Thursday, March 26, 2009

Lawatan ke BPAM

tarikh : 26 mac 2009
masa : 10.00am - 12.30pm
tempat : BPAM, bandar midvalley
peserta : 43 pelajar sains aktuari dan 8 pensyarah

Lawatan kali ini merupakan lawatan sambil belajar ke Bond Pricing Agency Malaysia, BPAM yang mana ia merupakan salah satu projek kursus subjek pelaburan. tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mengetahui dengan mendalam mengenai bon yang diniagakan di Malaysia khususnya.

kami berkumpul seawal jam 7.45am di pusaneka, dan bertolak pada pukul8.15am. kami tiba di bandar midvalley tepat jam9.ooam. taklimat dimulakan pada pukul10 pagi oleh CEO BPAM dan beberapa orang pihak atasan BPAM. BPAM merupakan agensi pertama di Malaysia yang ditubuhkan khas untuk menentukan harga bon yang akan dijual. ia ditubuhkan di bawah kerajaan Malaysia. antara pelanggannya ialah CIMB bank, OCBC bank, ALlianz, Takaful, dan banyak lagi.

inilah barisan student aktuari dan juga lecturers yang turut serta..

sebelum diteruskan lebih lanjut tentang isi taklimat tersebut, adalah lebih baik dijelaskan dahulu apakah BON?

bon ialah sejenis sekuriti hutang ataupun dalam inggeris disebut debt security yang mana sesebuah syarikat yang kekurangan sumber kewangan akan mengeluarkan bon untuk dijual kepada institusi atau individu yang mempunyai lebihan wang. di sini akan berlaku perjanjian yang mana pengeluar bon akan menetapkan kadar faedah yang akan diberikan dan juga tempoh matang untuk membayar balik premium yang dibayar oleh pembeli bon.

semasa berada di sana, kami diberi taklimat tentang bagaimana kaedah dan proses untuk mengira harga bond yang akan dikeluarkan. kaedah yang digunakan adalah amat berbeza dengan kaedah matematik yang kami belajar dalam kuliah yang mana ia menggunakan software tertentu yang aku pun tak pasti software apa yang digunakan. tapi yang pastinya, dengan menggunakan software tersebut mempercepatkan proses pengiraan. di sini,aku tertanya-tanya, apa gunanya aku belajar kaedah-kaedah matematik yang amat memeningkan kepala semasa dalam kelas? sedangkan ia langsung tak digunakan semasa bekerja nanti...

harga bon adalah berkadar songsang dengan kadar faedah (interest rate) yang mana apabila interest rate tinggi, harga bon akan jatuh. ini kerana orang ramai lebih suka menyimpan wang mereka di bank kerana dijamin akan mendapat kadar faedah yang tinggi. semasa zaman ekonomi meleset, harga bon akan meningkat dengan mendadak. ini kerana, semasa berlaku kemelesetan ekonomi, kerajaan akan menurunkan kadar faedah supaya orang ramai lebih banyak berbelanja. secara tidak langsung, orang ramai akan lebih berminat untuk melaburkan wang mereka di pasaran bon. oleh kerana banyak permintaan, maka secara aotomatik teori makro ekonomi akan digunakan yang mana harga bon akan turut meningkat.

itulah sedikit sebanyak yang aku dapat daripada lawatan ni. akhir sekali, kami di bawa melawat ke seluruh department BPAM yang mana ia hanya mempunyai 4 department sahaja iaitu IT, database, pengiraan dan penetapan harga.

selepas tamat sesi lawatan di BPAM, kami sempat meronda-ronda dan cari makan di midvalley megamall sebelum pulang pada jam3.00pm.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin