Saturday, October 30, 2010

Bicara Tentang CINTA

Benarlah orang kata CINTA itu tak boleh dipaksa.... kita tak boleh paksa orang lain menyintai kita, begitu juga orang lain tak boleh paksa kita menyintainya... CINTA itu hadir dengan sendiri tanpa kita sedari.. siapakah gerangannya dan bila waktunya hanya Allah yang tahu.. 

Setelah lebih setahun aku merawat hati sendiri.. baru ku tahu erti sakit hati, kecewa, terluka dan sebagainya.. dalam masa setahun lebih tu juga banyak perkara yang aku lalui.. insan hadir dan pergi.. ada yang hadir untuk menyembuh luka, ada yang hadir sekadar untuk ambil tahu samaada masih egokah aku.. tak kurang juga  yang hadir semata-mata utk mengambil kesempatan... namun ada juga yang betul2 ikhlas... 

Tapi hati aku... sukar utk dimengerti.. bukan aku menutup pintu hati aku utk insan lain.. bukan juga aku masih mgharapkan dia..langsung tidak.. tapi aku tiada alasan yang kukuh utk menolak insan yg ikhlas mendekati aku.. alasan yang aku ada hanyalah.. aku belum bersedia dan CINTA itu belum hadir.... 

Teringat aku akan kata2 seseorang tu.. sekiranya CINTA itu benar2 hadir dalam hati kita, kita akan merasa senang untuk menerimanya.. tak perlu dipaksa.. benarkah? 

Namun tak dpt dinafikan... aku serik..aku tak nak terluka lagi... CINTA merupakan pelaburan yang paling tidak berbaloi.. sekali gagal, kesannya terlalu lama untuk kembali normal... lantas aku mengenepikan perasaan yg hampir bercambah.. ku cantas setiap putik yg hampir berkembang.. 

Aku berjanji pada diri sendiri... aku takkan bagi harapan kepada sesiapa pun selagi mana aku belum bersedia.. selagi mana CINTA itu belum benar2 terbukti dapat memberi pulangan yang berbaloi... teruk sangatkah kalau aku menyamakan CINTA dgn pelaburan? aku rasa tidak terlalu janggal memandangkan CINTA banyak melibatkan pembaziran.. pembaziran masa, duit, kredit.. dan yang paling utama adalah pembaziran air mata.. tipulah kalau setiap CINTA tak pernah melibatkan air mata!!

-You are my Hero if you can change my perspective about LOVE-

Friday, October 29, 2010

5C yang aku tak heran

1. Car - means sport car or other fancy cars
Reason : Tak guna kalu dpt laki yg ada fancy car kalau tiap2 hari dia tilik ‘bini’ kesayangan dia tu jer.... kalau kita sesekali nak try drive confirm tak bagi.

2. Career
Reason : Tak guna juga kalu dpt lelaki yg berkerjaya & bergaji tinggi kalau tiap2 minggu asyik outstation jer.. tinggal anak bini 2-3 minggu baru balik.. kebajikan anak bini semua terabai~

3. Credit card @ Cash money
Reason : Kasih sayang dan kebahagiaan bukan boleh dibeli dgn wang ringgit, harta dan kemewahan..

4. Condo - means rumah mewah
Reason : Kebahagiaan juga bukan terletak pada rumah besar.. tak semua rumah besar dpt menjadi “Rumahku Syurgaku”

5. Communication – means sweet talker
Reason : Tak kenyang makan pujian or ‘pump’ melambung2.. air kosong pun kalau bagi dekat sweet talker mcm madu + cremier pekat manis pun still tawar jer....

Kesimpulan:

Pesanan kepada wanita : Jangan terlalu bersifat materialistik... 5C tu semua bersifat keduniaan semata2 dan takkan kekal selamanya.. dan sememangnya kebahagiaan hidup bukan terletak pada 5C tu....

Pesanan kepada lelaki : Anda tak perlu berbangga dgn apa yg anda miliki especially 5C tu kerana tak semua wanita bersifat materialistik! Malah anda perlu berhati2 kerana kebanyakan wanita yg sanggup hidup bersama anda hanya kerana 5C tu jer, bukan betul2 ikhlas menyintai anda...

Saturday, October 23, 2010

Aku Bukan Aku

Rasa tak best lg nak berjoget2 kat sini... ramai org dah kenal aku, dah dpt link ke blog aku.. tp aku jugak yg gatal publish dlm FB pasal blog aku.. tapi serius aku dah tak suka luahkan apa yg aku rasa kat sini.. nak update status kt FB pun aku tak suka.. so, macam mana lagi agaknya aku nak luahkan apa yg aku rasa dlm hati aku? tak kisah la.. ni kan blog aku, suka hati aku la nak buat ape ngan blog aku kan...

Aku perasan, aku bukan aku seperti 2 tahun yg lalu.. penulisan di sini pun byk berbeza drp penulisan yg mula2 aku tulis dulu. entry yg latest banyak yg menyakitkan hati, condemn org, sindir2 dan segala bagai.. sesaper yg baca latest entries mungkin pikir aku ni suka tunjuk hebat, riak, takbur dll... 

Aku pun tak sangka aku boleh berubah sampai 360 darjah.. aku dulu tak macam ni kan wahai kawan2 aku yg pernah kenal aku sebelum 2009 tu... dulu aku tak suka dikenali, very low profile.. dan semua rahsia hidup aku tak diketahui oleh insan sekeliling.. tapi dlm masa setahun ni banyak pula yg aku publishkan.. cerita sedih, cerita soal hati, cerita zaman best student.semua nak citer kat org...riaknya Cik Yanna ni.. 

Tapi semua tu kalau pembaca2 sekalian nak tahu bukanlah berniat utk mmbanggakan diri.. nak cover ke hape tak tau la ni.  aku menulis semua 2 demi mempertahankan diri, demi menunjukkan aku bukanlah terlalu lemah di mata 'dia' tu.. tapi tindakan aku tu terlalu bodoh.. dia bukannya baca apa yg aku tulis kat sini.. dia bukannya heran apa yg terjadi dgn hidup aku sekarang.. dia tetap teruskan hidup dia macam biasa.. dah, fullstop.. tak nak ingat lagi pasal dia..

Aku sedar, aku bukan Cik Yanna yg dulu, yg selalu happy tak kira tempat.. yg selalu buat lawak, yg selalu lepak ngn kawan2 sekepala tak hengat dunia..aku yg selalu share suka duka hidup aku ngn kawan2.. tp sekarang aku jd pendiam, kekadang pendendam ngn lelaki, suka hidup sendiri..suka pendam segala masalah.. yg paling teruk jadi tak berperasaan.. 

Depan org ramai aku boleh gelak sakan sampai nak terkeluar anak tekak, tapi bila bersendirian, terus emosi jadi tak stabil.. oh, hipokritnya aku rasa.. 

Macammana la aku nk jadi Cik Yanna yg macam dulu kan? macammana aku nak bajakan hati aku yg dah kering layu ni supaya istilah CINTA tu dapat tumbuh subur dalam hati aku?

Nota Hati : Kan senang kalau Allah tunjukkan awal2 lagi sape jodoh kita.. =p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin