Thursday, January 13, 2011

Hey, kamu yang bermulut laser!!!

Seumur hidup aku ni lah kali pertama aku jumpa sorang manusia [entah la layak ke tak nak dipanggil manusia]... hidupnya kalau tak sound orang dengan kata-kata berbisa memang tak boleh duduk diam!!! even dengan hanya satu ayat pun dah cukup memadai.. 

hey kamu.. what do you feel when you hurt people around you?? satisfied? bangga? lega sangat2?
hey kamu..aku ada sedikit pesanan buat kamu.. percayalah, hidop kamu takkan bahagia seandainya kamu tak ubah sikap kamu, tak jaga mulut kamu tuh~

kamu.. bila kamu sedang bertikam lidah..begitu lancar mulut kamu memuntahkan ayat azimat yang cukup menaikkan darah lawan kau tuh.. tapi kalau dengan aku, aku tak heran.. sebab aku ada strategi tersendiri untuk menghadapi manusia bermulut laser macam kamu nih...

perasan tak bila kamu serang aku bertubi2, aku hanya diam..jawab beberapa patah jer then blah dari situ... memang begitu sikap aku.. pengecut?? haha..that's not my type... jangan kau ingat aku diam bermakna aku takut.. hakikatnya aku sedang berfikir..berfikir bagaimana caranya untuk menumpaskan kamu.. dan akhirnya, aku menang.. kamu terpaksa tunduk dengan aku.. kamu akur dengan dengan kata2 aku... ingat tak?? 

2 bulan berlalu..aku ingat kamu dah serik bila aku sudah pun menang dengan cara terhormat..bukan dengan cara menipu, tapi bertegas dan berfikir dengan waras.. tapi kamu memang manusia yang tak pernah serik.. masih nak cari pasal dengan aku.. tetiba muncul kembali semata-mata nak sakitkan hati aku dengan kata-kata sinis kamu... 

manusia macam ni senang jer nak face.. buat bodoh jer..pekakkan telinga..kalau lawan dengan mulut memang takkan menang punya.. bila dia dah habis cakap tuh, tanya dia balik,"finished?" and then senyum semanis2nya...mesti dia rasa sakit hati kan? last skali mesti dia diam jugak..ha..tulah yang aku nak.... 

"Diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak berfaedah."

No comments :

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin