Monday, January 21, 2013

Iman vs Papan Dart

Pernah tak anda main dart? saya pernah main game ini semasa alam persekolahan dulu. Memang tak dinafikan setiap orang yang main sukan dart ini akan menyasarkan ke bahagian bulatan paling tengah tu kan? Tapi bukan senang nak capai target tu, teramat susah. Walaupun kita fokus betul-betul, tapi sasaran masih terkena di tempat lain. Kalau terkena sasaran, itu mungkin kerana nasib kita baik, itu pun setelah mencuba berkali-kali. Tapi sebaliknya bahagian yang berada di luar bulatan tengah sangat senang untuk terkena sasaran. Jika dikira daripada 10 lontaran Tip, yang tersasar ke bahagian tepi mungkin sebanyak 9, manakala 1 lagi lontaran mengenai bahagian tengah. Kalau nasib tidak baik dan tiada strategi pula, mungkin kesemua lontaran tersasar ke luar bahagian tengah.

Cuba kita kaitkan sukan dart ini dengan tahap keimanan kita. Ianya sangat simple, lebih realistik dan mudah difahami, insyaAllah. Papan dart ini ada 6 lapisan dari luar hingga dalam sekali. Bulatan paling tengah membawa markah paling banyak iaitu 50 markah. Manakala lingkaran kecil di bahagian luar  semakin berkurangan markahnya. Begitulah juga tahap keimanan kita yang boleh dibahagikan kepada 6 tahap.

1. Muslim tapi tak beramal.
2. Muslim dan beramal.
3. Syumul
4. Syumul utk diri sendiri
5. Syumul dan berdakwah kpd orang lain
6. Syumul dan beristiqamah.

Cuba kita perhatikan, begitu ramai umat islam zaman sekarang yang berada di tahap pertama. Orang kata Islam pada nama. Mereka ini sangat senang untuk ditemui. Segala hukum hakam dipandang remeh dan ditolak ke tepi. Malah ada juga yang jahil tentang hukum hakam dalam Islam.

Manakala tahap kedua, juga ramai yang kita temui. Agak ramai yang berada di tahap ini, setakat solat, puasa dan perkara-perkara wajib yang lain. Tahap ini juga mungkin yang terima Islam separuh-separuh. Rasa senang untuk dilakukan, terus dilaksanakan . Rasa susah untuk dilakukan, terus tinggalkan sahaja.

Seterusnya tahap ketiga, muslim yang menerima agama Islam secara menyeluruh. Pada tahap ini, semakin berkurang bilangannya. Dia faham dan dapat membezakan pahala dan dosa, halal dan haram.

Tahap keempat pula semakin berkurang. Mungkin dia mengamalkan seluruh ajaran islam, tapi dia mengamalkan untuk dirinya sendiri sahaja, tanpa mempedulikan orang lain. Tiada rasa untuk menjadi da'ie dalam dirinya.

Tahap kelima pula, mereka yang beramal dengan syumul dan juga menyeru kepada orang lain untuk beramal dengan ajaran Islam. Namun, terkadang mereka berputus asa kerana dakwah mereka tidak diterima. Mereka yang berada di tahap ini amat jarang ditemui.

Dan akhir sekali tahap keenam yang mana tahap yang paling jarang dan susah didapati. Mereka yang berada di tahap ini bukan sahaja beramal dengan syumul dan berdakwah kepada org lain, tetapi juga beritiqamah dengan apa yang dipegangnya. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan agam Islam tanpa rasa jemu dan berputus asa. Beruntunglah mereka yang berada di tahap ini.

Di antara beberapa tahap yang disenaraikan, tahap manakah kita berada? Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Semoga kita semua dipertingkatkan iman. Mungkin sekarang kita berada di tahap kedua atau ketiga, selepas ini mungkin kita akan berusaha untuk menaikkan martabat iman kita ke tahap 4 atau tahap 5 dan seterusnya tahap 6 iaitu matlamat yang paling kita impikan. insyaAllah..

4 comments:

matgeo said...

hmm..iman pun ada ada banyak pringkat ek..main dart memang best

♥Fitnunnisak♥ said...

mestila..awk dop thp mn dh? 5 ko?hehe...
hmm, mmg best men, tp geram gak kdg2, hbs sprong dh pn xkena lg yg tgh 2..huhu

PHIRDOTE said...

menarik

♥Fitnunnisak♥ said...

agak mnarik utk kta muhasabah diri..huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin