Saturday, December 18, 2010

Cari Menantu

"Pakcik berkenan la dengan budak tu..."

mak aaii... terkejutnya aku... masa tuh, dalam hati nih, rasa dup-dap dup-dap.. miangnyer pakcik ni.. atas kepala tuh, kopiah tak pernah lepas... sambil undur sikit ke belakang, aku tanya dia balik..

"Berkenan macammana tu pakcik?"

"Pakcik berkenan nak buat menantu la...."

hahahaha.... tak tahan gelak aku..hish, tak cover langsung aku nih.. depan sorang pakcik yang sedang cari menantu pun aku boleh tergelak besar camtu..hehe

Sebenarnya pakcik tu tuan umah sewa aku ni... dia datang nak amik duit sewa umah time tu.. sambil-sambil amik duit sewa tu, kitaorang borak gak la sikit-sikit.. pakcik tu tanya aku pasal kerja, background dan macam2 lagi lah..

Tiba-tiba pakcik ni tanya kat aku pasal sorang bekas housemate aku.. pakcik ni sempat jumpa si F tu masa mula-mula kitaorang masuk umah ni dulu... dan tiba-tiba cakap berkenan pulak kat si F tu nk dibuat menantu.. aku gelak besar tu bukan apa, sebab si F tu bukan boleh jadi menantu, nanti tak pasal-pasal jadi hantu pulak..

Lepas tu aku terus cakap kat pakcik tu.. better cari gadis lain la pakcik.. dan aku citer la cikit2 pasal budak tuh.. bukan aku nak burukkan atau nak aibkan orang.. cuma aku rasa cam tak adil je kalau pakcik tu tak tahu perangai sebenar budak tuh..

But then, aku tanya jugak, kenapa pakcik tuh berkenan sangat nakkan budak tu jadi menantu.. rupa-rupanya dia nak cari gadis kampung.. macam terpelihara dari segi sosial.. see..memang tak sesuai langsung la budak tu yang tiap-tiap malam keluar ngan laki mana entah sampai pukul1-2 pagi baru balik...

Dan.. time tuh aku terfikir.. time tuh aku pakai kain batik + tshirt lengan panjang + tudung.. sopan gitu.. tapi kenapa la pakcik tu tak berkenan kat aku?kuang3x~

"Pakcik tak nak amik saya jadi menantu pakcik ke?" aku bertanya.. dalam hati jer la.. ngee~

Saturday, December 4, 2010

Bila aku marah.........

Lain orang  lain caranya bila sedang marah.... ada orang suka maki hamun orang yang buat dia marah.. ada pulak yang tumbuk muka orang tu sampai lebam.. ada jugak lepas kemarahan kat makanan.. makan banyak-banyak.. tak kurang jugak yang pendam dalam hati sorang2..

Bila aku marah, aku diam seribu bahasa.. hilang semua gelak ketawa.. orang tanya dua patah aku jawab sepatah... biasanya orang kenal aku yang banyak mulut.. tak henti2 cakap.. memang mulut bising gak la.... sampai jadi pelik pulak kalau tak dengar suara aku dalam sehari tuh.. tapi bila tengah marah, jangan harap la nak dengar suara aku nih!

Lagi satu, aku takkan bertegur sapa lagi dengan orang yang buat aku marah tuh... sampai la dia mintak maaf ngan aku.... ego kan aku nih...hehe.. So, bagi sesaper yang pernah atau sedang buat aku marah, better cepat2 mintak maaf ngan aku... cepat!!

Teringat zaman sekolah dulu... aku betol2 marah dengan someone tuh! rasa nak tumbuk je muka dia.. tapi last2 aku tumbuk dinding.. konon nak uji tahap tumbukan aku ler tuh! adoi la.. sakit rupanya tumbuk dinding nih..ingatkan boleh retak dinding kongkrit tuh!haha..

Tapi aku takder la mudah marah sangat.. gaya je macam garang.. tapi bukan mudah amik hati pun.. bagi saper2 yang kenal aku tau ler perangai aku yang sebenarnya...hehe.. 

Friday, December 3, 2010

Aku Dan Lelaki~

Kawan aku selalu cerita... bila dia jalan sorang2, mesti ada lelaki2 gatal usik dia, follow dia, bersiul2 dan macam2 lagi la.. tapi aku pelik kenapa aku tak pernah diusik camtuh? haha..aku tahu jawapannya.. sebab aku selalu buat muka masam macam cuka.. muka serius.. ditambah lagi dengan perwatakan aku aku yang otai lagi brutal nih.. so, mana ada lelaki yang berani dekat.. hoho.. aku suka camtuh!

Kesinambungan daripada perangai aku yang tak berapa nak layan lelaki ni, aku takde ramai kawan lelaki... yang ada pun selalu cari gaduh ngan aku.. tak tahu la kenapa lelaki-lelaki ni suka sangat cari gaduh ngan aku.. kat ofis tu usah cerita la.. hari2 gaduh ngan budak sorang tuh ditambah pulak dengan si bos kecik tuh! suka hati sangat2 budak berdua tuh kalu dapat kenakan aku.. tapi aku yang sememangnya brutal ni tak heran pun bila kena buli camtuh tiap2 hari.. relax la.. aku buli balik.. kena sebijik dua bijik pun dah ok....

Ada lagi satu citer pasal sorang mamat nih.. first time kitaorang bertegur sapa.. masa tuh dalam teksi time aku balik dari kerja... aku tak berapa ingat dah dia yang tegur aku dulu atau aku dulu yang tegur dia.. tp apa yang paling aku ingat adalah 'ayat power' dia tu.. mula2 aku tanya dia nak turun kat mana? pastu dia jawab la nak turun kat tuutt.. dengan muka separuh terkejut, aku cakap la, "eh, tak pernah nampak pun naik bas waktu pagi..." haa... ni dia terkeluar ayat power dia,

"dah engko tak pandang orang, mana nak nampak orang yang ada dalam bas tuh!"

adoi la... first time tuh kitaorang jumpa.. terus kena paku camtuh, saja je nak cari gaduh ngan aku ler tu.. blushing gak la muka aku time tuh.. tapi aku memang tak perasan langsung dia sebelum ni.. lepas daripada kejadian tuh, nampak je dia dari jauh, aku dah lari jauh-jauh... tapi sekarang ni satu je masalah.. bila jumpa dalam bas, dia mesti sengih kat aku macam kerang busuk.. mula2 ok lagi, tapi kalau dah tiap2 hari jumpa tak larat lagi dah nak balas senyuman kambing dia tuh.. so, alternatif lain adalah bila nampak dia nak naik bas tuh, aku cepat2 buka hanset...kadang-kadang buat2 tidur la.. pandang tepi cermin la.. kadang2 terfikir nak jelir lidah la plak!!!

Tapi ada satu tempat yang aku suka buat sedikit gedik dan bermanis muka.. tempat istimewa tu adalah pasar malam! reasonnya sebab bila buat manis muka camtuh, dapat la beli barang dapur dengan harga yang berbaloi-baloi....ngeh3x.... 


p/s: lelaki tak suka ke perempuan ganaz n otai cam aku nih?=p

Thursday, December 2, 2010

Aku Menulis...........

Bukan selalu aku berkunjung ke sini.. aku hanya menulis bila perlu.. bukan takde masa lapang.. bukan juga sebab nak cerita kat semua orang tentang kehidupan aku...

Aku cuma menulis utk meluahkan apa yg terpendam dalam hati aku.. aku cuma menulis bila aku rasa tak tenang.. dah jadi habit kot, bila aku sedih, bila aku rasa sunyi.. dan bila aku rasa sakit hati, mesti aku lepak kat sini.. macam pakwe aku pulak blog ni kan.. di sinilah aku luahkan rasa, di sinilah tempat aku mengadu, tempat aku mengeluh bila tak tahu arah tuju... 

Saat ini, aku tak tahu apa yang aku rasa... rasa sayu, tapi tak tahu kenapa dan utk apa.. dah dua tiga hari kot aku rasa sayu camni.. pergi kerja pun rasa seperti berada di awangan... blurr je.. 

Dua hari lepas... aku sakit hati sangat2.. terasa hati sangat2.. rasa nak menangis pun ada... baru aku tahu perangai dia yang sebenarnya.. aku bukan dungu sangat utk membezakan mana gurauan dan mana hal serius... ok fine, moving forward.. no more jokes, no more greeting or anything unrelated to work!

Baru 3 hari lepas, sempena genap umurku 23 tahun, aku niatkan dalam hati.. nak maafkan semua orang.. nak lupakan semua yg menyakitkan, tak nak berdendam.. buang semua yang terasa dalam hati.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri... aku rasa sakit, geram, benci!!

Dan seperti biasa... bila aku rasa sakit hati.. perkara yang biasa aku lakukan adalah menjauhkan diri.. aku rasa nak lari jauh sejauhnya... aku tak nak jumpa mereka2 tu... aku nak pergi membawa diri... tapi ke mana? takdir aku hanya di sini.. 

Saturday, October 30, 2010

Bicara Tentang CINTA

Benarlah orang kata CINTA itu tak boleh dipaksa.... kita tak boleh paksa orang lain menyintai kita, begitu juga orang lain tak boleh paksa kita menyintainya... CINTA itu hadir dengan sendiri tanpa kita sedari.. siapakah gerangannya dan bila waktunya hanya Allah yang tahu.. 

Setelah lebih setahun aku merawat hati sendiri.. baru ku tahu erti sakit hati, kecewa, terluka dan sebagainya.. dalam masa setahun lebih tu juga banyak perkara yang aku lalui.. insan hadir dan pergi.. ada yang hadir untuk menyembuh luka, ada yang hadir sekadar untuk ambil tahu samaada masih egokah aku.. tak kurang juga  yang hadir semata-mata utk mengambil kesempatan... namun ada juga yang betul2 ikhlas... 

Tapi hati aku... sukar utk dimengerti.. bukan aku menutup pintu hati aku utk insan lain.. bukan juga aku masih mgharapkan dia..langsung tidak.. tapi aku tiada alasan yang kukuh utk menolak insan yg ikhlas mendekati aku.. alasan yang aku ada hanyalah.. aku belum bersedia dan CINTA itu belum hadir.... 

Teringat aku akan kata2 seseorang tu.. sekiranya CINTA itu benar2 hadir dalam hati kita, kita akan merasa senang untuk menerimanya.. tak perlu dipaksa.. benarkah? 

Namun tak dpt dinafikan... aku serik..aku tak nak terluka lagi... CINTA merupakan pelaburan yang paling tidak berbaloi.. sekali gagal, kesannya terlalu lama untuk kembali normal... lantas aku mengenepikan perasaan yg hampir bercambah.. ku cantas setiap putik yg hampir berkembang.. 

Aku berjanji pada diri sendiri... aku takkan bagi harapan kepada sesiapa pun selagi mana aku belum bersedia.. selagi mana CINTA itu belum benar2 terbukti dapat memberi pulangan yang berbaloi... teruk sangatkah kalau aku menyamakan CINTA dgn pelaburan? aku rasa tidak terlalu janggal memandangkan CINTA banyak melibatkan pembaziran.. pembaziran masa, duit, kredit.. dan yang paling utama adalah pembaziran air mata.. tipulah kalau setiap CINTA tak pernah melibatkan air mata!!

-You are my Hero if you can change my perspective about LOVE-

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin