Wednesday, January 23, 2013

Manis diluah, pahit ditelan

Kadang-kala kita tak kenal dengan diri kita sendiri. Sehinggalah ada seseorang memberitahu kita siapa sebenarnya diri kita. Kita mungkin rasa kita ni bukanlah pendiam sangat. Terasa banyak berceloteh dan bercerita bila berjumpa dengan kawan-kawan. Tetapi bila ada juga yang mengatakan kita ni pendiam, kita perlu mula muhasabah diri. Akhirnya, kita akan akui memang kadangkala kita banyak berdiam diri. 

Rupa-rupanya yang kita banyak bercerita dengan kawan-kawan, bercerita kat blog dan facebook hanyalah cerita gembira, cerita yang best-best, sedangkan cerita-cerita duka banyak yang dipendam dalam hati sahaja. Bila dah terlalu lama dipendam, ia akan terluah sendiri melalui tindakan dan air muka. 


Bukan tak suka nak luahkan dan hamburkan segalanya tapi perlu difikirkan dua tiga kali. kalau nak luahkan kat blog, apa motifnya? nak bagitau kat seluruh dunia yang kita sedang bersedih, berduka? ataupun nak tarik perhatian supaya orang rasa simpati dengan kita? 

Bukan juga nak kata diri kita tabah dan kuat menghadapi setiap dugaan, sungguh diri kita ini sangat lemah. tapi usahlah tunjukkan kelemahan kepada semua orang. ia seolah-olah membuka pekung di dada sendiri. tak mustahil orang akan ambil kesempatan di atas kelemahan kita itu. 

Memang kadang-kadang kita tak mampu untuk menanggung beban seorang diri. tapi kita perlu sentiasa rasional. di saat kita rasa sangat terluka, down, dan loser, lebih baik berdiam diri untuk seketika. kerana ketika itu kita memang tak dapat kawal perasaan kita dan tidak dapat berfikir dengan rasional. tapi bila keadaan dah sedikit reda, carilah penyelesaiannya. kalau rasa tak tertanggung lagi, carilah seseorang yang kita percayai untuk mendengar luahan hati kita. 

Ya, kita ada Allah yang sentiasa mendengar setiap patah bicara kita. tapi kita juga perlu ingat bahawa kita hidup di dunia bukan seorang diri. pertolongan Allah itu kadangkala bukan direct daripadaNya, tapi mungkin juga melalui insan sekeliling kita. 

Manis diluah, pahit ditelan - memang satu tindakan yang baik, tapi kadangkala ia boleh memakan diri sendiri. Anyhow, Allah ma'ana. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin