Saturday, July 27, 2013

Mari Belajar Khat Kufi


Alkisah aku mula berminat nak belajar khat kufi ni bila terlihat satu design kad jemputan kahwin di internet. Maka mulalah berangan-angan nak design kad jemputan kahwin aku macam tu jugak nanti..angan-angan la kan.haha..

Actually aku pernah belajar khat yang lain seperti khat nasakh dan khat riqa'ah masa zaman sekolah menengah dulu. Tetapi Khat kufi sangat berbeza dengan khat yang lain. Ini kerana ia memerlukan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah seperti bermain game puzzle. Sesiapa yang hebat menghasilkan khat nasakh, diwani, riq'ah dan lain-lain tak semestinya hebat dalam penghasilan khat kufi. Kerana bagi setiap jenis khat mempunyai disiplinnya yang tersendiri.

Episod pembelajaran aku bermula secara online melalui group FB Friend of Kufi Square (FOKS). Group ini memeperkenal asas dan disiplin yang sangat strict dalam menghasilkan karya khat kufi. Dalam  group ni, terdapat ramai sifu yang sangat hebat memusing-musing khat mereka. Mereka juga sangat membantu dan sudi memberi tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar.

Sebelum kita memulakan proses melakar stroke kufi, marilah kita berkenalan dahulu dengan istilah-istilah, keperluan dan disiplin kufi supaya lebih senang memahami proses yang seterusnya.

1. Software
Antara software yang biasa digunakan untuk menghasilkan khat Kufi adalah dengan menggunakan Adobe Illustrator (AI), Adobe Photoshop (Ps), Inkscape, GIMP, Pixelesque(Android) dan yang paling mudah dengan menggunakan Microsoft Excel. 

2. Hukum Positif dan Negatif
Setiap tiang dan badan huruf yang ditulis di dalam petak hendaklah mematuhi hukum positif dan negatif. Perhatikan ruangan positif dan negatif dalam gambar di bawah. Setiap kepala dan ekor huruf hendaklah bermula dan berakhir pada ruangan positif sahaja. Bilangan petak pada tiang huruf mestilah dalam bilangan ganjil. Contohnya, tiang atau badan pada setiap huruf mempunyai bilangan petak 3, 5, 7 dan seterusnya.



3. Datum
Datum ialah lantai bagi setiap huruf yang disusun untuk menghasilkan khat Kufi Square. Huruf pertama dalam setiap Kufi Square hendaklah bermula dari bucu datum selatan (1) seterusnya ke datum barat (2), kemudian ke datum utara (3), kemudian ke datum Timur (4) kemudian kembali ke bahagian dalam datum selatan (5) dan seterusnya. Khat Kufi Square yang sempurna adalah tidak melanggar atau skip datum, namun dimaafkan sekiranya tiada penyelesaian lain.


4. Carta Huruf Kufi
Di bawah merupakan carta huruf tunggal, sambungan huruf dan variasi yang dibenarkan bagi setiap huruf. Carta huruf boleh download di sini.
i. Perhatikan panjang tiang, badan, dan kedudukan titik bagi setiap huruf.
ii. Titik yang berwarna biru adalah pilihan kedudukan titik yang dibenarkan bagi setiap huruf. 
iii. Stroke warna kelabu ialah pilihan sambungan yang dibenarkan bagi setiap huruf.
iv. Setiap tiang bagi setiap huruf mempunyai syarat maksimum dan minimum. Contoh minimum stroke huruf Alif adalah 5bar. Maksimum tiang huruf Ya adalah 3 bar.


Seterusnya barulah kita dapat memulakan langkah-langkah untuk menghasilkan khat kufi.

1. Kufi Free Flow
Langkah pertama, buat khat kufi yang free flow dahulu. Kufi Free Flow adalah transformasi daripada tulisan jawi/arabic biasa namun ditulis dalam bentuk petak berpandukan Carta Huruf Kufi yang disediakan di atas. Kufi free flow hendaklah menggunakan huruf-huruf asas sahaja iaitu Isolated, Initial, Midle dan Ending. Manakala huruf-huruf variasi hanya digunakan untuk mereka-bentuk khat Kufi Linear dan juga Kufi Square.

Contoh free flow. Khat ini dibuat dengan menggunakan microsoft excel sahaja.

2. Kufi Linear
Kufi Linear ialah kufi satu baris yang mana setiap ruangan positifnya dipenuhi stroke huruf. Ia dihasilkan dengan mevariasikan layout daripada kufi Free Flow kepada liner 5 bar atau 7 bar. Namun, perlu diketahui bahawa tidak semua perkataan atau ayat boleh dibuat kufi Linear. Ini kerana kebanyakan huruf yang digabungkan untuk menghasilkan satu perkataan mempunyai bilangan tiang yang minimum atau maksimum yang berbeza.

Kufi 5 bar. Huruf Hamzah boleh dibuang atau dikekalkan. 
Boleh juga dihasilkan begini untuk stroke yang lebih cantik dan kemas.

3. Kufi Square/Murabba'
Cara design dan bacaan khat kufi murabba' ini adalah bermula daripada bahagian bawah sebelah kanan, kemudian terus ke kiri, then naik ke atas lepas tu ke bawah seperti gambar di bawah. Kadangkala, tiada solution untuk menghasilkan kufi square kerana kekangan sifat huruf. Jadi, untuk mencari penyelesaiannya, kadang-kala khat dapat dihasilkan dalam bentuk layout yang lain seperti layout rectangle, laypout cermin a.k.a Ying dan Yang, layout berulang-ulang, layout diamond dan sebagainya.

Khat Kufi Murabba' layout 19x19. Design dan baca mengikut stroke merah di dalam gambar.

Khat Kufi Murabba' layout 21x21

Khat Kufi Murabba' layout 23x23

Khat Kufi Murabba' bersama logo di tengah..=))

Kufi juga boleh digunakan sebagai hiasan seperti ini..

Setakat ini sahaja sesi knowledge sharing kali ini. Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Anda juga boleh melihat contoh-contoh kesilapan karya kufi yang terdapat di internet untuk dijadikan panduan di sini.

Note : Saya juga menerima tempahan design khat kufi dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design, boleh contact saya melalui FB Suzanne's Heritage.

PROMO FEB 2017: Dapatkan design khat kufi nama anda dengan PERCUMA. Klik sini untuk mengetahui cara-caranya.


18 comments:

Anonymous said...

Assalamualikum sis...cheak email :-)

Unknown said...

salam..sy nk mntk tolong tuliskan nama ni blh x dalam khat kufi?
"نور ويداد محمد انوار"

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Check ur fb msg ea.tq

syafi abidin said...

Salam..sye nk tnya camne nk gune microsoft excel nk buat kufi..tolong ajrkan..^_^

♥Fitnunnisak♥ said...

wsalam. adjust the width of the column biar jadi square..then colour jela..

ZA said...

Assalam, tolong tulis nama ni "ذولهسوادي" :)

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Sy boleh buat tp ada caj sikit la..boleh pm sy di fb Suzanne's Heritage.

Unknown said...

thanx..tambahkan pengetahuan ...

Unknown said...

Salam,
Saya nak buat design logo guna kufi art.boleh buatkan.harap boleh watsapp saya 01123542275

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Check whatsapp ye..tq

niejam said...

salam. kalau saya nak buat 50 nama berapa caj. whatsapp saya 0162687620

♥Fitnunnisak♥ said...

niejam~ check your whatsapp ye..

Anonymous said...

hi, can you help me to write just bismillah on a 9x9 grid? can seem to figure this out...really appreciate it..

e: feira.designs@gmail.com

♥Fitnunnisak♥ said...

please check your email. tq

Unknown said...

Saya respek khat kufi, memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas…tabikk

Rayyan Rayn Gallery- Polygonal Islamic Calligraphy

RizQ said...

Salam.. Boleh tuliskan nama sy dlm khat kufi.. 1. Mohd Rizuan. dan 2. Qulai

rizuanhaslan@gmail.com

RizQ said...

Salam.. Boleh tuliskan nama sy dlm khat kufi.. 1. Mohd Rizuan. dan 2. Qulai

rizuanhaslan@gmail.com

♥Fitnunnisak♥ said...

RizQ - check your emel k.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin