Saturday, September 15, 2012

Sudah Jatuh Tergolek Dihempap Pula Tangga Konkrit

Tanggal 16 Ogos 2012, hari yang malang dalam hidup aku bila jatuh tergolek-golek atas jalan tar bersama motor kesayangan yang baru beli tak sampai setahun....aduhai sedihnya... 

Masa kejadian tu aku rasa geram dan jugak kelakar.... geram tu sebab kereta yang langgar aku tu tak berhenti pon nak tolong aku yang tak sedar diri masa tuh... memang tak bertanggungjawab betol la orang tuh, dah la langgar aku, pastu tinggal camtu jer... nasib baik je ada kereta kat belakang berhenti dan tolong hantar aku pegi hospital. 

Yang kelakarnya pulak, masa accident tu, aku pengsan sekejap..memang aku tak sedar langsung camana aku jatuh and sape yang tolong... sedar-sedar, aku dah kat tepi jalan... masa tuh rasa blurr giler.. tetiba terkeluar dari mulut aku nih, "saya kat mana nih?" sambil pandang sekeliling... dalam hati aku dah tergelak, apasal rasa macam dalam drama tv pulak nih, tetiba amnesia...haha.. tapi dalam hati masih tertanya-tanya, " aku nak pegi mana sebenarnya? aku nak pegi keje ke? aku keje kat mana?...." tanya dalam hati jela...kalau aku tanya orang  yang tolong aku tu, dia mesti tak tau nak jawab ape sebab dia tak kenal aku..lagipon malu pulak nak tanya nanti dia fikir aku dah lost memory pulak.. padahal aku memang betul-betul lost memory time tu..tapi nasib baik sekejap jela amnesia tu...

Luka? memang banyak jugak la.. tapi nasib baik je takde luka dalaman and patah-patah...syukurlah.... cuma luka tergeser tu banyak la.. paling teruk kat lutut dan luka yang dalam sikit kat pinggang... Luka yang paling bermakna pulak kat pipi kanan.. sekarang ni dah lekat parut sebijik macam Mael Lambong..dah la muka tak comel, ada parut camni makin la tak comel..makin kurang la saham aku..sobsobsob... pastu ada rasa sedikit benjol kat kepala.. maybe terhentak kat helmet kot... and maybe sebab tu jugak la I've lost my memory for a while..huhu... dan ada jugak sikit luka kat buku lima tangan kanan ni.. tak rock la kalau bawak motor takde parut kat buku lima tu..ye dop??=p

Bercerita mengenai ubat pulak.... genap sebulan lepas tu baru la sembuh sume luka-luka tu setelah berbagai jenis ubat aku sapu dan makan...ubat antibiotik amik dua round, 1st round yang biasa-biasa 20 bijik then 2nd round dos yang paling tinggi 20 bijik lagi lepas habis 1st round telan tapi tak sembuh-sembuh lagi...degil betul luka nih nak sembuh....lepas tu siap beli gamat gel dan jus lagi tu... habis la RM100 untuk gamat je... geli jugak nak minum jus gamat tu..berlendir je... wanita yang bersalin pon minum jus tu untuk lekas sembuh dari luka bersalin... untuk ubat sapu pulak, aku kira-kira lebih 6 jenis ubat...antaranya krim antibiotik, minyak gamat, ubat kuning, dan tiga jenis lagi ubat kat kampung yang aku tak tau nama ape..hehe...

Ok, bila sume luka dah sembuh, tiba masa untuk merawat parut la pulak... aku ikut je ape orang cakap nak bagi cepat hilang parut especially parut Mael Lambong tu... ada orang tu cakap guna Gel Gamat.. ok aku beli..sapu dalam dua minggu, nampak takde improvement.. then orang lain pulak suggest Mederma.. ok aku beli..RM58 tapi aku dapat separuh harga..macammana boleh dapat discount 50% tu rahsia..hehe... until now dah dekat sebulan guna Mederma, ada la nampak pudar sikit parut tu... sambil-sambil tu, ada jugak guna petua tradisional sapu serbuk kayu manis, kulit pisang dan banyak lagi dapat petua dari internet... lepas dua bulan kalau tak hilang lagi semua parut ni, nak try vitamin E cream pulak.. tak pon Bio Oil.. haish..duit lagi...=(

Motor pulak camane? ni part paling menyedihkan... sudah jatuh ditimpa tangga konkrit... lepas aku pegi hospital, aku terpaksa tinggalkan motor sekejap kat tepi jalan tu.. tapi bila nak pegi amik petang tu, tengok-tengok dah takde tayar, sport rim, break dan banyak lagi barang-barang kecik kat tayar motor tuh...cilaka punya pencuri...kalau nak curi tu curi jela sebijik motor terus... baru boleh claim insurans.. kalau hilang by part camtu insurans tak cover...insurance company pon satu hal..asyik nak untung je...haish..memang nasib malang betol la aku ni... lepas hantar workshop, siap baiki sume, melayang la duit lagi RM700...mahal giler nak ganti sume barang-barang yang hilang tu... pada asalnya memang sikit je rosak motor sebab accident around RM100+/- je... sedih.....=(

My boyfren baru lepas basuh, hensem berkilat... tapi sekarang dah tak hensem lagi dah...=(

Disebabkan accident tu, aku dapat berehat selama setengah bulan... MC seminggu, sambung AL seminggu then dapat compassionate leave lagi 3hari sebab tetiba nenek aku meninggal pulak... nenek aku meninggal tuh rasa terkilan la pulak sebab aku tak sempat nak jumpa dia buat kali terakhir... aku baru berniat lepas dah boleh jalan sikit-sikit nak gi jenguk nenek kat sebelah umah..dah dua bulan dia sakit tua... tapi bila aku boleh jalan slow2, tiba-tiba dia masuk wad pulak..3hari kemudian dia meninggal dah... masa hari ketiga dia masuk wad tu, nampak macam dah nak sihat..dah makan banyak, boleh bersembang cam biasa... so, aku, abang dan kakak bertolak ke Bangi memadangkan cuti MC and AL aku dah habis...baru je sampai Bangi Pukul12 tengahari, tiba-tiba abang call nak balik kampung semula sebab nenek dah meninggal... abang aku pecut kereta 120km/j.. aku kat belakang sangat kecut perut...doa tak putus-putus supaya selamat sampai kampung...5jam je dah sampai kelantan.. tapi masa sampai tu Imam baru je selesai baca talkin...pergilah nenek bertemu dengan Penciptanya...kubur arwah nenek kat bawah kubur arwah adik aku... semoga mereka berdua dicucuri rahmat dan dijauhkan azab dan seksa kubur..ameen....

First day aku masuk kerja lepas cuti lama, apalagi..berkerumun ofismate datang kat cubicle aku...macam-macam soalan ada..."You camane sekarang? Dah ok? Camane boleh accident? Motor camane? Ada orang tolong ke? bla bla bla....." tak larat aku nak jawab...rasa nak record je, then bila ada orang lain yang datang tanya lagi, boleh turn on je jawapan yang dah dirakam tu..hahaha.... jahat aku ni..orang tanya tu kan tanya prihatin dan ambil berat pasal aku...hmmm, disayangi ramai jugak aku rupanya...hehe.... yang paling tak tahannya, orang yang tak tau aku accident ada pulak yang tanya, "You baru bangun tido ke? pipi you merah...." aku jawab, "ingat aku ni suka tido kat ofis ke?" dalam hati jela jawabnya... ada jugak yang tanya, "You pakai blusher ke?" aku jawab lagi dalam hati, "Ingat aku ni jakun sangat ke pakai blusher sebelah pipi jer?" hmm, tahan geram jela aku dengan parut Mael Lambong ni....

Begitulah cerita nasib malang yang bertimpa-timpa bermula dari accident sehinggalah nenek meninggal... semoga takde lagi nasib malang lepas ni...tak terdaya lagi dah nak menanggungnya....

>> Parut luka di luar masih boleh dihilangkan dengan Mederma, tapi parut luka di hati camane nak hilangkan??

Friday, August 31, 2012

Bila awak nak kawen?

Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran kita. Soalan-soalan yang dilontarkan oleh insan sekeliling biarpun secara gurauan terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, kita rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...

Ketika berkumpul bersama kawan-kawan, ramai antara mereka yang sudah menimang cahaya mata, sedangkan kita hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku mengalaminya juga..." Hati rasa lebih tersentuh apabila ibu dan ayah kita memeluk dan mencium anak orang lain. Kita faham itu petandanya mereka sangat mendambakan cucu mereka sendiri...

Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak kita. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun kita harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan kita untuk bertemu jodoh. Kita harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Dalam menghadapi saat ini, usahlah diturutkan sangat dengan tekanan perasaan dek sindiran insan sekeliling. Tapi cubalah ikhtiar dan muhasabah diri kita. Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?

Selain itu, cuba kita muhasabah diri kita. Adakah ikhtiar kita selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah kita sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah kita sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat kita. Teruskan usaha dan bersabarlah...

Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, kita juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap kita yang lambat jodoh. Mungkin kita hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh; dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah kita yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita. Bila kita sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk kita menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar kita lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.

Akhir sekali, usahlah bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita; jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya...

*************************************
Sangat bosan sebenarnya nak menjawab soalan2 cepucemas macam ni... macam2 versi jawapan dah aku bagi, tapi soalan yang sama tetap berulang.... baru je raya baru ni, mak sedara aku tanya, last skali aku jawab, "benda2 macam ni bukan boleh ditanya, tapi kenalah doakan.. kalau jawab esok lusa kawen pon, dah Allah belom izinkan, benda tu takkan jadi jugak...." itu jawapan yang dikira agak biadap aku rasa, tapi dah memang tak tahan dah diserbu dengan soalan macam tu nak wat camane?? Artikel ini adalah antara karya aku yang published kat laman web iluvislam..ni link dia, boleh klik sini. ia sekadar untuk peringatan dan nasihat buat diriku dan sahabat2 yang mengalami nasib yang sama macam aku... 

Sunday, August 26, 2012

Wanita Ibarat Epal


Di saat orang lain dah ramai yang bertemu jodoh, kita masih sendirian menanti bilakah tiba masanya untuk kita mengecapinya pula... dalam perjalanan mencari jodoh, jangan kita sebagai wanita menjadikan nasib kita seperti epal... 

**********************************************

Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.

Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.
Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

Sumber : akuislam.com

Sunday, August 5, 2012

Kembara Menggapai Impian

Pendakian menuju ke puncak gunung tak banyak bezanya dengan perjalanan kita dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telahpun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan, ada yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada juga yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut.

Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya.

Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan!

Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter.

Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa. Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian.


Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya.

Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing.

Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga.


Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula! Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya.



Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah. Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi..   

Saturday, May 26, 2012

Disappointed Actuary

Student Actuary yang berjaya lulus kesemua exam actuary akan diiktiraf sebagai Appointed Actuary a.k.a Aktuary yang bertauliah. Manakala mana2 student Actuary yg tidak lulus atau memang tak pernah sit for any papers called 'Disappointed Actuary' a.k.a Actuary yang tidak bertauliah or failed to meet requirement to be an Actuary. Tapi adalah lebih tepat dikatakan Actuary yang kecewa..haha..sebenarnya istilah ni tak wujud pon, saje je aku nak bagi gelaran kepada diri sendiri yang gagal menjadi actuary ni..huhu...

Jadi, ke mana arah tujunya bagi disappointed actuary ni?? Jangan la sedih dan risau sangat. Bumi Allah ni sangat luas untuk kita mencari rezeki even tak dapat jadi actuary. Sebenarnya masih banyak peluang kerja yang ada untuk graduan2 actuary ni... Bukan hanya student actuary, malah student math or statistic pun berpeluang cerah untuk mendapatkan kerja sebaik sahaja tamat belajar...

Entry kali ni sebenarnya nak menjawab soalan2 yg diajukan oleh reader blog aku nih.. dah banyak soalan yang dikumpul dan ditangguh2 untuk aku menjawabnya. Baru sekarang ada rasa rajin sikit untuk menjawabnya.. ceewah..macam career consultant plak aku nih...

Di sini aku nak share pengalaman dan pengetahuan yang aku ada berdasarkan soalan yang diajukan..

1. Q : Kalau nak diiktiraf jadi aktuari kena lulus at least 4 professional paper ke?
    A : Bukan hanya 4 paper, tapi ada 8 papers semuanya untuk first stage. Lepas tu ada lagi beberapa paper     yang lebih spesifik iaitu untuk sape2 yang nak jadi fellow. Fellow nih merupakan actuary yang lagi hebat daripada Appointed Actuary. Kat Malaysia nih boleh bilang ngan jari je insan2 yang jadi fellow. Dan FYI gaji fellow nih boleh cecah 5-6 angka sebulan!

2.  Q : Paper ni kena ambil bile? waktu belajar ke after tamat degree?
    A : Boleh ambik bila2 masa jer. Tapi aku suggest ambik la masa tengah belaja degree tuh. Kalau baru nak ambik masa tengah kerja memang takde masa sangat untuk study. Maklumla kalau dah kerja tu, hujung minggu je la ada masa free. Tu pon nak rehat je. Pastu kalau dah keje rasa tersangat malas dah nak buka buku..aku ler tu..hehe....lagipun, kalau amik masa tengah belajar, boleh dapat diskaun, kalau untuk 1stpaper tuh harga asal RM800, boleh la dapat dalam RM500++.

3.  Q : Keje ni busy tak? Maknanye kite still ade mse untuk family bile dah keje @ berkeluarga (sori fikir jauh ni)
    A : Aku pon fikir camtu gak ler...tapi in reality, mana2 keje pon busy especially keje makan gaji.. Kalau keje tak busy, duit pon tak busy nak masuk tiap2 bulan. Ye dop??hehe... Kesimpulannya, kalau waktu kerja kul8.30 hingga 5.30pm, tapi balik rumah kul9 malam itu biasa. So, fikir lah baik2 before amik keputusan nak keje dalam ofis... tapi sementara masih single mingle ni la kita keje kuat, lps dah berkeluarga dah boleh slow2 mitak keje kerajaan ke cikgu ke atau suri rumah sepenuh masa...hehe

4. Q : Kalau dari asasi sc fizik still bole apply untuk degree kan? kena dpt pointer 3.8 above ke bru bole apply actuary kat ukm?
   A : Takde masalah..aku dulu pon amik sains Fizik gak kat matrik... syarat minimum pointer tu memang 3.8+/- je, tapi ramai orang nak apply kt UKM. Masa zaman aku dulu paling rendah pointer 3.9. Junior lepas tu sume pointer 4.0.. so, better target 4.0 untuk berada di zon selesa, baru tak payah risau dapat ke tak..huhu..

5. Q : Boleh keje ngan tabung haji tak?
   A : Boleh je... bukan takat tabung haji, semua institusi kewangan boleh masuk.. insurans, bank, jabatan kaji cuaca, jabatan statistic, KWSP dll especially company yang ada department yang melibatkan kira2, analysis, dan ramalan. Cth : Risk Management Department. PETRONAS dan SHELL pon boleh masuk jugak...

6. Q : Akak keje kat mane sekarang?
  A : Uish, yang ni sensitip.... cukup lah tau aku nih keje dalam sebuah international Islamic banking company...gaji nak tau jugak??? Boleh la cukup makan and bagi kat parent sikit2.. 

7.  Q : Apa beza sains kuantitatif dengan sains aktuari? 
    A : Actually actuarial sc adlh salah satu cabang sc kuantitatif..under quantitative sc ad byk lg course lain spt pure math, statistik dan lain2 yg brkenaan dgn math lah...Mana lg better? depend la..klu nk fokus kpd 1 bidang je, better amik actuarial sc, tp klu nk belajar byk tp xmendalam amik la quantitative sc..

8.  Q : Mana lagi better antara Akaun atau Sains Aktuari?
   A : Yang mana lagi better tu byk bergantung kepada minat dan skill individu... cuma yang aku nak tekankan kat sini, akaun dan aktuari adalah satu bidang yang sangat berbeza...ala..macam matematik dengan akaun, beza kan?? ha, camtu lah jugak sebab actuarial sc merupakan aplication of math... cuma actuarial sc sangat memerlukan seseorang yang power dan minat yang mendalam dalam penguasaan microsoft excel.

9.  Q : Mana lebih baik utk saya amik, diploma or matrik sblm ke degree in actuarial science?
     A : Of course la pergi matrik dulu lagi baik sbb boleh save masa..kat matrik setahun then terus sambung degree, 4 tahun je... kalau amik diploma dulu dah amik masa 3 tahun then baru further degree lagi 3tahun... jadi 6 tahun..

Fuuhh....panjang giler huraian.. maklumat lain mengenai actuarial sc boleh pergi ke entry sebelum ni, boleh klick kat sini... ada soalan lagi?? Silalah tinggalkan persoanalan anda di bahagian komen kat bawah ni..InsyaAllah segala persoalan akan dijawab dengan sejujurnya....wallahua'lam..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin