Sunday, June 15, 2014

Cara Memohon Kerja Di Bank

Dalam entry Analisis Kegagalan Interview, aku pernah berjanji untuk berkogsi mengenai tips atau cara-cara untuk memohon kerja di bank. Lagipun ramai juga di kalangan pembaca di blog picisan aku ni yang menghantar email dan bertanyakan serta meminta aku berkongsi tips-tips tersebut. Untuk mengelakkan soalan-soalan yang berulang, maka lebih baik aku share di sini sahaja agar dapat memberi manfaat buat pembaca yang lain juga. 

Sebenarnya, tips ini adalah secara general yang mana ianya terpakai untuk memohon kerja di mana-mana syarikat yang bersesuaian dengan kelulusan kita. Dan tips yang akan diberikan hanyalah berdasarkan pengalaman dan kaedah yang pernah aku lakukan dahulu. Maka aku tak jamin samaada ia berkesan atau tidak, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing.InsyaAllah.

Antara cara-caranya adalah seperti yang berikut:
  1. Menghantar resume/CV melalui email. Setiap syarikat majoritinya mempunyai website dan dalam website tu, akan ada button atau link untuk memohon pekerjaan. Biasanya ada buton 'Career'. Click sahaja button tu dan akan ada email address yang boleh digunakan untuk menghantar resume kita. Sesetengah syarikat menyediakan online application. So, isikan sahaja maklumat peribadi kita di situ tanpa perlu menghantar resume melalui email.
  2. Walk-in Interview. Some companies membuat 'Open Day' untuk walk-in interview bersama syarikat mereka. Biasanya mereka akan mengedarkan flyers dan juga mengumumkan 'Open Day' di website atau laman sosial mereka untuk mewar-warkan walk-in interview tersebut. Jadilah seorang yang alert supaya kita tidak terlepas peluang untuk menghadiri interview tersebut. Pastikan kita tiba awal pagi kerana biasanya terlalu ramai calon yang hadir untuk ditemuduga. 
  3. Career Fair. Sentiasa pastikan resume kita updated dan print banyak-banyak untuk drop the resume ketika menghadiri Career Fair. Sungguhpun terlalu ramai calon yang drop resume, namun pihak syarikat akan melihat satu persatu resume tersebut dan akan menghubungi kita seandainya short-listed.
  4. Menghantar resume by hand. Kunjungi Head Quarters syarikat, dan terus berhubung dengan HR department untuk mengberikan resume. Cara ini agak berkesan kerana ia menunjukkan kesungguhan kita memohon pekerjaan dan memastikan resume kita benar-benar sampai di tangan pihak yang sepatutnya. Pada tahun 2010, aku mengambil masa sehari suntuk mengunjungi semua HQ bank yang berada di sekitar Masjid Jamek untuk menghantar resume. Penat tidak terkata dan rasa seperti kerja gila, namun alhamdulillah dapat feedback yang baik dan aku dipanggil untuk unterview session tak lama lepas tu.
  5. Menghantar resume by pos. Pastikan di sampul surat ditulis 'untuk perhatian Human Resources' supaya resume kita dihantar direct kepada HR department.
  6. Mengirim resume kepada kawan. Ini adalah cara yang paling berkesan. Contact kawan-kawan lama dan tanya di mana mereka berkerja dan jangan ragu-ragu untuk pass resume kita kepadanya. Tak mengapa kalau mereka tahu kita grad dengan pointer berapa dan gaji kita sekarang berapa. Semasa farewell kawan-kawan sepejabat, jangan lupa pesan kepada mereka supaya inform kita sekiranya terdapat vacancy di tempat kerja baru mereka. Hubungi juga ex-colleagues dan tanya sebarang vacancies yang boleh kita apply di tempat kerja mereka.
  7. Banyak bertanya. Semasa berada di mana-mana tempat dan keadaan seperti dalam program or function, majlis-majlis korporat, kompleks membeli belah, or even dalam train, jadilah seorang yang peramah. Tanyakan mereka berkerja di mana dan mintak no telefon or email mereka untuk dihubungi agar kita dapat meminta mereka menyampaikan resume kita kepada boss or HR department mereka. Untuk pengetahuan semua, saya dapat keje sekarang ni melalui cara ni. Masa tu, saya join satu program teambuilding. Pada akhir program, saya mintak phone no. and email address semua peserta. Tak sangka ada antara mereka adalah department head kat tempat keje dorang. Lepas tu saya terus email my resume kepada mereka. Alhamdulillah tak lama lepas tu saya dipanggil interview dan lulus. Saya juga minta tips dan nasihat daripada pakcik yang forward resume saya tu. 
  8. Menghantar resume melalui jobportal. Terdapat banyak portal-portal yang menghebahkan kekosongan jawatan perkerjaan seperti Jobstreet, Jobsdb, LinkedIn, JobsMalaysia dan lain-lain. Sentiasa update resume dan apply kekosongan yang dipaparkan di portal tersebut. Aku berjaya mendapatkan pekerjaan pertama dengan menggunakan Jobsdb. 
Selain daripada tips-tips di atas, jangan lupa amalkan tips-tips rohaniah agar usaha dan pilihan kita lebih diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Dalam mencari rezeki, sentiasa ingat bahawa rezeki adalah kurniaan Allah, bukan dengan kehendak manusia. Letaklah pergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala dan jangan berputus asa daripada rahmatNya. Berikut antara amalan yang dianjurkan untuk memudahkan rezeki dan memperoleh limpahan nikmat dan rahmatNya:
  • Amalkan solat Dhuha. Solat dhuha dapat meluaskan pintu rezeki.
  • Amalkan membaca Ayat Seribu Dinar setiap kali selesai solat.
  • Amalkan membaca لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم sebagai tanda kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. 
  • Amalkan bersedekah kerana sedekah mempunyai barakah.
  • Amalkan solat taubat, solat hajat, solat tahajjud dan solat witir.
Setakat itu sahaja yang mampu aku kongsikan buat masa ini. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang halal, diberkati dan diredhai Allah s.w.t..ameen...

19 comments:

Unknown said...

dear, kite nak tanye.. contoh kite ade degree tapi bukan dr banking atau finance, boleh apply tak keje kat bank ye?

♥Fitnunnisak♥ said...

Boleh tp bhgian sales or operation or customer servis jela..

Unknown said...

saya grad dgn ekonomi...bahagian mana yang sesuai ye

Anonymous said...

salam tumpang tanya. bila kita hantar resume by hand to company yg kita nak apply tu, kita kena call hr company tu dulu ke nak maklumkan bahawa kita akan dtg hantar resume? or kita boleh just minta direct email utk hantar resume? ye la xkn la tetibe je terjah company tu terus bagi resume haha.

Unknown said...

kiranya keje tu guna SPM la yerr sbb degree bkn dalam bidang bank?

farha said...

salam sis...kalau drop resume dkat branch, bnk akn terima ke x?
farhahridzuan@gmail.com

♥Fitnunnisak♥ said...

To Farah Farid ~ Bahagian support pon ok i.e operation, sales, retails dll

To Anonymous 29042015 ~ email direct to HR..

To Raihana Ismail ~ Guna degree la..skrg bank dh tak terima taraf SPM

To Farha ~ Tak terima, pegi direct to HR..

Unknown said...

salam..nak tanya..if kita confuse nak pilih vacancy ape, since fresh grad..better kita apply vacancy secara general atau apply je mane2 job?

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. apply jela secara general.. tp mention nk department mana xkisah ada vacancy ke tidak...

Unknown said...

Dear.. Nak apply lalu u boleh tak...? Mmg tgh cari keje in bank industri... Tq sis..

Anonymous said...

assalammualaikum cik .sy nisa.saya bru trbca blog cik .tu pn sbb saya tngh mncri mklumat untuk interview saya nanti .saya dapat interview bank islam, as sale executive -deposits .if miss dont mind, miss dapat share x skop kja sale executive nie sbnrnya .mmg kna cari sale kn,tp.kalau xdpt sale ,kna dberhntikan ke? basic gj mmg ade ek. ada jugak kwn bgtau, kja yg cri sale nie kdg2 gj based on sale. btul ke? Saya dahului dengan terima kasih jika miss sudi menjawab pertanyaan saya :)

♥Fitnunnisak♥ said...

Boleh insyaAllah...boleh pm page Suzanne's Heritage

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Dh namanya sales exec mmg keje buat sale la, cri customer, jual product.huhu.kebiasaannya ada gaji basic tp rendah la. Biasnya dept akan set target. Klu dh 4-5x tak achieve target better cri keje lain la...

Anonymous said...

Salam.

If dapat call dari bank, sebab apply through jobstreet ada kemungkinan tak kita dapat kerja tu? Atau dipanggil interview? TQ.

Anonymous said...

Salam akak, saya nak tanya sikit. Saya baru lepasan SPM dan masih berfikir untuk sambung kos apa. Apa senarai kos-kos yang berkaitan untuk bekerja di bank ye? Terima kasih.

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Banyak.. antaranya math, finance, statistic, actuary, IT, economy dll

Unknown said...

Hello..nak tnye.klu degree in maths jawatan n department apa yg sesuai kat bank?tq

♥Fitnunnisak♥ said...

Boleh masuk dept risk, product development, investment dll...

Chico said...

tq banyak.sy assume awak kerja di agrobank.saya pon mintak kerja di menggunakan cara yg sama.trus ke hr dan juga forward resumenke kawan..nak tambah satu jangan lupa call hr selepas seminggu interview sebab nak tunjuk kesungguhan hehehe.alhamdulillah..so far dalam 10 interview saya pergi..7 job saya dpt..bukan sebab terer tp sebab kesungguhan..lgpon dah ada experience la

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin