Wednesday, June 24, 2009

November

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

*********************************************************

ni dia kajian yg dijalankan oleh Pakar Motivasi terkenal, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Kajian berkenaan bulan kelahiran, dan sifat- sifat peribadi yang setara dengannya.

nmpknya byk btul gak kajian ni..tp xdela semua btul ngn sifat2 aku..

aku agak tertarik dgn sifat2 yg aku highlight dgn wrna biru dan oren 2...

yg wrna oren 2 aku xstuju coz ak mmg xsesuai jd doktor walaupun dr segi kelulusan akademik agak lyk..sbb aku takut darah..ngeeeee. bab badan sasa lak kelakar amat..sasa sgt la aku yg bertubuh kecik ni...hehe

wrna biru lak mmg sebijik sifat ak..hehe.. especially part pndai cungkil rhsia org..jeng3x

yg len2 2 byk gak la kesahihannya...

Sunday, June 21, 2009

Pusing2 Rawang

"whoa..hijau..."

2lah 1st impression aku bla 1st time melangkah masuk ke rumah spupu aku smlm..dinding umah yg dicat hijau & langsir yg hijau cukup menenangkan..sbb 2 la aku suka hijau..huhu

slama 2 thn aku kt UKM, smlm la 1st time aku brkunjung ke rumah spupu aku kt Rawang. pdhal lma dh dia ajk dtg umh, tp ak jela yg bz ckt, xsempat nk g ziarah umh sdara-mara (time xbz pn wt2 bz..huhu).

slps berkira2, nk g ke x, nk g ke x, last2 ak g gak la brsma spupu aku Ira ke rumah kakak dia 2.. hmm, ingtkn kt Rawang btul, rupa2nya lps trun komuter kt rawang, nek kete 45minit lg bru smpai umah dia yg trletak kt bukit beruntung. disbbkn kepenatan stlh agk lma xkuar jln jauh, ptg 2 aku tdo je dri kul6 smpai la dkt kul8 mlm!!! peh, truk tul aku ni, dh la g jrg2 skali, smpai sna tdo lak.huhu..

bgun je dri tdo, lps mndi n solat maghrib, ktorg g lak ronda2 sekitar pasar mlm kt bukit sentosa.. agak luas tapak night market kt c2.. n cukup rmai pengunjung..

apa yg best jln2 kali ni ialah dapat rasa msakan kg..hmm, dh lma xnikmati mskan kg..asyik2 mkn mskn indo kt cafe usin je.. berbaloi gak jln jauh2 ni..huhu.. bla rasa mskn kg cm2, apelagi.. rsa nk blik umh cpt2 la..whoa..xsbrnye nk blik umh... sabor jela.. tgal 3hri je lg aku nk blik..oyeaah!!!!

Friday, June 19, 2009

Detik Kematian


Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com

**************************************
bila dengar nasyid ni rasa sayu sgt..takut.. mengenang dosa2 yg lalu, yg mungkin belum terampun.. begitu azab sekiranya mati sblum sempat bertaubat.. astaghfirullahal'azim..
terasa belum cukup amalan utk menghadapi detik kematian..

entah kenapa hari ni bila dgr nasyid ni, terasa lain sgt, nk menangis pn ad.. sblum ni dgr cm biasa je..xrasa pe2 sgt.. tp hri ni senikatanya terasa begitu berkesan di jiwaku.. terasa amat takut dgn amaran2 azab yg dijanjikan.. betapa sakitnya bila nyawa dipisahkan dari jasad.. luka di tangan yg sedikit td pn dh terasa sakit, apatah lg sakit menerima azab dan siksaan dri Allah...ya Allah ampunilah dosa2ku, dosa kedua ibubpaku, shbt2ku, dan dosa seluruh umat islam...

semoga aku dan sahabat2 semua mati dalam iman..amin..

utk dgr dan menghayati serta muhasabah diri, dgrlah nasyid ni dgn klik di sini.

Thursday, June 18, 2009

Nasi Kerabu

"nasik kerabu k'an dah menjadi, tip top tau. mai la nk rasa.."
jelesnye bca msg dri rumate aku nih... mna taknya, aku yg bg resepi, tp dia mkn sorg2 kt umah..huh!!

bestnye.......

Nasi kerabu ni adlah nasi yg agak popular di klgan org kelantan. mmg favourite aku gak..huhu. tp skrg bkn shj org klntn yg suka, org luar klntn pn dh ramai yg suka.. bru ptg td rumate aku tepon mtk resepi nk wt nasi kerabu..pelik lak rasa, dh biasanya aku yg mtk resepi ngn dia..

so, aku terfikir nk gak share ngn pembca blog ni resepi nasi kerabu...check it out..

Ramuan : nasi putih biasa (klu nk warna pn xpe), kelapa parut, santan, serai, ulam, bawang merah & putih, cili kering, ikan rebus, lada besar, telur, gula, garam, budu.

1. kerabu
- utk wt kerabu dia, gorengkan kelapa parut td tanpa minyak shgga garing, kemudian tumbuk hgga halus.
- tumbuk @ kisar serai hingga lumat, then tumbukkan pula bwg putih & merah.
- gaulkan serai & bwg yg ditumbuk td dgn kelapa goreng yg dh dikisar.
- gaulkan juga dgn ikan rebus yg dh dibuang tulangnya.
- tambahkan sedikit garam, gula dan budu secukup rasa.

2. tumis
- sambal tumis ni cam kuah yg pekat 2...
- kisar bwg putih & merah dgn cili kering hgga lumat.
- ketuk sedikit serai..jgn bg terlalu hancur..
- masak santan, masukkan bhn td ke dlm sntn..
- tambahkn jua garam secukup rasa.
- jgn lupa masukkan sekeping asam keping..
- kacau hingga pekat.

3. ulam
- apa2 shj ulam spt kacang pjg, kobis, bunga gantan, dll dihiris halus.. taugeh pn bleh wt ulam gak..

4. solok lada


- solok lada bkn bhn wajib, tp lebih sdp klu ad..
- kelapa yg diguna utk wt solok lada adlh lbh sdp klu guna kelapa yg xberapa tua, yg kulitnya masih hijau.
- tumbuk bwg merah & putih hingga lumat.
- gaulkan dgn kelapa parut td bersama ikan rebus yg dibuang tulang.
- tambahkan sedikit garam, gula, dan budu secukup rasa.
- masukkan sebiji telur ayam & gaulkan lg.
- lada besar dibelah, buang bijinya.
- masukkan kelapa parut yg dh dicmpurkn dgn smua bhn td ke dlm lada yg dibelah td.
- rebuskan lada tersebut bersama sedikit santan, agk2 1/4 gelas santan.
- gunakan api yg perlahan hingga lada td masak.

5. bhn2 tmbhan lain utk menambahkan selera ialah telur masin, daging bakar, bawang putih jeruk, keropok dan sambal lada.

ok, itu shj resepi utk kali ni.. blik 6t kna wt ni..huhu

Wednesday, June 17, 2009

Kata-kata Itu...

Benarlah org kata...
kata2 itu...
lebih tajam dr sembilu..
malah lukanya lebih sakit dr hirisan sembilu..
luka sembilu mungkin boleh sembuh dlm 2-3hari..
tp hati yg terluka oleh kata2,
mungkinkah boleh sembuh dlm tempoh yg sma??

teringat aku pd kata2 seseorang...
aku xmungkin lupa pd kata2 itu..
dan aku akn selalu mengingatinya...
setiap kali aku mengingati insan itu..
akan terlintas jua kata2 itu..
dan setiap kali itu jugalah,
hatiku akan tergores..

ingin sekali..
aku melihat kata2 itu..
memakan diri insan itu..
biar dirasakan sndri..
kesakitan yg kurasakan,
dgn kata2 itu...

ingin sekali..
aku melihat insan itu..
tunduk pd kata2nya itu..
biar hilang egonya..
biar hilang kata2 itu,
dr ingatanku...
kerana,
tak mungkin aku berdendam,
hanya kerana kata2 itu..


moral: jagalah tutur kata, jgn biarkan insan di sekeliling kita tergores dgn kata2 kita.. think 1st b4 speak..

Sunday, June 14, 2009

10 Insan Yang Ku Kagumi

1. Rasulullah S.A.W.
ni lah insan yg pertama2 skali aku kagumi..bagindalah manusia agung, insan kamil, tiada yg dpt menandingi kehebatan baginda dlm segala aspek. aku amat kagum dgn sgla apa yg baginda miliki, dr sifatnya, peribadinya, ketinggian budi pekertinya dan segala2nya...

2. Abah aku.
yg mana aku sgt kagum dgn sikapnya yg begitu sabar & bertolak ansur dlm menangani kerenah adik-beradiknya yg kukira agak melampau.. bagaimana dia boleh terima wasiat yg sungguh tidak adil tanpa sbrg bantahan demi ketaatan kpd org tuanya...

3. Ma aku.
ma aku pula sgt sabar mghadapi segala dugaan yg mana nenek aku amat pilh kasih dlm menerima menantu. ma aku sering dipinggirkan. abah aku pula disebabkan terlalu taat kpd mak dia merangkap nenek aku tak pernah nk bela ma aku..


4. Su Ini.
dia ni lak mak sedara aku..aku salute r ngn dia ni. cukup tabah mghadapi dugaan hidup..dimadukan empat, nasib baek xdiceraikan..dgn anak seramai 8 org, dia sorang2 handle anak2 dia, tiap2 hri g hntr & amik ank dr sekolah..tghhri lak amik upah jhit bju utk menyara kelurga.. laki tah g mana, hjg mgu bru nmpk btg hidung..aku tgk ank ank2 dia pn kesian, cm xckup kasih syg seorg bapa..pantang nmpak laki, mesti mtk dukung..

5. Tuan AKAD.
ni lecturer aku masa belajar subjek bisnez. aku kagum ngn lecturer ni sbb dia seorg yg xsuka mkn gaji buta. bkn mksud aku lecturer lain ska mkn gaji buta, cuma lecturer ni lain dr yg lain. slama aku ngaji dr kecik smpai skrg, xprnh kujumpa lecturer @ cikgu yg dtg ke kls awl 5mnt b4 kls bermula.. Tuan AKAD nila lecturer 1st yg aku jumpa cm2.. aku suka msuk kls dia yg agak skema tp xboring 2 walaupun kls sharp 3jam!!! coz dia pndai handle kls spy xboring, dgn citer2 lawak dia n surprise dia, pengalaman hidup dia dll...

6. Hazwani.
dia ni kwn aku msa kt m3x dan juga rakan kuliah kt UKM, bdk pure math. aku kagum ngn dia ni sbb xde angin xde ribut, tup2 dh bertunang & dahpn kawin pd awl bulan6 bru ni. terfikir aku, org len yg couple bagai nk rak 2, xtau bilanya nk kawin..ntah2 break g2 je..tp dia ni yg xde pkwe, xprnh couple pn tetiba kawin, ngn ustaz lak 2..sepadan la ngn dia yg bertudung labuh.. dia ni mmg seorg yg baek ati, xprnh sakitkan ati kwn2..byk gak nasihatkan aku yg berhati kelam ni..huhu..

7. Che Ahmad.
nama dia ni xasing bg komuniti PERDANA. hmm, dia ni aku amt kagum ngn peribadinya yg simple & suka wt hal sndri.. dia ni pandai bahagi masa, pngurusan masanya shari2 begitu tersusun & konsisten..so, xhairan la dpt pegang title best student..bkn shj cmrlg dr segi akademik, mlh aktif gak dlm prgram2 lain..slama aku knl dia ni, xbyk kerenah lebih2 lg soal mkn..hentam je..hehe.. lg 1 ak nmpak dia ni agak brtanggungjwb..


8. Syikin.
ni lg 1 bestfren aku sejak dr form 4 lg, masuk m3x pn skelas, & skrg pn kuliah skali lg walaupn jrg2.. apa yg aku kagum ngn dia ni ialah dia selalu happy go lucky..susah sgt nk tgk dia murung..dhla kuat berlawak, mmg xkering gusi la aku dk ngn dia..time aku stress, dia ni org 1st yg aku cri..hehe

9. Zubaidah
ni lak sepupu aku yg paling rapat ngn aku.. apa je citer aku share ngn dia walaupun brjauhan..tp UiTM je..xdela jauh sgt..huhu. aku kagum ngn dia sbb serock2 dia, tp tetap jaga batas2 agama walaupun dia bukan berasal dr sekolah agama cm aku..huhu. aku selalu perhatikan time solat dia, mmg btul2 khusyuk..smpaikn kdg2 msa brdoa, mengalir air mata dia..ak yg tgok ni pn rasa insaf...

10. Aisyah.
Aisyah ni lak bestfren aku msa msuk UKM. aku kagum ngn dia ni sbb dia jenis yg ore kelate kato mudoh baso..mudah mtk tlg la mksudnya..lg 1 dia jenis yg suka wt hal sndri gak...mmg aku xprnh jumpa org yg baik cmni..untung aku knl dia..hehe..


Saturday, June 13, 2009

Sedekah Tanpa Rela

Aku rasa sejak akhir2 ni aku sangat pemurah.. especially dlm tempoh 6bulan ni. mana taknya, klu dikira2 hampir RM1000 gak woo aku sedekah tanpa rela!!! nape aku ckp tanpa rela?sbb mmg aku x rela!!!

Jom kita check ktne duit 2 aku sedekahkan.....

1. awl2 tahun bru ni lg, bln 1.. sedekah kt polis utk bayar saman RM300.. punya la baek ati aku tlg byr utk adik aku yg paling bertuah 2..ore kelate kata paling 'juruh' g2... saman lak kes yg sja cri pasal, xnk pakai helmet.. xde lesen 1 hal, nasib baek mtor ad roadtax coz mtor bru beli xsampai sebulan!! xtdo malam aku pk motor kt balai 2...

2. bln lepas lak sedekah kt tokey cina, beli henpon bru... kononnya survey nk compare harga..dpat la harga murah drp kedai lain.. excited la aku dpt henpon bru.. tup2 time nk byr 2, aikk apsal kna byr lebih RM60??? hmm, rupa2nya kna byr utk wallpaper ngn games ape bnda ntah..mula2 ckp free..last2 kna byr lak...geram tul...tertipu lg..waaa...

3. RM500 lak aku sedekah kt PERDANA... hmm, byknye pengorbanan utk wt satu2 program ni... tp yg ni aku harap dpt blik... kaya sgt la aku nk sedekah smpai RM500.. tlg la bndahari kt UKM, bg blik duit aku...duit nk wt lesen 2...pokai dh ni...sob3x...

4. semalam lak.. lg RM70 aku sedekahkan kt kolej yg dh terlalu miskin!!! huh, mmg la salah aku setinggan ngn sepupu, tp dlu aku mtk nk dk skali ngn sepupu aku 2, xbg lak, kononnya bdk kolej lain xleh dk kolej lain.. 2la, time aku wt baek mtk izin, xbg.. last2 aku wt cra haram marah lak...so, sape yg salah kt cni????!!!!

hmm, 2la sume duit yg aku berjaya sedekahkan stgh thn pertama ni...byknye pahala aku dpt kn... lg RM70 2 aku nk cri mn lak xtau nk sedekahkan... mak aiihhh... pokai dh pn rjin lg aku nk sedekah.... boleh mati kering aku cmni...kna puasa sunat cmni nih.. 2la hikmahnya kn aku sedekah ni....

Friday, June 12, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2008

Salam kepada semua pembaca blog ni... hmm, sebenarnya aku kering idea 2-3hari ni untuk update blog..takde event penting pun, tapi bila dah ada pembaca setia dah tanya nape lama tak update blog, rasa terharu la pulak...tak sangka ada pembaca setia..huhu..thans a lot..

okla, ni aku post citer kelakar karangan terbaik UPSR 2008 yang aku terjumpa kat internet, saje nak share and gelak sama-sama.hehe..bagi sesape yang dah baca tu tak payah la baca lagi.huhu..

Semua Orang Mati
-----------------------------------------------

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Tuesday, June 9, 2009

My Portrait

dh siap diframekan..penat aku wt frame ni...smpai terluka jari aku..hukhuk

Rasa cm xcaya je aku berjaya hasilkan potret sndri..huhu..
walaupun xbgitu perfect, tp aku puas kali ni...
potret bersaiz A3 ni berjaya aku siapkan dlm msa lbih 4 jam..penat woo...
tp nmpak cm rupa aku x??
ad la ckt2..hehe

actually ni bkn 1st time aku try lukis potret, dh byk kali, tp ni adlh kali pertama yg jd n aku puas ati..huhu..

tp mslh la plak..
aku xtau sma ada nk hntar potret ni ke x utk bhn esaimen kritikan seni tampak yg aku amik 2...
rsa syg la nk hantar gmbr ni...
tp klu xhntar lukisan ni, xkn nk lukis gmbr lain lak..
dh kesuntukan masa rsanya..
nk kna tulis report lg, kritik lg...
dhla kna kritik karya sndri..
msti la byk puji..
dh karya kita..huhu..

hmm,
kompius lak aku..
nk anta ke xnk..
nk ke xnk..

Roses 4 Roommate

goresan pensel lg..huhu..

gambar sebenar..

setelah hampir 2jam bertungkus-lumus..
akhirnya, inilah hasilnya...

lukisan ni aku ingat nk bg kt ex-roomate aku..
dh jnji nk bg kna la tunaikan jnji..huhu..

ia sbg tnda pghargaan, ingatan & kenangan kami setelah 2 thn bersama..
pghrgaan di ats nasihat dan budinya..
xlupa juga tips2 kehidupan
tips2 rumahtangga juga..huhu

budinya yg selalu bawakan buah mangga utk aku yg gila mangga...
budinya yg slalu ajar aku tips utk msk lebih sedap..
juga tips utk cari calon ____...huhu
xketinggalan juga tips touch-up muka..
petua2 kecantikan..

pendek kata,
mmg byk la budinya utkku..
membuatkan aku rasa bertuah mengenali dirinya..
walaupun kdgkala berbeza pendapat..
namun kuterima ia sbg lumrah..
kerana perbezaan itulah yg mengeratkan kami...huhu

Monday, June 8, 2009

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

--------------------------------------------------------------

aku suka sgt dgr nasyid ni.. ia banyak memberi kesedarn kpdku... yela, mungkin kita dh temui insan yang memenuhi kriteria yang kita cari..tp kita tak tau bnrkah dia jodoh kita.. atau mungkin hanya dugaanNya utk menguji tahap mana iman kita.. dan juga aku akui kata2 sahabatku bhw tak smua perkara yg kita hajati akan tercapai walaupun kita amat mengharapkannya.. so, jln yg paling selamat, redhalah dgn ketentuan takdir.. dengan redha, kita dapat menerima smua yg berlaku dgn tenang dan tabah..

utk dgr lagu ni boleh la klik di sini.

Friday, June 5, 2009

Kenali Khat

Masa sekolah menengah dulu, pernah gak aku belajar menulis khat.. best blajar tulis khat ni, kreatif.. tp aku belajar ckt je, 3 jenis je yg aku sempat belajar iaitu khat nasakh, riq'ah dan thuluth. khat thuluth pn tgk2 g2 je, xbelajar sgt..

so, jom kita tinjau beberapa jenis khat yg agak femes & cantik...

Khat muhaqqaq
khat ni lebih kurang je ngn khat nasakh..

Khat thuluth @ thuluth jali
khat ni agak cantik & femes..

Khat riq'ah
khat ni klu dlm tulisan rumi lebih kurang ngn tulisan berangkai la...

Khat nasakh
nilah khat yg paling basic...

Khat farisi @ nasta'liq
lebih kurang gak ngn khat riq'ah..cuma beza kat titik je, yg ni rajin ckt wt titik..huhu

Khat diwani
lebih kurang ngn khat riq'ah, tp lebih kreatif..

Khat diwani jali
sma ngn khat diwani biasa, cuma tambah baris..lebih cantik..

Khat kufi murabba'
yg ni memang kreatif..kna byk fikir nk wt khat ni..
khat ni student fakulti pengajian islam bg kt aku..sape leh bca khat ni angkt tgn..huhu
ni surah ikhlas..nk bca kna start dri bucu bawah sebelah kanan & pusing2 dulu..hehe

ni khat ape lak??
xpasti lak aku coz ni yg aku wt sndri..huhu..
mula2 ingt nk wt khat diwani, tp cm xjd je..maklum la dh lma x practice, tgn pn dh kaku..huhu

Penawar Sakit Bohsan

hasil goresan pensel..

gambar sebenar

akibat terlalu boring, xtau nk wtpe..
akhirnya siaplah 1 lukisan yang xseberapa ni..
lukisan ni aku lukis dlm msa sejam stgh..
bru je siap beberapa minit yg lalu..
kelaparan seketika semata2 nk siapkan lukisn ni..huhu


hmm, tapi aku xpuas ati lg ngn lukisan ni sbnrnya..
coz xnmpk real...
rasa nk touch-up lg,
tp xtau nk touch-up ktne lg..

sesaper yg terer bab2 kritik lukisan ni,
tlg la kritik ckt2
n bg idea ckt cne nk wt ia tampak lebih real...

Wednesday, June 3, 2009

Dulu & Kini

Dulu :
Aku sgt low profile @ pasif.. sume org xknl aku, cikgu2 pn mmg xperasan kewujudan aku..aku xska join pe2 program.. klu join klb @ persatuan, aku biasa jd ahli biasa je..

Kini :
Aku tetiba je jd aktive.. boleh kata sume program aku nk join.. org pn dh ramai yg knl aku.. join prgram pn tetiba dpt jwtan walaupun ak xnk..

Dulu :
aku sgt suka baca novel..lbih2 lg novel cintan-cintun!! sambil bca, smbil jiwang sorg2..

Kini :
aku sgt xsuka bca novel, especially novel cinta!! nyampah!! sume 2 dunia khayalan semata-mata.. skrg ak lebih suka bca bku2 motivasi, bku2 agama dan ape shja bhn bacaan yg boleh membentuk diri aku ke arah yg lebih baik..

Dulu :
ak xboleh hidup tanpa kawan.. ke mana shj pergi mesti nk berteman.. hatta ke tandas yg sebelah kls pn ajk kawan suh teman.. nk wt pe2 nk berteman, klu kwn xnk , aku pn xnk..

Kini :
aku bebas.. ak xsuka ikut kawan..klu aku nk wt bnda 2, aku wt je, biar la sorg2 pn.. ke mana sja aku nk pergi, better g sorang2.. tp klu ad kwn nk teman pn aku ok je, cuma klu xde pn ak xkisah..

Dulu :
aku suka sgt marah2 adik2 aku.. xingt sifir ckt, trus aku jerkah.. time ngajar mengaji al-Quran lak, slalu adik aku kna cubit..

Kini :
aku rindu sgt kt adik2 aku.. time blik umah jrg2, dorg wt pe pn aku xmarah.. ngajar pn slow2 je..kakak yg baik g2..huhu

Dulu :
aku ska sgt men msg2.. kdg2 kul 2pg pn xtdo lg.. msg lak bkn sorang dua, 3-4 org skali gus!! cepat je ibu jari menari2.. kredit jap je hbs..

Kini :
aku mls sgt nk taip msg.. org anta msg pn mls sgt nk blas.. klu bls pn yg penting2 je.. kredit yg ad xhbs2.. lbih2 lg skrg ni kredit mxs & celcom aku expired thun 2013, lg la xyah fikir nk top4.. ak sndiri dh xingt bla last time aku top4, 2 pn byk lg kredit ak ad.. kredit yg ad cuma tuk tepon umh & pihak2 yg berkaitan utk program..

Dulu :
aku suka sgt ikuti perkembangan semasa tentang artis2 bru, lagu2 bru, dan gosip2 hiburan..

Kini :
aku langsung xamik tau psl artis2 bru, lagu2 bru n gosip2.. tau pn bla dgr org ckap.. setakat OIAM, AF, ABP dll, xyah la tnya aku, sume aku xtau..

Dulu :
suka sgt mkn gula2.. dlm poket xleh xde gula2..

Kini :
langsung xsuka gula2.. aku sndri xperasan sjak bla xsuka gula2.. myb sejak tingkatan 2.. tp klu coklat, pantang!! really likes..huhu

Dulu :
mudah sgt nangis..jap2 je nangis.. sampai mak aku pn xtahan ngn perangai aku yg kuat nangis, sejak kecil smpai la tingkatan 1..

Kini :
susah sgt nk kuar air mata..mmg mahal la air mata aku.. ingt lg time muhasabah diri, org len soksek2 nangis, aku boleh cool lg.. bkn keras hati @ xde perasaan, tp air mata ni xnk kuar.. tp klu bab terharu 2, sng sgt la plak nk nanges..huhu

Tuesday, June 2, 2009

I'm Touched...

i thought i hven't need others..
i thought i'm strong enough to face my life alone..
but i'm wrong..
today i admit..
i'm really need someone..

to share my problems..
to share my life together..

today i'm touched..
really touched..
when someone comes to my life
give me some inspiration..
although i'm never hope so..
very touched till my tears fall out
for the first time after for a long time..

today..
it was the first time i got someone cares about me..
i thought no body care about me..

all this while..
only me care about others,

without think of my self,
my feeling..

i'm not blaming anyone..
i'm sincere..
i'm happy to make others happy..


all this while..
i'm strong enough
to face all the trouble alone..
but today..

i'm failed!!
i can't stand anymore..
i'm not strong anymore..


thanks my friend..
for care about me..
although you doesn't know what really happened to me,
although you'll never understand what i felt..
at least you give me a strength..



Monday, June 1, 2009

Expedisi Cameron Highland

Tarikh : 29 - 31 Mei 2009
Tempat : Cameron Hinghland
Peserta : 73 orang
Anjuran : Sekretariat Lawatan & Kebudayaan, PERDANA UKM

barisan peserta ECH09

Alhamdulillah, XPDC Cameron Highland yg dirancang selama lebih kurang sebulan berjaya juga dilaksanakan.. berikut merupakan tempat2 yg dilawati..

Taman Agro Teknologi MARDI

bergambar di MARDI

taman2 bunga di sini sgt cntik dan tersusun..pelbagai jenis bunga ditanam.

kebun bunga matahari..

kebun bunga ros..

kebun strawberi...

terdapat juga kebun2 sayur spt kobis, tomato dll..

kebun kobis..

kebun tomato...

ladang teh tertua di Cameron Highland..

Taman Rama-Rama

di sini bukan sahaja terdapat rama-rama, malah juga terdapat pelbagai serangga dan haiwan2 lain spt ular, katak, kura-kura dll.. terdapat jga pelbagai jenis bunga turut ditanam.. tiket utk masuk ke taman rama2 ni ialah RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak2. manakala pelajar RM3..

rama-rama yg memang jinak & cantik..


Cactus Point

spt berada di taman bunga dlm citer hindustan..huhu

ros..kegilaanku...

akhirnya dpt juga posture yg agak baik utk dijadikan bhn lukisanku nanti..


Arkib Peladang

di sini terdapat pelbagai bunga-bungaan dijual dgn harga yg agak murah dgn pelbagai pilihan..

KP & TKP

Pasar Malam Brinchang

bg sesiapa yg nk beli strawberi, teh dll, lebih baik beli di pasar mlm ni je coz harganya agak murah compare ngn tempat lain.. tp mkanan agak mhl la plak...


Parit Waterfall

trekking ke menara pandang dan Parit Waterfall merupakan pelangkap kpd XPDC ni. dh namanya pn xpdc, mesti la ada trekking ckt, walaupn trekking cuma mengambil masa lbh kurang sejam dan kurang mencabar..

di puncak bukit..di sini boleh lihat seluruh Brinchang..


Cameron Valley

KP & TKP lagi..huhu

ladang teh yg menghijau...

terdapat air terjun menghiasi ladang teh ni..tgk dari jauh nmpak cantik, tp bila smpai dekat xdela cntik sgt..

Lata Iskandar

Destinasi terakhir sebelum pulang ke UKM. air terjunnya agak cantik, namun xsesuai utk mandi sbb ia terlalu terbuka, berada betul2 di tepi jalan...


Marina Chalet

di sini lah tempat kami menginap.. halaman chalet ini sgt cantik di
hiasi taman2 bunga, cukup kemas tersusun..

menenangkan..

Lakehouse

singgah kejap je kt sini, utk makan tghhri.. suasana di sini xberapa cantik.. xde byk taman bunga.. tp kelihatan ramai gak org memancing..mgkin terdpt byk ikan...

akhir skali, berbanyak terima kasih kepada Che Ahmad, abg Zarimi, Razanah, kak Hafizah, Anuar, Syamsul, kak Zaroslida, Hilman dll yg byk membantu aku dlm menjayakan program ni. jga berbanyak terima kasih kpd semua peserta yg menyertai program ni, tanpa anda tak berjayalah program ni.

ak sbg mewakili pihak pengajur yg lain memohon maaf kpd peserta di atas segala kekurangan sepanjang program ni. aku gak mtk maap byk2 kpd peserta sbb xsempat nk berbual lama dan berkenalan.. mungkin rmai peserta yg kata aku ni sombong n 'mahal' ckt sepanjg prgram.. ak bukannya sengaja xnk tegur, tp cukup penat nk handle program tersebut..hrp semua peserta faham...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin