Sunday, May 26, 2013

Misi Ramadhan

Kalau dikira-kira, Ramadhan bakal menemui kita hanya dalam 44 hari sahaja lagi. Tapi takkan hanya mengira hari semata-mata tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan kualiti ibadah kita berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sepatutnya kita sudah berkira-kira sambil merancang apa yang akan dilakukan pada Ramadhan kali ini seperti khatam 30 juz al-Quran, lebih banyak bersedekah, tidak tinggal solat sunat tarawikh dan solat sunat yang lain, qiamullail dan lain-lain lagi. 

Tetapi sekiranya kita tidak praktis mulai sekarang, agak-agaknya berjaya tak misi ramadhan kita kali ini? Umpama kita meletakkan misi untuk berlari sejauh 1000km tanpa henti, tetapi kita tidak pernah praktis jogging dan berlari sejauh 1km sekurang-kurangnya 3kali semingu, agak-agaknya berjaya tak kita menyempurnakan misi larian 1000km tanpa henti tu?

Banyak kita baca dan dengar hadis-hadis yang mengatakan keistimewaan bulan Rejab dan Sya'ban, tetapi saban tahun kita baca dan dengar tetang hadis-hadis palsu mengenai bulan Rejab dan Sya'ban. Memandangkan kita tidak begitu pasti tentang hadis-hadis tersebut palsu atau tidak, maka lebih baik sekiranya kita beramal seperti dalam bulan-bulan lain seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa hari putih, sedekah, qiamullail dan mengaji al-Quran. Anggaplah segala amalan tersebut sebagai latihan untuk kita menyambut Ramadhan yang akan datang. 

Antara latihan-latihan yang boleh kita praktis di bulan Rejab dan Sya'ban adalah ssepertidi bawah :

1. Khatam 15 juz al-Quran di bulan Rejab dan 15 juz lagi di bulan Sya'ban. Semoga kita dapat meningkatkan speed kepada 30 juz dalam masa sebulan dalam bulan Ramadhan.

2. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis serta hari putih dalam bulan Rejab dan Sya'ban, supaya perut kita tidak terkejut dalam bulan Ramadhan nanti=)

3. Qiamullail sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu agar kita terbiasa untuk qiamullail pada setiap malam Ramadhan serta tidak ketinggalan mendapatkan berkat bersahur.

4. Praktis solat sunat rawatib dan solat-solat sunat lain supaya kita tidak ketinggalan solat sunat tarawikh dan solat sunat lain pada Ramadhan nanti.

5. Praktis sedekah supaya kita dapat meningkatkan amalan bersedekah di bulan Ramadhan yang mana nilai sedekah kita digandakan Allah swt. 

6. Banyakkan berdoa khusus bulan rejab dan sya'ban : 
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Sekian sahaja senarai misi Ramadhan dan peringatan buat diri ini dan juga buat pembaca sekalian. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin