Bermula dari zaman sekolah rendah, aku sgt pasif hinggakan kebanyakan guru tak kenal siapa aku.. sehinggalah keputusan exam UPSR diumumkan, aku merupakan salah seorang drp 4 pelajar terbaik yg dpt 4A. 3 pelajar lain dilimpahi ucapan tahniah drp guru2.. aku hanya perhatikan dari jauh dan terdengar salah seorang guru tu cakap,
"yang mana satu Suziana?"
tengok, betapa pasifnya aku hinggakan semua org tak kenal siapa aku....
Selepas tamat sekolah rendah, aku masuk ke sekolah agama yg berada tidak jauh dari kg aku.. dgn keputusan UPSR tu aku dpt offer ke SMKA Wataniah dan juga SBP area Kota Bharu, tapi aku rasa masih terlalu kecil utk berpisah jauh dr family.. so, aku amik keputusan utk ke sekolah agama biasa je..
Masuk ke form 1, aku masih tidak menonjol, tapi nama aku mula naik bila keputusan exam PMRU iatu exam agama utk form 2 diumumkan.. sekali lg aku tersenarai sbg best student. pd ketika itu ada sesetengah guru dah kenal aku, tp masih terdengar bisikan,
"Oh, yg tu ke Suziana?"
Selepas itu, aku semakin dikenali apabila dilantik mnjadi timbalan pengerusi pengawas perpustakaan sekolah dan juga setiausaha asrama puteri. tambahan pula aku agak aktif dlm sukan bola jaring dan ping pong. seterusnya, graf kegemilangan hidup aku semakin menaik apabila tersenarai dlm list best student PMR..
masa tu semua guru dh kenal aku.. mudir (pengetua) sekolah pn dh cukup baik dgn aku hinggalah tiba saat aku ingin berpindah ke sekolah baru.. berbekalkan keputusan PMR, aku ditawarkan sekali lg ke SMKA Wataniah dan juga Maahad Muhammadi Kota Bharu.. dgn berat hati aku memilih SMKA Wataniah utk meneruskan pengajian dlm aliran sains walaupun tidak dipersetujui oleh mudir.
Entah kenapa aku rasa tak selesa berada di sekolah baru.. mungkin ada benarnya bila org kata "ilmu yg kita pelajari perlukan keberkatan drp guru kita."
2 tahun aku berada di SMKA Wataniah, prestasi aku makin menurun.. aku kembali menjadi pasif, selalu sakit, tiada kawan baik dan macam-macam masalah menimpa aku.. pengalaman pahit ketika aku berada di tingkatan 5 semakin menjatuhkan aku..
Akhirnya aku mengakhiri zaman sekolah menengah dgn keputusan SPM yg tak seberapa. walaupun result SPM agak baik iaitu still dlm ranking Top 20, namun aku tetap tak berpuas hati kerana aku terpaksa menduduki exam dlm wad hampir seminggu.. itulah kejatuhan pertama yg cukup memberikan kesan dlm hidup aku....
Seterusnya, aku dpt melanjutkan pengembaraan aku ke matrikulasi, Kolej Mara Kulim. langkah pertama aku bersama niat utk menebus kembali kejatuhan yg lalu..
Berbekalkan semangat ingin mengejar 4.00, aku study sungguh2, no couple, no chatting, no hang out.. hasilnya aku berjaya mendapatkan apa yg aku impikan.. 4.00 menjadi kenyataan.. inilah kemuncak zaman kegemilangan aku.. 4 kali aku naik stage amik award, sijil dan hadiah.. 2x amik award drp Dato' Noh di PWTC dan PICC.. kejayaan kali ni cukup besar buat aku..
Langkah kaki semakin jauh menuju ke puncak menara gading.. namun entah salah diri sendiri atau memang takdir hidup telah tersurat.. zaman kegemilangan aku kian pudar semasa berada di zaman kampus.. mungkin kerana tidak selari dgn minat dan naluri, aku rasa tersalah pilih course.. keadaan itu mnjadikan aku semakin down dan semakin tidak berminat utk study dgn brsungguh2..
Tak dinafikan course yg aku pilih terlalu tough dan aku pula semakin main2.. result setiap semester sgt teruk, cuma masih bernasib baik dpt maintain 3.0 and above.. dan terasa agak bernasib baik kerana dpt mengecapi 1st class utk 1 semester drp 6 semester..
Tetapi aku rasa tidak terlalu menyesal kerana course yg aku pilih terlalu meluas bidangnya.. walaupun aku grad dgn pointer ciput, tp memadai dgn course yg tough dan sememangnya Fakulti Sains dan Teknologi sgt sukar utk mndapatkan pointer atas drp 3.5..
Akhirnya gradlah aku bersama topi empat segi dan berjubah purple itu.. namun perjuangan belum berakhir.. aku ingin menebus kembali kejatuhan kali kedua di zaman degree dgn meneruskan langkah kaki ke peringkat master..insyaAllah.. semoga zaman kegemilangan akan kembali menyinari hidup aku..
Moral : Hidup ini seperti roda.. kita tidak akan selalu berada di atas, sesekali kita akan berada di bawah dan merasai kesakitan dan kesukaran. andainya kita hanya berserah dan meratapi kejatuhan, selamanya kita tetap berada di situ.. seharusnya kita perlulah kembali membina semangat baru utk menebus kejatuhan lalu.. dan perlu di ingat, apabila kita berada di atas, jgn terlalu ego dan sombong dgn apa yg dh kita capai kerana apa sahaja yg sudah berada dlm genggaman sekelip mata sahaja boleh hilang~
2 comments:
oh mcm tu
semoga ko sukses
amin..
Post a Comment