"Seriously, sejak dari zaman sekolah aku memang benci tengok orang couple!!!"
Bila aku keluarkan statement camni, ramai la pulak yang condemn la, tak setuju la.. lebih teruk lagi ada pulak yang cakap aku nih jeles dengan dorang tuh!. yela, sebab aku nih takder orang nak.. woi, giler ke hape aku nak jeles ngan korang? jeles sebab dosa aku tak sebanyak korang??
Ada pulak yang cakap aku benci couple sebab pernah kecewa.. ok, I admit.. memang aku pernah kecewa tahap nak mati.. tapi tu setahun yang lalu.. bukan sejak dari zaman sekolah... aku benci couple bukan sejak aku dikecewakan, tapi sejak di bangku sekolah lagi...
Kenapa aku terlalu meluat tengok orang couple? reason yang paling besar adalah menghindari DOSA.. aku mengaku, aku bukannya alim a.k.a warak, pakai tudung labuh, kaki surau/masjid bla bla bla.... aku insan biasa.. terlalu biasa jer.. aku tak hafal Quran, aku tak hafal hadis.. banyak yang aku tak tahu pasal agama aku sendiri.. tapi syukurlah, aku tahu tutup aurat tu wajib, solat tu wajib, pergaulan dengan lelaki ajnabi perlu ada batasan dan basic knowledge yang lain...
DOSA... tipulah kalau korang couple tanpa berbuat dosa... paling minimum pon, pasti pegang tangan.. Tersentuh... itu cuma alasan.. pastu naik motor..kalau tak peluk pinggang boyofren pon, time nak naik tuh, pasti pegang bahu dia dulu.. betol x?? kalu naik kereta pulak, bagi yang balik malam2 tuh, takkan korang pasang lampu kot dalam kereta masa dalam perjalanan..
Benci Couple - meaning that aku takder perasaan CINTA? impossible.. setiap manusia pasti ada perasaan tuh.. cuma kita perlu kawal.. bukan menurut.. dalam hati kekadang meronta-ronta..pinta disayangi oleh lelaki ajnabi.. minta dikasihi..dibelai..tapi aku kuatkan hati..itu cuma nafsu, pujukan syaitan.. bersabarlah hati, aku pasti dapat semua tu suatu hari nanti.. selepas aku menjumpai KEKASIH HALAL..
Takut Couple - bukan hanya takut dikecewakan.. tapi takut bertambah dosa... dosa yang sedia ada pon belom tentu diampunkan, nak tambah pulak dengan dosa couple.. dan yang paling aku takut adalah MATI sebelum sempat BERTAUBAT... mati dalam keadaan tengah buat maksiat..nauzubillah...
**************************************
Cuba bayangkan... suatu malam GF bersama BFnya keluar bersama pada waktu malam... keluar pulak ngan motor.. syoknyer dibuai angin malam sambil peluk BF pulak 2.. kononnya nak keluar makan jer..lepas makan dah pukul10 lebih... awal lagi..lepak dulu kat uptown ke, downtown ke, pastu karok dulu jap.. then kul2 pagi baru terasa nak balik..
Dalam perjalanan balik tuh.. tetiba accident teruk.. GF meninggal di tempat kejadian.. manakala BF dikejarkan ke hospital... pada masa tuh.. cuba bayangkan perasaan parents waktu tuh... pastinya kelu, malu, kesal, sedih dan segala bagai... keadaan mayat pula pastilah aib.. pasti orang sekeliling kalau tak mengutuk pun, pasti terlintas, buat apa la pukul 2pagi naik motor.. ngan BF pulak tuh! Dan yang paling menakutkan... GF mati dalam keadaan berdosa..
Sahabat, tak malukah kita pergi menghadapNya dalam keadaan hina? dalam keadaan berdosa yang fresh sangat2... sama2lah kita muhasabah diri kita yang sememangnya amat sukar untuk lari dari DOSA..
Moral of the story, aku bersyukur kerana masih terpelihara daripada dosa couple.. aku bersyukur kerana 'gagal di permulaan'.. dan aku bersyukur dikurniakan perasaan Benci Dan Takut Couple~
1 comment:
saya sangat setuju..kdg kdg bila saya bagi nasihat ramai kwn yg mula jauh ngan saya..mula2 tu rasa mcm sedih jugak tapi x per asalkan kita dah nasihatkan die..biar x der kwn kerana mengajak supaya ingat Allah dari ada ramai kwn tapi sorg pun x ajak kita ingat Allah..��
Post a Comment