Thursday, October 3, 2013

Krisis Kewangan

Setiap orang pasti pernah mengalami saat genting berhadapan dengan krisis kewangan macam aku ni, or even mungkin jauh lebih teruk lagi kan. Sebelum ni, banyak kali jugak aku menghadapinya, tapi setakat ni takdelah terlalu serius sampai terpaksa berhutang ahlong. Ini kerana aku menguruskan kewangan dengan sangat teliti. Namun, bagi aku krisis kali ini adalah yang paling teruk.. 

Baki dalam saving akaun tinggal RM19.19 pada awal bulan..pertama kali dalam hidup saving aku hanyalah sebanyak tu.. Gaji pulak lambat lagi nak masuk.. Puas aku fikir mana nak korek untuk bayar kereta dan nak survive selama lebih kurang 3minggu lagi..

Antara idea 10sen yang muncul dalam kepala adalah check samaada company ada bagi advance salary memandangkan next week adalah raya haji.. Pastu fikir takde ke orang berhutang dengan aku dan nak bayar hutang. Dan yang ketiga aku teringat dengan si penipu masa aku berbisnez jual prepaid 6tahun yang lalu yang mana aku ditipu sebanyak RM110..alangkah bertuahnya kalau terbuka pintu hati dia nak bagi balik duit yang dia tipu tu.. Tu dia, punya lah pikir sampai aku boleh ingat kembali zaman dahulu kala..haha

Sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja, aku masih lagi berfikir macammana nak dapatkan duit. Setelah 2-3hari berfikir, tetiba aku teringat ada kawan aku hutang RM400. Alhamdulillah, dah nampak jalan.. terus aku contact kawan aku tu menagih hutang..huhu... dengan duit tu dan tambah cikit lagi, memang cukuplah untuk bayar kereta untuk bulan ni..syukur allhamdulillah...kholas!

Krisis kewangan kali ni sebenarnya berpunca disebabkan aku menggunakan kesemua duit saving hampir RM10 ribu untuk 'sesuatu'.. pada anggaran kasar, perbelanjaan tersebut hanyalah dalam RM5-6 ribu, tapi tak sangka pulak sampai RM10 ribu... so, terpaksalah korbankan kesemua duit saving yang ada. itupun balance selepas bayar deposit kereta RM7 ribu bulan 5 baru ni.. kalau dikira-kira aku telah menggunakan RM17 ribu dalam masa 4bulan jer.. memanglah boleh jatuh miskin macam nih! Nasib baik investment emas yang ciput tu belum sempat tergadai lagi..hoho.. 

Disebalik krisis kewangan yang aku alami kali ni, aku dapat melihat sesuatu.. aku teringat isi kandungan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki", harta kita yang sebenar adalah harta yang kita manfaatkan, yang kita belanjakan. Harta itu yang menjadi milik kita di akhirat nanti. Mungkin sebab tulah Allah bagi solution sebanyak RM400 tu. Semoga RM10 ribu yang dibelanjakan tu diterima sebagai amalan kebajikan untuk top-up harta di akhirat kelak..ameen...

No comments :

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin