Setelah beberapa lama berlatih menghasilkan karya kufi mengikut disiplin-disiplin yang ditetapkan oleh sifu-sifu yang master dalam bidang ini, aku dapati banyak kesilapan-kesilapan yang selalu terlepas pandang terutamanya bagi aku yang masih dikira 'newbies' ini.
Kesilapan major yang selalu dikesan adalah dari segi variasi penyambungan huruf. Manakala kesilapan minor yang dikesan adalah seperti lompat datum, terkurang atau terlebih rumah huruf, titik berada di luar rumah huruf dan lain-lain lagi.
Untuk lebih jelas, aku bawakan contoh-contoh kesilapan bersama sedikit penerangan agar lebih jelas dan mudah difahami. Kita mulakan dahulu dengan kesilapan minor. Contoh-contoh yang ditunjukkan kelihatan sempurna pada pandangan mata kasar, namun apabila diamati, memang dapat dikesan kesilapannya...
1. Lompat datum. Susunan huruf hendaklah mengikut turutan datum bermula dari Selatan > Barat > Utara > Timur kemudian kembali ke Selatan dan seterusnya.
Perhatikan huruf Wau dan huruf Qaf. Huruf Wau berada pada datum Utara manakala huruf Qaf berada pada datum selatan. Sepatutnya, huruf Qaf mestilah berada pada datum timur. |
2. Titik berada di luar rumah huruf. Setiap huruf yang bertitik, salah satu titiknya hendaklah sentiasa berada betul-betul di bawah atau di atas rumahnya.
Perhatikan titik huruf Ya. Ia sepatutnya berada betul-betul di bawah rumahnya. |
3. Rumah Hantu. Terlebih rumah iaitu rumah tambahan yang tiada di dalam free flow.
Stroke warna pink adalah rumah hantu. |
4. Terkurang rumah. Biasanya tertinggal tiang huruf.
Huruf Ya tiada tiang. |
5. Huruf terlungkup. Biasanya Huruf Ya selalu dihasilkan secara terlungkup.
Huruf Ya terlungkup bukan variasi dan ianya adalah salah. |
6. Huruf terlebih tiang. Setiap huruf mempunyai syarat bilangan tiang yang minimum dan maksimum. Contohnya tiang huruf Ya hendaklah sentiasa 3 bar, huruf alif sentiasa minimum 5 bar, tiang huruf Ha sentiasa minimum 5 bar dan lain-lain.
Tiang huruf Ya maksimum 3 bar sahaja. |
7. Huruf terkurang tiang. Setiap huruf mempunyai syarat bilangan tiang yang minimum dan maksimum. Contohnya tiang huruf Ya hendaklah sentiasa 3 bar, huruf alif sentiasa minimum 5 bar, tiang huruf Ha sentiasa minimum 5 bar dan lain-lain.
Tiang huruf Ha salah sebab tiangnya 3 bar. |
8. Dual datum. Kedua-dua tiang huruf hendaklah berada di datum yang sama.
Tiang pertama huruf Tha berada di datum utara, manakala tiang kedua berada di datum timur. |
9. Tikam kepala. Penyambungan yang betul adalah sambungan ke tiang huruf seperti sambungan free flow.
Sambungan huruf Ya ke kepala huruf Mim kelihatan menikam kepala huruf Mim. |
10. Flow tidak tersusun. Kebanyakan kufi dengan flow yang tidak tersusun dihasilkan oleh newbies yang baru belajar dan belum memahami disiplin-disiplin asas seperti susunan datum, disiplin huruf dan lain-lain.
Contoh design yang tidak boleh diterima kerana terlalu banyak kesilapan. Antaranya tidak mengikut susunan datum, kesilapan hukum positif dan negatif, salah variasi huruf dan lain-lain.. |
Seterusnya, di bawah ini disenaraikan pula contoh kesilapan-kesilapan dalam penyambungan huruf yang selalunya dibahaskan oleh para penggiat khat kufi.
Penyambungan huruf Lam dan Kaf salah, sepatutnya disambung pada lantai paling bawah huruf Kaf. Sambungan huruf Mim dan Lam juga salah. Huruf Alif juga tidak cukup tiang. |
Bagi menangani kesilapan penyambungan huruf ini, terdapat tutorial-tutorial yang dihasilkan oleh sifu-sifu untuk dijadikan sebagai rujukan. Namun, untuk menghasilkan karya kufi yang unik dan kemas, kadangkala teknik yang diajarkan tidak dapat memberikan penyelesaian yang sempurna untuk karya kufi yang diinginkan. Oleh itu, pemikiran yang kreatif dan kritikal amat diperlukan. Maka, lahirlah pelbagai variasi penyambungan huruf yang kadangkala tidak menepati disiplin-disiplin kufi sebagaimana yang dipersetujui oleh para penggiat khat kufi.
Kesimpulannya, jangan takut untuk cuba mencari penyelesaian bagi menghasilkan sesebuah karya kufi, namun harus mengikuti disiplin-disiplin khat kufi agar tidak merosakkan keaslian hurufnya.
Note : Sebarang pertanyaan, komen, dan tempahan design khat kufi, boleh menghubungi saya di alamat email fitnunnisak@gmail.com atau tinggalkan pesanan dalam rungan komen di bawah. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment