Friday, January 8, 2010

~ Erti Berdikari ~

Dalam melaksanakan sesuatu amanah yg dipertanggungjawabkan,
terlalu banyak dugaan mendatang..
ku akui ianya hanyalah ujian
utk mengukur tahap kesabaran dan ketabahan hati..
namun kadangkala, diri ni terlalu daif,
tidak mampu utk menghadapinya sendirian..

Namun,
bukan pula ku harapkan bantuan atau simpati dari insan lain..
kerana kutahu,
ia mengajarku erti berdikari,
berdiri di atas kakiku sendiri..

Lalu kutanam hasrat..
biarlah kejatuhanku disebabkan kelemahan diri sendiri,
tidak perlu disandarkan pada insan lain..
dan biarlah kejayaanku disebabkan usahaku sendiri,
tidak perlu dikaitkan dengan sesiapa...

"Betapapun mulianya cita-cita,
kalau hati tidak teguh dan tidak ada
ketahuan,
maksud tidak akan tercapai." - AJARAN FILSAFAT



"Orang yang bercita-cita dan berazam besar,
selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar.
Kebesaran halangan dan rintangan itu

adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita." - HAMKA

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin