Friday, September 24, 2010

Raya Yang Terakhir

Aidilfitri kali ni mungkin meriah, penuh dgn kegembiraan bg org lain.. namun tidak bg aku sekeluarga.... sampai skrg aku masih rasa semacam tak percaya dgn apa yg berlaku.. ia berlaku sekelip mata.. patutlah aku rasa nak balik kg cepat2, sampai bermasam2 muka dgn bos kt office sbb xdpt balik awl.. xtau kenapa aku rasa nk sgt balik kg cepat2 masa 2... 


Rupa2nya takdir nk menemukan aku dgn adik aku buat kali terakhir.... aku sempat menatap wajahnya sehingga hari raya ke-4.. hari raya ke-4 yg bertarikh 13 Sept 2010, perginya adikku bertemu Rabbi, perginya utk selama2nya... 

Masih terbayang wajah adikku yg sedang menarik nafas tersekat2, muka berlumuran darah, bahagian pipi dan dagu terkoyak teruk... serta merta aku jadi lemah, pening dan terpaksa dipapah oleh abah sebaik smpai di klinik.. tak lama kemudian, adik diiringi kakak dan abah ke hospital dgn ambulans.. aku dan abg follow dgn kereta di belakang...

Hampir sejam kemudian, belum sempat ambulans sampai di hospital, kakak tefon aku, 

"Na, Hakimi dh takde...."

Aku tak percaya, berulang2 kali aku tanya kakak,

"Betul ke?? Na tak percaya...." 

*************************************

Arwah adikku, Muhammad Zulhakimi menghembuskan nafas terakhir tepat jam 5.50pm selepas terlibat dlm kemalangan jln raya.. arwah dikebumikan 8jam kemudian iaitu pd jam 2.30am... arwah meninggal ketika usianya baru mencecah 18 tahun.. semasa arwah masih hidup, dia banyak membantu  abah aku, bina rumah, tolak getah skerat utk dijual, menebas di kebun dll... 

Arwah tidak banyak cakap dan tidak suka meminta.. sebelum bulan puasa, arwah mengambil upah menebas kebun org kampung dgn upah RM20 sehari.. bayangkan dia menebas dari pagi hingga petang, balik rumah dlm kepenatan dgn upah hanya RM20 sehari... arwah kata nak kumpul duit utk menghadiri majlis konvo aku nanti.. kenapalah dia tak mintak dari aku??? 

Dalam bulan puasa pula, arwah keje bina rumah.. dibayar pula RM35.. bayangkan dia bekerja dlm keadaan panas terik dan berpuasa... arwah bgtau kawan dia, dia kesian kt abah aku.....

Dan kali terakhir, aku tengok dia pecahkan tabung dia.. arwah cakap nk tukar duit utk bwk duit ke KL nanti, sebab mlm 2 arwah dgn aku, kakak dan abang nk bertolak ke KL... arwah nk cari kerja kt KL.. itulah kali terakhir kami bercakap dgn dia sebelum dia pergi buat selama-lamanya... 

Sejak hari raya pertama hingga raya ke-4, arwah jarang ada di rumah.. dia pergi jumpa semua kwn2 dia... dgn aku pun tak sempat bercakap sgt.. tak sempat pun aku nk bagi duit raya, dia dah keluar pergi jumpa kawan dia.. sehinggalah hari raya ke-4, dia cakap kt kwn2 dia, 

"Setakat petang ni je kita berkawan, lepas ni dah tak boleh jumpa lg.. aku dh nk pergi...."

Kawan2 dia ingatkan dia maksudkan nk pergi KL.. rupa2nya dia pergi mengadap Ilahi..... Ya Allah, terlalu cepat dia pergi.. Ya Allah, semoga Kau ampunkan segala dosa2 arwah adikku.. limpahkanlah rahmat serta keampunan buat adikku.. tempatkanlah dia dikalangan org2 yg beriman.. amin.. 

Alfatihah buat adikku....

4 comments:

Ana Aisyah said...

salam,takziah...
ajal kita tak siapa yg tahu,kan kak.hari ni adik akak yg pergi menghadap Ilahi,kita pula munskin esok,mungkin lusa atau mungkin sekejap sahaja lagi..

moga Allah menempatkan roh adik akak dalam kalangan mereka2 yang beriman...

nurul afiza said...

salam yana.. serius! aku baru tahu hari ini, takziah utk keluarga mu. Innalillah...

From Him we come, to Him we return..

Allah sayang dia lagi, sebab 2 dia pergi awal.. esok luse kita pulak menyusul.

sedih aku baca entry mu.

Unknown said...

salam, yana...congratulations and takziah ats kejayaan & juga pemergian adik tersayang..saya phm perasaan yana.coz sy pernah kehilangan org tersayang jga..harap yana tabah dlm menghadapi dugaan hidup n trus success..

♥Fitnunnisak♥ said...

thanx to all di ats ucapan takziah dan yg sudi doakan arwah adik sy...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin