Thursday, May 19, 2016
Di Sebalik Tabir Nikmat
Saturday, May 7, 2016
Glass Ceiling
Sunday, March 6, 2016
Kembara Haramain Feb 2016
![]() |
| Pemandangan di sepanjang jalan dari Jeddah ke Madinah |
![]() |
| Ruangan solat wanita di dalam Masjid Nabawi |
![]() |
| Masjid Nabawi pada waktu malam |
![]() |
| Dalam Masjid Nabawi |
![]() |
| Perkarangan Masjid Nabawi |
![]() |
| Suasana di dalam Raudhah yang penuh dengan jemaah wanita |
![]() |
| Karpet hijau di taman Raudhah |
![]() |
| Makam Nabi dan sahabat baginda |
![]() |
| Makam Nabi terletak betul-betul di bawah kubah hijau ini |
![]() |
| Air Zam-zam |
![]() |
| Di hadapan pintu Masjid Nabawi |
![]() |
| Masjid Quba' |
![]() |
| Jabal Uhud |
![]() |
| Di dalam kawasan Masjid Bir Ali |
![]() |
| Masjid Bir Ali |
![]() |
| Kaabah |
![]() |
| Tempat untuk memulakan saie di Bukit Safa |
![]() |
| Jabal Thur |
![]() |
| Di hadapan Jabal Rahmah |
![]() |
| Masjid Aisyah di Tana'im |
![]() |
| Pemandangan Kota Mekah dari puncak Jabal Nur |
![]() |
| Gua Hira' |
![]() |
| Hotel Hilton yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Masjidil Haram |
![]() |
| Clock Tower@ Zam-zam Tower |
![]() |
| Pintu Utama ke Masjidil Haram |
![]() |
| Pintu Kaabah |
![]() |
| Bucu Hajarul Aswad |
![]() |
| Kaabah |
- Salinan Sijil Nikah bagi pasangan suami isteri bersama cop pengesahan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra
- Salinan Sijil Lahir bagi wanita yang pergi bersama mahram bersama cop pengesahan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra
- Sijil Suntikan Meningritis. Suntikan ini bertahan untuk 5 tahun dan berharga RM150~RM180.
- Passport antarabangsa. Bayaran untuk membuat passport yang baru adalah RM200 untuk 5 tahun. Bagi warga emas hanyalah RM100 sahaja.
Monday, September 7, 2015
Hati Seorang Pendosa
Kerapkali rasa tak tenang... terkadang tak mampu dijelaskan apa perasaan dalam hati.. jiwa yang resah dan gundah..terasa hidup tak bermakna.. fikiran menerawang entah ke mana...
Mata ingin mengalirkan air mata, tapi hati menyoal atas sebab apa ingin menangis?
Mulut ingin meraung, tapi sekali lagi hati menyoal kenapa?
Kaki ingin melangkah dan berlari, tapi lari dari siapa?
Aku tiada jawapan...
Hati terasa ingin dekat dengan Tuhan, tapi nafsu kata nanti, kau terkutuk..kau banyak dosa..kau sangat hina..iman kau hanya separuh masa..tak malukah pada Tuhan?
Benar..aku rasa malu..seringkali mengulangi perbuatan maksiat, dosa dan noda..aku malu di saat memohon ampunanMu..
Aku bertaubat memohon keampunan..sehingga dapat kurasakan ketenangan hadir di jiwa...namun tak lama...aku alpa..dan mengulangi kesilapan itu...sungguh cepat aku lupa dengan nikmat ketenangan...
Ya Allah, hadirkan aku ketenangan jiwa, hati dan perasaan...jangan Kau matikan aku sebelum Kau ampunkan segala dosa-dosaku...
Wednesday, September 24, 2014
Kisah Pokok Pisang
Suatu ketika dahulu, ramai orang menanam pokok pisang. Orang sekeliling aku pun ramai yang tanam sampai berbuah lebat, masak ranum dan sangat sedap dimakan. Aku pun memang teringin juga nak tanam, tapi masa tu rasa belum tiba masanya. Jadi aku cuma mendengar dan mendapatkan ilmu bagaimana nak menjadikan pohon pisang kita tanam tu dapat menghasilkan buah yang sangat sedap.
Bila tiba masa yang sesuai, aku mula menanam pokok pisang. Aku siram setiap hari. Aku pilih baja yang aku rasakan terbaik. Tak lama lepas tu, pokok pisang yang aku tanam mengeluarkan jantungnya. Jantungnya sangat elok, besar dan kelihatan berkilat-kilat, cantik. Orang sekeliling pun ramai yang memuji jantung pisang aku sangat elok, terbaik. Secara tak langsung, ia menjadikan harapan aku untuk mendapatkan buah pisang yang sangat sedap semakin meninggi.
Tak lama lepas tu, jantung pisang mengeluarkan buah pisang. Tetapi sungguh menghampakan. Buahnya terlalu lemah dengan sinaran mentari. Ia akhirnya membusuk sebelum sempat masak kekuningan. Aku sangat kecewa kerana ia adalah cubaan pertama aku. Sungguh aku tak dapat terima kenyataan jangtung pisang yang elok tapi menghasilkan buah yang buruk.
Pada mulanya aku ingin menebang terus pokok pisang itu dek kerana terlalu kecewa. Tapi rasa tak sanggup. Lantas kubiarkan pokok pisang terbiar begitu sahaja. Kemudian, datang beberapa orang menasihatiku. Ada yang sanggup menyedarkan kealpaan aku yang terlalu berangan-angan tinggi melangit. Sungguh aku tak lupa pada pesanan supaya menjaga kesuburan tanah kerana kesuburan tanah juga memainkan peranan untuk mendapatkan buah pisang yang sedap. Rupa-rupanya selama ini aku kurang memberi tumpuan pada tanah, aku hanya fokus pada pokok pisang sahaja. Barulah aku nampak kesilapan aku selama ini.
Tanpa membuang masa, aku terus membajak dan menggemburkan tanah. Tanpa ku duga, pokok pisang yang kubiarkan itu tiba-tiba mengeluarkan jantungnya. Kali ini lebih besar dan lebih cantik daripada yang sebelumnya. Pada mulanya aku ragu-ragu dan prejudis kerana teringatkan pepatah melayu yang tidak menginginkan pisang berbuah dua kali. Mungkin ia bermaksud yang tak baik. Jadi, aku tidak pedulikan sangat mengenai jantung pisang tersebut. Aku terus memberikan perhatian pada struktur dan kesuburan tanah.
Kemudian, buah pisang mula keluar daripada jantungnya. Kali ini buahnya sangat lebat, kulitnya licin, buahnya besar-besar. Melihatkan hasil buah tersebut, barulah aku mula kembali yakin akan mendapatkan buah yang sedap bila masak nanti. Sungguh tak sabar ku menanti pisang tersebut masak ranum. Oleh kerana terlalu teruja, tanpa kusedari, aku telah memberikan baja yang berlebih-lebihan kepada pokok pisang tersebut. Kusiram lebih banyak air dan kusuntik dengan hormon khas untuk buah pisang. Aku benar-benar menjaga pokok pisang dan sangat berharap usaha kali ini berjaya. Namun akhirnya pokok pisang menjadi tepu dengan baja dan buah pisang menjadi layu dan membusuk lalu terus gugur ke bumi.
Sungguh aku kecewa namun kekecewaan kali pertama dulu sedikit sebanyak telah menjadikan aku seorang yang kuat dalam menghadapi kekecewaan kali kedua malah mungkin untuk kali yang ke seterusnya. Aku kecewa dan sukar terima hakikat sama seperti dulu, cuma aku lebih rasional kali ini. Aku cuba untuk terus membajak tanah dan terus menggemburkan tanah seperti biasa.
Dalam tempoh aku sibuk menjaga tanah, aku memang perasan pokok pisang kembali mengeluarkan jantung seterusnya mengeluarkan buah untuk kali ketiga. Namun aku cuba buat-buat tak nampak kerana aku tak nak kecewa lagi, pisang berbuah dua kali pun orang tak nak, apatah lagi berbuah tiga kali. Lagilah orang tak nak. Buah pisang kali ini kelihatan sama menarik seperti yang sebelum ini cuma kulitnya tidak begitu licin seperti buah yang kedua. Tetapi entah kenapa ramai orang cakap buah seperti inilah yang terbaik. Ramai orang ingin mendapatkannya.
Oleh itu, aku mula buat sedikit kajian dan perbandingan dan akhirnya mendapati memang buah yang kulitnya sedikit berkarat mempunyai isi yang sangat sedap, lemak dan manis. Di atas kelebihan tersebut, aku mula menyukai buah pisang tersebut dan kembali menjaganya, namun tidak berlebih-lebihan seperti dulu. Aku takut untuk berangan-angan dan berharap lagi. Aku cuma buat yang terbaik dalam menjaga tanah, menyiram dan membaja.
Tak lama kemudian, aku nampak buah pisang mula kekuningan. Oleh kerana aku sudah menanti terlalu lama, aku tidak dapat bersabar lagi lalu terus memetik buah pisang tersebut. Aku sangka ia sudah betul-betul masak namun sangkaanku meleset kerana buah pisang tersebut sebenarnya belum cukup masak. Pisang yang belum cukup masak rasanya tawar dan cepat membusuk. Akhirnya aku kecewa lagi. Harapan aku untuk mendapatkan buah pisang sedap tidak tercapai hingga kini.
Oleh kerana terlalu kecewa dengan nasib diri, aku tanpa berfikir panjang terus menebang pokok pisang tersebut. Ku buang sehingga ke akar umbinya. Aku nekad tidak akan menanam pisang lagi. Tanah kuratakan dan kudirikan rumah di atasnya. Semoga dengan terdirinya rumah ini dapat memberikan perlindungan kepadaku dan orang-orang lain setiap masa. Biarlah orang kata banyak lagi peluang untuk mendapatkan buah pisang yang elok, tapi aku benar-benar pasrah kini. Andainya takdir menyebelahiku, mungkin akan ada orang yang sanggup menanam dan memberikan buah pisang yang aku dambakan itu suatu hari nanti. Aku hanya pasrah...
Sunday, June 15, 2014
Cara Memohon Kerja Di Bank
- Menghantar resume/CV melalui email. Setiap syarikat majoritinya mempunyai website dan dalam website tu, akan ada button atau link untuk memohon pekerjaan. Biasanya ada buton 'Career'. Click sahaja button tu dan akan ada email address yang boleh digunakan untuk menghantar resume kita. Sesetengah syarikat menyediakan online application. So, isikan sahaja maklumat peribadi kita di situ tanpa perlu menghantar resume melalui email.
- Walk-in Interview. Some companies membuat 'Open Day' untuk walk-in interview bersama syarikat mereka. Biasanya mereka akan mengedarkan flyers dan juga mengumumkan 'Open Day' di website atau laman sosial mereka untuk mewar-warkan walk-in interview tersebut. Jadilah seorang yang alert supaya kita tidak terlepas peluang untuk menghadiri interview tersebut. Pastikan kita tiba awal pagi kerana biasanya terlalu ramai calon yang hadir untuk ditemuduga.
- Career Fair. Sentiasa pastikan resume kita updated dan print banyak-banyak untuk drop the resume ketika menghadiri Career Fair. Sungguhpun terlalu ramai calon yang drop resume, namun pihak syarikat akan melihat satu persatu resume tersebut dan akan menghubungi kita seandainya short-listed.
- Menghantar resume by hand. Kunjungi Head Quarters syarikat, dan terus berhubung dengan HR department untuk mengberikan resume. Cara ini agak berkesan kerana ia menunjukkan kesungguhan kita memohon pekerjaan dan memastikan resume kita benar-benar sampai di tangan pihak yang sepatutnya. Pada tahun 2010, aku mengambil masa sehari suntuk mengunjungi semua HQ bank yang berada di sekitar Masjid Jamek untuk menghantar resume. Penat tidak terkata dan rasa seperti kerja gila, namun alhamdulillah dapat feedback yang baik dan aku dipanggil untuk unterview session tak lama lepas tu.
- Menghantar resume by pos. Pastikan di sampul surat ditulis 'untuk perhatian Human Resources' supaya resume kita dihantar direct kepada HR department.
- Mengirim resume kepada kawan. Ini adalah cara yang paling berkesan. Contact kawan-kawan lama dan tanya di mana mereka berkerja dan jangan ragu-ragu untuk pass resume kita kepadanya. Tak mengapa kalau mereka tahu kita grad dengan pointer berapa dan gaji kita sekarang berapa. Semasa farewell kawan-kawan sepejabat, jangan lupa pesan kepada mereka supaya inform kita sekiranya terdapat vacancy di tempat kerja baru mereka. Hubungi juga ex-colleagues dan tanya sebarang vacancies yang boleh kita apply di tempat kerja mereka.
- Banyak bertanya. Semasa berada di mana-mana tempat dan keadaan seperti dalam program or function, majlis-majlis korporat, kompleks membeli belah, or even dalam train, jadilah seorang yang peramah. Tanyakan mereka berkerja di mana dan mintak no telefon or email mereka untuk dihubungi agar kita dapat meminta mereka menyampaikan resume kita kepada boss or HR department mereka. Untuk pengetahuan semua, saya dapat keje sekarang ni melalui cara ni. Masa tu, saya join satu program teambuilding. Pada akhir program, saya mintak phone no. and email address semua peserta. Tak sangka ada antara mereka adalah department head kat tempat keje dorang. Lepas tu saya terus email my resume kepada mereka. Alhamdulillah tak lama lepas tu saya dipanggil interview dan lulus. Saya juga minta tips dan nasihat daripada pakcik yang forward resume saya tu.
- Menghantar resume melalui jobportal. Terdapat banyak portal-portal yang menghebahkan kekosongan jawatan perkerjaan seperti Jobstreet, Jobsdb, LinkedIn, JobsMalaysia dan lain-lain. Sentiasa update resume dan apply kekosongan yang dipaparkan di portal tersebut. Aku berjaya mendapatkan pekerjaan pertama dengan menggunakan Jobsdb.
- Amalkan solat Dhuha. Solat dhuha dapat meluaskan pintu rezeki.
- Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar setiap kali selesai solat.
- Amalkan membaca لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم sebagai tanda kita bergantung sepenuhnya kepada Allah.
- Amalkan bersedekah kerana sedekah mempunyai barakah.
- Amalkan solat taubat, solat hajat, solat tahajjud dan solat witir.
Friday, May 2, 2014
Buatmu Single Muslimah
Friday, March 21, 2014
Faktor Penting Dalam Memilih Pekerjaan
Tuesday, February 25, 2014
Kerja Admin : Senang Tapi Leceh
Tuesday, February 18, 2014
Pelaburan Emas
![]() |
| Gold price movements in 5-years |
![]() |
| Gold Price movements in 10-years. Kita boleh lihat pergerakan menurun yang sama pada tahun 2009 dengan 2013. Namun harga semakin meningkat selepas tahun 2010. |
![]() |
| Gold price movements in 30-years. |
Thursday, February 13, 2014
Kronologi Penipuan di Internet (Cyber Scam)
- Pada 19 Jan 2014, Mangsa A (kawan aku) membaca iklan di Mudah.my mengenai rumah sewa. Mangsa A menghubungi Si Penipu untuk booking rumah sewa yang diiklankan. Si Penipu meminta Mangsa A membayar deposit sebulan RM680 ke dalam akaun CIMB Mangsa B (penjual tablet). Si Penipu berjanji untuk menunjukkan rumah dan memberikan kunci rumah pada 5 Jan 2014.
- Sebelum Mangsa A bank in duit ke dalam akaun Mangsa B, Mangsa A membuat sedikit kajian mengenai pemilik akaun iaitu Mangsa B melalui internet (Google Search) dan mendapati Mangsa B merupakan seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi di Kedah. Si Penipu juga ada memberitahu Mangsa A bahawa dia merupakan seorang pensyarah di Kedah. Jadi, Mangsa A membuat kesimpulan bahawa Mangsa B dan Si Penipu adalah orang yang sama. Maka, dengan yakinnya Mangsa A membuat bayaran deposit tersebut pada petang 19 Jan 2014.
- Pada 3 Feb 2014, Mangsa A menghubungi Si Penipu untuk tetapkan lokasi perjumpaan pada 5 Jan 2014 seperti yang dijanjikan sebelum ini. Si Penipu menetapkan lokasi perjumpaan adalah di PKNS Bandar Baru Bangi pukul 6 petang.
- Pada 4 Feb 2014, Mangsa A bertolak dari Kelantan ke Bangi bersama ibu dan abangnya. Manakala Si Penipu memberitahu bahawa dia juga baru bertolak dari Kedah.
- Tepat jam 6 petang, Mangsa A menuju ke PKNS dan menunggu di situ sambil cuba menghubungi Si Penipu. Namun, Si Penipu sudah mula tidak menjawab panggilan telefon dan membuat setting 'divert call' kepada nombor yang lain.
- Mangsa A mula resah dan membuat kajian yang lebih mendalam melalui Google Search. Dari situ Mangsa A berjaya mendapatkan nombor telefon rumah ibu kepada Mangsa B. Mangsa A terus menghubungi ibu Mangsa B dan menceritakan serba sedikit tentang rumah sewa dan juga deposit yang dibayar. Ibu Mangsa B yang berada di Negeri Sembilan memberitahu anaknya bekerja di Kedah dan tidak mempunyai rumah sewa di Bangi. Kemudian, ibu Mangsa B menghubungi anaknya dan menceritakan peristiwa tersebut.
- Mangsa B menelefon Mangsa A dan memberitahu memang terdapat transaksi deposit RM680 ke dalam akaunnya pada 19 Jan 2014. Namun Mangsa B menceritakan bahawa dia merupakan pensyarah dan juga menjual tablet melalui Mudah.my. Si Penipu pernah menghubungi Mangsa B untuk membeli tablet dengannya dan menyuruh Mangsa B menghantar tablet tersebut melalui pos ke atas nama dan alamat Skynet Mangsa C (pelanggan Si Penipu) di Gombak dan berjanji akan bank duit ke dalam akaun Mangsa B.
- Mangsa B bersetuju dan membuat pengeposan tablet tersebut setelah mendapati akaunnnya telah dikreditkan dengan sejumlah amaun dari beberapa transaksi dari orang yang berbeza-beza. Setelah dijumlahkan, Mangsa B mendapati jumlah amaun yang dikreditkan adalah RM2000 sedangkan harga tablet adalah RM1700. Jadi Mangsa B menghubungi Si Penipu untuk memulangkan baki sebanyak RM300. Si Penipu meminta Mangsa B transfer ke dalam akau BSN yang tidak dapat dikenalpasti pemiliknya adakah akaun Si Penipu atau akaun mangsa yang lain pula.
- Kami membuat kesimpulan bahawa orang yang mengcreditkan akaun Mangsa B merupakan mangsa-mangsa yang tertipu dengan iklan-iklan palsu yang lain yang diiklankan oleh Si Penipu. Ini kerana amaun yang dikreditkan adalah daripada orang yang berbeza dengan jumlah yang berbeza.
- Tindakan yang paling pantas dan senang dilakukan adalah melakukan kajian melalui Google Search. Antara keyword yang boleh digunakan adalah nama, nombor, telefon, nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan apa sahaja maklumat yang ada.
- Mangsa A perlu membuat laporan polis tentang penipuan ini supaya pihak polis dapat membuat siasatan seterusnya dapat menyelamatkan orang awam lain daripada menjadi magsa yang seterusnya. Itupun kalau polis rajin buat kerja.. kalau tak, jadi bahan koleksi dalam fail dia jelah..
- Mangsa B perlu membuat laporan polis kerana identiti dan maklumat peribadinya telah disalahgunakan. Dia juga hendaklah menutup akaun CIMB dan membuat akaun yang baru.
- Mangsa A dan Mangsa B juga perlu membuat laporan kepada CIMB bank dan juga BNM kerana kes ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Money Laundering.
Saturday, February 8, 2014
Kesilapan-Kesilapan Dalam Penghasilan Karya Khat Kufi
![]() |
| Perhatikan huruf Wau dan huruf Qaf. Huruf Wau berada pada datum Utara manakala huruf Qaf berada pada datum selatan. Sepatutnya, huruf Qaf mestilah berada pada datum timur. |
![]() |
| Perhatikan titik huruf Ya. Ia sepatutnya berada betul-betul di bawah rumahnya. |
![]() |
| Stroke warna pink adalah rumah hantu. |
![]() |
| Huruf Ya tiada tiang. |
![]() |
| Huruf Ya terlungkup bukan variasi dan ianya adalah salah. |
![]() |
| Tiang huruf Ya maksimum 3 bar sahaja. |
![]() |
| Tiang huruf Ha salah sebab tiangnya 3 bar. |
![]() |
| Tiang pertama huruf Tha berada di datum utara, manakala tiang kedua berada di datum timur. |
![]() |
| Sambungan huruf Ya ke kepala huruf Mim kelihatan menikam kepala huruf Mim. |
![]() |
| Contoh design yang tidak boleh diterima kerana terlalu banyak kesilapan. Antaranya tidak mengikut susunan datum, kesilapan hukum positif dan negatif, salah variasi huruf dan lain-lain.. |
![]() |
| Penyambungan huruf Lam dan Kaf salah, sepatutnya disambung pada lantai paling bawah huruf Kaf. Sambungan huruf Mim dan Lam juga salah. Huruf Alif juga tidak cukup tiang. |















































