi talian hayat ketika di alam barzakh iaitu sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Sedangkan mereka yang mempunyai anak, belum tentu anak mereka sudi mendoakan.

Andai orang kata, seseorang yang bergelar isteri dengan mudahnya menempah pahala walaupun dengan hanya seulas senyuman buat suami. Janganlah berdukacita kerana seuntai zikir lailahaillallah bukan sahaja syurga sebagai ganjaran, malah tumbuhnya pepohon yang rendang buat kita berteduh di sana nanti. Dan ingatlah menjadi seorang isteri memang mudah menempah pahala, tetapi juga senang menempah tiket ke neraka.

Andai mereka merasakan beruntungnya mempunyai pasangan hidup, dapat saling menyokong, saling memerlukan. Apa pula kurangnya kita yang ada Allah.. Allah sentiasa mendengar setiap rintihan kita, sedangkan pasangan hidup belum tentu sanggup mendengar rintihan kita 24jam..

Ketahuilah, ramai wanita yang dikurniakan pasangan namun mereka masih mengeluh. Suami mereka begitu begini..sedangkan kalau kita dikurniakan pasangan, belum tentu kita mampu bersabar dengan perangai pasangan. Begitu juga pasangan kita belum tentu dapat menerima perangai kita.

Ramai juga wanita mengeluh kepenatan menguruskan anak-anak. Sedangkan seandainya kita diuji dengan kenakalan anak-anak, belum tentu kita mampu bersabar dan bertahan. Apatah lagi sekiranya dikurniakan anak-anak istimewa, Allah tahu kita tidak mampu. Mungkin sebab itu Allah tidak mengizinkan buat kita.

Ramai juga kita lihat isteri-isteri dan ibu-ibu yang terlalu sibuk menguruskan keluarga sendiri sehingga mengabaikan hak-hak terhadap ibubapa, jiran tetangga, saudara seislam dan juga agama Allah itu sendiri. Sedangkan itulah kelebihan kita yang tak tertanding dengan mereka yang dikurniakan pasangan. Single muslimah mempunyai ruang yang banyak untuk menunaikan hak-hak terhadap ibubapa, jiran, saudara dan agama Allah. Alangkah ruginya kita andai kelebihan ini kita sia-siakan dek kerana terlalu memikirkan siapakah jodohku setiap masa dan ketika..

Oleh itu, bersabarlah wahai single muslimah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikir selain memikirkan tentang pasangan hidup. Fikirlah bagaimana untuk berbakti kepada ummah, kepada agama.

Andai sudah sampai jodoh, jangan ditolak. Tetapi andai ditakdirkan tiada jodoh di dunia, redhalah. Pasti akan ada jodohmu menanti di pintu syurga-Nya di akhirat nanti.insyaAllah..

La tahzan wahai single muslimah!

Saturday, October 19, 2013

Bila awak nak kawen part 2

Entry kali ni adalah sambungan daripada artikel part 1, boleh klik di sini untuk membacanya.  Entry part 1 merupakan versi nasihat dan motivasi. Tapi untuk part 2 ni merupakan cadangan jawapan atau respond yang mungkin boleh diberikan bila ada orang bertanya "Bila awak nak kawen?" atau soalan-soalan cepucemas lain yang seumpamanya.. 

Di bawah adalah antara respond-respond yang disusun mengikut ranking tahap ke'extrem'an berdasarkan situasi dan soalan-soalan yang diutarakan:

12. Q : Bila la agaknya awak nak kawen ea?
      A : Kenapa awak nak tau? Sambil senyum..=))

11. Q : Bila nak hidup berpasangan pulak?
      A : InsyaAllah, soon...

10. Q : Bila awak nak kawen?
      A : InsyaAllah, bila dah sampai jodoh nanti, saya jemput awak ea. Jangan tak datang pulak..

9.  Q : Bila awak nak kawen?
     A : Daripada awak tanya saya macam tu, lebih baik awak doakan semoga saya jumpa jodoh yang baik..

8.  Q : Sampai bila nak hidup single macam ni?
    A : Awak tau tak, soalan awak tu mengguriskan hati saya? Bukannya saya taknak kawen, tapi dah belum sampai jodoh nak buat macammana..dah banyak saya usahakan...bla bla bla...sob sob sob....

7.  Q : Bila awak nak kawen?
     A : Esok. Datanglah..

6.  Q : Kau ni bila nak kawen? 
     A : Takde soalan lain ke nak tanya? Mentang2 la kau dah kawen..

5.  Q : Bila kau nak kawen?
     A : Kau tu bila pulak nak dapat baby lagi?

4.  Q : Bila nak makan nasi minyak?
     A : Amik nasi, bubuh minyak banyak-banyak, pastu makan. Boleh makan anytime!

3.  Q : Bila la boleh makan nasi minyak kau ni...
     A : Sekarang pregnant anak ke-14 ke? Pagi2 hari lagi mengidam nak makan nasi minyak...

2.  Q : Lambat lagi ke kau nak kawen?
     A : Kau nak cepat ke, nak lambat? Kalau nak cepat, suruh laki kau masuk minang aku. Ok?

1.  Q : Asyik orang lain je yang kawen, kau bila pulak?
    A : Kau tu, bila pulak nak mati? Jawapannya kau tak tau kan. Sebab jodoh, ajal maut semua tu hanya Allah yang tau.

Setakat ni, jawapan yang paling extreme yang pernah aku bagi adalah yang no.4. Ayat no.2 nyaris-nyaris nak bagi, tapi pending lagi.. kalau orang yang sama masih lagi tanya soalan yang sama, memang aku takkan teragak-agak nak bagi ayat no.1 tu.. huf!

Sesungguhnya persoalan mengenai jodoh ni memang sensitif bagi sesiapa sahaja yang mencapai umur yang selayaknya sudah berumahtangga, tetapi masih belum bertemu jodoh.. namun, aku tak faham kenapakah insan-insan di luar sana especially yang dah kawen sibuk sangat nak tanya orang-orang bujang ni "Bila nak kawen?". Boleh tak sebelum terkeluarnya soalan tu, fikir dulu, apa niat dalam hati untuk bertanya? kalau bertanya tu untuk membantu membina masjid, then go ahead..bagus! Tapi kalau sekadar suka-suka je, simpanlah soalan tu.. cubalah fikir perasaan orang lain juga... ataukah ada juga insan yang memang hati busuk nak sakitkan hati orang je tau?hmmmm..tatau nak kata ape lagi daaa...  

Friday, August 31, 2012

Bila awak nak kawen?

Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran kita. Soalan-soalan yang dilontarkan oleh insan sekeliling biarpun secara gurauan terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, kita rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...

Ketika berkumpul bersama kawan-kawan, ramai antara mereka yang sudah menimang cahaya mata, sedangkan kita hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku mengalaminya juga..." Hati rasa lebih tersentuh apabila ibu dan ayah kita memeluk dan mencium anak orang lain. Kita faham itu petandanya mereka sangat mendambakan cucu mereka sendiri...

Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak kita. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun kita harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan kita untuk bertemu jodoh. Kita harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dalam menghadapi saat ini, usahlah diturutkan sangat dengan tekanan perasaan dek sindiran insan sekeliling. Tapi cubalah ikhtiar dan muhasabah diri kita. Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?

Selain itu, cuba kita muhasabah diri kita. Adakah ikhtiar kita selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah kita sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah kita sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat kita. Teruskan usaha dan bersabarlah...

Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, kita juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap kita yang lambat jodoh. Mungkin kita hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh; dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah kita yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita. Bila kita sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk kita menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar kita lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.

Akhir sekali, usahlah bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita; jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya...

*************************************
Sangat bosan sebenarnya nak menjawab soalan2 cepucemas macam ni... macam2 versi jawapan dah aku bagi, tapi soalan yang sama tetap berulang.... baru je raya baru ni, mak sedara aku tanya, last skali aku jawab, "benda2 macam ni bukan boleh ditanya, tapi kenalah doakan.. kalau jawab esok lusa kawen pon, dah Allah belom izinkan, benda tu takkan jadi jugak...." itu jawapan yang dikira agak biadap aku rasa, tapi dah memang tak tahan dah diserbu dengan soalan macam tu nak wat camane?? Artikel ini adalah antara karya aku yang published kat laman web iluvislam..ni link dia, boleh klik sini. ia sekadar untuk peringatan dan nasihat buat diriku dan sahabat2 yang mengalami nasib yang sama macam aku... 

Sunday, August 26, 2012

Wanita Ibarat Epal


Di saat orang lain dah ramai yang bertemu jodoh, kita masih sendirian menanti bilakah tiba masanya untuk kita mengecapinya pula... dalam perjalanan mencari jodoh, jangan kita sebagai wanita menjadikan nasib kita seperti epal... 

**********************************************

Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.

Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.
Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

Sumber : akuislam.com

Saturday, March 24, 2012

Tentang Mahar

Tetiba rasa nak meluahkan sesuatu di sini.tentang mahar dan juga hantaran perkahwinan... bila tengok post2 dekat FB, ramainya lelaki mengeluh takde duit nak kawin... dan aku cukup kesian tengok kaum Adam ni berhempas pulas kumpul duit ribu riban nak bagi dekat bakal isteri dia tuh. 

Bagi aku sendiri sebagai seorang wanita, aku tak sanggup tengok bakal husband aku berhempas pulas kumpul duit banyak2 semata-mata nak buat hantaran.... dah namanya nak hidup bersama, kenalah saling tolak ansur, susah senang bersama, tak payah lah nak menyusahkan si dia, dah nak jadi milik kita pon...  

Tapi hasil risikan aku melalui kawan2 perempuan yang dah ada boyofren tapi belom kawin2 tuh, kebanyakan lelaki ramai jugak yang suka buat congakan sendiri tanpa bincang dulu dengan gelifren dia tuh..contohnya kalau taraf SPM RM5000, kalau diploma RM7000, kalau degree RM10,000, PHD RM20,000..kalau yang ada certificate lain lagi tambah lagi berpuluh2 ribu lagi... 

Come on guys...tak semua wanita materialistik. tak semestinya wanita yang belajar tinggi tuh nak letak mahar tinggi2 jugak.. memang tak dinafikan ramai jugak wanita yang perasan diri tuh 'mahal', tapi bagi wanita yang solehah, mahal dirinya bukan terletak kepada tahap pendidikan tetapi dengan menjaga maruah diri. wanita solehah yang menjaga maruah diri secara automatik menjadi mahal. itulah sifirnya...

Kesimpulannya, bagi lelaki, sebelum mencongak sorang diri tuh, better berbincang dulu dengan bakal pasangan hidup anda tuh betol2. kalau after discussion tuh, wanita tuh still mintak mahal2, cari jelah wanita lain.... percayalah, kalau wanita tu baik, dan berasal dari keturunan yang baik, dia akan permudahkan urusan munakahat nih...insyaAllah....
Cuba tengok salah satu statement dari Ustaz Azhar Idrus kat atas tuh, "RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker" aku tambah lagi, wanita yang lengkap ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu nak didik anak, ilmu memasak, dan segala macam ilmu lain lagi... so, bagi wanita yang nak letak 'harga diri' tuh mahal2, cuba muhasabah diri tu dulu, dah complete ke ilmu dalam dada?? jom sama-sama fikirkan dan koreksi diri kita... 

Saturday, December 18, 2010

Cari Menantu

"Pakcik berkenan la dengan budak tu..."

mak aaii... terkejutnya aku... masa tuh, dalam hati nih, rasa dup-dap dup-dap.. miangnyer pakcik ni.. atas kepala tuh, kopiah tak pernah lepas... sambil undur sikit ke belakang, aku tanya dia balik..

"Berkenan macammana tu pakcik?"

"Pakcik berkenan nak buat menantu la...."

hahahaha.... tak tahan gelak aku..hish, tak cover langsung aku nih.. depan sorang pakcik yang sedang cari menantu pun aku boleh tergelak besar camtu..hehe

Sebenarnya pakcik tu tuan umah sewa aku ni... dia datang nak amik duit sewa umah time tu.. sambil-sambil amik duit sewa tu, kitaorang borak gak la sikit-sikit.. pakcik tu tanya aku pasal kerja, background dan macam2 lagi lah..

Tiba-tiba pakcik ni tanya kat aku pasal sorang bekas housemate aku.. pakcik ni sempat jumpa si F tu masa mula-mula kitaorang masuk umah ni dulu... dan tiba-tiba cakap berkenan pulak kat si F tu nk dibuat menantu.. aku gelak besar tu bukan apa, sebab si F tu bukan boleh jadi menantu, nanti tak pasal-pasal jadi hantu pulak..

Lepas tu aku terus cakap kat pakcik tu.. better cari gadis lain la pakcik.. dan aku citer la cikit2 pasal budak tuh.. bukan aku nak burukkan atau nak aibkan orang.. cuma aku rasa cam tak adil je kalau pakcik tu tak tahu perangai sebenar budak tuh..

But then, aku tanya jugak, kenapa pakcik tuh berkenan sangat nakkan budak tu jadi menantu.. rupa-rupanya dia nak cari gadis kampung.. macam terpelihara dari segi sosial.. see..memang tak sesuai langsung la budak tu yang tiap-tiap malam keluar ngan laki mana entah sampai pukul1-2 pagi baru balik...

Dan.. time tuh aku terfikir.. time tuh aku pakai kain batik + tshirt lengan panjang + tudung.. sopan gitu.. tapi kenapa la pakcik tu tak berkenan kat aku?kuang3x~

"Pakcik tak nak amik saya jadi menantu pakcik ke?" aku bertanya.. dalam hati jer la.. ngee~

Friday, December 3, 2010

Aku Dan Lelaki~

Kawan aku selalu cerita... bila dia jalan sorang2, mesti ada lelaki2 gatal usik dia, follow dia, bersiul2 dan macam2 lagi la.. tapi aku pelik kenapa aku tak pernah diusik camtuh? haha..aku tahu jawapannya.. sebab aku selalu buat muka masam macam cuka.. muka serius.. ditambah lagi dengan perwatakan aku aku yang otai lagi brutal nih.. so, mana ada lelaki yang berani dekat.. hoho.. aku suka camtuh!

Kesinambungan daripada perangai aku yang tak berapa nak layan lelaki ni, aku takde ramai kawan lelaki... yang ada pun selalu cari gaduh ngan aku.. tak tahu la kenapa lelaki-lelaki ni suka sangat cari gaduh ngan aku.. kat ofis tu usah cerita la.. hari2 gaduh ngan budak sorang tuh ditambah pulak dengan si bos kecik tuh! suka hati sangat2 budak berdua tuh kalu dapat kenakan aku.. tapi aku yang sememangnya brutal ni tak heran pun bila kena buli camtuh tiap2 hari.. relax la.. aku buli balik.. kena sebijik dua bijik pun dah ok....

Ada lagi satu citer pasal sorang mamat nih.. first time kitaorang bertegur sapa.. masa tuh dalam teksi time aku balik dari kerja... aku tak berapa ingat dah dia yang tegur aku dulu atau aku dulu yang tegur dia.. tp apa yang paling aku ingat adalah 'ayat power' dia tu.. mula2 aku tanya dia nak turun kat mana? pastu dia jawab la nak turun kat tuutt.. dengan muka separuh terkejut, aku cakap la, "eh, tak pernah nampak pun naik bas waktu pagi..." haa... ni dia terkeluar ayat power dia,

"dah engko tak pandang orang, mana nak nampak orang yang ada dalam bas tuh!"

adoi la... first time tuh kitaorang jumpa.. terus kena paku camtuh, saja je nak cari gaduh ngan aku ler tu.. blushing gak la muka aku time tuh.. tapi aku memang tak perasan langsung dia sebelum ni.. lepas daripada kejadian tuh, nampak je dia dari jauh, aku dah lari jauh-jauh... tapi sekarang ni satu je masalah.. bila jumpa dalam bas, dia mesti sengih kat aku macam kerang busuk.. mula2 ok lagi, tapi kalau dah tiap2 hari jumpa tak larat lagi dah nak balas senyuman kambing dia tuh.. so, alternatif lain adalah bila nampak dia nak naik bas tuh, aku cepat2 buka hanset...kadang-kadang buat2 tidur la.. pandang tepi cermin la.. kadang2 terfikir nak jelir lidah la plak!!!

Tapi ada satu tempat yang aku suka buat sedikit gedik dan bermanis muka.. tempat istimewa tu adalah pasar malam! reasonnya sebab bila buat manis muka camtuh, dapat la beli barang dapur dengan harga yang berbaloi-baloi....ngeh3x.... 


p/s: lelaki tak suka ke perempuan ganaz n otai cam aku nih?=p

Friday, October 29, 2010

5C yang aku tak heran

1. Car - means sport car or other fancy cars
Reason : Tak guna kalu dpt laki yg ada fancy car kalau tiap2 hari dia tilik ‘bini’ kesayangan dia tu jer.... kalau kita sesekali nak try drive confirm tak bagi.

2. Career
Reason : Tak guna juga kalu dpt lelaki yg berkerjaya & bergaji tinggi kalau tiap2 minggu asyik outstation jer.. tinggal anak bini 2-3 minggu baru balik.. kebajikan anak bini semua terabai~

3. Credit card @ Cash money
Reason : Kasih sayang dan kebahagiaan bukan boleh dibeli dgn wang ringgit, harta dan kemewahan..

4. Condo - means rumah mewah
Reason : Kebahagiaan juga bukan terletak pada rumah besar.. tak semua rumah besar dpt menjadi “Rumahku Syurgaku”

5. Communication – means sweet talker
Reason : Tak kenyang makan pujian or ‘pump’ melambung2.. air kosong pun kalau bagi dekat sweet talker mcm madu + cremier pekat manis pun still tawar jer....

Kesimpulan:

Pesanan kepada wanita : Jangan terlalu bersifat materialistik... 5C tu semua bersifat keduniaan semata2 dan takkan kekal selamanya.. dan sememangnya kebahagiaan hidup bukan terletak pada 5C tu....

Pesanan kepada lelaki : Anda tak perlu berbangga dgn apa yg anda miliki especially 5C tu kerana tak semua wanita bersifat materialistik! Malah anda perlu berhati2 kerana kebanyakan wanita yg sanggup hidup bersama anda hanya kerana 5C tu jer, bukan betul2 ikhlas menyintai anda...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin