Sunday, May 26, 2013

Misi Ramadhan

Kalau dikira-kira, Ramadhan bakal menemui kita hanya dalam 44 hari sahaja lagi. Tapi takkan hanya mengira hari semata-mata tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan kualiti ibadah kita berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sepatutnya kita sudah berkira-kira sambil merancang apa yang akan dilakukan pada Ramadhan kali ini seperti khatam 30 juz al-Quran, lebih banyak bersedekah, tidak tinggal solat sunat tarawikh dan solat sunat yang lain, qiamullail dan lain-lain lagi. 

Tetapi sekiranya kita tidak praktis mulai sekarang, agak-agaknya berjaya tak misi ramadhan kita kali ini? Umpama kita meletakkan misi untuk berlari sejauh 1000km tanpa henti, tetapi kita tidak pernah praktis jogging dan berlari sejauh 1km sekurang-kurangnya 3kali semingu, agak-agaknya berjaya tak kita menyempurnakan misi larian 1000km tanpa henti tu?

Banyak kita baca dan dengar hadis-hadis yang mengatakan keistimewaan bulan Rejab dan Sya'ban, tetapi saban tahun kita baca dan dengar tetang hadis-hadis palsu mengenai bulan Rejab dan Sya'ban. Memandangkan kita tidak begitu pasti tentang hadis-hadis tersebut palsu atau tidak, maka lebih baik sekiranya kita beramal seperti dalam bulan-bulan lain seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa hari putih, sedekah, qiamullail dan mengaji al-Quran. Anggaplah segala amalan tersebut sebagai latihan untuk kita menyambut Ramadhan yang akan datang. 

Antara latihan-latihan yang boleh kita praktis di bulan Rejab dan Sya'ban adalah ssepertidi bawah :

1. Khatam 15 juz al-Quran di bulan Rejab dan 15 juz lagi di bulan Sya'ban. Semoga kita dapat meningkatkan speed kepada 30 juz dalam masa sebulan dalam bulan Ramadhan.

2. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis serta hari putih dalam bulan Rejab dan Sya'ban, supaya perut kita tidak terkejut dalam bulan Ramadhan nanti=)

3. Qiamullail sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu agar kita terbiasa untuk qiamullail pada setiap malam Ramadhan serta tidak ketinggalan mendapatkan berkat bersahur.

4. Praktis solat sunat rawatib dan solat-solat sunat lain supaya kita tidak ketinggalan solat sunat tarawikh dan solat sunat lain pada Ramadhan nanti.

5. Praktis sedekah supaya kita dapat meningkatkan amalan bersedekah di bulan Ramadhan yang mana nilai sedekah kita digandakan Allah swt. 

6. Banyakkan berdoa khusus bulan rejab dan sya'ban : 
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Sekian sahaja senarai misi Ramadhan dan peringatan buat diri ini dan juga buat pembaca sekalian. 


Friday, May 24, 2013

La Taiasu!

La Taiasu! (لاَ تَيْئَسُوا) - Jangan berputus asa! Berputus asa tu umpama kita menebang pokok yang hampir berbuah. Sudah bertahun-tahun kita menanam dengan penuh kasih sayang, menabur baja, menyiram setiap hari, menjaga dari serangan perosak, dan menunggu bilakah ia akan berbuah. Tiba-tiba, kita rasa sudah tidak sanggup menunggu lagi, lantas terus bertindak untuk menebangnya. Tidakkah sia-sia segala usaha kita yang bertahun-tahun itu? 

Di saat kita hampir berputus asa, fikirlah di saat kita gigih menanam usaha. Di saat kita tercari-cari dimanakah garisan penamat usaha, fikirlah garisan penamat itu mungkin sudah terlalu dekat dengan garisan kejayaan yang kita kejar selama ini. Sesungguhnya kita tidak tahu di manakah letaknya garisan kejayaan dalam menggapai impian kita. Disebabkan itulah, kita tidak boleh berputus asa.

Sebagai ubat putus asa, jom layan lagu terbaru dari Izzat Mahadi yang bertajuk GarisanMu. tetiba jadi obses pulak dgn lagu ni sebab liriknya begitu bermakna, alunan lagu yang lembut, dan sememangnya best utk didengar especially dekat chorus dia...layannnnnn.......Di saat kita hampir berputus asa, fikirlah di saat kita gigih menanam usaha. Di saat kita tercari-cari dimanakah garisan penamat usaha, fikirlah garisan penamat itu mungkin sudah terlalu dekat dengan garisan kejayaan yang kita kejar selama ini. Sesungguhnya kita tidak tahu di manakah letaknya garisan kejayaan dalam menggapai impian kita. Disebabkan itulah, kita tidak boleh berputus asa.

Orang selalu kata, garisan antara kegagalan dan kejayaan itu terlalu tipis. Hanya kita yang tidak tahu dimanakah sempadannya. Kita menyangkakan sempadan itu masih jauh setelah bertahun-tahun kita berusaha, lantas kita tiba-tiba berputus asa. Tidakkah sia-sia usaha kita yang bertahun-tahun itu seandainya sempadan kejayaan sudah terlalu hampir?  

Apabila segala usaha sudah dilaksanakan, namun kejayaan masih belum tiba, kita mungkin akan mengalah. Mengalah bukan bererti putus asa. Kita cuma redha dengan takdirNya. Cuma perlu ingat, redha itu perlu didahului dengan usaha. 

Sebagai pengubat putus asa, jom layan lagu terbaru dari Izzat Mahadi bertajuk GarisanMu. Tetiba jadi lagu favorite pulak..huhu.. boleh dapatkan videonya disini,  http://www.youtube.com/watch?v=XZyR4hstDl4

Berkali-kali cubaku hampiri
Garisan penamat usaha
Merentang di depan mata

Bertali arus langkahku tak terus
Garisan ku rasakan halus
Tak bisa ku tembus

Pemisahnya cuma aku
Dan doa pada diriMu
Antara putus asa sia-sia
Atau terus mara membara

Ya Rabbi Ya
Bantulah hambaMu
Ya Rabbi Ya
Luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya
Kupinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi Ya
Hanya kepadaMu
Ya Rabbi Ya
Tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya
Kupinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku

Hidup dan matiku
Semua hanyalah untukMu
Allah Tuhanku yang Satu

Thursday, May 23, 2013

Dikejar dan Dikendong

Pepatah melayu "yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran" melambangkan sifat malang kerana ketamakan. Di saat kita sedang mengejar sambil mengendong sesuatu, tiba masanya kita akan merasa penat dan berhenti rehat seketika. Di saat itu mungkin secara tak sengaja kita teringat yang kita juga sedang mengendong sesuatu. Lantas tangan kita terus meraba-raba dan mencari-cari sesuatu yang dikendong selama ini. Ketika itulah, kita akan tersedar dan menghargai apa yang ada dalam kendongan dan terus muhasabah diri, tiada guna mengejar sesuatu yang belum pasti sedangkan kita telah punya sesuatu yang sudah pasti menjadi milik kita yang sepatutnya dihargai dan disayangi. 

Sekiranya apa yang dikendong sudah tercicir, tiada salahnya untuk kita berpaling ke belakang dan kembali mendapatkannya. Mungkin kita rasa mudah untuk mendapatkan kembali apa yang telah tercicir. Lebih malang lagi sekiranya kita langsung tidak kesal dengan keciciran itu dan meneruskan langkah untuk terus mengejar yang di hadapan. Lama-kelamaan, bila kita sudah rasa terlalu penat dan harapan semakin kabur, barulah kita teringat kembali tentang sesuatu yang telah tercicir yang kita sangkakan tidak berguna. Di saat itu mungkin sudah agak terlewat untuk kita berpatah balik kerana sesuatu yang kita cicirkan itu mungkin sudah dikutip oleh orang lain. Lumrah manusia, bila kehilangan barulah akan rasa menyesal. 

Tapi mungkin kita rasa lebih malang sekiranya yang dikejar tak dapat, dan dalam masa yang sama tidak ada apa dalam kendongan. Maksudnya kita tidak memiliki apa-apa untuk disyukuri dan dihargai. Keadaan inilah yang menjadikan kita tersungkur tak terbangun lagi. Untuk bangkit berdiri pun kita tidak berdaya, apatah lagi untuk terus mengejar. Di saat itu mungkin kita rasa telah bertemu dengan garisan penamat usaha. Sudahnya, cukuplah sampai di sini sahaja....

Namun apabila kita berfikir secara positif, kita patut bersyukur kerana tidak memiliki sesuatu dalam kendongan. Kerana mungkin apa yang dimiliki  itu boleh membawa kita kepada kemusnahan. Kita mungkin berbangga dengan apa yang kita miliki tetapi hanya Allah yang tahu sesuatu yang kita miliki itu boleh megheret kita ke lembah kebinasaan suatu hari nanti. Bersyukurlah kerana tidak memiliki, kerana memiliki memerlukan persediaan, pengorbanan dan tanggungjawab yang berat yang mana mungkin buat masa sekarang kita belum mampu untuk mengahadapinya. 

Untuk sesuatu yang dikejar pula, kita tidak tahu samaada kita layak atau tidak untuk memilikinya. Dan berbaloi atau tidak untuk kita mengejar dan terus mengejar. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah memohon petunjuk dariNya, semoga ditunjukkan jalan yang terbaik untuk memilih antara "terus mengejar dan melepaskan apa yang dikendong" atau "berhenti mengejar dan menghargai apa yang dikendong" ataupun "bersyukur kerana tidak memiliki sambil mencari alternatif lain"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin