Sunday, July 3, 2011

Great peoples around me...

First of all, aku nak bagitau korang semua, aku bukan jenis pilih kawan...aku berkawan dengan sape saje, cuma aku bukan jenis yang suka approach orang dulu..that's why aku cam sedikit sombong...

Tapi..kebanyakan kawan2 aku and orang2 sekeliling aku adalah orang yang hebat2...namun kebanyakannya aku tak sedar pon mereka tu hebat, bila ada orang lain cakap kawan aku tu 'somebody', baru lah aku tahu rupa2nya aku berkawan dengan orang yang hebat..OMG...tak peka sangat ke aku ni dengan apa yang berlaku kat dunia ni? adoi.. bila aku buat statement camni, nanti ada lah pulak anon yang hentam aku sebagai anti-sosial...

Now, aku nak citer la sikit pasal mereka2 yang hebat tu...salah seorangnya adalah peserta Imam Muda musim pertama..aku tak nak bagitau yang mana satu, cukup la korang tau dia tuh Imam Muda..kebetulan, dia tu tetiba jadi partner aku kat tempat keje baru ni..so, kitaorang jadi cam kawan baik jugak la...lunch sama2..kekadang pakai baju sedondon secara kebetulan, bukan kadang2, tapi banyak kali jugak la...hmmm..

Pasal Imam Muda ni, bagi aku dia sangat hebat kerana dia bukan sahaja seorang tahfiz, malah graduan daripada universiti negara arab, family pulak semua study oversea...bapak dia pulak ada company sendiri..kalau orang cakap dia anak Dato', memang tak mustahil lah...ok, dah habis pasal Imam Muda..bahaya citer panjang2 pasal public figure ni, tak pasal2 jadi bahan media pulak....

Sorang lagi kawan aku...setelah hampir setahun aku berkawan dengan dia, baru tadi aku tahu bahawa dia tu sebenarnya seorang leader...sangat ramai orang yang kenal dia...aku tahu tadi pun lepas tetiba tangan ni gatal nak menggoogle nama dia kat internet...pergh..terbaiklah..dia ni pulak tak pernah pon nak bagitau aku pasal background dia tuh..adoi la...bagi aku dia hebat sebab dia seorang pemimpin yang berjiwa kental dan sangat berani....memang tabik spring lah... selain tu, dia ni kuat agamanya..walaupun dia bukan graduan pengajian islam, tapi kawan2 dia menggelarnya ustaz...kalau tengok kepada education pulak, bukan takat course yang ringan2, dan bukan hanya degree holder jer...tapi lebih dari tu..ish, segan giler aku rasa nak kawan dengan dia...rasa cam pipit jer..huhu...

Kawan2 yang lain pulak..ramai giler yang ada master holder..master pulak bukan calang2..most of them from INCIEF..tajaan Bank Negara tu....ada lagi sorang pulak PHD from New Zealand...family pulak semua kaya2...speaking pulak berabuk, travel pon tak main dalam negara...ish, memang rasa rendah diri giler bila bersama dorang tuh..yelah, aku ni kan tak hebat..speaking pon lintang pukang, family pon tak kaya...rupa pon tak lawa....pendek kata serba kekurangan lah aku ni...

Tapi takpe...even aku nih takde pape, tapi aku bangga dengan diri aku sebab aku dapat mengharungi hidup ni...aku bangga sebab tak semua orang dapat pengalaman merasai hidup susah macam aku...setiap jatuh bangun aku harungi dengan tabah...kiranya aku nih hebat jugak lah...ye dak?hehe..

Kesimpulannya, I'm great as well..but the most Great is only God, Allah...hanya Dia yang paling hebat, yang memiliki segala kesempurnaan...so, tak perlulah kita bangga dan berasa hebat dengan diri kita...kerana kehebatan itu datangnya dari Allah..tak mustahil Allah akan tarik balik kehebatan tu andai Dia mahu berbuat demikian...fikir2kanlah...

Inilah aku yang tak hebat tapi selalu berangan2 nak jadi hebat cam orang lain~

3 comments:

Anonymous said...

semua org hebat dengan cara masing2 :)

bidimohd said...

Go ahead dik!
Payoh nok jupo org yg hebat satu daerah nga sya...ni.

♥Fitnunnisak♥ said...

kapten~ btol3x...=0)

bidimohd~ TQ

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin