Saturday, September 24, 2011

Insan datang dan pergi~


Sepanjang hidup kita..tak terkira insan2 yang hadir dan yang pergi…ada yang hadirnya hanya seketika..seperti bayu..dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa2…dan mungkin kita tak perasan pun akan kehadiran dia..begitu juga dengan dia…

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita..tapi kita tak rasa pun kepentingan dia untuk terus bersama kita.. malah kadang2 mungkin kita rasa lebih baik dia tak wujud daripada dia tak memberi apa2 manfaat untuk kita…sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya, baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita… pada masa tu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan2 lain  di sekeliling kita… pada masa tu juga, dah tak guna kita menangis kekesalan kerana tak menghargai kewujudannya…hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana…

Ada pula yang sentiasa di sisi kita.. di saat kita susah dan juga senang.. dia sanggup buat apa sahaja untuk kita…namun bagi kita, dia tak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari bila menghadapi masalah.. tempat yang kita cari bila kita bosan...tapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan2 terlupa akan kewujudannya…namun dia masih setia.. bila2 masa je kita cari dia, dia pasti ada untuk kita… tapi kita perlu tahu, dia juga manusia..mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita… Cuma di depan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan tu sebaik mungkin…seandainya kita masih dungu, tak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita…oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita….

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga…mungkin kita rasa dekat sangat dengan dia membuatkan kita rasa nak je selalu bersama dengan dia…tapi kita tak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita…kadang2 kita dapat capai dan genggam tangan dia, tapi belum tentu hati dia, kita dapat selami..mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa, tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..mungkin dia memang tak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tak percayakan kita….bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak disenangi…dan mungkin juga secara tak sedar  kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis…dalam keadaan macam ni, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidup dia..kita perlu faham dia mungkin tak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidup dia…

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita…bila berada bersamanya kita rasa begitu tenang…dan kita rasa tak nak berpisah dengan dia..kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapt bersamanya..kita jaga hati dia agar dia tak terluka…kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia..kadang2 kita sendiri tak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik bila bersama dengan dia…tapi akhirnya, tanpa sebab apa2, tiba2 kita ditinggalkan…kadang2 kita langsung tak faham dan tertanya2, kenapa kita ditinggalkan? Kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk dia…tapi masih ditinggalkan…. Dan kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar2 bermakna dalam hidup kita…dalam keadaan ni, kita mungkin akan berubah sepenuhnya…hati kita cukup terluka sehingga tak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Dan kita juga takkan dengar apa sahaja nasihat daripada insan2 lain di sekeliling kita…hanya masa yang dapat menyembuhkannya…

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita…hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan…dia umpama pakar kaunseling untuk kita…dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan...secara tak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan dari dia… dan pada pandangan dia, mungkin dia ingat kita dah boleh berdiri sendiri…mungkin dia rasa kita dah betul2 pulih..lalu dia meninggalkan kita….bagi kita pula, selama ini kita harapkan dia akan terus bersama dengan kita…kita hanya kuat bila dia ada bersama kita..sedangkan dia tak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersama dia..bila dia pergi, maka hilanglah kekuatan tu….dan kita..terus mencari diri..terasa dah tak percaya lagi kepada sesiapa pun…terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tak nak bergantung hidup pada sesiapapun….

Dan tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan…ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita… namun hati kita sukar kita faham…mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula… mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tak pernah maafkan dia kerana meninggalkan kita..dan dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan 3 atau 4 tahun dahulu??...mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau dah mati...hati kita dah tak dapat terima dia lagi walaupun kita dah maafkan dia lama dulu… dan mungkin juga dengan kehadiran dia semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka.. Kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini dah terpadam dalam memori hidup kita…

Begitulah rencah  dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh..adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan… tapi kita tak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat2 memerlukan…kerana bila kita ikhlas menghulurkan tangan tak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu…oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa balasan daripada manusia..berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah…

Dan perlu diingat juga...hidup kita sentiasa berputar...jika kita pernah meninggalkan seseorang atau lukakan hati seseorang, tak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti..dan biasanya kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan...

1 comment :

Dida mumin♥ said...

benar...hidup kita sentiasa berputar, hari ini kita ketawa siapa tahu esok lusa kita menangis..hari ini kita gembira, siapa tahu esok lusa kita bersedih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin