Saturday, March 30, 2013

IMAN - bagaimana kita mendapatkannya?

Secara asasnya iman ialah kepercayaan. Kita percaya bahawa Allah itu wujud dan kita percaya dengan segala kekuasaan dan zat-zatNya. Kita percaya dengan 6 rukun iman yang telah digariskan dalam agama Islam. Namun, bagaimana kita mendapatkan iman tersebut?

1. Iman yang diwarisi - iaitu berasal daripada keluarga yang sememangnya mengamalkan islam secara syumul, sentiasa mengingatkan kita akan hukum hakam, serta mengamalkan cara hidup seperti Rasulullah s.a.w... sangat beruntung mereka yang dilahirkan dalam keluarga seperti ini. mereka diasuh dengan didikan Islam sejak dari kecil. 

2. Iman yang dicari - iaitu berasal daripada keluarga islam yang kurang pengamalan dan penghayatan agama dalam kehidupan. Oleh itu kita mencari iman dengan sentiasa hadir ke majlis ilmu, mencari sahabat2 yang boleh membimbing diri kita dan pelbagai usaha lagi untuk memantapkan iman kita. mereka ini juga dikira beruntung kerana mereka sedar akan kepentingan iman kepada Allah dalam kehidupan. 

3. Iman yang direct - iaitu petunjuk yang dikurniakan oleh Allah secara direct kepada seseorang muallaf. Bagi saya mereka ini sangat bertuah kerana dimuliakan Allah dengan anugerah iman secara direct. Kalau kita perhatikan, ramai dikalangan muallaf yang mengamalkan islam dengan sepenuhnya. Mereka berterusan mendalami agama Islam yang baru dianuti. sedangkan kita yang sudah sekian lama menjadi muslim atau muslimah, tiada rasa berminat untuk terus mendalami agama Islam. terasa sudah cukup dengan ilmu yang ada. Sedangkan pada hakikatnya kalau kita belajar sedikit, semakin kita rasa banyak lagi yang belum diketahui...

4. Iman cukup syarat - iaitu yang tertera agama Islam pada kad pengenalan semata-mata, tahu rukum islam ada 5 tapi tenggelam timbul dalam pengamalan. mereka inilah yang tersangat rugi. mereka masih tidak sedar dan hanyut dibuai keindahan duniawi yang hanya sementara. semoga mereka diberikan petunjuk dan bimbinganNya.

'Ala kulli hal, sentiasalah upgrade iman kita, audit kekhilafan diri, serta servis segala kerosakan dalaman terutama hati kita. jangan lupa juga cari external gadgets kalau kita tak mampu mengupgrade iman seorang diri. =))

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin