Sunday, October 30, 2011

Menyesal sangat-sangat

Pertama kali aku buat keputusan dan tindakan bodoh dan selepas tu menyesal sangat2...tindakan tu jugak menghiriskan hati banyak pihak...pada fikiran aku, aku buat tu semua agar tak menyusahkan orang lain, tapi aku tak sedar yang sebenarnya tindakan aku tu membuatkan hati2 mereka terguris....

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh amik keputusan terburu-buru waktu tu...tindakan yang sangat bodoh dan aku terima padahnya dalam tempoh tak sampai seminggu...dan lepas tu rasa kekesalan sangat membelenggu aku...fikiran aku senak fikirkan cara untuk selesaikan...

Dan semalam, satu lagi tindakan drastik dan nekad...aku tarik balik keputusan tu yang menyebabkan kerugian yang agak besar....biarpun aku tahu tindakan tu tak dapat mengembalikan keadaan seperti dulu, tapi sekurang2nya aku terima dengan saranan mereka....dan aku rasa sangat2 lega dengan menarik balik keputusan tu biarpun belom selesai semuanya....

Semoga lepas ni takde lagi tindakan bodoh yang mengikut sikap degil dan keras kepala aku nih...entah la macammana aku nak ubah sikap negatif nih..mungkin aku perlukan seseorang yang boleh menundukkan sikap degil aku nih..hurmmmmm...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin