Wednesday, May 27, 2009

Tak Suka, Tak Suka, Tak Suka!!!

1. Bila diri dikhianati
Aku ckup xsuka bila dikhianati. sape2 pn mesti xsuka gak kn.. lebih2 lg dikhianati kwn sndiri.. stakat ni aku xde pengalamn yg teruk lg, yg biasa2 2 pernah la..

2. Bila janji tak ditepati
Aku pantang tul ngn org yg x tepati janji. I'm still consider with 'better late than never'. bab ni mmg mengingatkn aku kpd kenangan yg cukup pahit dlm hidup aku.. nasib baik aku terselamat dr sebarang malapetaka.. cukup payah nk kumaafkan 'dia' dgn apa yg berlaku, mgkin boleh dimaafkan, tapi utk lupakan apa yg dia dh buat kt aku mungkin sampai aku hilang akal dulu kot bru leh lupa..

3. Bila org mainkan kesucian Islam
Bab ni aku cukup sensitif. yg paling aku xsuka bila ad sesetgh org 2 xreti @ buat2 xreti nk jaga imej Islam. byk cth yg berlaku dpn mata aku.. cthnya ad yg pakai tudung labuh berjubah lg, tp selalu dating ngn BF. geram je aku rsa nk g ketuk meja dorang. seharusnya jaga la imej tudung labuh 2.. pedih dh telinga aku dgr org kata "hmm, nmpak je pakai tudung labuh, tapi bknnye boleh caya...". ak cukup terasa sbb aku pn pernh pakai tudung labuh dulu, so bila org kata cm2, cm org judge sume org tudung labuh ni teruk..

4. Bila org mengherdik orang2 tua
Aku amat kesian tgok org2 tua kna herdik ngn anak menantu... mmg la dorang dah kurang pendengaran, tp klu nk cakap bg dia dengar xyah la herdik, just kuatkan suara ckt dh la.. dorg pn still ad hati & perasaan. dorang jaga kita time kita kecik dulu mana de herdik2 g2.. kita pun akan tua juga satu hari 6t, so klu kita salu herdik org tua kita, atuk & nenek kita, xmustahil bila kita tua esok2, ank2 & cucu kita lak herdik kita, xpn lebih teruk drp 2..


5. Bila org amik kesempatan
Aku dh byk kali kna cmni. mmg sedih bila org salu amik kesempatan ats diri kita. nk kita bila diperlukan, bila dh xperlu wt dono je..jmpa pn xnk tegur, klu boleh xnk tgok pn muka kita ni. sbb 2la aku xde kawan rapat. cukup serik rasanya utk berkawan..aku lebih senang hidup sendiri, bebas nk wt pe pun..xperlu nk bergantung ngn org len.. xguna ramai kwn klu yg ada hanya menyakitkan hati..

6. Bila diri dipermainkan
Teringt aku ngn sorg bdk ni, kononnya nk test aku..siot tul!!! nasib baik aku pass ujian tersebut.. mmg geram gler r bila org nk test perangai n pegangan hidup kita ni.. nk tgok tahap ke'gedik'kn la kononnya..ee..plez la..ak bkn jenis cm2 k!!


7. Bila pengorbanan tak dihargai
Sedih kan bila sgala pengorbanan kita lgsg xdihargai.. at least ingt la ckt segala jasa dan pengorbanan yg ditaburkan kpd kita.

8. Bila dipaksa buat sesuatu yg tak disukai
Argghh...ak mmg xsuka dipaksa.. aku suka ikut kepala otak aku je..xkisah org ckap pe..

9. Bila jumpa perempuan gedik & perasan
Cukup menyampah!! lebih2 lg yg selalu citer psl BF dorang.. muak aku dgr.. ps2 citer rmai laki minat dia la, ramai nk ngorat dia la..ee perasannya.. pdhal aku rasa laki ni saja je nk test..tul x wahai laki?

10. Bila cinta ditolak
haha..yg ni no comment..huhu

Tuesday, May 26, 2009

6 Perkara Yang ALLAH Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap).
Setelah itu

Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Monday, May 25, 2009

Penyelidikan Operasi

Spt yg prnh ak jnjikn b4 ni, ak nk post mngenai subjek2 yg ak bljr dlm bidang aktuari. jd, skrg ak nk citer ckt la psl subjek Penyelidikan Operasi (operation research) @ aku panggil nma mnjanya OR. subjek ni mrupakn subjek wajib bkn hanya utk student actuary je, tp wajib gak utk student statistik & pure math. n stahu ak student engineering pn ad gak blaja, tp tatau la btul ke x.
buku teks OR yg berharga RM80+/-.. ak salu pggil bku ni sbg 'ank gajah' coz terlalu berat..huhu

ak mula perasan blaja OR ni best rupanya lps hbs exm bru ni. msa mula2 blaja 2 mmg boring n tatau pe2 pn.huhu.. hmm, jd ape yg mnariknya OR ni?

yg paling mnariknya, smua topik yg diplajri dlm OR ni dpt diaplikasikn dlm khidupn shrian kita. sbg cth, trdpt method2 yg dperknlkn utk mmbuat kputusn yg dpt mmberikn keuntungn yg maksimum dgn kerugian paling minimum.

aplikasi yg aku paling nmpk ialah bgaimna kita mmbuat pemilihan di antra byk pilihn utk mmilih yg terbaik iaitu dgn menyenaraikn semua pilihn dan juga kelebihn msing2 dlm sistem matrik. strusnya dgn mmgunakan kaedah smaada northwest corner method, minimum cost ataupun vogel's method, kta akn dpt kptusan yg terbaik.

kaedah vogel adlh yg paling sng dikira. hmm, kaedh ni amt sesuai utk digunakan bg sesaper yg tgh pening kepala nk pilih mna 1 calon BF @ GF yg terbaik..sape2 nk blaja kaedah ni mai brguru ngn aku..wakaka.. tp ak xnk la aply cm2, xelok..stiap org ad kelebihn n kekurngan masing2 kn...

strusnya, OR juga amt pnting kpd sesape yg nk blaja2 bka bisnez yg mna kt boleh kira brapa byk brg yg diperlukan sesuai dgn permintaan drp planggan, bila msa perlu reorder bekalan, bpe x nk order dlm setahun, dll. kita juga bleh wt penilaian smaada nk amik diskaun yg ditawarkn @ tidak. ini kerana diskaun yg ditwrkn kekadang xberbaloi dgn jumlah bekalan yg diperlukan.

dan bab last skali iaitu Queuing Theory juga agak menarik kerana ianya sering berlaku di sekeliling kita. cthnya, menunggu bas, beratur kt cafe, bahkan nk mandi pn boleh aply gak teori ni..huhu. teori ni boleh digunakan utk mengira kadar ketibaan pelanggan kt cafe, @ kadar ketibaan bas yg ditunggu, kadar seorg mandi, bpe rmai pelanggan tiba dlm sesuatu tempoh dll..

teori ni boleh membntu kita spy tidak membuang masa dgn menunggu @ beratur utk mndptkn sesuatu servis. klu rajin wt analisis, kt boleh tau secara tepat bla bas akn muncul. jd, xyah la tercongok kt bus stop lma2..2 klu rajin nk kira la..tp ak malas sbbnya apa yg berlaku scara realiti xsma dgn teori. dlm teori kita assume smua bnda berlaku secara random, bertabur secara normal @ poison & berbagai taburan lg, tp realitinya kucar-kacir..

namun begitu, spt yg ak gtau b4 ni, xsemua yg kita ramal betul2 berlaku. we can't predict future but with some analysis, at least we are ready 2 face what will happen in future..

Sunday, May 24, 2009

Angau Di Pagi Hari

Pagi ni aku bangun awl cm biasa utk solat subuh....
Tgk jam bru kul 6.15 am,
awal lagi...
termenung dulu jap,

pk nk wtpe hari ni..

hmm..

pepe hal,
gosok gigi & cuci muka dulu..
masuk bilik air pn smbil berfikir2 lg..
byknye perkara lum setel lg...

sambil2 dok fikir 2,
tgnku teraba2 cri ubat gigi & berus gigi..

then terusla menjlnkn rutin harian tu....
tapi,
entah nape aku rasa pelik smcm je...

apsal ubt gigi ni rasa pahit?
pahit sgt...
rupa2nya..

bru aku perasan..
aku gosok gigi guna pencuci muka rupanya...
wakaka..


apa kes ngn aku ni?
angau di pagi hari...
huhu...

cane la aku boleh tertukar antara ubat gigi & pencuci muka???

Thursday, May 21, 2009

Muzium Tentera Darat

Muzium tentera darat terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. di sini terdapat banyak khazanah2 tinggalan sejarah yg disimpan utk bahan pameran. antaranya ialah keretapi lama, helikopter, kereta kebal dll. aku sempat singgah kt muzium ni lps hbs conference kt PD bru2 ni..

tugu dan juga air pancut yg terletak di hadapan muzium..cantik skali..

jet pejuang

antara kereta kebal yg dipamerkan..

ketapi lama..

bahagian dalam keretapi yg dijadikan bilik seminar..

di hadapan pintu masuk muzium dihiasi dgn susunan meriam yg pelbagai jenis..

teksi ke meriam??

Di bahagian bawahnya pula terdapat sebuah terowong yg menempatkan peralatan yg digunakan oleh tentera seperti ubat-ubatan dll..

bahan pameran dlm terowong

dalam terowong bawah tanah..

tempat ni agak menarik utk lawatan bg sesiapa yg minat dalam bidang ketenteraan..kalau tak silap boleh masuk secara percuma..

Tuesday, May 19, 2009

Expedisi Gunung Stong

Tarikh : 15 - 18 Mei 2009
Tempat : Gunung Stong, Dabong, Kelantan
Peserta : 37 orang
Anjuran : Kelab Geologi UKM

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kutawan puncak gunung stong yg telah lama ku impikan.. berikut aku perincikan perjalanan program xpdc ni.

15 Mei :
Semua peserta yg terlibat berkumpul di foyer bangunan geologi utk taklimat. mula bertolak dari UKM pd pukul 10.30 pm.

16 Mei :
tiba di Dabong tepat jam 6.00am, solat di masjid kg Jelawang. kemudian, peserta bersarapan di pekan Dabong dan bersiap sedia utk aktiviti cave exploration. antara gua yg diterokai ialah Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Ikan.

Gua Gelap pd asalnya dikenali sbg Gua Batu Bersusun, namun, menurut cerita org2 kampung, gua tersebut telah diselongkar utk mencari harta karun menyebabkan batu2 di dlm gua tersebut tidak lg tersusun. terdapat celahan yg amat sempit utk masuk ke dalam gua ini menyebabkan kami terpaksa meniarap..

Manakala Gua Keris pula diberi nama berdasarkan struktur batu di muka pintu gua yg berbentuk spt keris. begitu juga dgn Gua Pagar yg berdasarkan struktur batu spt pagar di muka pintunya.
bergambar berlatar-belakangkan struktur batu berbentuk keris

Gua Ikan merupakan destinasi terakhir utk xtvt ini sebelum mula mendaki gunung.

Gua Ikan

Kemudian, kami berehat sekejap utk makan tghhari, solat sebelum memulakan pendakian. Alhamdulillah, aku sempat balik ke rumah sekejap utk menjenguk orang tuaku. kemudian kami mula mendaki pd jam 3. 15 pm selepas dibahagikan kpd 3 kumpulan.

Dengan menggalas beg yg amat berat, aku sendiri tak sangka boleh sampai ke Kem Baha pd jam 5.15 pm. sampai sahaja di kem Baha, kami mula memasang khemah dan memasak utk makan malam.

berehat sebentar sblum mneruskan pendakian ke kem Baha

meneruskan pendakian

matlamat pertama utk menuju ke puncak air terjun atas sana..

17 Mei :
Aku mula bangun seawal jm 6.20 am supaya tidak terlepas peluang utk menyaksikan keindahan panorama matahari terbit. Subhanallah, mmg benarlah spt yang ku dengar sebelum ni, sungguh indah pemandangannya, dengan lapisan awan yg tebal dan sinaran fajar yg malu2 utk menyinsing..amat cantik!
keindahan panorama matahari terbit

pose at the top of the waterfall..

gotong royang memasak sarapan pagi..

Selepas menikmati sarapan yg dimasak, kami mula bersiap sedia utk mula mendaki ke puncak gunung stong. kami mula mendaki pd jam 9.15am. mmg tidak dinafikan, pendakian ini amat mencabar. terdpat byk halangan2 yg terpaksa dirempuhi utk sampai ke puncak. kaki mula terasa kebas di pertengahan pendakian. namun, sesekali tidakku menyerah kalah. akhirnya, sampai jua ke puncak pd jam 2.00 pm.

puncak stong yg bakal ditawan...

antara spesis flora dan fauna yg ditemui..

hampir sampai ke puncak, laluan semakin curam dan licin..

Kami berada di puncak selama sejam utk menikmati dan merakamkan kejayaan kami semua. terasa segala kesakitan dan keletihan hilang begitu sahaja apabila tiba di puncak.

akhirnya...di puncak kejayaan..

si kembar??..huhu..

kumpulan 3 yg mantap!!

Setelah makan tghari dan bergambar, kami kembali trekking utk pulang ke campsite pd jam 3.00pm. trekking turun dari gunung non stop amat memenatkan. ditambah pula hujan yg turun dgn lebat, menjadikan trek yg dilalui bertambah licin. kaki dan lutut tak larat lagi utk melangkah. oleh kerana tak tahan lagi dgn hujung kaki yg mula melecet dan lutut yg terasa nak tercabut, aku mempercepatkn lgkh meninggalkan kelompok di belakang dan tiba di khemah jm 5.45pm.

Oleh kerana terlalu penat, selepas makan malam dan membersihkan diri, aku terus tidur seawal jm 8.30pm. ditambah pula suasana yg agak berkabus dan sejuk, tidurku lena hingga ke pg..

18 Mei :
Sekali lg aku bagun awal pg utk menyaksikan keindahan suasana ketika terbit fajar. kemudian, memasak utk sarapan pg.


Seterusnya jm 10.00am, aktv air pula menyusul.. antaranya menyelam ke dalam telaga tujuh, trekking ke pertembungan antara dua air terjun iaitu airterjun dari gunung ayam dan air terjun gunung stong. akhir skali aktvt menggelongsor di air terjun..

Diceritakan, telaga tujuh merupakan bilik 7 puteri bunian yg sesekali ditemui oleh pemandu pelancong. tempat pertembungan 2 air terjun pula sgt cantik pemandangannya.

Seterusnya, aktiviti yg paling ekstrem iaitu menggelongsor di tgh2 batu yg dilalui air terjun! tak sanggup aku lakukannya, ini kerana aku tak yakin dgn faktor keselamatan yg ada. kalau abseiling di situ mungkin lebih selamat.

Jm 3.00pm, kami mula berkemas utk pulang. mula trekking utk turun pd jm 4.35pm. sekali lagi hujan lebat menghalang pergerakan kami. berbekalkan semangat berpasukan seramai 5 org, kami sampai jua ke kaki gunung 1 jam kemudian, jm 5.45pm.

Jm 8.00pm pula, kami mula menikmati BBQ. kemudian terus ke masjid utk membersihkan diri dan solat. seterus xtvt terakhir yg menyentuh hati iaitu sharing is caring, luahan hati student geologi tahun akhir..Kami bertolak pulang ke UKM jm 10.45pm dan sampai pd jm 8.45am keesokan harinya. maka berakhirlah xpdc kali ini..

Last but not least, aku nk ucapkan tahniah dan berbayak terima kasih kpd penganjur program yg berjaya menganjurkan xpdc ni. thnx gak sbb sudi terima aku utk menumpang xpdc ni. berbayk time kaseh juga kpd sahabatku yg sorg 2 coz byk bg mklumat psl xpdc ni. n aku juga nk mtk maap byk2 kpd sesaper yg tertipu dgn telatah aku dan ira, sbnrnya ktorg sepupu, bukannya kembar..huhu..sory byk2..

Aku takkan lupa kenangan bersama senior2 geologi yg peramah & bersepakat semua. kagum aku tgok relationship korang semua. seterusnya...xpdc cameron highland pula bakal menyusul dlm msa 10 hari lg.. walaupun jalan pn masih xbtul, tp terpaksa handle gak xpdc lagi 1 ni.. semoga segalanya berjalan lancar..wassalam.

Thursday, May 14, 2009

Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual

Buku ni aku bru je hbs bca td setelah agak lma dibca..mklum la busy ngn xtvt2 lain..huhu. buku ni agak best n byk bg mnfaat & tips2 berguna utk diaplikasikan dlm kehidupan harian.

Antara isi kandungn yg agak mnarik ialah tips utk kita detect org yg berdusta. kt boleh detect dr gaya percakapannya, bahasa badan dan juga memek muka. selain itu, terdpt juga cara2 berkomunikasi yg berkesan..

Mmg ramai org yg petah berkata2 tp adakalanya kata2 itu lbh byk menyakitkan hati org yg mndgrnya. komunikasi yg berkesan xsemestinya bijak berkata2, tapi kita akn lebih disukai sekiranya menjadi pendengar yg baik.

Jgn terkejut sekiranya dikatakan pujian dpt menyakitkan hati org yg dipuji. ini kerana setiap pujian mempunyai penilaian yg berbeza2 oleh org yg menerima pujian tersebut. adakalanya, org yg dipuji merasa diri diejek @ diampu. jd, berhati2 lah sekiranya ingin memuji.

Komukasi yg berkesan juga boleh membuatkan ramai org suka kpd kita walaupn pd zahirnya mgkin org xberapa tertarik dgn kita. terdpt teknik2 yg utk menarik minat org utk terus berbual-bual ngn kita seperti byk bercakap mengenai kegemaran mereka, byk bertnya perihal diri mereka bukan bercerita tntg diri kita. ini kerana kita lebih suka sekiranya org bertnya tntg diri kita kn.

Semasa berbual2, bykkn menyebut nama org yg lawan bual ngn kita, ini akn membuatkan mrk rasa lebih dihargai. elakkan drp merungut2 dan menunjukkan emosi yg melampau2.

Dari segi komunikasi, terdpt begitu byk perbezaan antara lelaki & wanita. antaranya wanita lebih suka bercakap mengenai masalah yg dihadapinya walaupn tiada penyelesaiannya. manakala lelaki lebih ska menyelesaikan trus mslh tersebut tnpa memnjgkan lg perbualan menegnainya.

Wanita juga mempunyai naluri yg sgt tajam yg mn wanita lebih cepat perasan perubhn2 yg berlaku spt perubhn memek muka, perangai dll. mereka cepat detect sekiranya ditipu. jd, lelaki jgn suka tipu2 ye..aku sndiri lbh suka perhatikan ape yg diucpkn & menilai kelogikannya.

Buku ini jga menghuraikan tips2 utk menjaga hati pasangan spt senda gurau, sakat menyakat dll. keadaan ini dpt menjamin kebahagiaan hingga ke akhir hayat.insyaAllah.

Kesimpulannya, buku ini dpt memberi pnduan utk brkomunikasi dgn berkesan dan tidak memboringkan org lain. utk lebih puas hati, bacalah buku ini yg terdapat di PTSL, nanti aku pulangkan.hehe.

Jangan Mudah Tertipu

Zaman skrg ni byk sgt kes2 menipu, ditipu & tertipu. sbb 2 la celcom slalu hntr msg suh lindungi maklumat perbankan. aku sendiri tak terkecuali dlm kes tipu2 ni. pg td bru je settlekan kes ni yg mana aku kna jelaskan pinjaman sebanyak RM25000!! mana aku nk cri duit utk jelaskn semua 2? klu aku ad duit skalipun aku xkan bg, dh mmg bukan aku yg pinjam!!

Agak terkejut msa mula2 dpt panggilan drp some1 yg mengaku sbg staff CIMB Kajang minta aku dtg ke bank tersebut dgn segera utk jelaskn pnjamn 2.. pdhal aku xprnh wt pe2 pinjamn pn. duit pendahuluan PTPTN pn ak dh jelaskan semua RM1500.

Namun, aku xbpe percaya sbnrnya. mula2 lg dh rsa cm tipu je, n ad org nk main2. sbb no yg tepon aku 2 pernh msg aku, ajk nk jmpa kt kajang. ingtkan org silap no., so aku xlyn la. bberapa hari lps 2 dia tepon lak, suh aku g bank utk jelaskn loan 2. antara sbb2 yg wt aku xcya ialah:
  • msa mula2 msg dia gtau nma lain, then msa tepon gtau nma len lak
  • biasanya klu pihak bank @ pejbt2 yg forml cm2 xguna no handset, dorg gna tepon office
  • cara dia ckp lak cm xprofesional. cakap pn x tersusun.
  • lps tepon 2, ad lak men msg2. org pejabat xmen nye msg2 ni, tepon terus.
  • msa mula2 tepon 2, suh aku g bank cpt2, tp lps 2 ckp boleh lak jmpa bla2 msa, free time.
Nasib baiklah aku bertindak bijak dgn pergi terus ke CIMB kajang utk memastikan perkara tersebut. drp mklumat yg terdpt di bank, mmg comfirm la aku xprnh wt pe2 pnjman pn. akaun yg aku buka pn akaun saving je, withdrawal pn xprnh. jd mmg terbukti la ad org len yg nk kenakan aku, nk tipu duit aku..

Tp aku terfikir, dr mana penipu 2 dpt semua mklumat peribadi aku? semua dia tau, nama penuh aku, no tepon, alamat kg dll. aku rasa mgkin dia jmpa kd pengenalan aku yg hilang bru2 ni. tp dr mna lak dpt no tepon? boleh ke nk check no tepon dgn gna kd pengenalan? hmm, bijak sungguh org cmni ek.. 2la, org jht ni mmg bijak, tp salahgunakan kebijaksanaan yg dimiliki. kalaulah dorg guna kebjaksanaan yg dimiliki 2 ke arah kebaikan kn lg bagus..

Lastly, aku nk nasihatkan la kpd sume kwn2 n sape2 je yg bca blog ni, tlg berhati2 dgn msg & panggilan drp org yg xdikenali. jaga maklumat peribadi, klu hilng cpt2 wt report kt balai polis. sblum wt pe2 yg disuruh, comfirmkn dlu dgn pihak2 yg berkaitan.

Wednesday, May 13, 2009

Persidangan Hala Tuju Sukan & Rekreasi UKM

Tarikh : 11-13 Mei 2009
Tempat : Hotel AnCasa, Port Dickson
Peserta : 51 orang
Anjuran : sekretariat sukan PMUKM

dinner yg mmg best..=)

Persidangan ini diadakan bermatlamat utk membincangkan isu, masalah dan juga pandangan pelajar2 UKM berkenaan sukan & rekreasi di UKM seterusnya mencari hala tuju yg sebenarnya dalam kegiatan ini.

bersama ajkp program..

sekitar kolam renang..

Dgn penyertaan drp wakil2 exco sukan dari setiap persatuan anak negeri, persatuan mahasiswa fakulti, dan JAKSA sukan setiap kolej, persidangan ini dilihat memberi kesan dan idea yg bernas dalam usaha utk membudayakan sukan di kalangan mahasiswa UKM khususnya.

Selama 3 hari kursus dipenuhi dgn seminar dan aktiviti yg agak menarik dan memberi input yg amat berguna utk mengendalikan sesebuah program khususnya program sukan & juga rekreasi.

antara aktiviti menarik yg dilaksanakan..

main tutup mata..=)

keindahan pemandangan matahari terbenam..

Bagi aku sendiri, melalui program ni, aku dapat banyak maklumat yg aku xpernah tau pn sebelum ni. cthnya, pusat sukan UKM byk menyediakan facilities seperti basikal. sebelum ni apa yg aku tau KTHO je yg sediakan perkhidmatan sewa basikal.

Pusat sukan juga byk menganjurkan program2 kecergasan, seperti senam erobik serta kejohanan2 yg berbagai peringkat. namun, apa yg menyedihkan, program2 yg dianjurkan tidak mendapat sambutan yg meluas. mgkin kerana publisiti yg kurang meluas atau sikap mahasiswa sendiri yg tidk suka melibatkan diri dlm kegiatan sukan.

antara ahli kumplan Exora..

Melalui kursus ini juga, peserta yg terdiri drp pemimpin2 persatuan masing2 dapat menimba ilmu dan pengalaman seperti bagaimana ingin mengajurkan sesebuah karnival sukan dan dimana dan siapakah pihak yg berkaitan yg harus dirujuk.

hmm..mgkin dorg xpernh jmpa jongkang-jongkit sblum ni..wakaka.. jgn mare..=)

Akhir skali, tahniah kpd PMUKM yg berjaya mengumpulkan semua exco2 sukan (walaupun aku bukan exco sukan) bagi mewakili pelajar2 UKM dlm menyuarakan permasalahan dan juga pendapat utk memantapkan lagi kegiatan sukan di UKM. semoga segala perancangan pusat sukan UKM utk membangunkan dan memperbanyakkan kemudahan sukan dapat dilaksanakan dgn jayanya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin