Sunday, October 20, 2013

Membiak Duit

Membiak Duit - pelik sangat ke perkataan ni? tak pelik pun.. maksudnya adalah kita mengembangkan duit yang kita ada daripada RM10 jadi RM12, RM100 jadi RM150... macammana tu? banyaklah caranya seperti berniaga, bersedekah, menyimpan di bank, melabur dan lain-lain.. bagaimana pula bersedekah boleh mengembangkan duit kita? bukan makin kurang ke? nanti aku cerita di lain entry pasal mengembangkan duit melalui sedekah ni. Dalam entry kali ni, aku nak cerita bagaimana nak membiakkan duit melalui pelaburan. 

First of all, mari kita belajar perkara asas dalam pelaburan. Dalam pelaburan ada tiga perkara yang selalu dijadikan guideline oleh pelabur-pelabur hebat iaitu "buy low sell high, don't put all eggs in one basket, and high risk high return". Don't put all eggs in one basket means diversified atau pelbagaikan jenis pelaburan kita. Jangan letak semua duit kita dalam pelaburan emas sahaja, tapi kita boleh juga letak sebahagian duit tu dengan membeli rumah dan sebagainya. Seandainya kita rugi dalam pelaburan saham, kita masih ada rumah untuk disewakan bagi mendapatkan keuntungan. 

High risk high return - kalau kita takut rugi banyak, carilah pelaburan yang low risk seperti letak duit dalam saving account di bank. kalau letak dalam RM4ribu dalam sebulan dapat la RM4+/-. Pelaburan macam ni memang takde risiko langsung, even kalau bank tu bankrap sekalipun duit kita masih selamat sebab dilidungi PIDM. Tapi return yang kita dapat pun sikit saja lah. Berbanding dengan higher risk seperti pelaburan saham, kemungkinan kita akan rugi banyak kalau harga dia jatuh, itu risikonya, Tapi ia akan jadi higher return kalau harga naik banyak... 

Buy low sell high - maksudnya kita beli ketika harga sedang jatuh, dan kita jual semula bila harga sedang naik, baru dapat profit. tapi perlu berhati-hati takut-takut kita beli masa harga tengah jatuh, lepas kita beli tu harga terus jatuh menjunam..rugi lerrr... part ni kena belajar observe and monitor the movement of historical prices in graph. nanti aku cerita dalam entry lain pulak.. 

Next, kita belajar tentang terminologies in investment pulak. Ada tiga terms yang paling basic tapi orang ramai sering keliru iaitu Harga Jual, Harga Beli dan Margin. Secara mudahnya, 3 terms ini merujuk kepada peniaga. Semasa customer hendak membeli sesuatu, contohnya emas, customer membayarnya dengan menggunakan Harga Jual kerana peniaga tersebut yang menjual emas tersebut. Semasa customer hendak menjual emas, customer menggunakan Harga Beli kerana peniaga emas tersebut yang akan membelinya.

Dalam satu-satu masa, Harga Jual sentiasa lebih tinggi daripada Harga Beli. Perbezaan antara Harga Jual dengan Harga Beli dinamakan Margin. Margin inilah keuntungan bagi peniaga-peniaga emas atau saham terutamanya di saat pasaran saham atau emas sedang merudum.

Untuk lebih faham mengenai transaksi jual beli ini, mari kita lihat pada situasi ni. Adi ingin menukar duit RM100 kepada duit USD. Jadi, Adi pergi ke kaunter tukaran wang asing yang biasanya disebut BDC iaitu Bureu D'Change. Sebagai contoh Harga Beli USD adalah RM2.83 dan Harga Jual adalah RM3.03. Maka, marginnya adalah RM0.20. Dengan duit sebanyak RM100, Adi mendapat tukaran sebanyak USD28.30. Datang pula customer lain bernama Fikah, ingin menukar duit USD30.30 kepada duit Ringgit Malaysia. Dengan duit USD30.30, Fikah mendapat tukaran sebanyak RM100. Dalam dua transaksi ini, BDC telah membeli duit RM100 dengan USD28.30 dan menjualnya dengan harga USD30.30, maka dia telah mendapat keuntungan sebanyak USD2 yang mana bersamaan dengan RM6+/-.

Bagi transaksi di atas, kita dapat lihat keuntungan tersebut diperolehi oleh BDC atau peniaga-peniaga. Tetapi melalui pelaburan, kita juga dapat memperoleh keuntungan dengan kaedah yang sama seperti transaksi di atas. Nak tau caranya? tunggu entry yang akan datang. InsyaAllah, aku akan bercerita macammana nak membiakkan duit dengan menggunakan kaedah seperti transaksi di atas melalui pelaburan emas yang semakin mendapat perhatian dikalangan pelabur-pelabur masa kini. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin