Saturday, March 12, 2011

Peringatan Buat Diri

Dear Yanna,

Kau harus ingat...hidup di dunia nyata bukan macam novel...langsung takkan sama macam dalam cerita novel..apatah lagi cerita dongeng...kalau ada pun hanya kebetulan...tu pun cikit jer sama jalan ceritanya..bukan sebijik, seratus peratus...dalam novel, wataknya pasti gadis cantik..kalau tak cantik pada mula cerita..lepas tu mesti jadi cantik...lepas tu kaya pulak..kalau tak kaya pun pasti jumpa dengan pasangan hidup yang kaya....pendek kata memang perfect lah...and the best part is..for sure end up with happy ending....

Tapi kehidupan sebenar tak macam tu...hidup kita penuh dengan uncertainties....sama macam kau..hidup kau penuh dugaan sejak kau masih kecil..tapi kau cekal orangnya...tapi kekadang kau down juga...banyak kali kau jadi loser...tapi kau harus kuat..sebab takde sape dapat bantu kau bila kau down..takde sape dapat kau gantung harapan bila kau give up...hanya diri kau sendiri yang dapat tentukan hidup mati kau, masa depan kau...hanya kau sendiri dapat ubah kehidupan kau..

Mungkin kau rasa dah terlalu give up sekarang ni...kau hadapi kegagalan demi kegagalan...sampaikan kau jadi macam takde perasaan lagi...hidup kau hanya mengikut arus....kau dah berputus asa untuk menongkah arus lagi..biarpun kau tahu arus itu akan membawa kau satu tahap yang dinamakan kegagalan....kau hanya berserah..kau dah menyerah kalah...

Mungkin nasib kau tak sebaik orang lain...kau tak bertuah seperti orang lain...dan kau pula terlalu lemah untuk mengubah nasib hidup kau...kau juga banyak kekurangan dan kelemahan...tapi janganlah disebabkan segala kelemahan dan kekurangan itu kau jadikan alasan untuk buatkan kau jadi lebih down...tak kisah lah orang lain nak hina kau, nak merendah-rendahkan kau..tapi jangan sampai kau sendiri yang menghina dan membenci diri kau sendiri....

bangkitlah Yanna...bangkitlah...jangan kau hiraukan insan sekeliling kau yang hanya ingin melihat kau jatuh tersungkur..dan kemudian bertepuk tangan atas kegagalan kau...bangunlah..kau kuat...paling tidak...angkatlah tanganmu memohon doa agak dikuatkan iman dan semangat...jangan sampai kau berputus asa pada pertolongan Allah... jangan sampai kau sangsi pada Qada’ dan Qadar Allah...dan yang paling penting jangan sesekali kau ambik tindakan bodoh yang boleh merosakkan akidah kau sebagai umat Islam...

P/s : kalau kau down lagi, kau bacalah peringatan ni untuk muhasabah diri kau...semoga kau tak jadi loser lagi..senyumlah...jangan sedih2 lagi..=))

1 comment :

bidimohd said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin