Betapa beratnya kakiku untuk melangkah pergi meninggalkan desaku dan teratakku yang usang. namun ku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam mengejar cita-citaku.
Betapa hatiku berat untuk meninggalkan keluargaku..lebih2 lagi ibuku yang tiba-tiba demam. kalaulah aku belum beli tiket utk kembali ke sini, mungkin aku masih di rumah, menemani ibuku, memicit-micit kepalanya, mengurut lengan dan betisnya.. maafkan aku wahai ibuku kerana tidak dapat menemanimu di saat kau amat memerlukanku..
Betapa berat juga hatiku utk meninggalkan halaman teratak usangku yang mendamaikan hati yang gundah. belum puas lagi rasanya menikmati ketenangan berada di teratak usangku.. mungkin tiada apa-apa yang amat menarik utk diceritakan tentang teratak usangku yang serba kekurangan, namun cukuplah ku bahagia dengan segala kekurangan itu.
Betapa hatiku belum puas berada di halaman teratak usangku, belum puas meniti hari-hari yang dilalui di teratak usangku ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti kegemaranku spt menjahit, memasak, bercucuk-tanam, memetik sayuran yang segar, mengemas, menghias dan sebagainya..
sayur petola yg panjangnya mencecah tanah..
sayur 'teney' yg kutanam masa cuti sebelum ni, aku xtau la org luar panggil ape...
baju batik PERDANA yg sudah siap kujahit dlm masa sehari suntuk!
menikmati buah kegemaranku..tembikai kuning..
sayur 'teney' yg kutanam masa cuti sebelum ni, aku xtau la org luar panggil ape...
baju batik PERDANA yg sudah siap kujahit dlm masa sehari suntuk!
menikmati buah kegemaranku..tembikai kuning..
Betapa ku rindukan teratak usangku di saat ini biarpun belum sampai sehari ku melangkah pergi.. Belum puas lagi rasanya ku bermesra dengan adik-adikku yang dirindui, menemani adik-adikku belajar dan bermain.. bergurau senda dan bercerita ria. betapa ku rindukan semua itu..
sejuk mata memandang adik aku nih...
4 comments:
Salam Yana...kak azi sedih bc crito teratak usang, terasa rindu suasano kampung la..buah salok, kebun sayur, mesin jahit, adik duk smaye...bestnyeee...suke tgk adik Yana duk maye..rindu kt ank sdaro, huhu... comel baju exco perdana,.he..walau ape pn..teruskan perjuangan kita yg msh pnjg ini, rindu kampung lumrah kita sbg insan yg blaja jauh dr umah, klrga ttp di hati.. jgn sedih2 ye Yana..he. Kuatkan semangat n teruskan perjuangan.
salam k'azi.. k'azi oyk gitu wt ore makin sedih je.. xpe, biasa la bru2 sapa gni, hati dk kt umh lg..huhu. tq byk2 atas nasihat k'azi.
waa..sedap nampak buah salak..tok wat mari ukm ko
xmasak lg la..blik bln 6 ni bru msk rsnya. sy blik jeruk jah bru ni, dey la mkn, tp hbs dh la.wakaka. 6t la sy bwk len kali..
Post a Comment