Saturday, January 15, 2011

Biarkan..itu yang terbaik..

Dulu, aku pernah berjanji pada seseorang.. aku akan sentiasa berada disisinya bila2 sahaja dia perlukan aku... tapi aku silap sebab tak habiskan ayat tu.. sepatutnya aku perlu juga berjanji bahawa aku akan pergi seandainya dia tak lagi perlukan aku untuk berada disisinya.

Kini.. aku pergi..sebab aku sedar dia tak perlukan aku lagi.. aku tak penting dalam hidup dia..bukan sahaja kini, malah sejak dulu lagi.. hanya aku yang perasan bahawa aku ni penting dalam hidupnya.. aku perasan sendiri bahawa aku yang menceriakan hidupnya.. hakikatnya, aku langsung tak bermakna dalam hidupnya... sejak dulu lagi memang macam tu..bila sedar akan hakikat ni, aku ambil keputusan untuk mengundur diri.. itulah jalan yang terbaik...

Tapi..aku nak sangat dia tahu.. aku pergi bukan sebab bencikan dia atau marahkan dia..apatah lagi merajuk dan menanti untuk dipujuk...tak... aku pergi sebab aku tak nak ganggu hidup dia.. aku nak biarkan dia kejar dan capai impian hidup dia.. aku tahu, impian dia banyak..impian dia terlalu tinggi...dengan adanya aku, tak mungkin impian dia akan tercapai.. aku hanya akan membantut segala impian dia...

Aku tak nak dia rasa bersalah dalam hal ni...semuanya salah aku...aku tahu dia seorang yang ego, tapi aku juga seorang yang degil...sanggup mengambil risiko walaupun dah tahu apa yang bakal berlaku....itulah silapnya aku...

Sudah lebih setahun berlalu...aku tak tahu apa yang berlaku dalam hidup dia.. sesekali nak juga aku amik tahu..tapi biarlah.. aku tahu dia ok...mungkin dah semakin berjaya.. mungkin dah separuh impiannya dah tercapai... mungkin dia dah jumpa suri hidup dia.. yang pasti jauh lebih baik dari aku..yang cantik, lemah lembut dan berkerjaya... harap2nya begitulah...

Apapun yang berlaku, harapan aku semoga dia berjaya dalam hidupnya..dan aku sangat berharap..dia takkan cari aku lagi...aku tak nak dia kembali dalam hidup aku walaupun aku tahu...semua tu sangat mustahil...aku tak nak dia amik tahu urusan hidup aku..janganlah dia tahu susah senang hidup aku..

Seandainya suatu hari nanti, aku ternampak dia di depan mata aku..aku harap aku dapat mengawal diri...aku harap dapat berpura2 tak kenal dia...pada masa tu, aku harap dia jangan tegur aku...sekali lagi aku tegaskan..bukan sebab aku benci dia, tapi sebab aku tak dapat nak mengawal perasaan aku bila berdepan dengan dia...tak mungkin aku dapat berdepan dengan dia....aku tak nak sejarah kembali berulang..biarkan kisah aku dan dia terkubur begitu sahaja...biarkan....itu yang terbaik...

"I will be at your side whenever you need....
Otherwise I will disapears from your life forever....."

4 comments:

Anonymous said...

tak teringin nak cari pengganti ke yanna? nanti kalo lambat2 melepas.

♥Fitnunnisak♥ said...

hmm..soalan cepucemas nih...
xde istilah melepas...sbb jodoh 2 ketentuan Allah... kalu kejar pun,klu dia bukan jodoh kita xde guna kan...

nurul afiza said...

kalo kite kejar, makin die lari.. last2 kite gok penat..

cinta yang dicari baik, tp cinta yg hadir sendiri lagi berkat kot, gane2 pun.. keje ALLAH belaka.

♥Fitnunnisak♥ said...

xyah la kejar mngejar..xde faedah.. jogging lg baiklah..=p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin