Saturday, October 30, 2010

Bicara Tentang CINTA

Benarlah orang kata CINTA itu tak boleh dipaksa.... kita tak boleh paksa orang lain menyintai kita, begitu juga orang lain tak boleh paksa kita menyintainya... CINTA itu hadir dengan sendiri tanpa kita sedari.. siapakah gerangannya dan bila waktunya hanya Allah yang tahu.. 

Setelah lebih setahun aku merawat hati sendiri.. baru ku tahu erti sakit hati, kecewa, terluka dan sebagainya.. dalam masa setahun lebih tu juga banyak perkara yang aku lalui.. insan hadir dan pergi.. ada yang hadir untuk menyembuh luka, ada yang hadir sekadar untuk ambil tahu samaada masih egokah aku.. tak kurang juga  yang hadir semata-mata utk mengambil kesempatan... namun ada juga yang betul2 ikhlas... 

Tapi hati aku... sukar utk dimengerti.. bukan aku menutup pintu hati aku utk insan lain.. bukan juga aku masih mgharapkan dia..langsung tidak.. tapi aku tiada alasan yang kukuh utk menolak insan yg ikhlas mendekati aku.. alasan yang aku ada hanyalah.. aku belum bersedia dan CINTA itu belum hadir.... 

Teringat aku akan kata2 seseorang tu.. sekiranya CINTA itu benar2 hadir dalam hati kita, kita akan merasa senang untuk menerimanya.. tak perlu dipaksa.. benarkah? 

Namun tak dpt dinafikan... aku serik..aku tak nak terluka lagi... CINTA merupakan pelaburan yang paling tidak berbaloi.. sekali gagal, kesannya terlalu lama untuk kembali normal... lantas aku mengenepikan perasaan yg hampir bercambah.. ku cantas setiap putik yg hampir berkembang.. 

Aku berjanji pada diri sendiri... aku takkan bagi harapan kepada sesiapa pun selagi mana aku belum bersedia.. selagi mana CINTA itu belum benar2 terbukti dapat memberi pulangan yang berbaloi... teruk sangatkah kalau aku menyamakan CINTA dgn pelaburan? aku rasa tidak terlalu janggal memandangkan CINTA banyak melibatkan pembaziran.. pembaziran masa, duit, kredit.. dan yang paling utama adalah pembaziran air mata.. tipulah kalau setiap CINTA tak pernah melibatkan air mata!!

-You are my Hero if you can change my perspective about LOVE-

2 comments:

nurul afiza said...

aku xdok org nk yana, 3 tahun doh single... huhuhu

p/s: betullah 2 cinta mesti ade air mata, aku dah penat menangis, bersedih, kecewa mengenangkan kisah2 dolu2, tp akhirnya aku sedar cinta tanpa akad sume palsu, dusta semata! buat membazir air mata je ngis mnde xdok pekdoh, huhu.. nyesal pun mnde lps doh, so.. i take it as a lesson! a very gud lesson!!!

♥Fitnunnisak♥ said...

jgn ckp cm2.. kt bkn xlaku, cuma 'adam' kita 2 blom dpt dikesan, dok di luh mahfuz lg... sabar la...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin