Sunday, June 15, 2014

Cara Memohon Kerja Di Bank

Dalam entry Analisis Kegagalan Interview, aku pernah berjanji untuk berkogsi mengenai tips atau cara-cara untuk memohon kerja di bank. Lagipun ramai juga di kalangan pembaca di blog picisan aku ni yang menghantar email dan bertanyakan serta meminta aku berkongsi tips-tips tersebut. Untuk mengelakkan soalan-soalan yang berulang, maka lebih baik aku share di sini sahaja agar dapat memberi manfaat buat pembaca yang lain juga. 

Sebenarnya, tips ini adalah secara general yang mana ianya terpakai untuk memohon kerja di mana-mana syarikat yang bersesuaian dengan kelulusan kita. Dan tips yang akan diberikan hanyalah berdasarkan pengalaman dan kaedah yang pernah aku lakukan dahulu. Maka aku tak jamin samaada ia berkesan atau tidak, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing.InsyaAllah.

Antara cara-caranya adalah seperti yang berikut:
  1. Menghantar resume/CV melalui email. Setiap syarikat majoritinya mempunyai website dan dalam website tu, akan ada button atau link untuk memohon pekerjaan. Biasanya ada buton 'Career'. Click sahaja button tu dan akan ada email address yang boleh digunakan untuk menghantar resume kita. Sesetengah syarikat menyediakan online application. So, isikan sahaja maklumat peribadi kita di situ tanpa perlu menghantar resume melalui email.
  2. Walk-in Interview. Some companies membuat 'Open Day' untuk walk-in interview bersama syarikat mereka. Biasanya mereka akan mengedarkan flyers dan juga mengumumkan 'Open Day' di website atau laman sosial mereka untuk mewar-warkan walk-in interview tersebut. Jadilah seorang yang alert supaya kita tidak terlepas peluang untuk menghadiri interview tersebut. Pastikan kita tiba awal pagi kerana biasanya terlalu ramai calon yang hadir untuk ditemuduga. 
  3. Career Fair. Sentiasa pastikan resume kita updated dan print banyak-banyak untuk drop the resume ketika menghadiri Career Fair. Sungguhpun terlalu ramai calon yang drop resume, namun pihak syarikat akan melihat satu persatu resume tersebut dan akan menghubungi kita seandainya short-listed.
  4. Menghantar resume by hand. Kunjungi Head Quarters syarikat, dan terus berhubung dengan HR department untuk mengberikan resume. Cara ini agak berkesan kerana ia menunjukkan kesungguhan kita memohon pekerjaan dan memastikan resume kita benar-benar sampai di tangan pihak yang sepatutnya. Pada tahun 2010, aku mengambil masa sehari suntuk mengunjungi semua HQ bank yang berada di sekitar Masjid Jamek untuk menghantar resume. Penat tidak terkata dan rasa seperti kerja gila, namun alhamdulillah dapat feedback yang baik dan aku dipanggil untuk unterview session tak lama lepas tu.
  5. Menghantar resume by pos. Pastikan di sampul surat ditulis 'untuk perhatian Human Resources' supaya resume kita dihantar direct kepada HR department.
  6. Mengirim resume kepada kawan. Ini adalah cara yang paling berkesan. Contact kawan-kawan lama dan tanya di mana mereka berkerja dan jangan ragu-ragu untuk pass resume kita kepadanya. Tak mengapa kalau mereka tahu kita grad dengan pointer berapa dan gaji kita sekarang berapa. Semasa farewell kawan-kawan sepejabat, jangan lupa pesan kepada mereka supaya inform kita sekiranya terdapat vacancy di tempat kerja baru mereka. Hubungi juga ex-colleagues dan tanya sebarang vacancies yang boleh kita apply di tempat kerja mereka.
  7. Banyak bertanya. Semasa berada di mana-mana tempat dan keadaan seperti dalam program or function, majlis-majlis korporat, kompleks membeli belah, or even dalam train, jadilah seorang yang peramah. Tanyakan mereka berkerja di mana dan mintak no telefon or email mereka untuk dihubungi agar kita dapat meminta mereka menyampaikan resume kita kepada boss or HR department mereka. Untuk pengetahuan semua, saya dapat keje sekarang ni melalui cara ni. Masa tu, saya join satu program teambuilding. Pada akhir program, saya mintak phone no. and email address semua peserta. Tak sangka ada antara mereka adalah department head kat tempat keje dorang. Lepas tu saya terus email my resume kepada mereka. Alhamdulillah tak lama lepas tu saya dipanggil interview dan lulus. Saya juga minta tips dan nasihat daripada pakcik yang forward resume saya tu. 
  8. Menghantar resume melalui jobportal. Terdapat banyak portal-portal yang menghebahkan kekosongan jawatan perkerjaan seperti Jobstreet, Jobsdb, LinkedIn, JobsMalaysia dan lain-lain. Sentiasa update resume dan apply kekosongan yang dipaparkan di portal tersebut. Aku berjaya mendapatkan pekerjaan pertama dengan menggunakan Jobsdb. 
Selain daripada tips-tips di atas, jangan lupa amalkan tips-tips rohaniah agar usaha dan pilihan kita lebih diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Dalam mencari rezeki, sentiasa ingat bahawa rezeki adalah kurniaan Allah, bukan dengan kehendak manusia. Letaklah pergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala dan jangan berputus asa daripada rahmatNya. Berikut antara amalan yang dianjurkan untuk memudahkan rezeki dan memperoleh limpahan nikmat dan rahmatNya:
  • Amalkan solat Dhuha. Solat dhuha dapat meluaskan pintu rezeki.
  • Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar setiap kali selesai solat.
  • Amalkan membaca لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم sebagai tanda kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. 
  • Amalkan bersedekah kerana sedekah mempunyai barakah.
  • Amalkan solat taubat, solat hajat, solat tahajjud dan solat witir.
Setakat itu sahaja yang mampu aku kongsikan buat masa ini. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang halal, diberkati dan diredhai Allah s.w.t..ameen...

Friday, May 2, 2014

Buatmu Single Muslimah

Bukan mudah menghadapi ujian hidup sebagai single muslimah, meniti kehidupan tanpa sang lelaki bergelar suami. Ramai yang kecundang dengan perasaan lantas merasakan kehidupan tiada bermakna.

Jangan begitu wahai single muslimah. Ketahuilah, pasangan hidup bukanlah pelengkap kehidupan. Kita masih berhak menikmati kebahagian tanpa kehadiran pasangan hidup. Andai sudah tersurat kita tiada jodoh di dunia, berbahagialah kerana bukan itu matlamat utama Allah menjadikan kita di muka bumi ini.

Ingatlah, tujuan utama Allah menjadikan kita adalah untuk beribadat kepada-Nya. Apabila kita semat visi ini dalam hati dan minda kita, secara automatik hidup kita terarah dan bermatlamat.

Andai orang kata kita rugi kerana tidak mempunyai anak-anak yang soleh untuk mendoakan kita setelah kita kembali kepada-Nya, janganlah bersedih. Kita masih mempunyai dua lagi talian hayat ketika di alam barzakh iaitu sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Sedangkan mereka yang mempunyai anak, belum tentu anak mereka sudi mendoakan.

Andai orang kata, seseorang yang bergelar isteri dengan mudahnya menempah pahala walaupun dengan hanya seulas senyuman buat suami. Janganlah berdukacita kerana seuntai zikir lailahaillallah bukan sahaja syurga sebagai ganjaran, malah tumbuhnya pepohon yang rendang buat kita berteduh di sana nanti. Dan ingatlah menjadi seorang isteri memang mudah menempah pahala, tetapi juga senang menempah tiket ke neraka.

Andai mereka merasakan beruntungnya mempunyai pasangan hidup, dapat saling menyokong, saling memerlukan. Apa pula kurangnya kita yang ada Allah.. Allah sentiasa mendengar setiap rintihan kita, sedangkan pasangan hidup belum tentu sanggup mendengar rintihan kita 24jam..

Ketahuilah, ramai wanita yang dikurniakan pasangan namun mereka masih mengeluh. Suami mereka begitu begini..sedangkan kalau kita dikurniakan pasangan, belum tentu kita mampu bersabar dengan perangai pasangan. Begitu juga pasangan kita belum tentu dapat menerima perangai kita.

Ramai juga wanita mengeluh kepenatan menguruskan anak-anak. Sedangkan seandainya kita diuji dengan kenakalan anak-anak, belum tentu kita mampu bersabar dan bertahan. Apatah lagi sekiranya dikurniakan anak-anak istimewa, Allah tahu kita tidak mampu. Mungkin sebab itu Allah tidak mengizinkan buat kita.

Ramai juga kita lihat isteri-isteri dan ibu-ibu yang terlalu sibuk menguruskan keluarga sendiri sehingga mengabaikan hak-hak terhadap ibubapa, jiran tetangga, saudara seislam dan juga agama Allah itu sendiri. Sedangkan itulah kelebihan kita yang tak tertanding dengan mereka yang dikurniakan pasangan. Single muslimah mempunyai ruang yang banyak untuk menunaikan hak-hak terhadap ibubapa, jiran, saudara dan agama Allah. Alangkah ruginya kita andai kelebihan ini kita sia-siakan dek kerana terlalu memikirkan siapakah jodohku setiap masa dan ketika..

Oleh itu, bersabarlah wahai single muslimah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikir selain memikirkan tentang pasangan hidup. Fikirlah bagaimana untuk berbakti kepada ummah, kepada agama.

Andai sudah sampai jodoh, jangan ditolak. Tetapi andai ditakdirkan tiada jodoh di dunia, redhalah. Pasti akan ada jodohmu menanti di pintu syurga-Nya di akhirat nanti.insyaAllah..

La tahzan wahai single muslimah!

Friday, March 21, 2014

Faktor Penting Dalam Memilih Pekerjaan

Ramai orang mengingatkan agar jangan terlalu memilih pekerjaan lebih-lebih lagi pada zaman sekarang. Tetapi bagi saya, kita berhak memilih lebih-lebih lagi jika mempunyai ilmu, kelulusan dan kemahiran yang tinggi. Andai keadaan tidak terlalu mendesak, usahlah terlalu tergesa-gesa untuk menerima apa-apa sahaja yang ditawarkan. Pertimbangkan dahulu kelebihan dan kekurangan jawatan dan syarikat tersebut. Berikut merupakan senarai perkara-perkara penting untuk dipertimbangkan sebelum menerima atau menolak pekerjaan yang ditawarkan. 

1. Latar Belakang Syarikat
Ini adalah perkara yang pertama sekali patut dipertimbangkan. Buat sedikit kajian tentang latar belakang syarikat, kedudukan kewangan, status pendaftaran, pemilik syarikat, usia penubuhan syarikat, pelanggan atau pembekal utama syarikat dan lain-lain supaya dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam sebarang kes penipuan. Dan yang paling penting, kaji status syarikat dari perspektif islam, adakah pendapatan yang diperoleh syarikat itu dari sumber yang halal atau yang haram? 

2. Bidang Kerja
Buat kajian tentang jawatan yang ditawarkan agar kita tahu serba sedikit skop kerja yang bakal dilakukan dan juga agar kita tahu adakah jawatan yang ditawarkan menepati minat dan kelulusan kita. Jangan sesekali ketepikan rasa minat dalam sesuatu perkara. Sebenarnya rasa minatlah yang mendorong kita untuk maju ke hadapan. Tidak salah kalau kita menerima sesuatu pekerjaan atas dasar minat bukan atas dasar kelulusan dalam bidang tertentu. Sebab itulah tidak hairan andai seorang graduan perubatan dari Ireland balik Malaysia bekerja sebagai pereka grafik. 

3. Hari dan Masa Bekerja
Biasanya hari bekerja di Malaysia adalah 5 hari seminggu, 8 jam sehari. Elakkan memilih syarikat yang mewajibkan bekerja 6 hari seminggu. Masa bekerja pula, pilihlah yang flexible agar senang kita menguruskan masa kita sendiri, boleh masuk kerja dan balik kerja ikut suka asalkan cukup 8 jam sehari. Dan pilihlah kerja yang tidak memerlukan kerja lebih masa sepanjang masa. 

4. Bilangan Cuti
Antara cuti yang biasa diberikan adalah cuti tahunan, cuti sakit, cuti belajar, cuti peperiksaan, cuti mengerjakan haji, cuti kahwin, cuti bersalin, cuti saudara sakit, dan juga cuti tanpa gaji. Pilihlah syarikat yang memberikan cuti yang paling maksimum kerana kita punyai keluarga dan perkara-perkara lain yang juga perlukan tumpuan, bukan hamba kerja semata-mata. 

5. Manfaat dan Peruntukan 
Manfaat perubatan adalah keperluan yang sangat penting. Sesetengah syarikat memberikan manfaat perubatan yang tidak terhad termasuk untuk anak dan isteri/suami. Selain daripada manfaat perubatan, peruntukan lain untuk kebajikan pekerja adalah seperti peruntukan sambung belajar, peruntukan rawatan gigi dan optical, skim persaraan, takaful dan sebagainya. 

6. Gaji dan Bonus
Tidak dinafikan bahawa gaji yang ditawarkan merupakan faktor utama bagi seseorang dalam memilih atau menerima tawaran pekerjaan. Namun, pertimbangkan juga faktor kenaikan gaji dan bonus tahunan. Tak guna juga kalau gaji tinggi tapi tiada bonus diberikan saban tahun. Lebih malang lagi sekiranya kenaikan gaji hanyalah RM50 setahun!

7. Elaun
Tak banyak syarikat swasta yang memberikan elaun tambahan selain daripada gaji pokok. Namun, bagi yang berkerja di luar pejabat dan dikehendaki keluar ke sana-sini atas urusan kerja, pastikan peruntukan elaun minyak kereta disediakan. Elaun lain yang menarik adalah seperti elaun kerja lebih masa, elaun pengangkutan, elaun kerja shift, elaun perjalanan yang berkaitan dengan kerja dan lain-lain.

8. Tahap Tekanan
Tekanan di tempat kerja mungkin disebabkan oleh bebanan kerja yang terlalu banyak, tekanan daripada pihak atasan, persekitaran yang tidak selesa dan lain-lain. Perlu diketahui bahawa gaji yang tinggi adalah tidak berbaloi sekiranya tekanan di tempat kerja adalah pada tahap maksima! Mungkin sebulan-dua kita masih mampu bertahan, tapi kalau berterusan hingga bertahun-tahun siapa sanggup menahan gelodak jiwa? Lantas terus resign dengan notis 24 jam! Lebih baik gaji lebih rendah asalkan tidak tertekan. 


9. Persekitaran
Selain kelebihan berbentuk material, kita juga perlu mempertimbangkan keadaan persekitaran tempat kerja. Persekitaran yang dimaksudkan adalah seperti teman-teman, situasi pekerjaan, hubungan pekerja dengan majikan, aktiviti sosial dan lain-lain. Alangkah bahagianya andai mempunyai teman-teman sekerja yang baik hati, yang saling nasihat-menasihati dan saling hormat-menghormati. 

10. Lokasi
Adalah satu kelebihan seandainya lokasi tempat kerja adalah berdekatan dengan tempat tinggal kita kerana dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Sekiranya lokasi tempat kerja adalah jauh, kita perlu korbankan masa untuk travel berjam-jam ke tempat kerja, ditambah pula dengan bayaran tambang pengangkutan, minyak kereta, bayaran tol dan juga membazirkan tenaga bersesak-sesak dalam tren dan juga berjalan kaki. 

Selain daripada mempertimbangkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas, jangan lupa solat istikharah agar dipermudahkan jalan dalam memilih yang terbaik. Andai punyai pilihan, pilihlah yang terbaik. Andai tiada pilihan buatlah yang terbaik. Semoga bermanfaat..

Tuesday, February 25, 2014

Kerja Admin : Senang Tapi Leceh

Sesekali terpaksa buat kerja-kerja admin, terasa amat bodoh dengan kesilapan-kesilapan yang tak dapat diterima akal, orang kata 'silly mistakes'. Kerja-kerja admin adalah terlalu senang, contohnya print letter, print slides, set-up meeting or appointments dan sebagainya. Namun bagi aku yang tak biasa buat kerja admin ditambah pulak dengan sikap aku yang terlalu careless, kerja admin memang memberi tekanan yang agak maksima. 

Antara silly mistakes dan tindakan pelik yang aku pernah buat adalah : 

1. Terlupa update tarikh. Kadangkala, surat dalam bentuk microsoft word sudah auto-updated tarikhnya, namun ada juga orang yang tak tahu function auto-update tarikh tu, jadi perlu update tarikh secara manual. Bila bos aku mintak tolong print surat tu, aku terus je print tanpa double check tarikh yang terkini. Maklumlah, nak print tekan ctrl + P then press enter je terus keluar kat printer. Tindakan yang sangat cepat tapi salah! 

Info : Untuk letak function auto-updated date, open Mocrosoft Word > highlight date > click Insert > Date & Time > select format > click Update automatically > OK. 


2. Print surat bersama company header. Disebabkan jarang-jarang print surat bersama header, aku tak tahu macammana nak letak paper yang ada company header di multi-purpose tray printer. Bila dah siap print, kadang-kadang header dekat belakang surat, kadang-kadang header berada di bawah. Jadi, untuk dapatkan kerja yang sempurna, aku terpaksa membazirkan beberapa helai kertas dulu untuk try and error..haha.. Aku juga baru tahu bila nak print letter bersama header, tak boleh print double-sided. Lagi satu. print letter bersama header hanya untuk external correspondent sahaja. Jadi, kalau untuk internal correspondent, tak perlu guna header.. owh, sungguh jakun dan tak alert aku nih! 

3. Set-up meeting. Sebenarnya jari-jemari aku nih terlalu pantas berlari-lari di atas keyboard. So, bila nak taip something, memang cepat je menekan-nekan then dah terus send. Pernah sekali aku tersilap invite entah sape untuk attend satu meeting bersama my boss. Yang jadi lebih teruk, aku boleh tak perasan yang aku dah tersilap invite sampailah boss aku yang tegur. Nasib baik meeting tuh cancel dan orang yang aku invite tu tak respond pun invitation aku tuh. Kalau tak, memang nahas la.. 

4. Entertain guests. Kalau kat rumah, mungkin kita dah biasa entertain tetamu yang datang. Tapi kalau kat ofis, tetamu yang perlu dilayan bukan sebarangan orang. Mereka nih VVIP. So, bila sesekali terpaksa handle guest VVIP, memang segan dan kaku. Aku pernah sekali kena layan guest Pak Arab dari Negara Kuwait. Kerja simple sangat je, hidangkan kuih, bancuhkan air. Tapi aku rasa nervous sangat sebab jadi macam waiter hidangkan air depan orang, orang duk tengok kita..ohh, malu weh! menggigil-gigil aku tuang air dan hidangkan kuih. Nasib baik tak tumpah air tuh! 

Kesimpulannya, aku patut cuba kerja-kerja lain juga, bukan kerja menghadap komputer sahaja.. kerja menghadap komputer menjadikan aku kurang bersosial dengan orang lain dan otak rasa seolah-olah dah beku, tak boleh berfikir dengan rasional tentang perkara-perkara biasa yang dilakukan oleh orang sekeliling. 

Tuesday, February 18, 2014

Pelaburan Emas


Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku akan menyambung sessi knowledge sharing mengenai kaedah membiakkan duit melalui pelaburan emas. Bagi sesiapa yang tak tahu apa-apa mengenai pelaburan, anda digalakkan membaca entry mengenai asas pelaburan serta terminologies yang digunapakai dalam bidang pelaburan. Ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan persoalan serta kemudahan untuk memahami entry kali ini. Anda boleh membaca entry asas pelaburan tersebut DI SINI.

Pelaburan Emas (Gold Investment) - Dah lama orang bercerita mengenainya, tapi masih ramai juga yang tak tahu macam mana nak mula berkecimpung dalam bidang ni. Juga ramai yang tak tahu perkara asas mengenai pelaburan emas ni. Jadi, di sini aku nak buat sedikit knowledge sharing about gold investment. Aku takdelah pakar sangat, cuma boleh la nak share sikit-sikit apa yang aku tahu..hehe

Pelaburan emas merupakan long term investment. Ia bukan seperti pelaburan saham, hari ni beli esok lusa nak jual, terus dapat untung. Ini kerana terdapat margin yang agak besar antara harga jual dan harga beli. Sebagai contoh, harga beli hari ini RM136 per gram, harga jual RM128 per gram. Margin adalah sebanyak RM8. Kita beli 1gram emas hari ini dengan harga RM136 then hold kejap dua tiga hari. Then tetiba harga naik jadi RM140. Kita rasa dah dapat untung tapi sebenarnya belum untung kerana kalau kita nak jual, kena tengok harga jual, iaitu kena tolak margin RM8, jadi kita jual dengan harga RM132 sahaja sedangkan kita beli dengan harga RM136. Jadi kita rugi RM4.

Tetapi, kalau kita betul-betul nak jual dan mendapat untung pada harga RM140 tu, kita boleh jual kepada rakan-rakan kita atau sesiapa yang berminat untuk beli dengan harga jual RM140 tersebut atau boleh negotiate sikit kepada RM139. Barulah dapat untung RM3.

Tetapi, apa yang kita perlu buat sekiranya harga emas terus menurun selepas kita membelinya? Di sini saya ada tiga nasihat yang mungkin berguna. Pertama, jangn terlalu tamak. Jangan tamak ketika membeli dengan membeli banyak-banyak sekaligus walaupun kita rasa harga pada hari kita membeli emas tu adalah harga terendah dalam beberapa tahun. Kita perlu ingat, duit yang kita ada mungkin diperlukan di saat-saat kecemasan sedangkan emas sukar untuk dicairkan. Jadi, jangan menggunakan semua duit saving yang kita ada untuk membeli emas. 

Nasihat yang kedua, kita perlu hold sahaja emas yang ada dengan syarat follow nasihat yang pertama tadi. Kita hanya perlu menunggu harga emas akan menaik semula. Mungkin selama setahun atau lebih. Percayalah, harga emas akan meningkat, cuma mengambil masa. Kalau kita lihat kepada historical graph 5-10tahun, bentuk grafnya sentiasa meningkat. Boleh rujuk graf di bawah.
Gold price movements in 5-years
Gold Price movements in 10-years. Kita boleh lihat pergerakan menurun yang sama pada tahun 2009 dengan 2013. Namun harga semakin meningkat selepas tahun 2010.
Gold price movements in 30-years.
Dan nasihat yang ketiga, simpanlah emas kerana duit yang kita pegang pada hari ini juga bersandar kepada emas. Seandainya rizab emas sudah habis, maka duit ditangan kita hanyalah kertas yang tak bernilai.. wang kertas yang kita pegang hari ini hanyalah sebagai bahan perantara bagi mempermudahkan urusan seharian. 

Di zaman rasulullah dahulu, baginda menggunakan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan harian. Ini kerana terdapat hadis yang mengatakan, Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, "Akan Tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas dan Perak" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal). Namun begitu, majoriti pendapat mengatakan hadis ini adalah dhaif. Wallahu'alam.

Selesai mengenai teori dan kaedah dalam transaksi pelaburan emas. Bagaimana pula nak mempraktikkannya? InsyaAllah, saya akan menunjukkan secara details mengenai cara-cara membeli emas dalam entry akan datang. 


Thursday, February 13, 2014

Kronologi Penipuan di Internet (Cyber Scam)

Kita sedia maklum tentang jenayah penipuan di internet a.k.a Cyber Scam memandangkan selalu sahaja disiarkan berita mengenainya. Kita juga selalu menerima mesej berangkai melalui Facebook, What App, email dan sebagainya yang menasihatkan agar berhati-hati dalam membuat sebarang transaksi secara online. Namun sehingga hari ini, masih  ramai yang terjerat dengan penipuan tersebut. Mereka hanya menyedari telah ditipu hanya setelah mengetahui duit telahpun lesap dan orang yang menerima bayaran tidak dapat dihubungi. 

Baru-baru ini, kawan aku merangkap housemate turut sama terjerat. Yang paling menarik, kami cuba sedaya upaya merungkai rangkaian penipuan tersebut dan akhirnya berjaya mengesan kronologi penipuan tersebut. Walaupun masih belum mengetahui siapakah sebenarnya si penipu tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kami sudahpun mengetahui serba sedikit tentang modus operandi yang digunakan. Jadi, di sini aku ingin berkongsi kronologi tersebut agar dapat dijadikan panduan dan semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran kita seterusnya dapat mengurangkan risiko tertipu dengan cyber scam. 
  • Pada 19 Jan 2014, Mangsa A (kawan aku) membaca iklan di Mudah.my mengenai rumah sewa. Mangsa A menghubungi Si Penipu untuk booking rumah sewa yang diiklankan. Si Penipu meminta Mangsa A membayar deposit sebulan RM680 ke dalam akaun CIMB Mangsa B (penjual tablet). Si Penipu berjanji untuk menunjukkan rumah dan memberikan kunci rumah pada 5 Jan 2014. 
  • Sebelum Mangsa A bank in duit ke dalam akaun Mangsa B, Mangsa A membuat sedikit kajian mengenai pemilik akaun iaitu Mangsa B melalui internet (Google Search) dan mendapati Mangsa B merupakan seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi di Kedah. Si Penipu juga ada memberitahu Mangsa A bahawa dia merupakan seorang pensyarah di Kedah. Jadi, Mangsa A membuat kesimpulan bahawa Mangsa B dan Si Penipu adalah orang yang sama. Maka, dengan yakinnya Mangsa A membuat bayaran deposit tersebut pada petang 19 Jan 2014. 
  • Pada 3 Feb 2014, Mangsa A menghubungi Si Penipu untuk tetapkan lokasi perjumpaan pada 5 Jan 2014 seperti yang dijanjikan sebelum ini. Si Penipu menetapkan lokasi perjumpaan adalah di PKNS Bandar Baru Bangi pukul 6 petang. 
  • Pada 4 Feb 2014, Mangsa A bertolak dari Kelantan ke Bangi bersama ibu dan abangnya. Manakala Si Penipu memberitahu bahawa dia juga baru bertolak dari Kedah. 
  • Tepat jam 6 petang, Mangsa A menuju ke PKNS dan menunggu di situ sambil cuba menghubungi Si Penipu. Namun, Si Penipu sudah mula tidak menjawab panggilan telefon dan membuat setting 'divert call' kepada nombor yang lain. 
  • Mangsa A mula resah dan membuat kajian yang lebih mendalam melalui Google Search. Dari situ Mangsa A berjaya mendapatkan nombor telefon rumah ibu kepada Mangsa B. Mangsa A terus menghubungi ibu Mangsa B dan menceritakan serba sedikit tentang rumah sewa dan juga deposit yang dibayar. Ibu Mangsa B yang berada di Negeri Sembilan memberitahu anaknya bekerja di Kedah dan tidak mempunyai rumah sewa di Bangi. Kemudian, ibu Mangsa B menghubungi anaknya dan menceritakan peristiwa tersebut. 
  • Mangsa B menelefon Mangsa A dan memberitahu memang terdapat transaksi deposit RM680 ke dalam akaunnya pada 19 Jan 2014. Namun Mangsa B menceritakan bahawa dia merupakan pensyarah dan juga menjual tablet melalui Mudah.my. Si Penipu pernah menghubungi Mangsa B untuk membeli tablet dengannya dan menyuruh Mangsa B menghantar tablet tersebut melalui pos ke atas nama dan alamat Skynet Mangsa C (pelanggan Si Penipu) di Gombak dan berjanji akan bank duit ke dalam akaun Mangsa B. 
  • Mangsa B bersetuju dan membuat pengeposan tablet tersebut setelah mendapati akaunnnya telah dikreditkan dengan sejumlah amaun dari beberapa transaksi dari orang yang berbeza-beza. Setelah dijumlahkan, Mangsa B mendapati jumlah amaun yang dikreditkan adalah RM2000 sedangkan harga tablet adalah RM1700. Jadi Mangsa B menghubungi Si Penipu untuk memulangkan baki sebanyak RM300. Si Penipu meminta Mangsa B transfer ke dalam akau BSN yang tidak dapat dikenalpasti pemiliknya adakah akaun Si Penipu atau akaun mangsa yang lain pula. 
  • Kami membuat kesimpulan bahawa orang yang mengcreditkan akaun Mangsa B merupakan mangsa-mangsa yang tertipu dengan iklan-iklan palsu yang lain yang diiklankan oleh Si Penipu. Ini kerana amaun yang dikreditkan adalah daripada orang yang berbeza dengan jumlah yang berbeza. 
Setelah berjaya merungkai kronologi di atas, keesokannya aku berbincang dengan Compliance Team di ofis aku kerana merasakan ianya ada kaitan dengan aktiviti 'Money Laundering'. Hasilnya, aku mendapati memang benar ia merupakan sebahagian daripada aktiviti money laundering yang mana penjenayah menggunakan institusi kewangan sebagai medium untuk melakukan jenayah. Tindakan yang perlu diambil dalam kes sebegini adalah seperti berikut: 
  • Tindakan yang paling pantas dan senang dilakukan adalah melakukan kajian melalui Google Search. Antara keyword yang boleh digunakan adalah nama, nombor, telefon, nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan apa sahaja maklumat yang ada. 
  • Mangsa A perlu membuat laporan polis tentang penipuan ini supaya pihak polis dapat membuat siasatan seterusnya dapat menyelamatkan orang awam lain daripada menjadi magsa yang seterusnya. Itupun kalau polis rajin buat kerja.. kalau tak, jadi bahan koleksi dalam fail dia jelah.. 
  • Mangsa B perlu membuat laporan polis kerana identiti dan maklumat peribadinya telah disalahgunakan. Dia juga hendaklah menutup akaun CIMB dan membuat akaun yang baru. 
  • Mangsa A dan Mangsa B juga perlu membuat laporan kepada CIMB bank dan juga BNM kerana kes ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Money Laundering. 
Persoalannya, bagaimana pula dengan status transaksi yang dikreditkan ke dalam akaun Mangsa B, adakah ia halal atau haram untuk diiktiraf sebagai sebahagian daripada pendapatan bagi Mangsa B? Adakah Mangsa B perlu memulangkan kembali kesemua duit mangsa-mangsa yang tertipu seperti Mangsa A tadi? Maka, aku berbincang pula dengan Pegawai Syariah di ofis aku bagi menjawab persoalan tersebut. Mereka berpendapat bahawa transaksi jual-beli tersebut adalah sah dan Mangsa B tidak bersalah kerana dia juga menjadi mangsa. Namun pendapatan tersebut hanyalah shubhah dan Mangsa B sendiri berhak ke atas duit tersebut.  Maka terpulanglah kepada Mangsa B untuk memulangkan wang tersebut kepada mangsa-mangsa yang lain atau tidak. Wallahua'lam. 

Saturday, February 8, 2014

Kesilapan-Kesilapan Dalam Penghasilan Karya Khat Kufi

Setelah beberapa lama berlatih menghasilkan karya kufi mengikut disiplin-disiplin yang ditetapkan oleh sifu-sifu yang  master dalam bidang ini, aku dapati banyak kesilapan-kesilapan yang selalu terlepas pandang terutamanya bagi aku yang masih dikira 'newbies' ini. 

Kesilapan major yang selalu dikesan adalah dari segi variasi penyambungan huruf. Manakala kesilapan minor yang dikesan adalah seperti lompat datum, terkurang atau terlebih rumah huruf, titik berada di luar rumah huruf dan lain-lain lagi. 

Untuk lebih jelas, aku bawakan contoh-contoh kesilapan bersama sedikit penerangan agar lebih jelas dan mudah difahami. Kita mulakan dahulu dengan kesilapan minor. Contoh-contoh yang ditunjukkan kelihatan sempurna pada pandangan mata kasar, namun apabila diamati, memang dapat dikesan kesilapannya...

1. Lompat datum. Susunan huruf hendaklah mengikut turutan datum bermula dari Selatan > Barat > Utara > Timur kemudian kembali ke Selatan dan seterusnya. 
Perhatikan huruf Wau dan huruf Qaf. Huruf Wau berada pada datum Utara manakala huruf Qaf berada pada datum selatan. Sepatutnya, huruf Qaf mestilah berada pada datum timur.

2. Titik berada di luar rumah huruf. Setiap huruf yang bertitik, salah satu titiknya hendaklah sentiasa berada betul-betul di bawah atau di atas rumahnya. 
Perhatikan titik huruf Ya. Ia sepatutnya berada betul-betul di bawah rumahnya. 

3. Rumah Hantu. Terlebih rumah iaitu rumah tambahan yang tiada di dalam free flow. 
Stroke warna pink adalah rumah hantu.

4. Terkurang rumah. Biasanya tertinggal tiang huruf.  
Huruf Ya tiada tiang.

5. Huruf terlungkup. Biasanya Huruf Ya selalu dihasilkan secara terlungkup. 
Huruf Ya terlungkup bukan variasi dan ianya adalah salah. 

6. Huruf terlebih tiang.  Setiap huruf mempunyai syarat bilangan tiang yang minimum dan maksimum. Contohnya tiang huruf Ya hendaklah sentiasa 3 bar, huruf alif sentiasa minimum 5 bar, tiang huruf Ha sentiasa minimum 5 bar dan lain-lain. 
Tiang huruf Ya maksimum 3 bar sahaja.

7. Huruf terkurang tiang. Setiap huruf mempunyai syarat bilangan tiang yang minimum dan maksimum. Contohnya tiang huruf Ya hendaklah sentiasa 3 bar, huruf alif sentiasa minimum 5 bar, tiang huruf Ha sentiasa minimum 5 bar dan lain-lain. 
Tiang huruf Ha salah sebab tiangnya 3 bar.

8. Dual datum. Kedua-dua tiang huruf hendaklah berada di datum yang sama.  
Tiang pertama huruf Tha berada di datum utara, manakala tiang kedua berada di datum timur.

9. Tikam kepala. Penyambungan yang betul adalah sambungan ke tiang huruf seperti sambungan free flow. 
Sambungan huruf Ya ke kepala huruf Mim kelihatan menikam kepala huruf Mim. 

10. Flow tidak tersusun. Kebanyakan kufi dengan flow yang tidak tersusun dihasilkan oleh newbies yang baru belajar dan belum memahami disiplin-disiplin asas seperti susunan datum, disiplin huruf dan lain-lain. 
Contoh design yang tidak boleh diterima kerana terlalu banyak kesilapan. Antaranya tidak mengikut susunan datum, kesilapan hukum positif dan negatif, salah variasi huruf dan lain-lain.. 

Seterusnya, di bawah ini disenaraikan pula contoh kesilapan-kesilapan dalam penyambungan huruf yang selalunya dibahaskan oleh para penggiat khat kufi. 
Penyambungan huruf Lam dan Kaf salah, sepatutnya disambung pada lantai paling bawah huruf Kaf. Sambungan huruf Mim dan Lam juga salah. Huruf Alif juga tidak cukup tiang. 

Bagi menangani kesilapan penyambungan huruf ini, terdapat tutorial-tutorial yang dihasilkan oleh sifu-sifu untuk dijadikan sebagai rujukan. Namun, untuk menghasilkan karya kufi yang unik dan kemas, kadangkala teknik yang diajarkan tidak dapat memberikan penyelesaian yang sempurna untuk karya kufi yang diinginkan. Oleh itu, pemikiran yang kreatif dan kritikal amat diperlukan. Maka, lahirlah pelbagai variasi penyambungan huruf yang kadangkala tidak menepati disiplin-disiplin kufi sebagaimana yang dipersetujui oleh para penggiat khat kufi. 

Kesimpulannya, jangan takut untuk cuba mencari penyelesaian bagi menghasilkan sesebuah karya kufi, namun harus mengikuti disiplin-disiplin khat kufi agar tidak merosakkan keaslian hurufnya. 

Note : Sebarang pertanyaan, komen, dan tempahan design khat kufi, boleh menghubungi saya di alamat email fitnunnisak@gmail.com atau tinggalkan pesanan dalam rungan komen di bawah. Sekian terima kasih.

Sunday, February 2, 2014

Beramah Mesra Bersama Warga Emas

Date : 27 Oct 2013
Venue : Ruman Seri Kenangan, Cheras

Rumah Seri Kenangan Cheras terletak di batu 11, betul-betul di tepi highway Cheras-Kajang. Buat masa ini, terdapat 176 warga emas tinggal di sini yang berasal dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. 


Aku berpeluang menyertai program kebajikan dan ramah-mesra bersama warga emas di sini, anjuran company aku dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Ini adalah kali pertama aku mengikuti program macam ni. Masa mula-mula menjejak kaki ke sana, terasa berdebar-debar jugak la. Dalam fikiran, macammana la nak berdepan dengan mereka, bagaimana penerimaan mereka dan berkali-kali mengingatkan diri supaya jangan terlepas cakap pasal keluarga atau kisah lampau mereka. 

Sesi bergambar selepas tamat program bersama PPZ
Setibanya di sana, aku rasa terpukau kerana ia kelihatan sangat cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Rupa-rupanya Rumah Seri Kenangan di Cheras ni baru sahaja siap renovated. Bagi cawangan lain juga akan direnovate secara berperingkat-peringkat. Di sini terdapat rumah berbentuk seperti cluster, dan di setiap cluster didiami oleh 6-8 orang warga emas. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah gim, pusat muzik tradisional, bengkel kraftangan, dewan serbaguna dan lain-lain. 

Setiap cluster dikategorikan kepada tahap kesihatan dan kemampuan penghuni yang berbeza. Aku berpeluang melawat ke bahagian yang agak kritikal iaitu tahap yang memerlukan penjagaan rapi, tidak berupaya bangun dan berjalan dengan sendiri. Aku lihat keadaan mereka sangat menyedihkan. Ada yang berbadan kurus kering betul-betul tinggal tulang dan kulit sahaja, makan dan minum melalui tiub ke dalam saluran hidung. 

Terdapat juga penghuni yang agak ramah bercerita. Aku tak berani nak tanya pasal asal-usul dan keluarga mereka, tetapi mereka sendiri yang bercerita. Ada yang ditinggalkan anak-anak, ada yang sebatang kara selepas kematian suami, dan bagi aku yang paling menyedihkan adalah seorang andartu yang merupakan anak tunggal dan telah kematian ibu-bapa. Dia betul-betul sebatang kara. MasyaAllah, aku tak tahu seandainya aku diuji sebegitu, bagaimana aku nak meneruskan hidup.nauzubillah...

Mereka juga bercerita, ramai juga pelawat-pelawat yang datang dari golongan pelajar sekolah dan universiti, serta sukarelawan termasuk golongan artis. Ada antara mereka pernah benjanji untuk datang semula, namun mungkir janji. Pada aku, andainya tidak ikhlas dan tidak terniat sebenarnya untuk datang melawat di lain kali, tak usahlah berjanji dan memberi harapan palsu kepada mereka. 

Selepas beramah mesra dalam lebih kurang 4-5jam, kami berkumpul di dewan serbaguna untuk menikmati makan tengahari, hidangan Nasi Arab hasil gotong-royong staff PPZ. Hebat rupanya warga PPZ dalam menyediakan masakan Nasi Arab, memang sangat sedap! Kami juga dihiburkan oleh artis jemputan Syam Kamikaze, Pian Saujana, Yatt Hamzah dan beberapa selebriti dakwah yang lain. 

Yatt Hamzah beramah mesra dengan warga emas.. cantik kan dia=))
Akhir kalam, apa yang aku dapat daripada program kali ni adalah kasih-kayang terhadap ibu-bapa. Aku rasa kesal kerana agak kurang meluangkan masa bersama ibu-bapaku di kampung. Dan seandainya aku diuji dengan keadaan ibu-bapa yang tak berdaya, mampukah aku untuk menjaga dan menguruskan mereka seikhlas mungkin sebagaimana mereka menjagaku ketika aku kecil dulu?

Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat kedua ibubapaku. Dan semoga aku diberi kekuatan dan keredhaan di saat mereka tidak berdaya suatu hari nanti...

Saturday, January 25, 2014

Plants Nursery at Bangi

Masuk tahun 2014 ni, tiba-tiba angin hobi baru meniup ke dalam diriku. Hobi yang baru ni ialah berkebun. Jadi, untuk memulakan hobi baru tersebut, aku telah mengunjungi Plants Nursery yang terdapat di sekitar Bandar Baru Bangi ni. Di sini, terdapat dua tempat iaitu RISDA Plant Nursery dan juga Lily Garden. Selain itu, kadangkala ada jualan semaian di bangunan PKNS Bandar Baru Bangi yang harganya sangat berpatutan. 

RISDA Plant Nursery atau nama sebenarnya RISDA Semaian dan Landskap Sdn Bhd (RSSB) terletak kira-kira 1km dari plaza tol Bangi. Terdapat pelbagai jenis semaian pokok bunga dan juga pokok buah-buahan. Harga yang ditawarkan adalah agak berpatutan. Di dalam nursery ini, juga terdapat landskap yang menarik sesuai untuk photoshot. Dan yang menariknya, nursery ini juga menawarkan pakej persandingan dalam taman. Di tengah-tengah nursery, terdapat satu ruang legar untuk persandingan dan catering. Dan di bahagian halaman, terdapat gazebo yang klasik dan cantik. 

Pintu utama RISDA Plant Nursery
Antara landskap di RISDA Plants Nursery
Gazebo yang terdapat di RISDA Plant Nursery
Pakej perkahwinan dalam taman
Lily Garden pula terletak berhadapan dengan RISDA Plant Nursery, hanya perlu membuat u-turn sahaja dari RSSB ini. Lily Garden juga menawarkan pelbagai jenis semaian anak pokok dengan harga yang berpatutan. Di sini, aku telah membeli sepohon pokok limau purut yang hampir mengeluarkan buah berharga RM25. 

Pokok limau kasturi berharga RM25
Selain semaian anak pokok, Lily Garden juga menjual pelbagai jenis barangan antik yang dibawa dari Thailand. Pelbagai jenis madu asli juga dijual disini, antaranya Madu Tualang (RM100+/-), Madu Kelulut (RM75), dan madu lebah liar (RM25) yang di ambil dari hutan. Madu-madu ini juga dibawa dari Thailand. Lily Garden turut dihiasi dengan landskap yang menarik dan unik kerana bermotifkan tradisional. 

Gerbang utama Lily Garden
Antara barangan antik yang dijual di Lily Garden
Dan tempat yang terakhir adalah di Kompleks PKNS, seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Aku tak berapa pasti masa yang tepat untuk jualan semaian anak-anak pokok di sini. Cuma aku perasan dalam tempoh setahun, ada dalam 4-5kali. Anak-anak pokok yang dijual di sini agak murah iaitu antara RM10-RM15 sahaja. Terdapat bunga mawar yang berbunga lebat pelbagai warna dijual dengan harga RM15. Di sini, aku membeli pokok limau kasturi yang sudah berbuah sebanyak 3biji dengan harga RM10, dan juga sepohon cili yang berbuah lebat juga dengan harga RM10. 

Pokok cili berharga RM10
Antara pokok mawar yang dijual
Pada mulanya aku agak tertanya-tanya bagaimana mungkin sepohon pokok yang agak kecil, tetapi sudah berbuah dengan lebat. Begitu juga dengan pokok bunga mawar yang renek sahaja, tetapi bunganya sangat lebat dan cantik. Rupa-rupanya, ia disiram dengan sejenis hormon iaitu hormon buah atau hormon bunga. Itulah rahsia yang sebenarnya, bukan dengan menggunakan baja buah atau baja bunga semata-mata. Anak pokok perlu disiram/spray dengan hormon ini sekali seminggu selepas disiram dengan air biasa. Hormon ini dijual dengan harga RM15 untuk 1liter. 

Itulah kesemua plants nursery yang terdapat di sekitar Bangi setakat hari ini. Kini, tibalah masanya untuk aku menjaga 'new babies' ni baik-baik. Semoga pokok-pokok aku nih terus hidup subur dan berbuah dengan lebat. Nanti boleh masak tomyam hari-hari. Buah limau purut pula dapat dijadikan scrub mandi. Manakala buah limau kasturi boleh digunakan untuk buat pencecah air asam untuk ikan bakar dan juga dibuat air asam boi..hoho..

Friday, January 17, 2014

Kaya Yang Beriman

Pernah tak kita ternampak bila setiap kali hampir masuk waktu solat, ada sebuah Lamborgini atau kereta-kereta mewah yang lain sudah terparkir betul-betul di depan masjid? Aku pernah terlihat sekali di sekitar Bangi. Perasaan ketika itu, masyaAllah sungguh hebat orang ini, kekayaan tidak menghalang mereka daripada taat beribadah kepada Allah. Mereka inilah yang aku namakan Kaya yang Beriman. 

Kaya yang Beriman - Aku sangat salute dengan mereka. Dan sejak kebelakangan ini, aku jumpa ramai sangat kenalan baru yang kaya lagi beriman. Sesungguhnya mereka sangat beruntung kerana dunia yang mengejar mereka. Maka, betullah orang kata, kalau kita kejar dunia, dunia akan lari. Tapi kalau kita kejar akhirat, dunia yang akan mengejar kita. Sebab itulah Rasulullah s.a.w selalu berdoa, "Ya Allah! Letakkan dunia ini di tanganku, bukan di hatiku."


Sememangnya kekayaan merupakan salah satu istidraj. Jika kita kalah dengan ujian tersebut, maka hinalah kita. Tetapi andainya kita berjaya menundukkan ujian tersebut, maka alangkah beruntungnya. Bagi orang-orang yang beriman, kekayaan dan kemewahan hanyalah pinjaman daripada Allah, dan sebahagian daripada harta yang dimiliki bukanlah 100% miliknya, tetapi sebahagiannya merupakan milik fakir-fakir miskin. 

Menyedari hakikat tersebut, orang kaya yang beriman menggunakan kekayaan mereka ke jalan fi sabilillah. Mereka menjadikan sahabat Rasulullah iaitu Abdul Rahman bin Auf sebagai role model yang mana beliau mendermakan seluruh hartanya ke jalan Allah. Tidak terdetik pun di hati mereka takut harta akan habis dan menjadi miskin. Ini kerana tidak pernah ada dalam sejarah dunia, orang jatuh miskin kerana selalu bersedekah. Malahan Allah juga berjanji dalam qalamNya, "Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Surah al-Hadid ayat 11).


Mengenai sahabat-sahabat aku yang juga kaya yang beriman, aku turut kagum dengan mereka. Mereka punyai akhlak yang baik, pemurah, kaya dengan ilmu agama serta kaya dengan harta dunia. Semoga character mereka turut memberi tempias kepadaku agar aku dapat mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka. InsyaAllah..

Tuesday, January 14, 2014

Fenomena Kangkung di Malaysia

Aku rasa seluruh Malaysia sudahpun mengetahui fenomena sawan kangkung yang melanda negara kita sekarang ni. Dinding-dinding facebook, twitter, blog dan banyak lagi laman sosial lain sudahpun dipenuhi dengan kangkung. Sungguh begitu cepat tumbuhan ini membiak dan menjalar. Namun, tahukah anda apa punca sebenar fenomena ini? Puncanya adalah PM Najib Razak telah memperkatakan bahawa ada antara sayur-sayuran telah turun harganya di Malaysia contohnya sayur kangkung. Tapi aku tak pasti akan kesahihan cerita ini memandangkan belum sempat ke pasar untuk meninjau harga kangkung, adakah betul harganya dah turun?

Cuma yang bermain di fikiran aku sekarang adakah Najib tahu berapa harga untuk sekilogram kangkung sebelum ini dan berapa pula harga sekarang? Aku yang selalu pergi membeli barang-barang dapur di pasaraya Econsave pun tak pasti berapa harga sekilogram. Yang aku tahu harga satu ikat yang sebesar lengan aku dijual dengan harga RM1. Dan seikat tu tak tahu pula berapa beratnya. Kesimpulannya, kita yang selalu shopping barang dapur pun tak tahu berapa harga sebenar kangkung dan memang tidak perasan pun bila naik atau turun harganya, inikan pula Najib yang aku jamin tak pernah ke pasar membeli kangkung tahu akan harganya!

Ok, dah malas nak membebel panjang. Aku cuma nak share kata-kata TERBAIK yang aku terbaca di laman-laman sosial mengenai kangkung nih. Memang tersangat lawak dan menghiburkan hati sungguh dengan respon rakyat Malaysia tentang cerita penurunan harga kangkung nih. Meh kita tengok respond terbaik yang aku jumpa dan kita gelak sama-sama..hahaha..

McKangkung pun ada??hahaha...
  • Penurunan harga kangkung untuk menggalakkn rakyat Malaysia bela kura-kura.#thinkpositive! -BadrulNizam
  • Terima kasih #PMKangkung kerana popularkan kangkung untuk rakyat malaysia. -PutraReformasi
  • Tahukah anda NajibRazak baru sahaja melancarkan Program Usahawan Kangkung 1 Malaysia untuk membantu rakyat berpendapatan rendah. -NisRoss
  • Persatuan Arnab2 Semalaysia mengucapkan syukur kepada Najib Razak kerana turunkan harga kangkung. InsyaAllah mereka akan undi BN lepas neh. -AmenoWorld
  • Artwork kangkung, pagi pagi lagi dah keluar. isi minyak, bayar tol, bayar tambang LRT semua pakai kangkung. - MalaysianGags
  • Kangkung untuk pagi, kangkung untuk tengah hari, kangkung untuk hi-tea, kangkung untuk malam, kangkung untuk supper. -MediaRakyat.net
  • Kangkung ? i love salad. -HafizKenny
  • Lepas ni satu Malaysia sihat duk mkn kangkung jaaaa. -NajmiRadzi
  • Lepas ni sarapan makan salad KANGKUNG , lunch KANGKUNG masak sambal tumis , dinner KANGKUNG masak sos tiram . . Nyumn nyumm . -Safuan_96
  • Lenggang-lengang Kangkung, Kangkung di tepi telaga, Rakyat Malaysia sangat beruntung, Sayur kangkung dah turun harga. -Taufiqhelios
  • Mungkin PM Najib lupa sayur kangkung turun harga sebab banyak tumbuh tepi longkang akibat longkang tidak diselengara. -PisauKarat
  • Negara luar kagum dan iri hati atas kejayaan Malaysia turun harga kangkong - Ketua Umno Bahagian Longkang. -PisauKarat
  • TURUN gagal turunkan kerajaan BN tetapi berjaya turunkan harga kangkong. -PisauKarat
  • Lenggang lenggang kangkung, Kangkung tepi titi, Rakyat kena bohong, UMNO bagi GST. -PutraReformasi
  • Index saham dijangka melonjak disebab penurunan harga kangkung..pelabur luar serius memonopoli komodoti kangkung. -ShafikZakaria
  • MENU KANGKUNG SEMINGGU ISNIN- Kangkung goreng tepung SELASA- Kangkung masak kicap RABU- Asam pedas kangkung KHAMIS- Sup kangkung JUMAAT- Kangkung masak lemak cili api SABTU- Kangkung masak 3 rasa AHAD- Kangkung goreng belacan Kangkung je yg turun harga. -RahizahRamlan
  • Kangkung bubuh dalam tank minyak kereta boleh jalan tak? -KhairulFauzi
  • Arrggghhhhh......ingat rakyat ni kambing ke nak makan kangkung hari-hari.....arggghhhhhhhhh.... -AddyHuzairy
  • Terima kasih PM NAJIB sebab turunkan harga kangkong, saya peminat setia no.1 kangkung..boleh la makan kangkong banyak2...YEAAAAA -EeSepet
  • Jom la ramai2 puji Najib.. Kang dia tarik subsidi kangkung, naya kita semua.. Keh3.. -Airil Ibrahim
  • Nyesal makan td x amek kangkung..kalo x mesti dpt harga termurah didunia. -Mohd Rizdwan
  • Bagi piala kangkung kat dia tanda terima kasih. -AnaHafrizAizat
  • Satu dua kangkong tepi perigi, Mana nak sama si sayur sawi, Harga petrol melambung tinggi, Blend la kangkong sebagai ganti. -Shad Ab
Akhir sekali, aku gelak sampai sakit perut... terjumpa satu gambar Najib kat bawah komen yang banyak-banyak tuh.. dalam gambar tuh Najib pakai helmet dan ada caption, "Laaalalaaaa..tak dengar..tak dengar...".. adeh lawak..lawak...korang cari sendiri la gambar tuh..aku malas nak post kat sini.. 

Sunday, January 12, 2014

Manage Your Money

Tahun 2014 lebih sinonim dengan gelaran Tahun Kesengsaraan Rakyat apabila hampir semua orang bercakap-cakap tentang segala kenaikan yang membebankan rakyat di negara kita, Malaysia. Malahan perkataan 'NAIK' dan 'TURUN' menjadi terlalu sensitif sehinggakan sesiapa sahaja yang menyokong 'NAIK' akan dikritik habis-habisan, manakala yang menyokong 'TURUN' akan dijulang-julang. Namun setiap 'NAIK' dan 'TURUN' ada penyokongnya yang tersendiri. Bagi aku, aku menyokong 'NAIK' untuk amalan dan keimanan, dan aku juga sokong 'TURUN' untuk harga barang. Hanya orang yang bodoh sahaja yang suka harga barang NAIK!

Entry kali ini bukanlah berkaitan dengan 'NAIK' atau 'TURUN' sebenarnya. Sekadar pembuka qalam sahaja. Kali ini aku nak berkongsi sedikit tips untuk menguruskan kewangan agar kita dapat trace ke mana duit yang kita belanjakan setiap bulan. Dari situ, dapatlah kita cut-cost yang mana tidak terlalu penting dalam perbelanjaan bulanan kita. Walaupun tips ini tidak dapat membantu untuk menambahkan pendapatan, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu ke mana setiap sen duit kita dibelanjakan. 

Aku mula membuat kira-kira pendapatan dan berbelanjaan sebaik sahaja mula bekerja pada tahun 2010. Daripada rekod kewangan yang dibuat, ternyata ia dapat memberi banyak kebaikan bukan sekadar merekod perbelanjaan harian, tetapi juga perbelanjaan lain seperti bayaran zakat, sedekah, simpanan dan lain-lain. Dengan rekod yang dibuat dapat membantu kita untuk mengira segala perbelanjaan tersebut dalam satu tahun. Selepas itu bolehlah kita analisis, contohnya berapa banyak duit yang telah kita sedekahkan untuk tahun tersebut. So that, next year kita boleh tambah lagi saham akhirat tersebut.. 

Tanpa membuang masa berceloteh dengan lebih panjang lagi, jom ikuti langkah-langkah untuk membuat rekod kewangan sendiri. Actually aku dah sediakan satu template untuk merekod segala transaksi kewangan. Kalau dalam syarikat, benda ni dikenali sebagai Profit and Loss(P&L). 

Mula-mula, tugas anda hanyalah download template tersebut DI SINI. Anda boleh mengubah template tersebut mengikut kesesuaian masing-masing. Kemudian, rekod setiap pendapatan dan perbelanjaan mengikut template yang disediakan tadi. 

Di dalam template tersebut, terdapat 4 tabs iaitu Akaun Bank, Statement, Other Income, dan Other Expenses. Memang agak menyusahkan sebenarnya nak update especially dalam tab pertama iaitu Akaun Bank. Tapi percayalah, ia amat berguna especially ketika sesuatu berlaku pada duit kita yang berada dalam akaun bank tersebut, contohnya seperti 'Macau Scam'. Dengan membuat rekod seperti ini, kita dapat mengesan sebarang kejadian yang tidak diingini dengan cepat. 

Aku tahu, memang semua orang TAK gigih nak mengupdate benda alah ni every time withdraw atau bank in duit dalam akaun. Aku pun malas jugak. So, aku nak share tips yang seterusnya bagi kita-kita yang takde masa nak mengupdate benda alah ni. Caranya macam ni. For every month, isikan budget perbelanjaan dalam Tab P&L. Lepas tu, kirakan total budget perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk sebulan. After that, withdraw je lah duit total tuh. Sekiranya total cash yang diperlukan untuk sebulan adalah sangat banyak, maka lebih elok withdraw separuh atau satu pertiga sahaja daripa jumlah perbelanjaan tersebut supaya kita tidak membawa cash terlalu banyak dalam wallet.

Next, asingkan duit mengikut budget dalam partition yang berbeza. Aku percaya, setiap purse or wallet ada banyak partition kan.. So, letaklah duit belanja makan dekat partition pertama, duit minyak kereta dalam partition kedua dan seterusnya. Dengan cara ini, secara tak langsung dapat mengingatkan kita agar tidak boros ketika berbelanja. Kalau hari ni makan kat restoran mahal, esok lusa pandai-pandailah cut-cost untuk makan sederhana atau berpuasa pula agar tidak gigit jari masa hujung bulan. 

Akhir sekali, tips yang paling penting adalah DISIPLIN dan istiqamah dalam merekod segala transaksi kewangan kita. Ambillah sedikit masa untuk merancang dan menganalisis kewangan kita. Jujurlah pada diri sendiri. Kalau kita belanja melebihi budget, rekodlah jumlah yang sebenar. Jangan main tipu dengan budget sendiri, sebab ia samalah seperti kita menipu diri sendiri=))

Wednesday, January 1, 2014

Qalam Intisyar - Spread The Khayr!

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."


Berdasarkan hadis di atas, saya rasa terpanggil untuk berkongsi bahan-bahan bacaan yang semakin bertimbun dalam kotak emel dan juga smart phone saya. Daripada hanya menjadi khazanah dan tidak pula diselak-selak, maka saya berfikir lebih baik ia dikongsi kepada semua orang. Oleh yang demikian, saya telah mewujudkan satu lagi blog khas untuk berkongsi semua karya penulisan yang berada dalam simpanan saya itu.

Maka pada hari ini 1 January 2014, dengan rasminya saya melancarkan blog baru saya, "Qalam Intisyar - Spread The Khayr!". Qalam Intisyar bermaksud penyebaran pena (karya penulisan) dan bertemakan 'Spread The Khayr!' yang bermaksud 'Sebarkan Kebaikan!'. Blog ini diwujudkan untuk menyebarkan karya-karya penulisan bermanfaat yang disebarkan oleh sahabat-sahabat dari pelbagai sumber melalui pelbagai medium seperti emel, wassap, facebook dan sebagainya. Setiap bahan yang disiarkan di blog ini akan dinyatakan penulis dan sumbernya agar hak cipta penulisan asalnya terpelihara. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Namun ada juga karya-karya yang tidak dapat dikenalpasti siapa penulisnya dan juga dari mana sumbernya. Maklumlah dah terlalu lama dalam simpanan. Sekiranya para pembaca mengetahui sumber dan penulisnya, boleh lah dimaklumkan kepada saya melalui ruangan komen di bawah atau emel terus ke alamat : fitnunnisak@gmail.com.

Bagi bahan bacaan yang ditulis dalam bahasa inggeris dan karangannya yang panjang, insyaAllah saya akan translate ke dalam bahasa melayu dan membuat sedikit ringkasan agar mudah dihadam dan diamalkan oleh para pembaca.

Saya juga akan mempertimbangkan karya-karya sesiapa sahaja yang ingin berkongsi karya mereka untuk disiarkan di sana dengan syarat ia adalah karya asli. Semoga dapat dimanfaatkan kepada kita semua.

Saya berharap semoga usaha saya untuk menyebarkan bahan-bahan yang bermanfaat ini dapat dijadikan sebagai saham tambahan sebagai bekalan di akhirat kelak dan semoga Allah redha..Insyaa Allah.. Let's spread the khayr! - jom sebarkan kebaikan!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin