Monday, March 30, 2009

Persamaan & Perbezaan

Ku tercari-cari siapakah dia yang dapat memahamiku.
apakah terlalu sukar untuk kita mencari seseorang yang mempunyai persamaan seperti kita?
ataukah memang ditakdirkan Allah manusia itu wujud dengan penuh perbezaan agar kita dapat menghayati kebesaran kuasaNya?

namun mengapa pula manusia dicipta sebanyak 7 orang yang mempunyai rupa yang sama?
tidakkah itu melambangkan bahawa memang wujud insan yang mempunyai persamaan?
mungkinkah kita yang perlu berusaha mencarinya?

memang sedari kecil lagi ku mencari,
namun tidakku temui sehingga kini.
apakah aku yang terlalu memilih dalam pencarian ini?

tidak, aku sekadar ingin berkongsi dan meraikan persamaan itu.
salahkah?

kekadang,
aku ingin merelakan kegagalan pencarianku.
setelah kepahitan yang berulang kali yang ku temui.

namun, mampukah kita sebagai manusia hidup seperti kera sumbang?
hanya semata-mata kerana mencari segaris persamaan itu?

tidak, aku perlu teruskan hidup walaupun tanpa insan yang kuharapkan itu
kerana mungkin dengan seribu perbezaan,
akan ada juga walau hanya segaris persamaan.

begitulah hidup ini,
tiada uniknya andai hanya terdapat perbezaan tanpa sedikit persamaan.
begitu juga uniknya andai terdapat sedikit persamaan dalam perbezaan itu..

Friday, March 27, 2009

Hadirlah Cinta...

sempena hari jumaat dan juga hari terakhir di bulan rabiulawal ni, tetiba je aku rasa ingin muhasabah diri. betapa aku leka dengan kesibukan urusan dunia sehingga tidak begitu sempat mengabdikan diri kepada yang ESA dan merindui KEKASIHNYA.

tetiba je teringat kata-kata Dr. Abdul Rahman dalam forum sambutan maulidurrasul yang dianjurkan oleh PERDANA dan PERMATA baru-baru ni yang mana punca CINTA bertitik tolak dari dua perkara utama iaitu bercinta kerana nilai kesempurnaan dan bercinta kerana keunggulan dan kecantikan. indah atau cantik bukan terletak pada paras rupa, tetapi terletak pada nilai peribadi dan budi pekerti.

jika dilihat pada kesempurnaan, keindahan dan kecantikan samaada zahir atau batin, sudah tentunya tiada yang dapat menandingi Nabi Muhammad SAW. setiap orang memang mengakui bahawa tidak ada insan yang sempurna selain baginda Nabi Muhammad SAW. disebabkan itulah baginda digelar insan kamil.

namun begitu, aku sering tertanya-tanya, kenapalah cintaku padanya tidak pernah hadir? apa lagi kekurangan baginda yang membuatkan aku tidak merindui baginda? sedangkan memang realiti aku sebagai manusia amat mengagumi dan menyintai insan yang amat sempurna dengan keindahan peribadi dan juga budi pekerti. apatah lagi bila mengetahui batapa kasihnya insan tersebut terhadap diri ini.

sungguh, aku memang mengetahui bahawa baginda amat menyintaiku sebagai umatnya. telah terbukti aku sebagai umatnya yang diingati dan disebutnya sebanyak 3kali sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. namun, bagaimana harusku ku balas harapan dan cinta baginda? bagaimana inginku balas kasihnya baginda kerana cinta itu tak hadir dalam diri?

benarkah ungkapan tak kenal maka tak cinta? mesti kenal dulu baru hadirnya cinta? namun kenapa cinta tetap tak hadir sedangkan aku sebagai umat baginda amat kenal dengan peribadi baginda. aku amal mengenali sifat romantik baginda, sifat pemurahnya, amanahnya, bertanggungjawab, berkepimpinan dan segala sifat-sifat yang dikagumi manusia seluruhnya. betapa malunya aku ingin mengakui diri ini sebagai umatmu Ya Muhammad Al-amin.

Ya Allah, hadirkanlah cintaku pada KekasihMu. pupuklah kasihku padanya. kerana sesungguhnya aku tidak layak menerima cinta baginda selagi cintaku padanya belum hadir. semoga dengan hadirnya cinta, akanku turuti dan taati sunnah baginda seterusnya menyintai Penciptaku dan seluruh alam ini. kerana aku berpegang pada ungkapan "kalau kamu cinta Allah, maka ikutlah Nabi Muhammmad SAW."

Thursday, March 26, 2009

Lawatan ke BPAM

tarikh : 26 mac 2009
masa : 10.00am - 12.30pm
tempat : BPAM, bandar midvalley
peserta : 43 pelajar sains aktuari dan 8 pensyarah

Lawatan kali ini merupakan lawatan sambil belajar ke Bond Pricing Agency Malaysia, BPAM yang mana ia merupakan salah satu projek kursus subjek pelaburan. tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengetahui dengan mendalam mengenai bon yang diniagakan di Malaysia khususnya.

kami berkumpul seawal jam 7.45am di pusaneka, dan bertolak pada pukul8.15am. kami tiba di bandar midvalley tepat jam9.ooam. taklimat dimulakan pada pukul10 pagi oleh CEO BPAM dan beberapa orang pihak atasan BPAM. BPAM merupakan agensi pertama di Malaysia yang ditubuhkan khas untuk menentukan harga bon yang akan dijual. ia ditubuhkan di bawah kerajaan Malaysia. antara pelanggannya ialah CIMB bank, OCBC bank, ALlianz, Takaful, dan banyak lagi.

inilah barisan student aktuari dan juga lecturers yang turut serta..

sebelum diteruskan lebih lanjut tentang isi taklimat tersebut, adalah lebih baik dijelaskan dahulu apakah BON?

bon ialah sejenis sekuriti hutang ataupun dalam inggeris disebut debt security yang mana sesebuah syarikat yang kekurangan sumber kewangan akan mengeluarkan bon untuk dijual kepada institusi atau individu yang mempunyai lebihan wang. di sini akan berlaku perjanjian yang mana pengeluar bon akan menetapkan kadar faedah yang akan diberikan dan juga tempoh matang untuk membayar balik premium yang dibayar oleh pembeli bon.

semasa berada di sana, kami diberi taklimat tentang bagaimana kaedah dan proses untuk mengira harga bond yang akan dikeluarkan. kaedah yang digunakan adalah amat berbeza dengan kaedah matematik yang kami belajar dalam kuliah yang mana ia menggunakan software tertentu yang aku pun tak pasti software apa yang digunakan. tapi yang pastinya, dengan menggunakan software tersebut mempercepatkan proses pengiraan. di sini,aku tertanya-tanya, apa gunanya aku belajar kaedah-kaedah matematik yang amat memeningkan kepala semasa dalam kelas? sedangkan ia langsung tak digunakan semasa bekerja nanti...

harga bon adalah berkadar songsang dengan kadar faedah (interest rate) yang mana apabila interest rate tinggi, harga bon akan jatuh. ini kerana orang ramai lebih suka menyimpan wang mereka di bank kerana dijamin akan mendapat kadar faedah yang tinggi. semasa zaman ekonomi meleset, harga bon akan meningkat dengan mendadak. ini kerana, semasa berlaku kemelesetan ekonomi, kerajaan akan menurunkan kadar faedah supaya orang ramai lebih banyak berbelanja. secara tidak langsung, orang ramai akan lebih berminat untuk melaburkan wang mereka di pasaran bon. oleh kerana banyak permintaan, maka secara aotomatik teori makro ekonomi akan digunakan yang mana harga bon akan turut meningkat.

itulah sedikit sebanyak yang aku dapat daripada lawatan ni. akhir sekali, kami di bawa melawat ke seluruh department BPAM yang mana ia hanya mempunyai 4 department sahaja iaitu IT, database, pengiraan dan penetapan harga.

selepas tamat sesi lawatan di BPAM, kami sempat meronda-ronda dan cari makan di midvalley megamall sebelum pulang pada jam3.00pm.

Tuesday, March 24, 2009

Annual Dinner?

sesekali terlintas difikiranku, apa faedahnya annual dinner ni sebenarnya? apa motifnya majlis sebegini diadakan? setakat nak bergaya dan makan-makan.
apa yang aku perhatikan ialah banyak keburukan daripada kebaikannya.

pertama, terang lagi bersuluh berlaku pembaziran. yela, kita bayar mahal, paling kurang pun RM50 hanya untuk makan satu malam tu je..kalaulah kita guna duit tu untuk benda lain, alangkah banyak benda yang kita boleh buat. dengan duit sebanyak RM50 tu kita boleh beli makanan, derma, beli buku yang berfaedah dan lain-lain lagi..

kedua, melalaikan. dalam annual dinner, tak sah kalau takde persembahan tarian yang melenggang-lenggok kat atas pentas tu. tambahan pula, yang perempuan yang jadi penarinya, jadi santapan mata kaum adam. tidakkah menambah dosa tu?

ketiga, menggalakkan perempuan berpakaian pelik-pelik. pelik di sini maksudnya yang terdedah sana sini. apa faedahnya semua tu? kalau non-muslim berpakaian camtu aku tak kisah sangat la, tapi yang overnya kaum melayu (nk sebut islam pun aku tak berani, sbb kalau muslimat takkan pakai camtu). kalau ye pun nk 'up to date' dan ikut tema, tak payah la terover.. kekadang tu, masa ni la perempuan yang asalnya bertudung, tapi tup-tup malam annual dinner tu hilang pulak tudungnya ditiup angin taufan..

rasanya setakat tu je yang aku sempat huraikan. kalau nak diikutkan, banyak lagi yang boleh dihuraikan. tapi tak dinafikan ada juga kebaikannya majlis seperti ni. contohnya, nak mengeratkan silaturahim sesama mereka yang terlibat dalam majlis tersebut. tapi aku rasa banyak lagi program lain yang sesuai yang boleh dianjurkan untuk mencapai objektif mengeratkan silaturrahim. antaranya seperti sukaneka, family day, dan lain-lain.

ada juga yang mengatakan bahawa, dengan menganjurkan program seperti ni boleh memberikan pengalaman dalam berorganisasi. betul la tu, tapi tak semestinya melalui annual dinner je kita dapat pengalaman berorganisasi. banyak lagi program lain yang lebih bermanfaat untuk dianjurkan.

satu jela yang aku nampak kebaikannya annual dinner ni. masa ni la kita boleh menghargai seseorang yang telah banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam sesebuah institusi. hal ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada orang lain untuk turut menabur bakti dalam berorganisasi.

kesimpulannya, setiap sesuatu ada baik dan ada buruknya. semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menilai dan mengambil kira apa yang patut kita lakukan.

Sunday, March 22, 2009

Lawatan Ke Kilang Coklat Beryl's

tarikh : 21 mac 2009
tempat : kilang coklat Baryl's, seri kembangan.
masa : 9.30 - 11.00 am.
peserta : 40 orang

















Kilang Coklat Baryl's merupakan industri tempatan yang mula ditubuhkan pada tahun 1992. pengasasnya merupakan penduduk peribumi dari sarawak. selain daripada coklat yang biasa dihasilkan oleh kilang coklat yang lain, kilang ini menghasilkan coklat yang berperisa cili dan juga buah-buahan tempatan seperti mangga dan durian.

Kilang ini selalu membuat promosi jualan coklat terus dari kilang. terdapat sebuah booth di hadapan kilang tersebut khas untuk promosi coklat. sesiapa yang membeli coklat di booth tersebut akan mendapat diskaun 5%. tapi, walaupun dapat diskaun 5%, harganya tetap agak mahal kukira. aku hanya membeli satu paket coklat jenis almond 400 garam yang berharga RM13.50! fuh, baik buat sendiri. tapi, rasanya memang sedap, lain dari yang lain. nak tau, rasalah sendiri.=)



ni je yg aku beli.. erm, sgt best...












Lawatan ini agak menarik kerana kami didedahkan dengan imformasi berguna mengenai coklat. coklat tidak boleh bercampur dengan air dan juga tidak boleh didedahkan kpd cahaya. untuk menghasilkan coklat, hanya memerlukan 3 bahan asas iaitu serbuk koko yang sudah diproses, tepung coklat dan gula. buah koko yang diambil bijinya dikeringkan selama 4-5 hari sebelum diproses.

Kilang ini menyediakan bilik pemeran khas untuk tujuan lawatan dari pihak luar yang berminat. orang ramai akan diberi taklimat sebelum dibawa melawat ke tempat pemprosesan coklat. tapi, ape yg tak bestnye, orang ramai tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam kilang tersebut.='(

Friday, March 20, 2009

Malam Nostalgia Kolej DAto' Onn

Bertemakan klasik dan tradisional, Kolej Dato' Onn berjaya menganjurkan Malam Nostalgia KDO pada 19 Mac 2009. syabas dan terima kasih kuucapkan kepada semua ajk pelaksana termasuk sahabat-sahabatku, fiza dan farhana serta yang lain-lainnya kerana telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ni.















Majlis ini dirasmikan oleh wakil daripada menteri belia dan sukan. di sini aku cukup tertarik dengan gimik perasmian yang seakan-akan puteri Hang Li Po yang diusung ke pentas bagi meneruskan acara memalu gong. seterusnya majlis diserikan dgn persembahan tarian dan lagu-lagu tradisional oleh penari kolej.

namun, kukira dinner kali ini tak sehebat dinner sebelum ni. semoga dinner yang seterusnya dapat dimantapkan lagi terutama dari segi pengisian majlis dan yang paling penting ialah makanannya. dah namanya makan malam, sepatutnya, makanan la yang patut dipentingkan. btul tak?

dari segi cenderamata, kami menerima purse dan cermin yang kukira agak simple, tapi itulah sumbangan dari kelab aku yang diiktiraf sebagai penyumbang terbesar bagi majlis ni, hmm...bangga ke? x langsung. erm, aku tak nak komen lebih-lebih, nanti ramai pulak yang terasa. cuma, last skali harapan aku semoga dinner tahun depan lebih meriah memandangkan tahun depan adalah kali terakhir dinner kt sini..insyaAllah..=)

Rehlah Exco Muslimat PERDANA













Rehlah ini diadakan pada 15 Mac 2009 iaitu hari ahad yang lepas bertempat di tasik kejuruteraan, UKM. rehlah ini disertai oleh semua Exco muslimat PERDANA, namun ada juga yang tidak dapat hadir kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. objektif utama program ialah mengeratkan ukhwah dikalangan Exco lebih-lebih lagi sesama muslimat. aktiviti sampingan pula ialah sesi luahan rasa dan juga sedikit permainan santai, namun bagiku cukup memberi kesan yang mendalam. insyaAllah akanku manfaatkan segala ilmu dan nasihat yang dikutip melalui program ini.


tak lengkap rasanya program kalau xde jamuan.. btul x?=)








bagiku, melalui program sebegini mmg mencapai objektifnya, kerana masa nilah kita boleh berbual-bual dan menyelami hati budi orang lain. Alhamdulillah, memang tak sia-sia aku menyertai prgram ni walaupun masa tu aku rasa tak berapa sihat, namun kugagahi jua untuk menyertainya dengan harapan dapat sesuatu yang baru untuk dimanfaatkan.


Rehlah ini diakhiri dengan sedikit jamuan nasi goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. sebelum berakhirnya rehlah iaitu lebih kurang pukul1 petang, seperti biasa la, tak sempurna rasanya kalau takde sesi bergambar..=)

Monday, March 16, 2009

Mengapa Manusia Melukis?


JAWAPAN DARI EMPAT TEORI

Apabila ditanya mengapa melukis pelukis akan memberi pelbagai jawapan. Jawapan mungkin berbeza. Ada yang melukis kerana seronok melukis semata-mata. Ada yang ingin meluahkan perasaan. Ada yang ingin mengatakan sesuatu mengenai sesuatu dan sebagainya. Apa pun jawapan yang diberi sebenarnya jawapan-jawapan ini menjurus kepada pernyataan dalam empat teori berikut iaitu:

Teori Mimetik
Mengikut teori ini pelukis melukis bagi tujuan merekod. Lukisan yang terangkum dalam teori ini banyak dihasilkan sebelum kamera dicipta. Malah ia boleh dikesan semenjak lukisan purba di dinding Gua Altamera. Lukisan-lukisan jenis ini seratus peratus bersifat realisme dari lukisan potret, lanskap, lukisan peristiwa sehinggalah kepada lukisan-lukisan ilustrasi dalam buku-buku dan berbagai penerbitan. Banyak lukisan-lukisan jenis ini yang dihasilkan pada silam memberi manfaat kepada manusia masa kini. Tanpa lukisan-lukisan lama yang masih tersimpan pada masa kini manusia sekarang tidak dapat menilai persekitaran generasi mereka pada masa dahulu.

Teori Pragmatik
Kalau mengikut teori mimetik artis melukis bagi tujuan catatan atau rekod lain pula lukisan yang dihasilkan mengikut teori pragmatik. Mengikut teori ini manusia melukis kerana bertujuan mengkritik pihak lain atau mengkritik masyarakat. Maksud mengritik ialah menyindir, menyinis, menghentam dan sebagainya. Selain dari penulis, pelukis juga mampu menyatakan sesuatu perasaan tidak puas hatinya terhadap pihak lain atau masyarakat keleliling melalui karyanya. Contoh, cuba rujuk lukisan Breakfast on The Grass oleh Manet. Dalam lukisan ini didapati Manet mengkritik golongan bangsawan dan hartawan melalui lukisannya mengenai sikap golongan bangsawan dan hartawan yang menggunakan kedudukan mereka mengeksploitasi rakyat miskin untuk memuaskan nafsu mereka. Teori ini sebenarnya menyangkal dakwaan kononnya setengah pelukis suka berkhayal dan membuang masa.

Teori Ekspresif
Teori ekspresif lebih beroriantasikan pelukis di mana pelukis melukis bertujuan semata-mata untuk melepaskan perasaannya. Dalam hal ini dia tidak memikirkan hal orang lain. Antara contoh pelukis yang pernah melukis berlandaskan teori ini ialah Publo Piccaso. Selain sebagai artis Piccaso dikatakan juga seorang kaki perempuan. Apabila beliau tidak puas hati atau marah terhadap kekasihnya Piccaso dikatakan suka melepaskan perasaannya di atas kanvas dengan melukis imej kekasihnya dengan penuh lucah dan hodoh. Picccaso dikatakan pernah melukis 85 keping lukisan wanita dalam keadaan sangat lucah dalam masa seminggu. Tidak ada apa-apa tujuan dia melukis lukisan-lukisan itu selain semata-mata untuk melepaskan geramnya terhadap kekasihnya. Sila rujuk salah satu lukisannya yang bertajuk Nude on The Cushion.

Mengikut teori ini perasaan yang dilepaskan bukan semata-mata perasaan marah atau geram seperti Piccaso tadi. Ia boleh juga berbentuk perasaan melankoli, rindu, gembira sedih, sayu, dan sebagainya. Atau kita mungkin ingin menceritakan sesuatu mengenai sesuatu mengikut cara kita sendiri.

Teori Objektif
Teori ini mengatakan ada pelukis yang melukis untuk menikmati keindahan lukisan itu semata-mata. Teori ini juga lebih berorientasikan pelukis itu sendiri. Monet tergolong sebagai artis yang gemar aliran impressionisme. Lanskap adalah sebahagian subjek lukisannya. Tetapi lanskapnya bukan seratus peratus realistik. Kerana beliau terlalu impress dengan apa dilihat di sekelingnya menjadikan beliau suka melukis subjek-subjeknya lebih indah dari keadaan sebenarnya. Sila rujuk lukisannya Poppy Field. Lukisan ini bukan dilukis bagi tujuan merekod ladang popi tetapi Monet sangat tertarik dengan keindahan bunga popi yang kemerahan dan segar.

Dari teori-teori di atas kita kini boleh melihat di mana kita sebenarnya berada. Sebab itu kita tidak boleh memperkecilkan artis lain disebabkan aliran dan stail mereka tidak sama dengan aliran dan stail kita. Seorang realist tidak boleh menidakkan seorang pelukis abstrak atau sebaliknya. Ini adalah kerana apa yang dilukis oleh sesorang ada sebab dan tujuannya. Kita tidak perlu tanya kenapa dia melukis kerana dari lukisannya kita akan tahu kenapa dia melukis.

Bila kesepian melanda...



inilah dia hasil lukisan xseberapa yang pernah aku lukis. seingat aku lukisan ni dilukis pada sem lepas, dlm minggu stdy utk final exam. biasanya aku akn melukis bila aku rasa kesepian dan tertekan. dgn melukis, aku dapat tenangkan fikiran yg berserabut dgn pelbagai masalah.

aku lbih suka lukis bunga especially rose, kdg2 lukis permandangan gak, sbb 2 aku suka menegmbara, xkisah la kt mn2 pun asalakan tempat 2 menarik dan boleh tenangkan fikiran seperti kt air terjun, tepi pantai, dalam hutan dan sebagainya. so, klu ad nampak permndgn yg pelik n cantik, trus tangkap gmbr n seterusnya, bila ad masa lapang, aku akan abadikan permndgn tersebut dlm bntuk lukisan. walaupun xberapa cantik, tapi puas..

aku gak amat kagum dengan sape2 yg pandai melukis, xkisah la dia suka lukis pe pn..setiap lukisan ada seninya yg tersendiri. hanya org yg berjiwa halus sahaja yg dpt menyelami mksud yg tersirat disebalikya. tp aku ni xdela pandai sgt nk tafsir setiap lukisan, ckt2 2 bolehla.huhu

org kata, klu kita nk tau seseorg 2 pandai melukis ke x, kita boleh tgk jari jemari dia. klu jari dia runcing 2 tanda dia pndai melukis..hmm..check jari masing2 skrg,huhu

erm, aku gak suka bagi lukisan yg aku lukis kt kwn2 aku, sebagai tanda ingtn pd aku lps berpisah..tp aku xtau la pe diaorg wt ngn lukisan 2, simpan ke, buang ke, suka ati dia la, tp kn elok klu kita simpan pe saja pemberian org pada kita kn.

Saturday, March 14, 2009

Dara & Teruna : Panduan Mencari Pasangan

Drp hasil pembacaanku, buku ini sangat menarik dan bermanfaat khususnya bagi sesiapa yg masih tercari-cari pasangan dan hala tuju hidup ini. buku ini banyak memberi panduan dalam memilih pasangan hidup kita.

Antara isi kandungan yang agak menarik ialah persiapan dalaman yang perlu ada untuk menuju ke alam pekahwinan. Antaranya persiapan dari segi mental dan emosi seperti keyakinan diri iaitu yakin dengan tujuan untuk mendirikan rumahtangga, apa yang kita ingin perolehi dan kesannya. selain itu, kita perlu berani menghadapi risiko dan juga berani membuat pilihan. setiap orang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam memilih pasangan. walaupun buruk di mata orang, namun ia tetap menjadi pilihan hati. oleh itu, kita perlu berani memilih dan mananggung apa jua risiko yang datang demi menjaga kehormatan masing-masing.

diceritakan juga, Plato pernah bertanya kepada gurunya tentang apa maknanya CINTA?
maka gurunya menjawab, "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah sebatang ranting yang paling baik, tetapi engkau mesti berjalan ke hadapan tanpa berpatah balik ke belakang. ketika itulah engkau sudah menentukan pilihanmu dan keluarlah dari hutan dengan membawa ranting tersebut."

maka, Plato pun masuklah ke dalam hutan tetapi beliau keluar tanpa membawa apa-apa. beliau menjelaskan, " sebenarnya saya sudah menemui ranting yang baik, tetapi saya berfikir mungkin di hadapan nanti, saya akan menemui ranting yang lebih baik. tetapi setelah saya berjalan ke hadapan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadi adalah yang terbaik. maka sya keluar hutan tanpamembawa apa-apa."

gurunya itu pun berkata, " itulah cinta."

plato bertanya pula apa makna PERKAHWINAN dan gurunya menjawab," sama seperti ranting tadi, tapi kali ini engkau mesti memilih sebatang pokok yang paling baik dan bawalah ia keluar dari hutan."

maka Plato pun masuklah ke dalam hutan dan keluar dengan membawa pokok yang tidak terlalu tinggo dan tidak terlalu cantik. kemudian, beliau menjelaskan, " saya terjumpa sebatang pokok yang daunnya sgt cantik, tetapi batangnya sgt besar dan saya tidak dapat memotong dan membawanya keluar dari hutan. akhirnya saya tinggalkan . kemudian saya terjumpa pula poko yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya. saya mengambilnya kerana mungkin saya tidak akan berjumpa lagi dengan pokok seperti ini di hadapan sana. akhirnya, saya mamilih pokok ini kerana saya yakin saya boleh menjaga dan menjadikannya indah."

gurunya pun berkata," itulah maknanya perkahwinan."

Dalam islam, kita dibenarkan memilih sendiri calon suami atau isteri. namun, wanita juga dibenarkan menunggu pinangan drp seorang lelaki. oleh itu, tidaklah menjadi kesalahan bagi perempuan yang bersikap pasif dalam mencari jodoh.

Rasulullah SAW memperkenalkan konsep 5K dalam mencari pasangan iaitu KENAL, KELAS, KUFU, KASIH, dan KAHWIN. kenal di sini bermaksud mengenal hati budi dan pegangan hidupnya melalui meyuruh seseorang yang boleh dipercayai khususnya dalam bidang agama untuk merisik corak kehidupan dan perangainya.

Seterusnya, setelah bertemu dengan pasangan yang berkenan di hati, dan dikenali hati budinya, maka janganlah ditangguhkan lagi. seeloknya usulkankepada kedua orang tua untuk tindakan selanjutnya dan seterusnya berakhir dengan perkahwinan.=)


Antara tips yang sempat disenarai pendekkan ialah:
  1. niat mencari pasangan
  2. berkenalan
  3. berasaskan impian sendiri
  4. harapan perkahwinan
  5. bijak menyelesaikan masalah
  6. membuat penilaian
  7. mengkaji dengan mendalam
  8. banyak persamaan
  9. mempunyai cita-cita
  10. komunikasi dengan pasangan
  11. taat kepada Allah
  12. saling percaya
  13. berkongsi kegembiraan
  14. keyakinan diri
  15. rasional
  16. redha
  17. melatih kepimpinan
  18. ideal dan realistik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin