Sunday, February 17, 2013

Dua

Entah kenapa nombor dua sangat sinonim dengan diri aku. Masa sekolah rendah, aku selalu dapat nombor dua dalam kelas. Dari darjah satu hingga darjah enam, aku hanya dapat nombor dua dan tiga. Tapi nombor dua paling banyak. Even aku dapat mengatasi pelajar yang dapat nombor satu, mesti ada pelajar lain yang dapat nombor satu, tetap bukan aku. Tempat aku hanya nombor dua!

Zaman study kat matrik dan universiti pula, aku suka pilih tempat duduk nombor dua dari depan. Nak duduk kat tempat paling depan iaitu barisan nombor satu, rasa macam dekat sangat, sampai nampak bulu hidung lecturer la pulak.hehe.. tapi nak duduk kat barisan ketiga rasa macam jauh sangat, padahal takde la jauh sangat pon, saje aku nak nombor dua.hehe..

Bila dah besar, aku perasan nombor dua masih tidak terpisah dari aku. Kalau aku beli something, mesti aku beli dua. Tiap kali beli tudung, mesti beli dua atau tiga helai. Tapi paling banyak tetap dua. beli baju pun, kadang-kadang ada dua pilihan, aku tak suka pilih mana satu yang lebih cantik sebab dah berkenan dua-dua, so aku beli je dua-dua. tetap dua.haha

Cuma tinggal dua perkara je lagi yang belum boleh jadi dua, belum hidup berdua dan belum berbadan dua. Insyaa Allah, akan sampai jugak suatu hari nanti dua perkara tu menjadi dua. Aku yakin tu sebab aku memang tidak boleh berpisah dari dua.Ameen..=)

Kalau beginilah hidup aku yang tak boleh berpisah dengan dua, kalau aku ni lelaki, confirm aku kawen dua..hehehe.. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin