Sunday, December 26, 2010

Wajah baru.. Visi baru...

Setelah lebih 4jam bertungkus lumus... inilah hasilnya... blog ni dah bertukar wajah.. tapi still tak lari dari tema hijau.. of course la sebab hijau kan my favourite colour.. =)


"Jangan terlalu bangga apabila memperoleh apa yang diimpikan.. dan jangan pula meraung sakan andai impian tidak dapat digapai..."

Aku terbaca kata2 ni di laman web Iluvislam.com.. bagi aku ianya  memberi makna yang cukup mendalam... sebelum ni, aku banyak membuang masa mengejar impian yang sememangnya takkan menjadi kenyataan... aku mengeluh, dan menjadi terlalu sedih.. hilang semangat bila impian itu tak menjadi realiti.... 

Betullah orang kata.. time will heal..cita-cita, impian, matlamat, visi dan misi.. semua tu pasti berubah seiring dengan masa.. apa yang buruk, kita pasti tinggalkan dan lupakan sedikit demi sedikit.... dan selepas itu, kita pasti membina impian yang baru dengan harapan yang baru.. 

Dalam hidup..kita memang perlu ada impian dan cita-cita.. dari kecil, kita tanam impian.. semakin meningkat usia kita, semakin banyak benih impian yang bercambah..  namun tak semua impian akan jadi kenyataan.. hanya segelintir sahaja yang benar-benar jadi realiti.. 

Namun harus diingat.. pada impian yang sudah berada di genggaman, tidak perlu kita terlalu berbangga dengannya.. dan tidak perlu juga kita meraung dan merintih pada impian yang tidak tercapai.. kerana segalanya sudah tersurat.. setiap yang kita lalui pasti ada hikmah yang tersembunyi.. yakinlah....

Benci & Takut Couple

"Seriously, sejak dari zaman sekolah aku memang benci tengok orang couple!!!"

Bila aku keluarkan statement camni, ramai la pulak yang condemn la, tak setuju la.. lebih teruk lagi ada pulak yang cakap aku nih jeles dengan dorang tuh!. yela, sebab aku nih takder orang nak.. woi, giler ke hape aku nak jeles ngan korang? jeles sebab dosa aku tak sebanyak korang??

Ada pulak yang cakap aku benci couple sebab pernah kecewa.. ok, I admit.. memang aku pernah kecewa tahap nak mati.. tapi tu setahun yang lalu.. bukan sejak dari zaman sekolah... aku benci couple bukan sejak aku dikecewakan, tapi sejak di bangku sekolah lagi...

Kenapa aku terlalu meluat tengok orang couple? reason yang paling besar adalah menghindari DOSA.. aku mengaku, aku bukannya alim a.k.a warak, pakai tudung labuh, kaki surau/masjid bla bla bla.... aku insan biasa.. terlalu biasa jer.. aku tak hafal Quran, aku tak hafal hadis.. banyak yang aku tak tahu pasal agama aku sendiri.. tapi syukurlah, aku tahu tutup aurat tu wajib, solat tu wajib, pergaulan dengan lelaki ajnabi perlu ada batasan dan basic knowledge yang lain...

DOSA... tipulah kalau korang couple tanpa berbuat dosa... paling minimum pon, pasti pegang tangan.. Tersentuh... itu cuma alasan.. pastu naik motor..kalau tak peluk pinggang boyofren pon, time nak naik tuh, pasti pegang bahu dia dulu.. betol x?? kalu naik kereta pulak, bagi yang balik malam2 tuh, takkan korang pasang lampu kot dalam kereta masa dalam perjalanan..

Benci Couple - meaning that aku takder perasaan CINTA? impossible.. setiap manusia pasti ada perasaan tuh.. cuma kita perlu kawal.. bukan menurut.. dalam hati kekadang meronta-ronta..pinta disayangi oleh lelaki ajnabi.. minta dikasihi..dibelai..tapi aku kuatkan hati..itu cuma nafsu, pujukan syaitan.. bersabarlah hati, aku pasti dapat semua tu suatu hari nanti.. selepas aku menjumpai KEKASIH HALAL..

Takut Couple - bukan hanya takut dikecewakan.. tapi takut bertambah dosa... dosa yang sedia ada pon belom tentu diampunkan, nak tambah pulak dengan dosa couple.. dan yang paling aku takut adalah MATI sebelum sempat BERTAUBAT... mati dalam keadaan tengah buat maksiat..nauzubillah...

**************************************

Cuba bayangkan... suatu malam GF bersama BFnya keluar bersama pada waktu malam... keluar pulak ngan motor.. syoknyer dibuai angin malam sambil peluk BF pulak 2.. kononnya nak keluar makan jer..lepas makan dah pukul10 lebih... awal lagi..lepak dulu kat uptown ke, downtown ke, pastu karok dulu jap.. then kul2 pagi baru terasa nak balik..

Dalam perjalanan balik tuh.. tetiba accident teruk.. GF meninggal di tempat kejadian.. manakala BF dikejarkan ke hospital... pada masa tuh.. cuba bayangkan perasaan parents waktu tuh... pastinya kelu, malu, kesal, sedih dan segala bagai... keadaan mayat pula pastilah aib.. pasti orang sekeliling kalau tak mengutuk pun, pasti terlintas, buat apa la pukul 2pagi naik motor.. ngan BF pulak tuh! Dan yang paling menakutkan... GF mati dalam keadaan berdosa..

Sahabat, tak malukah kita pergi menghadapNya dalam keadaan hina? dalam keadaan berdosa yang fresh sangat2... sama2lah kita muhasabah diri kita yang sememangnya amat sukar untuk lari dari DOSA..

Moral of the story, aku bersyukur kerana masih terpelihara daripada dosa couple.. aku bersyukur kerana 'gagal di permulaan'.. dan aku bersyukur dikurniakan perasaan Benci Dan Takut Couple~

Saturday, December 25, 2010

Aku PENGKID?

Nak jer aku sound terus time tuh,


"Kau ingat aku nih PENGKID cam kau ke???"

Ni kisah time aku tengah merempit waktu malam ketika pulang dari pekan Kajang..bukannya merempit sangat pon.. takat 80km/j jer kot..

Tengah aku drive motor tu ngan coursemate merangkap housemate aku tu... tetiba jer ada la sorang pengkid ni potong aku.. aku tau la, aku bawak slow jer..80km/j jer pon.. biar lambat asal terselamat daripada mati katak... masa dia potong aku tuh, dia paling muka dia, tengok kat aku.. gaya dia tengok tu..perrgh.. memang tak boleh blah la.. macam nak ajak aku rempit ngan dia pun ada.. macam nak tackle aku pun ada.. hish, geli geleman aku!!! apa, dia tengok style brutal aku ni, dia ingat aku nih tomboy @ pengkid @ lesbian?? boleh blah la.. aku ada iman lagi weh.. insyaAllah terpelihara sampai akhir hayat.. ameen...

Sambung citer.. Lepas tuh, kat depan tuh ada pulak traffic light.. so, nak tak nak dia kena stop la kat situ.. then aku saja jer park betol-betol tepi dia.. tapi aku tak paling langsung pon.. saja tunjuk lagak cikit..haha.. tapi dalam hati aku nih ada sikit nervous jugak la.. manusia yang keliru jantina camtu tak boleh expect tindakan dia... ngee..seram~

Tapi kan, dalam keadaan camtu pon, sempat lagi fikiran senget aku ni beroperasi.. macammana kalau aku angkat kening and senyum kambing sikit kat dia? gerenti dia follow aku sampai depan umah tuh..ngeh3x~

Saturday, December 18, 2010

Cari Menantu

"Pakcik berkenan la dengan budak tu..."

mak aaii... terkejutnya aku... masa tuh, dalam hati nih, rasa dup-dap dup-dap.. miangnyer pakcik ni.. atas kepala tuh, kopiah tak pernah lepas... sambil undur sikit ke belakang, aku tanya dia balik..

"Berkenan macammana tu pakcik?"

"Pakcik berkenan nak buat menantu la...."

hahahaha.... tak tahan gelak aku..hish, tak cover langsung aku nih.. depan sorang pakcik yang sedang cari menantu pun aku boleh tergelak besar camtu..hehe

Sebenarnya pakcik tu tuan umah sewa aku ni... dia datang nak amik duit sewa umah time tu.. sambil-sambil amik duit sewa tu, kitaorang borak gak la sikit-sikit.. pakcik tu tanya aku pasal kerja, background dan macam2 lagi lah..

Tiba-tiba pakcik ni tanya kat aku pasal sorang bekas housemate aku.. pakcik ni sempat jumpa si F tu masa mula-mula kitaorang masuk umah ni dulu... dan tiba-tiba cakap berkenan pulak kat si F tu nk dibuat menantu.. aku gelak besar tu bukan apa, sebab si F tu bukan boleh jadi menantu, nanti tak pasal-pasal jadi hantu pulak..

Lepas tu aku terus cakap kat pakcik tu.. better cari gadis lain la pakcik.. dan aku citer la cikit2 pasal budak tuh.. bukan aku nak burukkan atau nak aibkan orang.. cuma aku rasa cam tak adil je kalau pakcik tu tak tahu perangai sebenar budak tuh..

But then, aku tanya jugak, kenapa pakcik tuh berkenan sangat nakkan budak tu jadi menantu.. rupa-rupanya dia nak cari gadis kampung.. macam terpelihara dari segi sosial.. see..memang tak sesuai langsung la budak tu yang tiap-tiap malam keluar ngan laki mana entah sampai pukul1-2 pagi baru balik...

Dan.. time tuh aku terfikir.. time tuh aku pakai kain batik + tshirt lengan panjang + tudung.. sopan gitu.. tapi kenapa la pakcik tu tak berkenan kat aku?kuang3x~

"Pakcik tak nak amik saya jadi menantu pakcik ke?" aku bertanya.. dalam hati jer la.. ngee~

Saturday, December 4, 2010

Bila aku marah.........

Lain orang  lain caranya bila sedang marah.... ada orang suka maki hamun orang yang buat dia marah.. ada pulak yang tumbuk muka orang tu sampai lebam.. ada jugak lepas kemarahan kat makanan.. makan banyak-banyak.. tak kurang jugak yang pendam dalam hati sorang2..

Bila aku marah, aku diam seribu bahasa.. hilang semua gelak ketawa.. orang tanya dua patah aku jawab sepatah... biasanya orang kenal aku yang banyak mulut.. tak henti2 cakap.. memang mulut bising gak la.... sampai jadi pelik pulak kalau tak dengar suara aku dalam sehari tuh.. tapi bila tengah marah, jangan harap la nak dengar suara aku nih!

Lagi satu, aku takkan bertegur sapa lagi dengan orang yang buat aku marah tuh... sampai la dia mintak maaf ngan aku.... ego kan aku nih...hehe.. So, bagi sesaper yang pernah atau sedang buat aku marah, better cepat2 mintak maaf ngan aku... cepat!!

Teringat zaman sekolah dulu... aku betol2 marah dengan someone tuh! rasa nak tumbuk je muka dia.. tapi last2 aku tumbuk dinding.. konon nak uji tahap tumbukan aku ler tuh! adoi la.. sakit rupanya tumbuk dinding nih..ingatkan boleh retak dinding kongkrit tuh!haha..

Tapi aku takder la mudah marah sangat.. gaya je macam garang.. tapi bukan mudah amik hati pun.. bagi saper2 yang kenal aku tau ler perangai aku yang sebenarnya...hehe.. 

Friday, December 3, 2010

Aku Dan Lelaki~

Kawan aku selalu cerita... bila dia jalan sorang2, mesti ada lelaki2 gatal usik dia, follow dia, bersiul2 dan macam2 lagi la.. tapi aku pelik kenapa aku tak pernah diusik camtuh? haha..aku tahu jawapannya.. sebab aku selalu buat muka masam macam cuka.. muka serius.. ditambah lagi dengan perwatakan aku aku yang otai lagi brutal nih.. so, mana ada lelaki yang berani dekat.. hoho.. aku suka camtuh!

Kesinambungan daripada perangai aku yang tak berapa nak layan lelaki ni, aku takde ramai kawan lelaki... yang ada pun selalu cari gaduh ngan aku.. tak tahu la kenapa lelaki-lelaki ni suka sangat cari gaduh ngan aku.. kat ofis tu usah cerita la.. hari2 gaduh ngan budak sorang tuh ditambah pulak dengan si bos kecik tuh! suka hati sangat2 budak berdua tuh kalu dapat kenakan aku.. tapi aku yang sememangnya brutal ni tak heran pun bila kena buli camtuh tiap2 hari.. relax la.. aku buli balik.. kena sebijik dua bijik pun dah ok....

Ada lagi satu citer pasal sorang mamat nih.. first time kitaorang bertegur sapa.. masa tuh dalam teksi time aku balik dari kerja... aku tak berapa ingat dah dia yang tegur aku dulu atau aku dulu yang tegur dia.. tp apa yang paling aku ingat adalah 'ayat power' dia tu.. mula2 aku tanya dia nak turun kat mana? pastu dia jawab la nak turun kat tuutt.. dengan muka separuh terkejut, aku cakap la, "eh, tak pernah nampak pun naik bas waktu pagi..." haa... ni dia terkeluar ayat power dia,

"dah engko tak pandang orang, mana nak nampak orang yang ada dalam bas tuh!"

adoi la... first time tuh kitaorang jumpa.. terus kena paku camtuh, saja je nak cari gaduh ngan aku ler tu.. blushing gak la muka aku time tuh.. tapi aku memang tak perasan langsung dia sebelum ni.. lepas daripada kejadian tuh, nampak je dia dari jauh, aku dah lari jauh-jauh... tapi sekarang ni satu je masalah.. bila jumpa dalam bas, dia mesti sengih kat aku macam kerang busuk.. mula2 ok lagi, tapi kalau dah tiap2 hari jumpa tak larat lagi dah nak balas senyuman kambing dia tuh.. so, alternatif lain adalah bila nampak dia nak naik bas tuh, aku cepat2 buka hanset...kadang-kadang buat2 tidur la.. pandang tepi cermin la.. kadang2 terfikir nak jelir lidah la plak!!!

Tapi ada satu tempat yang aku suka buat sedikit gedik dan bermanis muka.. tempat istimewa tu adalah pasar malam! reasonnya sebab bila buat manis muka camtuh, dapat la beli barang dapur dengan harga yang berbaloi-baloi....ngeh3x.... 


p/s: lelaki tak suka ke perempuan ganaz n otai cam aku nih?=p

Thursday, December 2, 2010

Aku Menulis...........

Bukan selalu aku berkunjung ke sini.. aku hanya menulis bila perlu.. bukan takde masa lapang.. bukan juga sebab nak cerita kat semua orang tentang kehidupan aku...

Aku cuma menulis utk meluahkan apa yg terpendam dalam hati aku.. aku cuma menulis bila aku rasa tak tenang.. dah jadi habit kot, bila aku sedih, bila aku rasa sunyi.. dan bila aku rasa sakit hati, mesti aku lepak kat sini.. macam pakwe aku pulak blog ni kan.. di sinilah aku luahkan rasa, di sinilah tempat aku mengadu, tempat aku mengeluh bila tak tahu arah tuju... 

Saat ini, aku tak tahu apa yang aku rasa... rasa sayu, tapi tak tahu kenapa dan utk apa.. dah dua tiga hari kot aku rasa sayu camni.. pergi kerja pun rasa seperti berada di awangan... blurr je.. 

Dua hari lepas... aku sakit hati sangat2.. terasa hati sangat2.. rasa nak menangis pun ada... baru aku tahu perangai dia yang sebenarnya.. aku bukan dungu sangat utk membezakan mana gurauan dan mana hal serius... ok fine, moving forward.. no more jokes, no more greeting or anything unrelated to work!

Baru 3 hari lepas, sempena genap umurku 23 tahun, aku niatkan dalam hati.. nak maafkan semua orang.. nak lupakan semua yg menyakitkan, tak nak berdendam.. buang semua yang terasa dalam hati.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri... aku rasa sakit, geram, benci!!

Dan seperti biasa... bila aku rasa sakit hati.. perkara yang biasa aku lakukan adalah menjauhkan diri.. aku rasa nak lari jauh sejauhnya... aku tak nak jumpa mereka2 tu... aku nak pergi membawa diri... tapi ke mana? takdir aku hanya di sini.. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin