Aku jatuh cinta lagi dan aku ingin berkongsi dengan semua bagaimana rasanya dibuai rasa jatuh cinta.. sebelum tu, aku dah banyak kali dinasihatkan untuk berkenalan dengan cinta hati tu oleh seorang kakak yang aku sangat hormati kerana sifatnya yang lemah-lembut, sangat baik hati dan kata-kata nasihatnya sangat terkesan di hati.. dialah yang memperkenalkan kepada aku dan seterusnya terbit rasa jatuh cinta ni...
Aku rasa macam berminat jugak untuk mengenalinya, tapi selalu menangguhnya untuk menemui cinta hati tu... suatu hari, aku pergi merayau-rayau di satu shopping complex ni.. tiba-tiba mata aku tertumpu pada suatu benda yang aku cari-cari selama ini... sesuatu itulah cinta hati yang selalu diperkatakan oleh kakak tu... cinta hati tu sebenarnya adalah sebuah majalah islamik yang bernama SOLUSI.
Tanpa berfikir panjang, aku terus memiliki cinta hati tu... aku jadikan dia teman aku setiap masa... kadang-kadang sampai tertidur bersama cinta hati tu... bila sudah khatam baca semua isi SOLUSI, aku cuba mencari dan mengumpulkan majalah tersebut bagi setiap keluaran yang seterusnya.
Antara koleksi majalah solusi untuk rujukan masa akan datang
Tak dapat dinafikan majalah ni sangat banyak memberi inspirasi dan ilmu yang sangat berguna buat aku.. ia mendorong aku bermuhasabah diri.. aku rasa seolah-olah aku ditegur secara halus.. maklumlah kita sebagai insan biasa tak pernah lari dari kesilapan dan kadang-kadang kesilapan tu tanpa kesedaran kita.. kita rasa tindakan kita tu betul.. tapi bila SOLUSI ada menyentuh tentang kesilapan yang terselindung tu, barulah aku sedar akan kekhilafan aku selama ini...
Dalam banyak-banyak koleksi majalah tu, ada satu isu yang bertajuk ‘Memilih Al-Fatih’.. pertama kali aku tengok majalah tu macam tak menarik langsung.. hampir-hampir aku skip keluaran kali itu, tapi dalam hati tetiba berbisik, mungkin ada isu lain yang bermanfaat di dalamnya. Orang kata Don’t judge the book by its cover kan.. so, aku beli lah juga...
Solusi isu 45 : Memilih Al-Fatih
Alang-alang dah beli, aku baca every single pages secara sistematik dari first page sampai habis hatta iklan sekalipun aku tak pernah missed. Selesai sahaja baca isu utama ‘Memilih Al-Fatih’, aku jadi terkaku, terpesona.. rasa jatuh cinta.. rasa kagum sangat-sangat kepada insan yang bernama Sultan Muhammad Al-Fatih..
Rupa-rupanya Memilih Al-Fatih merupakan kisah seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin yang mempunyai sebaik-baik tentera. Isu itu juga mengaitkan dengan isu politik di masa kini yang mendorong kita untuk mencari dan memilih sebaik-baik pemimpin yang seterusnya dapat mendidik dan memimpin kita menjadi sebaik-baik pengikut...
Sebelum ni aku pernah terdengar nama Sultan Muhammad Al-Fatih ni..tapi tak tahu pulak cerita di sebaik kehebatannya.. kini barulah aku tahu betapa hebatnya lelaki ini.. inilah dia lelaki yang benar-benar hebat... dirinya hanya berusia 21 tahun ketika menjadi penghulu perang dan berjaya menawan kota Costantinople. Beliau tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud sejak akil baligh.. dan juga tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib.. begitu juga tenteranya... belau menjadikan perkara sunat itu sebagai wajib dan perkara makruh sebagai haram bagi dirinya.. subhanallah.. adakah lagi lelaki hebat sebegini di dunia kini? Bagi sesiapa yang perasan dirinya cukup hebat, cuba bandingkan dirimu dengan beliau.. setandingkah?
Itulah dia SOLUSI cinta hatiku dan sesungguhnya aku sangat kagum dan jatuh cinta kali kedua kepada Sultan Muhammad Al-Fatih selepas jatuh cinta kali pertama kepada insan sempurna bernama Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment