Tuesday, May 19, 2009

Expedisi Gunung Stong

Tarikh : 15 - 18 Mei 2009
Tempat : Gunung Stong, Dabong, Kelantan
Peserta : 37 orang
Anjuran : Kelab Geologi UKM

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kutawan puncak gunung stong yg telah lama ku impikan.. berikut aku perincikan perjalanan program xpdc ni.

15 Mei :
Semua peserta yg terlibat berkumpul di foyer bangunan geologi utk taklimat. mula bertolak dari UKM pd pukul 10.30 pm.

16 Mei :
tiba di Dabong tepat jam 6.00am, solat di masjid kg Jelawang. kemudian, peserta bersarapan di pekan Dabong dan bersiap sedia utk aktiviti cave exploration. antara gua yg diterokai ialah Gua Gelap, Gua Keris, Gua Pagar dan Gua Ikan.

Gua Gelap pd asalnya dikenali sbg Gua Batu Bersusun, namun, menurut cerita org2 kampung, gua tersebut telah diselongkar utk mencari harta karun menyebabkan batu2 di dlm gua tersebut tidak lg tersusun. terdapat celahan yg amat sempit utk masuk ke dalam gua ini menyebabkan kami terpaksa meniarap..

Manakala Gua Keris pula diberi nama berdasarkan struktur batu di muka pintu gua yg berbentuk spt keris. begitu juga dgn Gua Pagar yg berdasarkan struktur batu spt pagar di muka pintunya.
bergambar berlatar-belakangkan struktur batu berbentuk keris

Gua Ikan merupakan destinasi terakhir utk xtvt ini sebelum mula mendaki gunung.

Gua Ikan

Kemudian, kami berehat sekejap utk makan tghhari, solat sebelum memulakan pendakian. Alhamdulillah, aku sempat balik ke rumah sekejap utk menjenguk orang tuaku. kemudian kami mula mendaki pd jam 3. 15 pm selepas dibahagikan kpd 3 kumpulan.

Dengan menggalas beg yg amat berat, aku sendiri tak sangka boleh sampai ke Kem Baha pd jam 5.15 pm. sampai sahaja di kem Baha, kami mula memasang khemah dan memasak utk makan malam.

berehat sebentar sblum mneruskan pendakian ke kem Baha

meneruskan pendakian

matlamat pertama utk menuju ke puncak air terjun atas sana..

17 Mei :
Aku mula bangun seawal jm 6.20 am supaya tidak terlepas peluang utk menyaksikan keindahan panorama matahari terbit. Subhanallah, mmg benarlah spt yang ku dengar sebelum ni, sungguh indah pemandangannya, dengan lapisan awan yg tebal dan sinaran fajar yg malu2 utk menyinsing..amat cantik!
keindahan panorama matahari terbit

pose at the top of the waterfall..

gotong royang memasak sarapan pagi..

Selepas menikmati sarapan yg dimasak, kami mula bersiap sedia utk mula mendaki ke puncak gunung stong. kami mula mendaki pd jam 9.15am. mmg tidak dinafikan, pendakian ini amat mencabar. terdpat byk halangan2 yg terpaksa dirempuhi utk sampai ke puncak. kaki mula terasa kebas di pertengahan pendakian. namun, sesekali tidakku menyerah kalah. akhirnya, sampai jua ke puncak pd jam 2.00 pm.

puncak stong yg bakal ditawan...

antara spesis flora dan fauna yg ditemui..

hampir sampai ke puncak, laluan semakin curam dan licin..

Kami berada di puncak selama sejam utk menikmati dan merakamkan kejayaan kami semua. terasa segala kesakitan dan keletihan hilang begitu sahaja apabila tiba di puncak.

akhirnya...di puncak kejayaan..

si kembar??..huhu..

kumpulan 3 yg mantap!!

Setelah makan tghari dan bergambar, kami kembali trekking utk pulang ke campsite pd jam 3.00pm. trekking turun dari gunung non stop amat memenatkan. ditambah pula hujan yg turun dgn lebat, menjadikan trek yg dilalui bertambah licin. kaki dan lutut tak larat lagi utk melangkah. oleh kerana tak tahan lagi dgn hujung kaki yg mula melecet dan lutut yg terasa nak tercabut, aku mempercepatkn lgkh meninggalkan kelompok di belakang dan tiba di khemah jm 5.45pm.

Oleh kerana terlalu penat, selepas makan malam dan membersihkan diri, aku terus tidur seawal jm 8.30pm. ditambah pula suasana yg agak berkabus dan sejuk, tidurku lena hingga ke pg..

18 Mei :
Sekali lg aku bagun awal pg utk menyaksikan keindahan suasana ketika terbit fajar. kemudian, memasak utk sarapan pg.


Seterusnya jm 10.00am, aktv air pula menyusul.. antaranya menyelam ke dalam telaga tujuh, trekking ke pertembungan antara dua air terjun iaitu airterjun dari gunung ayam dan air terjun gunung stong. akhir skali aktvt menggelongsor di air terjun..

Diceritakan, telaga tujuh merupakan bilik 7 puteri bunian yg sesekali ditemui oleh pemandu pelancong. tempat pertembungan 2 air terjun pula sgt cantik pemandangannya.

Seterusnya, aktiviti yg paling ekstrem iaitu menggelongsor di tgh2 batu yg dilalui air terjun! tak sanggup aku lakukannya, ini kerana aku tak yakin dgn faktor keselamatan yg ada. kalau abseiling di situ mungkin lebih selamat.

Jm 3.00pm, kami mula berkemas utk pulang. mula trekking utk turun pd jm 4.35pm. sekali lagi hujan lebat menghalang pergerakan kami. berbekalkan semangat berpasukan seramai 5 org, kami sampai jua ke kaki gunung 1 jam kemudian, jm 5.45pm.

Jm 8.00pm pula, kami mula menikmati BBQ. kemudian terus ke masjid utk membersihkan diri dan solat. seterus xtvt terakhir yg menyentuh hati iaitu sharing is caring, luahan hati student geologi tahun akhir..Kami bertolak pulang ke UKM jm 10.45pm dan sampai pd jm 8.45am keesokan harinya. maka berakhirlah xpdc kali ini..

Last but not least, aku nk ucapkan tahniah dan berbayak terima kasih kpd penganjur program yg berjaya menganjurkan xpdc ni. thnx gak sbb sudi terima aku utk menumpang xpdc ni. berbayk time kaseh juga kpd sahabatku yg sorg 2 coz byk bg mklumat psl xpdc ni. n aku juga nk mtk maap byk2 kpd sesaper yg tertipu dgn telatah aku dan ira, sbnrnya ktorg sepupu, bukannya kembar..huhu..sory byk2..

Aku takkan lupa kenangan bersama senior2 geologi yg peramah & bersepakat semua. kagum aku tgok relationship korang semua. seterusnya...xpdc cameron highland pula bakal menyusul dlm msa 10 hari lg.. walaupun jalan pn masih xbtul, tp terpaksa handle gak xpdc lagi 1 ni.. semoga segalanya berjalan lancar..wassalam.

11 comments :

geo_life said...

waa..xpdc ni memang best..thanks sebab sudi join program budak2 geo...tahniah kerana menyediakan makanan yg special..membuatkan aku tertunggu2 je waktu makan huhu

YaNNa'87 said...

sma2.. mmg best sgt2..
awk 2 mkn no 1, tau sokmo dh..huhu..

ChaiDaN said...

cepat btl korang update blog ye..

bgs2...haha....nt kalau ade mase, ak update blog ak lau

YaNNa'87 said...

mesti r, smngt berkobar2..wakaka..

nyetzcobbin said...

o yeah~saya pun mau update blog saya dengan topic stong nih laaa...best xpdc nih~

YaNNa'87 said...

hmm, update la cpt2..bleh kt share pengalmn..huhu

Cik Zahora said...

hehe.. best aaa g cmpg. huhu.. tp.. msk pki bnda petak2 tu.. ( x ingt pe nama.. mmg best.. ) ngeeee

YaNNa'87 said...

hmm..mmg best, xpdc ni paling best.. msak gna lilin petak 2, tp kna cover ngn kayu gak coz xckup ngn lilin 2 jew..huhu..ad pngalamn g camping ek cik zahora?

wan muhamad zaidi said...

salam...
tak naik gunung ayam kee... gunung ayam lebih indah, kot2 bule jupa dgn puteri cik siti wan kembang..
rindu sunrise dkt jelawang kem baha sambil solat subuh atas batu =]

YaNNa'87 said...

salam..xg pn..myb next time bleh g kot..insyaAllah.. hmm, mmg cntik sunrise kt c2..rs nk g lg jew..huhu

muhdnurasshabah said...

lawo2.. thniah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin