Saturday, January 5, 2013

Analisis Kegagalan Interview

Sedar tak sedar dah lebih dua tahun setengah rupanya aku bekerja. Alhamdulilllah, aku kini boleh dikatakan berada dalam comfort zone in term of career, tapi comfort zone untuk keseluruhan kehidupan belum lagi. Namun, aku bersyukur di atas nikmat yang aku kecapi saat ini setelah melihat ramai lagi di kalangan kawan-kawan aku yang masih terkial-kial mencari kerja tetap dengan gaji yang setimpal dengan kelulusan masing-masing. Namun di sebalik nikmat yang aku kecapi sekarang ni, pelbagai ranjau dan mehnah yang aku tempuhi. Kegagalan demi kegagalan dalam mencari yang terbaik. 

Kali ni aku nak buat sedikit analisis supaya dapat menjadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran berguna buat aku di masa akan datang in case nak bertukar kerja lagi.hehe.. semoga dapat juga dijadikan manfaat buat para pembaca yang masih tak jemu mencari kerja. 

1 - Interview pertama 18 Mar 2010, HSBC - Lulus

Interview kali pertama seperti yang aku ceritakan dalam entry lepas, boleh klik di sini. Aku berjaya dalam interview ni masa aku belum tamat belajar sebenarnya. So, terpaksa postpone sampai habis final exam dan jugak after completed my thesis. After submit tesis, keesokannya aku mula bekerja. Alhamdulillah takde istilah tanam anggur dalam hidup aku. 

Antara faktor aku lulus interview tu adalah kerana position yang aku apply overqualified dengan kelulusan aku sebagai Degree Holder in Actuarial Science. Logically, company mana yang tak nak terima graduan dari bidang professional untuk buat kerja yang biasa dan terlalu manual. Of course dia nak gunakan kepakaran professional untuk upgradekan kerja-kerja manual tersebut dengan memberikan gaji yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. 

Selain itu, sekiranya aku bukan graduan actuary, the main reason aku lulus interview tu adalah kerana aku berlatih speaking dan juga membina keyakinan untuk bercakap dengan panel interview. Berlatih depan cermin, meramal dan cuba menjawab basic interview question, almost everyday aku berlatih.hoho..

Pengajaran : Walaupun position yang kita apply tu tak setaraf dengan kelayakan kita, tak kiralah position yang terlebih advance atau kelayakan kita yang terlebih advance, kita perlu confident, make them impress dan tunjukkan sikap yang positif seperti menerima kritikan and eager to learn. 

2-  Interview kedua 13 Nov 2010, Capital Dynamics - Gagal

Setelah bosan bekerja di HSBC, aku mula terfikir untuk mencari kerja lain bagi memperkembangkan kerjaya aku. Lagipun, intention aku bekerja di HSBC waktu tu hanyalah untuk bertapak dalam alam perkerjaan sebelum membina langkah seterusnya ke tempat lain yang lebih baik. Hampir setahun bekerja di HSBC, aku mula submit resume kepada company lain. Antara method yang aku gunakan adalah melalui email, jobstreet, jobsdb, career fair dan lain-lain. 

Hasil usaha aku mendatangkan hasil apabila company Capital Dynamics panggil interview. Jobscope yang ditawarkan lebih kurang analisis portfolio for aset management. Agak tough aku kira position tu dan sememangnya setaraf dengan kelayakan aku. Tetapi method interview dia sangat simple,  tapi susah bagi aku kerana kesemua calon diberi satu tajuk then discuss berdasarkan tajuk yang diberi. My weakness, aku memang fail bab discussion ramai-ramai, memang tenggelam la aku nih. Lastly, aku hanya buat rumusan daripada hasil discussion tersebut.haha..teruknyeee..

Pengajaran : Dah tahu weakness kat situ, kenalah upgrade diri. adeh...

3 - Interview ketiga 22 Dec 2010, Maybank - Gagal 

Setelah bosan dengan cara biasa, aku usaha mencari kerja dengan cara luar biasa pula iaitu dengan print resume banyak-banyak dan submit by hand terus kepada HR di Head Office semua bank area KL. Daripada banyak-banyak company tu, hanya Maybank dan Bank Pembanguan yang panggil interview. Position yang ditawarkan sebenarnya agak menarik, tapi aku tak begitu pasti dengan jobscope dia, cuma yang aku rasa kerja dia ada related dengan background study aku. So, aku cuba yang terbaik tapi bukan rezeki aku kat situ. Seminggu lepas interview, dapat result yang mengecewakan seperti yang dijangkakan.

Kegagalan kali ni memang dijangka memandangkan calon-calon yang lain yang terdiri daripada 5 orang adalah hebat-hebat belaka. Seorang daripada mereka adalah graduan oversea, ada yang master degree dan yang selebihnya dah berpengalaman 2-3tahun. Salah seorang daripada mereka juga mempunyai 'internal cabel'. Roughly analysis, very clear yang aku takde chance langsung untuk terpilih bukan hanya disebabkan persaingan tapi juga sebab tak bersedia dengan pengetahuan tentang jawatan yang ditawarkan.

Pengajaran : Jangan jadikan saingan yang hebat mempengaruhi keyakinan kita seterusnya membuatkan kita rasa down or loser, buat yang terbaik dan tunjukkan kelainan kita daripada mereka supaya panel interview nampak kewujudan kita. Selain itu, kena cari maklumat mengenai jawatan yang ditawarkan seperti function, jobscope dan kepentingan jawatan dalam suatu organisasi. 

4 - Interview keempat 5 Jan 2011, CIMB Aviva - Gagal

Interview kali ni sebenarnya ada peluang besar untuk aku lulus, memandangkan ketika itu hanya aku seorang calon yang dipanggil interview. Ini kerana aku pass resume guna internal cabel. Tapi masih bukan rezeki, aku gagal lagi kerana kurang persediaan dan pengetahuan tentang jawatan yang ditawarkan. Aku hanya tahu mengenai teori tanpa mengetahui applikasinya secara lebih spesifik. 

Pengajaran : Setiap apa yang kita belajar, kita mestilah berfikir bagaimana untuk mengaplikasikannya in real life or real works. 
5- Interview kelima 31 Jan 2011, Great Eastern Takaful (GETSB) - Gagal

Untuk company ni, actually aku dah lulus first stage interview. Hanya 2nd stage je yang gagal. Kegagalan kali ni aku sangat tak dapat terima kerana reason yang diberikan sangat tak logik dan menyakitkan hati. For the 2nd stage, all the candidates have to attend a team building course. Panel interview akan menilai sikap dan communication skill melalui that programme. Dan aku telah melakukan yang paling terbaik sehinggakan semua panel dan juga peserta kenal aku. 

Malangnya after result keluar, aku tak terpilih kerana aku takde pengalaman untuk jawatan yang ditawarkan. Sangat bengang kerana kalau itu alasan dia, kenapa masih pilih aku untuk ke 2nd stage. Dah la buang masa aku 3 hari pergi team buidling tu, siap amik Annual Leave lagi. Tapi perancangan Allah sangat sempurna. Tak lama lepas tu after aku dah dapat kerja lain, aku terjumpa dengan salah seorang calon, dia akhirnya dapat jawatan tu. Then aku tanya perkembangan dia di GETSB, katanya tak best sebab company baru dan gaji yang rendah. Alhamdulillah, starting gaji aku kat company baru lebih tinggi daripada GETSB. Patutlah Allah tak bagi aku kerja situ, rupanya Allah nak bagi yang lebih baik. Itulah hikmahnya. 

 Pengajaran : Walaupun kita rasa dah buat yang terbaik dan kita rasa kita layak untuk mendapatkan apa yang kita mahu, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sentiasalah  berbaik sangka dengan Allah di saat kita diuji.  

6- Interview keenam 26 Mar 2011, KFHMB - Gagal

Interview yang ni pun aku guna internal cabel juga, tapi masih gagal. Interview ni sangat santai, macam sessi berkenalan pon ada. Dan panel interview tu sangat berminat nak tahu pasal Sains Actuari sebab first time mereka dengar pasal actuary ni.hahaha.. Masa interview tu, mereka dah bagitau awal-awal lagi yang aku tak sesuai dengan jawatan tu meungkin sebab field study yang tak related dan aku juga memang tak suka dengan roles jawatan tu. Tapi reason yang diberi juga sedikit annoying, "I tak tahu macammana you boleh shortlisted untuk dipanggil interview." Akhirnya aku pulang dengan hampa dan mengharapkan dia akan tunaikan janjinya untuk forward resume aku kat department lain. 

Pengajaran : Tak mengapalah usaha tak berhasil, sekurang-kurangnya dapat berbual dan mengenali top management, untung-untung dapat dijadikan cabel.hehe

7 - Interview ketujuh 1 Apr 2011, XYZ (current company) - Lulus

This is the toughest interview I ever had. It took full day session with 5 stages of interview. The stages include public speaking, group discussion, essay writing, assessment, and lastly interview with top management. Aku expect memang tak lulus walaupun dah buat yang terbaik sebab calon-calon lain sangat hebat, most of them ada master degree dan ada juga overseas graduate. 

Selepas sebulan interview tapi masih tak dapat keputusan, aku buat kesimpulan yang aku tak lulus. So, aku teruskan usaha mitak kerja kat tempat lain pula. Tak lama lepas tu, aku dapat panggilan telefon yang memberitahu aku lulus! tapi itupun selepas ada seorang calon yang lulus tolak tawaran tu sebab dah dapat kerja dengan petronas. So, aku yang dalam waiting list dipanggil untuk menggantikannya.

8 -Interview kelapan 5 Apr 2011, EON Bank - Lulus

Sekali lagi aku guna internal cabel dan berhasil. Tapi jawatan yang ditawarkan tak berapa menarik, masih tak menepati apa yang aku nak. So, aku beri jawapan tergantung, "Nanti saya fikir dulu ea."hehe.. dah dapat macam tu pula... 

Pengajaran : Kita perlu tetapkan matlamat yang jelas, sekiranya kita yakin keputusan yang ada tidak dapat membawa kita maju ke hadapan, lepaskanlah.. Bertahan dahulu dengan apa yang ada sekarang. InsyaAllah, siapa tahu kelak akan ada lagi peluang yang lebik baik. 

9 - Interview kesembilan 20 Apr 2011, Bank Pembangunan - Gagal
Ni lagi satu, never expected interview. Jawatan yang ditawarkan adalah Assistant Manager. Aku tahu aku tak layak, tapi aku hadir jugak interview tu untuk mencari kelainan antara interview for executive and assistant manager. Lebih malag lagi, aku tetiba demam pada hari interview namun aku gagahkan jua. Dengan menggigil-gigil, aku habiskan juga interview session. 

Interview dia tak banyak beza dengan yang aku hadir sebelum ni. Antara assesmentnya adalah essay writing, discussion and interview dengan panel. Yang lain sikit hanyalah kena translate essay english to malay and satu lagi malay to english. Maklumlah, company separuh kerajaan.. Masa interview dengan panel HR, aku tanya apa kriteria yang dia nak untuk jawatan tu. Ok ke aku yang takde pengalaman dan masih muda ni? Mereka cakap ok je asalkan ada leadership skill and communication skill yang mantap. Experience only advantage. 

Berdasarkan criteria tersebut, aku memang tak berharaplah untuk lulus memandangkan calon lain dah ada 4-5tahun experience. Dahla leadership skill pon hancuss..haha..

Pengajaran : Tak mustahil untuk kita melangkaui step yang biasa orang lalui asalkan kita mempunyai skills yang melangkaui tahap kemampuan kita. Orang kata, always expected beyond the expectation.  

Itulah dia keseluruhan perjalanan aku menempuhi dunia kerjaya. Perjalanan ini banyak mematangkan aku, memperbaiki diri aku, serta menjadikan aku lebih berdikari tanpa mengenal erti berputus asa. Di akhir-akhir interview, aku banyak dah dapat cabel. Nak tahu cara untuk dapatkan cabel? Aku akan share tipsnya pada entry akan datang.

1 comment :

Syafiq Aizat said...

thanks a lot for experience shared.

:)


Syafiq Aizat Mahamad Fuad

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin