Tempat : Hotel AnCasa, Port Dickson
Peserta : 51 orang
Anjuran : sekretariat sukan PMUKM
Persidangan ini diadakan bermatlamat utk membincangkan isu, masalah dan juga pandangan pelajar2 UKM berkenaan sukan & rekreasi di UKM seterusnya mencari hala tuju yg sebenarnya dalam kegiatan ini.
Selama 3 hari kursus dipenuhi dgn seminar dan aktiviti yg agak menarik dan memberi input yg amat berguna utk mengendalikan sesebuah program khususnya program sukan & juga rekreasi.
sekitar kolam renang..
Dgn penyertaan drp wakil2 exco sukan dari setiap persatuan anak negeri, persatuan mahasiswa fakulti, dan JAKSA sukan setiap kolej, persidangan ini dilihat memberi kesan dan idea yg bernas dalam usaha utk membudayakan sukan di kalangan mahasiswa UKM khususnya.
Selama 3 hari kursus dipenuhi dgn seminar dan aktiviti yg agak menarik dan memberi input yg amat berguna utk mengendalikan sesebuah program khususnya program sukan & juga rekreasi.
Bagi aku sendiri, melalui program ni, aku dapat banyak maklumat yg aku xpernah tau pn sebelum ni. cthnya, pusat sukan UKM byk menyediakan facilities seperti basikal. sebelum ni apa yg aku tau KTHO je yg sediakan perkhidmatan sewa basikal.
Pusat sukan juga byk menganjurkan program2 kecergasan, seperti senam erobik serta kejohanan2 yg berbagai peringkat. namun, apa yg menyedihkan, program2 yg dianjurkan tidak mendapat sambutan yg meluas. mgkin kerana publisiti yg kurang meluas atau sikap mahasiswa sendiri yg tidk suka melibatkan diri dlm kegiatan sukan.
Melalui kursus ini juga, peserta yg terdiri drp pemimpin2 persatuan masing2 dapat menimba ilmu dan pengalaman seperti bagaimana ingin mengajurkan sesebuah karnival sukan dan dimana dan siapakah pihak yg berkaitan yg harus dirujuk.
Akhir skali, tahniah kpd PMUKM yg berjaya mengumpulkan semua exco2 sukan (walaupun aku bukan exco sukan) bagi mewakili pelajar2 UKM dlm menyuarakan permasalahan dan juga pendapat utk memantapkan lagi kegiatan sukan di UKM. semoga segala perancangan pusat sukan UKM utk membangunkan dan memperbanyakkan kemudahan sukan dapat dilaksanakan dgn jayanya.
No comments:
Post a Comment