Thursday, April 30, 2009

Kembara Seri Perpatih 2

Tarikh : 27 jan hingga 1 feb 2009
Tempat : Seluruh Negeri Sembilan & Naning, Melaka
Anjuran : PERMANIS UKM
Peserta : 250 orang

Kembara ni merupakan satu lg program yg aku join utk menghabiskan msa cuti raya cina baru-baru ni. konvoi ni melibatkan sebanyak 5 buah bas, 40 buah motorsikal, sebuah kereta peronda polis dan beberapa buah motor polis trafik. kembara ni mmg btul2 kembara, ktorg cm jd org nomad lak, singgah satu tempat, then berpindah lg, n singgah lg. banyak tempat2 menarik yg dilawati sepanjang kembara ni.

Dlm post ni aku akn senaraikan aktiviti n tempat2 yg dilawati mengikut tarikhnya skali. klu nk citer satu2 penat la plak nk fikir ayt..huhu..

27 jan :
bertolak dr UKM jam 12 tghhari setelah mjlis perasmian kt dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM. then, tiba di Kg Bemban dlm kul 1.15. kami disambut dgn paluan kompang dr pnduduk kg. peserta perempuan ditempatkn di rumah mak angkat. ak dpt mak angkat yg agak best, ranggi..huhu. wktu ptg 2 ktorg gtong royong ngn pnduduk kg kacau dodol. lama giler nk msk dodol ni, start dr tghhri, mlm bru msk.

tgh kacau dodol
28 jan :
bertolak dr kg Bemban, then tiba di kg Selemak jm 8.30am. kt cni xde pe2 aktiviti sgt, ktorg singgah jp je, dgr sejarah kg ni then bertolak pula ke Makam Dol Said di Taboh Naning, Melaka. selepas melawat makam tu, bertolak pula ke kg Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. mlm 2 ada forum hal ehwal adat, tp boring la plak dgr forum g2. mlm 2 ktorg tido kt balai raya lak.

di makam Dol Said

aktiviti kukur kelapa (kokok nyo)
29 jan :
jm 7.50am, ktorg bertolak lak ke Gemenchih. kt cni, ktorg skali lg gotong royong ngn pnduduk kg msk utk kenduri sempena perlantikn buapak Suku 3 Nenek, bukan nenek 3 suku ye..hehe. mmg pelik adt org kt cni. hbs je mjlis adat tu, ktorg bertolak pula ke Istana Seri Menanti yg tersohor tu. sambil2 tu sempat lak ktorg melawat makam diraja, makam raja negeri sembilan yg mangkat bru2 ni.
suasana adat perlantikn buapak

anak dara rajin..=)

Istana Seri Menanti

view dr tgkt 5 istana

dalam istana

Makam Diraja

makam almarhum raja n9 yg mangkat bru2 ni.
30 jan :
7.30am bertolak dr seri menanti n tiba di Makam Tuan Tulis. nama sebenar beliau ialah Ismail, tp diberi gelaran tuan tulis kerana beliau adlh penulis kpd gurunya. klu zaman kt skrg setiausaha la. lps 2, bertolak pula ke Kg Kuala Sialang. kt sini la tempat paling best dan jugak tpt paling malang bg ak. msa kt sini, ktorg sempat melawat kilang sos cili. mmg sdp btul sos dia. dan ak gak sempat interview pengerusi perusahaan 2 bg menyiapkn projek bisnes aku. hmm, kira sambil menyelam sambil minum air la ak. ptg 2 plak, ktorg ramai2 pakat g serbu tapak sawah utk aktiviti mengubah sawah n mengoca. slps 2 hujan lebat la plak, ktorg terpaksa berlari-lari n basah kuyup. time 2 la kameraku jatuh terhempas ats jln tar!! sedih tul.. mlm tu plak ad demonstrasi adat pinang-meminang. then, ktorg bdk2 pompuan bermlm kt umah mk angkat lg, bdk laki lak tido kt surau, cian...
depan makam tuan tulis

tgh interview utk projek business ak..

bergambar dlm kbun getah bersama adik-beradik angkat

aktiviti mengubah sawah

31 jan :
bertolak dr kg kuala Sialang dan singgah pula di Teratak Za'ba. kt cni jap je, tgkp2 gmbr then choww. jm 9pg tiba di homestay Laman Bangkinang. kt cni penuh ngn pokok buah2an. kebetulan pula buah2 sedang masak ranum. apalagi bdk2 laki panjat hbs pokok2 buah kt c2. tghhri 2plak ktorg singgah lak di Jeram Tengkek. cantik tmpt 2, terjaga n bersih. ptg 2 plak tiba di Sek. Keb Petaseh utk menyksikan upacara adt berkodin. adat ni ialah adt utk mengambil org luar N9 utk dijadikn ank agkt.

teratak Za'ba

di depan teratak Za'ba

suasana di Laman Bangkinang

di Jeram Tengkek

jeram tengkek

1 feb :
jm 9pg tiba di Balai Undang n melawat kediaman undang. lps 2 melawat pula ke Muzium Adat. dlm 2 semua jnis adat di Malaysia diabadikan dalam bntuk patung dan juga lukisan. dlm kul 2.30 ptg ktorg bertolak pulang ke UKM.

dalam Muzium Adat

di hadapan Balai Undang

tage peserta

Kesimpulannya, kembara ni mmg best. dan aku gak dpt byk ilmu pengetahuan dan pengalaman berguna especially psl adat perpatih ni. mmg unik dan lain dr yg lain. Tahniah kpd PERMANIS kerana berjaya menganjurkan projek mega cmni dgn jayanya walaupun wktu tu masih dlm wktu berkabung.

Expedisi Banjaran Sedayu

Tarikh : 23-25 jan 2009
Tempat : Banjaran Sedayu, Gombak.
Anjuran : Sekretariat Rakan Muda UKM dan HELA Kolej Rahim Kajai.

Ekspedisi ni merupakan program masa cuti raya cina baru-baru ni. disebabkan kehabisan tiket utk balik kg, aku terpaksa la menghabiskan masa cuti kali ni dgn menyertai aktiviti2 yg dianjurkan UKM. selama seminggu cuti, aku sempat join 2 program iaitu xpdc ni dan juga kembara seri perpatih yg dianjurkan oleh PERMANIS.

XPDC ni merupakan program pertama yg aku join setelah mndftar sbg ahli rakan muda UKM. XPDC yg disertai oleh 60++ peserta termasuk urusetia ni banyak menguji ketahan fizikal dan juga minda. antara aktiviti yg terlibat ialah abseiling, jungle trekking, solo drop dan aktiviti smpingn yg lain.
lepas wt abseiling.. mengeletar kesejukan & basah kuyup..

Seumur hidup aku, nilah 1st time ak wt abseling sebenarnya. separuh mati dh aku rasa bla wt bnda ni. dh la 1st time wt, tup2 terus wt kt air terjun yg ketinggian dia aku xberapa pasti, tp dlm lbh kurg 3 tgkt bangunan gak la. bila pandang kt bawah, aku rasa jantung aku dh berenti berdenyut dh, tkut giler!!! tp bila smpai kt bwh je, rs nk wt skali lg la plak.huhu..best. tp yg xbestnye, aku xsempat amik gmbr msa tgh wt abseiling 2. tu yg rsa nk wt skali lg 2..

Lagi 1 aktiviti yg amat menguji tahap ketahanan fizikal dan minda ialah wktu kna tinggal sorg2 kt dlm hutan jm 2pagi!! mak ooii, kecut perut gak dk sorg2 cm2. tp yg pompuan boelh thn lg, kna tgal kt tepi sungai je, lgpn xjauh sgt dri khemah. yg laki kesian tul, dlm hutan kna tinggal sorg2. aku plak kna tinggal kt tepi sungai. mula2 tu rsa gak takut. hbs segala ayt yg aku hafal aku bca, ma'thurat, ayt qursi dan zikir2 lain2. rsanya, tu la 1st time seumur hidup ak jd alim sgt2.huhu...

Tapi bila lma2 dk situ, rasa boring la plak. nk tidur takut, tp msa tu dh hilang rsa takut dh, rsa boring sgt2 lak. takut nk tido tu bkn pe, aku pikir klu aku tido sini, sedar2 nanti xtau katne dah..mna la tau.. hmm, lma2 tu dh xtau nk wtpe, ak pn bgun la jln2. mula2 keliling bulatan tpt yg ak duduk 2 je, lma2 terpikir nk cri kwn ak yg kna tgal xjauh dari situ. teraba-raba dalam gelap jmpa la kwn ak sorg tu..nk tau ape dia wt? terlentang tido..berani tul dia.. ak pn apalagi, tido gak la sblh dia.huhu.. last skali kul6 pg bru la ktorg dikutip..

pose depan khemah

chalet yg disediakan. ingtkn rumah org kerdil dlm citer snow white..huhu

tage peserta

Secara keseluruhannya, xpdc ni amat best dan mencabar minda dan juga fizikal. aku tertunggu-tunggu aktiviti kembara alam cmni. so, klu ada sesaper yg tau psl aktiviti cmni, imform la kt aku, ak nk join.huhu..=)

Tuesday, April 28, 2009

Surat dari kekasih ( untukmu yg amat kucintai )

Saat kau bangun di pagi hari. Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu, walaupun hanya sepatah kata...Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu. Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Tak sedikit pun kau menyedari aku dekat denganmu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap. Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk. Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang...

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari namun dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu...

Sebelum makan siang. Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu... Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menyantap makanan yang Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya....

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV. Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan, hingga waktu-waktu untukKu dilupakan...

Kembali aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan... Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak apa-apa kerana mungkin engkau masih belum menyedari bahawa aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba...

Baiklah, engkau bangun kembali dan kembali aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu... Tapi yang Kutunggu. Ah tak juga kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu... dan... kau masih mengacuhkan aku. Tiada sepatah kata, tiada seucap do'a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU...

Apakah salahKu padamu...? Rezeki yang Ku limpahkan, kesihatan yang Ku berikan, Harta yang Ku relakan untukmu, makanan yang Ku hidangkan , Keselamatan yang Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan... Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!!

Percayalah. Aku selalu mengasihimu, dan aku tetap berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu... Kembali kepadaKu...


Yang selalu menyertaimu setiap saat...
ALLAH

Monday, April 27, 2009

Kembara Sepiku....

Di kala sepi ini
hati ini terguris lagi
kembalilah daku
meneruskan kembara sepiku
setelah jasa-jasaku
terkubur di persinggahan jalan


begitulah..
andai jasa
tertumpah di hati beku
takkan terkesan
di jiwa yang egois
hanya menjadi santapan nafsu
takkan kekal teukir
di hati batu

ku tak mampu lagi
bersandiwara sendirian
tersenyum dalam duka
walau hati terpalit sendu
inginku berlalu pergi
pergi dari hidupmu
meneruskan kembara sepiku
andai begitulah kehendakmu......



Sains Aktuari

Sains aktuari (actuarial sc.) - inilah jalan yang aku pilih untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah. aku tak tahu samaada apa yang aku pilih ni adalah jalan terbaik atau tidak, semuanya urusan Allah. aku sendiri tak pasti kenapa aku terlalu berminat nak amik course ni pada awalnya. mungkin kerana terlalu minat dengan subjek matematik mendorong aku untuk pilih jalan yang tak berapa orang lalu ni. teringat pulak poem The road Not Taken masa belajar kat sekolah menengah dulu.


Al-kisah, aku mula2 tahu pasal course ni masa aku form5 kat SMKA Wataniah, Machang. masa tu aku ikut ceramah motivasi yang dismpaikan oleh kaunselor dari Kolej Mara Kulim, Cg Asmadi namanya. dia citer la, kepada sape2 yang memang minat subjek math boleh la apply course ni. masa tu aku memang minat tahap kritikal punya dengan math ni. so, masa tu aku dah set dalam fikiran macammana sekalipun aku memang nak further study dalam bidang ni.

Sejak dari tu la aku mula tanya2 orang pasal course ni. tapi ramai orang tak tahu pun pasal course ni. ada jugak yang ingatkan course ni berkaitan dengan air dan aku kena belajar berenang.huhu.. yela, dengar pun macam aquari @ akuarium kan. tapi rupa2nya jauh bezanya. daripada kajian yang aku buat, dapat la sedikit maklumat yang membuatkan aku makin bersemangat. nak tau ape? sebabnya course ni boleh buat duit banyak!!

Bayangkan seorang actuary boleh mendapat gaji lebih RM50,000 sebulan! fuhyoo... bertitik tolak dari tu la aku mula set up matlamat nak dapatkan 4flet kat matrikulasi sebab course ni demand dia tinggi. sape2 yang nak amik course ni mesti 4flet, paling rendah pun 3.9++. ini kerana hanya 2 buah IPTA je yang menawarkan course ni iaitu UKM dan juga UiTM. IPTS ada jugak la cikit2. so, masa kat matrix aku pulun habis2, target 4flet punya pasal..

Then, Alhamdulillah berbekalkan 4flet yang ku kejar, aku dapat jugak course ni akhirnya dengan penuh bangga dapat melangkah kaki ke UKM. tapi ramai jugak kawan2 aku tanya apasal tak amik medic @ farmasi? orang laen kejar 4flet sebab nak amik medic @ farmasi. jawabnya, aku memang tak minat langsung subjek biologi. tapi bila jumpa kawan2 laen yang 4flet jugak, terasa pelik pulak, yela tanya yang tu amik apa, medic, yang ni medic, yang tu farmasi. aku je yang pelik. hmm, tapi takpela dah ni jalan yang aku pilih, nak buat camana lagi. tula aku terfikir, kehidupan aku ni banyak related dengan poem The Road Not Taken tu. lepas tu bermula la kehidupan aku sebagai siswi berpandukan jalan yang aku pilih sendiri..

Malangnya, ku sangka intan rupanya kaca. kusangka aktuari ni belajar math, rupa2nya jauh dari yang ku sangka. kalau kat skool dulu, belajar math mesti tak boleh berpisah dengan kalkulator, tapi kat sini, kalkulator takde pun tak kisah. camtu ke belajar math? tapi memang la ada jugak subjek yang sampai bengkak hujung jari tekan kalkulator, tapi math kat sini sangat jauh bezanya dengan belajar math kat skool @ matrix dlu.

Tu la yang menjatuhkan semangat aku untuk belajar kat Univ ni. lepas tu aku jadi banyak main2, buat keje yang tak berfaedah, layan internet, lepak2 sampai la habis semester 1 dan keluar result. hmm, lepas keluar result baru la menyesal tak sudah!! tyme tu aku rasa sangat2 tertekan dan hampir2 tukar course. ingatkan aku sorang je yang jadi macam tu, rupa2nya rata2 coursemate aku pun camtu jugak..huhu..

Namun, berbekalkan semangat dan harapan kedua orang tuaku yang tercinta, ku gagahi jua langkah meneruskn perjalanan. dan Alhamdulillah, aku mula dapat terima takdir dan pilihanku ini sedikit demi sedikit. dan sekarang, rasa best la pulak belajar course ni setelah aku mula nampak relevannya belajar subjek2 yang aku amik ni.

Walaupn course yang aku pilih ni amat berbeza dengan naluri aku yang sangat suka dengan kehijauan alam semula jadi, namun, aku dapat rasakan banyak kelebihan belajar course ni memandangkan pengaplikasiannya amat diperlukan dalam kehidupan seharian. course ini banyak mengajar aku membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan data2 yang dikaji. memang la kita tak boleh predict future, tapi at least kita boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Secara keseluruhannya, student actuary dapat diserap dalam 3 bidang utama iaitu banking, insurans, dan investment. actuary amat penting dalam sesebuah syarikat bagi menentukan jatuh bangunnya sesebuah syarikat itu dan juga tahap kestabilan syarikat.

Dalam post akan datang, InsyaAllah aku akan share apa yang bestnya belajar dalam bidang sains aktuari ni.tunggu....=)

Kem Ibadah @ Gunung Jerai

Menikmati keindahan alam dari puncak gunung jerai pasti menjadi pengalaman paling bermakna bagi sesiapa yang pernah mengunjungi puncak gunung ini. keindahan permandangannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
permandangan indah dari puncak gunung jerai.

Aku pernah sampai ke puncak gunung jerai pada tahun 2006 kerana mengikuti program kem ibadah yang dianjurkan oleh kumpulan usrah matrikulasi Kolej Mara Kulim, Kedah. program ini adalah satu-satunya program yang aku sertai semasa berada di matrik kerana kesempitan waktu.
puncak gunung dihiasi taman-taman yg cukup cantik!

Program ini sangat menarik dan memberi impak yang cukup bermakna buatku. dengan keadaan yang cukup sejuk dan berangin kencang juga berkabus tebal, program Qiamullail yang dilaksanakan pada jam 4.00pg memberi kelainan daripada qiamullail yang biasa di lakukan di masjid atau di bilik. terasa lebih tenang dan terasa dekat denganNya. dan yang paling penting, doa mudah temakbul. buktinya, semua hajatku pada waktu itu termakbul.alhamdulillah..
jalan menuju ke beranda yg dibina khas utk menyaksikan permandangan terindah..

Apa yang paling menarik berada di puncak gunung ini ialah menyaksikan permandangan matahari terbenam pada waktu petang. subhanallah, sukar untuk diungkap dengan kata-kata betapa indahnya suasana pada waktu itu. dari puncak ini juga, dapat dilihat pantai merdeka, tanjung dawai dan sawah padi yang terbentang luas. hmm, teringat pula lagu cinta di pantai merdeka.
chalet utk disewa

Suasana pada waktu malam pula teramat sejuk hinggakan pijak tangga marmar terasa seperti pijak ais! keadaannya juga sentiasa berkabus tebal dari pukul8 mlm hingga waktu pagi. ditambah pula angin kencang yang bersimpang-siur, terasa seperti berada dalam cerita hantu pula. nasib baik kami semua ditempatkan di chalet yang disediakan, kalau tak, kesejukan dan ketakutan la bermalam di situ.
di sinilah tempat kami menginap.. dlmnya cukup luas dan dilengkapi dgn tv, peti ais, bilik air yg dilengkapi pemanas, & tilam yg empuk..

Begitulah sedikit sebanyak pengalamanku berada di puncak gunung jerai. memang menarik dan indah tempatnya. tapi sayang sekali, segala kenangan dan pengalaman berada di sana tidak dapat diabadikan dalam gambar kerana aku tidak punya kamera waktu tu. terasa nak pergi sekali lagi untuk merakam pengalaman di sana.hmm, mungkin untuk bulan madu dengan suami pula.huhu=)

Thursday, April 23, 2009

Release Tension

Musim2 exm camni mula la rasa mcm2 xkena. hmpir 2mgu dh aku rsa xde selera nk mkn, tahla nape. rasa pahit mulut je, mkn pn xde rsa ape pn, nk trmuntah rsa bla mkn. ni yg wt aku rsa nk hbs exm cpt2, nk balik kg, nk mkn mskn mak aku...mkn ikan goreng ngn budu pn dh ok. hmm, org len cm aku gak ke?

kepala pn mula rasa xbtul ckt, berputar-putar, berpusing-pusing. dalam seminggu ni je mcm2 rasa ada, sakit kepala, pening kepala, macam nak demam la, actually memg dh demam pn masa 1st day exm, nasib baik xmelarat je..klu melarat xtau la cmne, exm dalam wad utk kali ke-2, eee xsggup dh aku nk mngalaminya lg.

so, utk mengurangkn beban kepala yg amat berat ni, aku pakat la ngn rumate g jogging kt stadium jap ptg td. hmm, rmai gak org g joging ptg td, sabtu lps xramai cm hri ni. agaknya rmai gak yg nk release tnsion cm aku ni. mula2 nk g joging kt tasik kejut, tp rsa cam jauh sgt la plak. kt stadim pn ok la.
ni dh round ke-12.hehe.btul ke?

lps joging tu, wt sit-up la plak. hmm, best gak sesekali wt sit-up ni, rsa kempis dh perut aku lps wt sit-up 60x.fuh!!

lps blik joging tu, smpat lak ktorg round2 sekitar ukm ni n posing ckt2.huhu..lps tu bru la rsa kepala ni ringan ckt lps mghayati kehijauan alam kt ukm ni. jap lg nk smbung study blik, semangat dh kembali ke dlm diri. teruskan perjuangan, jgn kalah di pertengahan jalan. gud luck to me n all my fren. zhu ni hao yun!!

Wednesday, April 22, 2009

Surat Cinta Biasa Dari Manusia Biasa..

Kepada .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak
saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.
Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar,
tapi saya mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ...............
menginginkan anda ...............
untuk menjadi isteri saya.
Saya bukan siapa-siapa.
Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah
kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan
rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah.
Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akan terus menyewa selamannya.
Yang pasti,
saya akan tetap berusaha agar isteri
dan anak-anak saya tidak kepanasan dan
tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa,
yang punya banyak kelemahan dan beberapa
kelebihan.
Saya menginginkan anda untuk
mendampingi saya.
Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan
kelebihan saya.
Saya hanya manusia biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu.
Saya menginginkan anda
supaya membantu saya memupuk
dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat
bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.
Yang pasti saya akan berusaha
sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda?
Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
memilih anda.
Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya
semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu,
Saya memilih anda kerana Allah.
Dan yang pasti, saya menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga
sunnah Rasulullah.
Saya tidak berani
menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha
sekuat mungkin menjadi lebih
baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu
sebelum memberi jawaban pada saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima
1 bulan.
Semoga Allah ridho dengan
jalan yang kita tempuh ini.
Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb..

Tuesday, April 21, 2009

Apa pentingnya SOLAT ISTIKHARAH?

PILIHAN - dalam hidup kita penuh dengan pilihan. bahkan nak makan pun perlu memilih, nak makan apa, lauk apa dan sebagainya. dalam pemilihan tersebut, kita sentiasa mahukan yang terbaik. apa yang menjadi pilihan kita, itulah yang akan menentukan perjalanan hidup kita selepasnya.

Jadi,

Apa pentingnya solat sunat istikharah dalam kehidupan seharian kita? Ramai yang menganggap bahawa solat istikharah hanya dilakukan untuk memilih jodoh atau pasangan hidup kita. sebenarnya solat istikharah banyak kepentingannya bukan terhad untuk memilih pasangan sahaja. matlamat utama kita melakukan solat istikharah semestinya untuk mendapat petunjuk. dan petujuk tu tak semestinya kita perlukan dalam soal jodoh sahaja kan. kita memerlukan petunjuk Allah setiap masa dalam meniti hidup ini. jadi, solat ini memang penting dalam kehidupan seharian kita. solat ini boleh menjadi pendorong untuk kita membuat sesuatu keputusan dan ianya lebih indah kerana kita bergantung hanya kepadaNya dalam sebarang urusan.

Sempena musim peperiksaan ini, solat istikharah juga amat penting untuk diaplikasikan. ini kerana kita memerlukan petunjuk dariNya supaya kita dapat menghadapi setiap soalan exam dan menjawabnya dengan tepat. tak semestinya soalan objektif yang memerlukan kita mengharapkan pertolonganNya, tetapi juga perkara lain seperti bentuk soalan, tajuk-tajuk penting dan sebagainya.

Pengalamanku sendiri membuktikan keberkesanan solat istikharah ini. aku selalu mengamalkan solat ini sewaktu exam SPM dulu. setiap selepas insyak, aku tak lekang mengamalkan solat ini di samping solat hajat setiap selepas maghrib. dan Alhamdulillah, aku dapat melihat bentuk soalan exam dalam mimpiku betul-betul seperti yang sebenar, dan aku dapat 1A untuk subjek tu.

Mengapa aku solat istikharah lepas insyak? kebiasaaannya orang solat sebelum tidur kan? Agama kita fleksibel. solat sunat bila-bila masa boleh ditunaikan. begitu juga solat ini. ini kerana hidayah atau petunjuk Allah nak bagi tak semestinya dalam mimpi. ia juga boleh terjadi dalam bentuk gerak hati. satu lagi buktinya, aku pernah tergerak hati untuk membaca satu tajuk yang dikira tidak berapa penting sebenarnya. tapi, tup-tup soalan berkaitan tajuk tu yang keluar dalam exam. lagipun, musim exam camni, kita tidur pun tak terurus, btul x? silap-silap, niat nak solat istikharah sebelum tidur, tapi tertidur berpelukkan buku sampai ke pagi.. aku la tu..huhu

Begitulah pentingnya solat istikharah di kala musim exam camni. namun, tak dinafikan solat ini amat penting dalam memilih pasangan hidup kita. sesungguhnya kita tidak mengetahui perancangan Allah terhadap masa depan kita. oleh itu, kita sentiasa memerlukan petunjuk dariNya dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini agar tidak tersasar dari landasan keimanan.

Saturday, April 18, 2009

Kejohanan Bowling PERDANA

tarikh : 16 April 2009
tempat : Metropoint Kajang
masa : 2.00 - 6.00 ptg
peserta : 77 orang ahli Perdana
anjuran : exco sukan PERDANA UKM

Alhamdulillah, selesai dah satu lagi program PERDANA, rasa lega sangat-sangat. program kali ini mendapat sambutan yang cukup hangat, tak sia-sia penat lelah aku, selama 2 hari korbankan masa study week untuk uruskan program ni. rasanya berbaloi pengorbananku dengan sambutan yang diterima. program kali ni pun amat best, rugi sape2 yang tak join. betul-betul release tension walaupun sampai hari ni tak hilang lagi sakit lengan aku ni gara-gara baling bola bowling tu..

Pada mulanya, aku agak risau memandangkan 2 hari sebelum program hanya ada 6 orang peserta sahaja yang mendaftar. masa tu terfikir jadi ke tak program kali ni. tapi alhamdulillah, lepas tu handset aku tak henti-henti terima sms. kalut gak aku masa tu coz aku sorang-sorang yang uruskan memandangkan partner sorang lagi sedang bercuti balik kampung! amboi...

Perlawanan bermula dalam pukul 3.30 ptg dengan disertai oleh 20 kumpulan, 11 kumpulan lelaki dan 9 kumpulan perempuan. setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. apa yang aku perhatikan, perlawanan ini agak santai dan kelakar memandangkan rata-rata peserta khususnya perempuan merupakan kalipertama bermain bowling termasuklah aku sendiri.hehe. peserta lelaki pula nampaknya mantap-mantap semua, tapi nampaknya ada juga yang masuk longkang.hehe. tapi xpe, masuk longkang tu perkara normal..=)

Peserta perempuan lagi la, bola tergolek ke belakang pun ada. tapi xpela, bukannya nak wakil negara pun, sekadar melepaskan tekanan di kala musim exam camni. aku yang pertama kali main ni pulak semangat giler main semata-mata nak dapatkan hamper. sampaikan separuh mati roommate aku gelakkan aku main. tapi, kalah juga akhirnya. tapi klaah tipis je coz 1st game tak berapa mantap lagi, lambat sangat warm up. xpe2, lain kali aku akan mantapkan skill. tapi walaupun pertama kali main, aku tetap dapat mata tertinggi dalam kumpulan. ok la tu.=)

antara peserta yang terlibat...









peserta muslimat..










nampak macam ada gaya pemain handalan rumate aku nih, tapi tetap kalah di tangan aku.hehe


Lastly, syabas dan tahniah kepada semua ajk dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. semoga program PERDANA yang akan datang mendapat sambutan hangat seperti program ini. bersama-samalah kita menyokong dan menjayakan program persatuan kita. nantikan program-program yang lebih menarik yang telah kami susun untuk anak-anak kelate kito.=)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin