Sunday, January 10, 2010

Jika Ditanya......


Jika ditanya pada kenangan,
inginku hentikan detik itu dari berlalu pergi..


Jika ditanya pada dirimu sendiri,
semestinya kelukaan sebagai jawapan..


Jika ditanya pada mata,
inginku tatapi dirimu setiap saat..


Jika ditanya pada mulut,
aku seru namamu berulang kali..


Jika ditanya pada hati,
akanku semat namamu hingga akhir hayatku..


Jika ditanya pada nafsu,
aku jadi sasau tanpa arah..


Jika ditanya pada akal,
fikirkan semua yang positif..


Jika tanya pada iman,
katakan itu hanyalah ujian..


Namun jika ditanya pada takdir,
aku hanya mampu berserah...

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."

>> apa kes ngn aku ni, selalu sgt berpuisi lately, trlebih jiwang kot..=)

3 comments :

FIEFAH said...

yup... selalu berpuisi. tajuk lagu ni cry ea?

YaNNa'87 said...

pndai2 je..jrg2 jela..

erm, lagu cry jela.. nk amik lagu always be there u xbg..='(

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin