Tanggal 16 Ogos 2012, hari yang malang dalam hidup aku bila jatuh tergolek-golek atas jalan tar bersama motor kesayangan yang baru beli tak sampai setahun....aduhai sedihnya...
Masa kejadian tu aku rasa geram dan jugak kelakar.... geram tu sebab kereta yang langgar aku tu tak berhenti pon nak tolong aku yang tak sedar diri masa tuh... memang tak bertanggungjawab betol la orang tuh, dah la langgar aku, pastu tinggal camtu jer... nasib baik je ada kereta kat belakang berhenti dan tolong hantar aku pegi hospital.
Yang kelakarnya pulak, masa accident tu, aku pengsan sekejap..memang aku tak sedar langsung camana aku jatuh and sape yang tolong... sedar-sedar, aku dah kat tepi jalan... masa tuh rasa blurr giler.. tetiba terkeluar dari mulut aku nih, "saya kat mana nih?" sambil pandang sekeliling... dalam hati aku dah tergelak, apasal rasa macam dalam drama tv pulak nih, tetiba amnesia...haha.. tapi dalam hati masih tertanya-tanya, " aku nak pegi mana sebenarnya? aku nak pegi keje ke? aku keje kat mana?...." tanya dalam hati jela...kalau aku tanya orang yang tolong aku tu, dia mesti tak tau nak jawab ape sebab dia tak kenal aku..lagipon malu pulak nak tanya nanti dia fikir aku dah lost memory pulak.. padahal aku memang betul-betul lost memory time tu..tapi nasib baik sekejap jela amnesia tu...
Luka? memang banyak jugak la.. tapi nasib baik je takde luka dalaman and patah-patah...syukurlah.... cuma luka tergeser tu banyak la.. paling teruk kat lutut dan luka yang dalam sikit kat pinggang... Luka yang paling bermakna pulak kat pipi kanan.. sekarang ni dah lekat parut sebijik macam Mael Lambong..dah la muka tak comel, ada parut camni makin la tak comel..makin kurang la saham aku..sobsobsob... pastu ada rasa sedikit benjol kat kepala.. maybe terhentak kat helmet kot... and maybe sebab tu jugak la I've lost my memory for a while..huhu... dan ada jugak sikit luka kat buku lima tangan kanan ni.. tak rock la kalau bawak motor takde parut kat buku lima tu..ye dop??=p
Bercerita mengenai ubat pulak.... genap sebulan lepas tu baru la sembuh sume luka-luka tu setelah berbagai jenis ubat aku sapu dan makan...ubat antibiotik amik dua round, 1st round yang biasa-biasa 20 bijik then 2nd round dos yang paling tinggi 20 bijik lagi lepas habis 1st round telan tapi tak sembuh-sembuh lagi...degil betul luka nih nak sembuh....lepas tu siap beli gamat gel dan jus lagi tu... habis la RM100 untuk gamat je... geli jugak nak minum jus gamat tu..berlendir je... wanita yang bersalin pon minum jus tu untuk lekas sembuh dari luka bersalin... untuk ubat sapu pulak, aku kira-kira lebih 6 jenis ubat...antaranya krim antibiotik, minyak gamat, ubat kuning, dan tiga jenis lagi ubat kat kampung yang aku tak tau nama ape..hehe...
Ok, bila sume luka dah sembuh, tiba masa untuk merawat parut la pulak... aku ikut je ape orang cakap nak bagi cepat hilang parut especially parut Mael Lambong tu... ada orang tu cakap guna Gel Gamat.. ok aku beli..sapu dalam dua minggu, nampak takde improvement.. then orang lain pulak suggest Mederma.. ok aku beli..RM58 tapi aku dapat separuh harga..macammana boleh dapat discount 50% tu rahsia..hehe... until now dah dekat sebulan guna Mederma, ada la nampak pudar sikit parut tu... sambil-sambil tu, ada jugak guna petua tradisional sapu serbuk kayu manis, kulit pisang dan banyak lagi dapat petua dari internet... lepas dua bulan kalau tak hilang lagi semua parut ni, nak try vitamin E cream pulak.. tak pon Bio Oil.. haish..duit lagi...=(
Motor pulak camane? ni part paling menyedihkan... sudah jatuh ditimpa tangga konkrit... lepas aku pegi hospital, aku terpaksa tinggalkan motor sekejap kat tepi jalan tu.. tapi bila nak pegi amik petang tu, tengok-tengok dah takde tayar, sport rim, break dan banyak lagi barang-barang kecik kat tayar motor tuh...cilaka punya pencuri...kalau nak curi tu curi jela sebijik motor terus... baru boleh claim insurans.. kalau hilang by part camtu insurans tak cover...insurance company pon satu hal..asyik nak untung je...haish..memang nasib malang betol la aku ni... lepas hantar workshop, siap baiki sume, melayang la duit lagi RM700...mahal giler nak ganti sume barang-barang yang hilang tu... pada asalnya memang sikit je rosak motor sebab accident around RM100+/- je... sedih.....=(
My boyfren baru lepas basuh, hensem berkilat... tapi sekarang dah tak hensem lagi dah...=(
Disebabkan accident tu, aku dapat berehat selama setengah bulan... MC seminggu, sambung AL seminggu then dapat compassionate leave lagi 3hari sebab tetiba nenek aku meninggal pulak... nenek aku meninggal tuh rasa terkilan la pulak sebab aku tak sempat nak jumpa dia buat kali terakhir... aku baru berniat lepas dah boleh jalan sikit-sikit nak gi jenguk nenek kat sebelah umah..dah dua bulan dia sakit tua... tapi bila aku boleh jalan slow2, tiba-tiba dia masuk wad pulak..3hari kemudian dia meninggal dah... masa hari ketiga dia masuk wad tu, nampak macam dah nak sihat..dah makan banyak, boleh bersembang cam biasa... so, aku, abang dan kakak bertolak ke Bangi memadangkan cuti MC and AL aku dah habis...baru je sampai Bangi Pukul12 tengahari, tiba-tiba abang call nak balik kampung semula sebab nenek dah meninggal... abang aku pecut kereta 120km/j.. aku kat belakang sangat kecut perut...doa tak putus-putus supaya selamat sampai kampung...5jam je dah sampai kelantan.. tapi masa sampai tu Imam baru je selesai baca talkin...pergilah nenek bertemu dengan Penciptanya...kubur arwah nenek kat bawah kubur arwah adik aku... semoga mereka berdua dicucuri rahmat dan dijauhkan azab dan seksa kubur..ameen....
First day aku masuk kerja lepas cuti lama, apalagi..berkerumun ofismate datang kat cubicle aku...macam-macam soalan ada..."You camane sekarang? Dah ok? Camane boleh accident? Motor camane? Ada orang tolong ke? bla bla bla....." tak larat aku nak jawab...rasa nak record je, then bila ada orang lain yang datang tanya lagi, boleh turn on je jawapan yang dah dirakam tu..hahaha.... jahat aku ni..orang tanya tu kan tanya prihatin dan ambil berat pasal aku...hmmm, disayangi ramai jugak aku rupanya...hehe.... yang paling tak tahannya, orang yang tak tau aku accident ada pulak yang tanya, "You baru bangun tido ke? pipi you merah...." aku jawab, "ingat aku ni suka tido kat ofis ke?" dalam hati jela jawabnya... ada jugak yang tanya, "You pakai blusher ke?" aku jawab lagi dalam hati, "Ingat aku ni jakun sangat ke pakai blusher sebelah pipi jer?" hmm, tahan geram jela aku dengan parut Mael Lambong ni....
Begitulah cerita nasib malang yang bertimpa-timpa bermula dari accident sehinggalah nenek meninggal... semoga takde lagi nasib malang lepas ni...tak terdaya lagi dah nak menanggungnya....
>> Parut luka di luar masih boleh dihilangkan dengan Mederma, tapi parut luka di hati camane nak hilangkan??