Tuesday, April 21, 2009

Apa pentingnya SOLAT ISTIKHARAH?

PILIHAN - dalam hidup kita penuh dengan pilihan. bahkan nak makan pun perlu memilih, nak makan apa, lauk apa dan sebagainya. dalam pemilihan tersebut, kita sentiasa mahukan yang terbaik. apa yang menjadi pilihan kita, itulah yang akan menentukan perjalanan hidup kita selepasnya.

Jadi,

Apa pentingnya solat sunat istikharah dalam kehidupan seharian kita? Ramai yang menganggap bahawa solat istikharah hanya dilakukan untuk memilih jodoh atau pasangan hidup kita. sebenarnya solat istikharah banyak kepentingannya bukan terhad untuk memilih pasangan sahaja. matlamat utama kita melakukan solat istikharah semestinya untuk mendapat petunjuk. dan petujuk tu tak semestinya kita perlukan dalam soal jodoh sahaja kan. kita memerlukan petunjuk Allah setiap masa dalam meniti hidup ini. jadi, solat ini memang penting dalam kehidupan seharian kita. solat ini boleh menjadi pendorong untuk kita membuat sesuatu keputusan dan ianya lebih indah kerana kita bergantung hanya kepadaNya dalam sebarang urusan.

Sempena musim peperiksaan ini, solat istikharah juga amat penting untuk diaplikasikan. ini kerana kita memerlukan petunjuk dariNya supaya kita dapat menghadapi setiap soalan exam dan menjawabnya dengan tepat. tak semestinya soalan objektif yang memerlukan kita mengharapkan pertolonganNya, tetapi juga perkara lain seperti bentuk soalan, tajuk-tajuk penting dan sebagainya.

Pengalamanku sendiri membuktikan keberkesanan solat istikharah ini. aku selalu mengamalkan solat ini sewaktu exam SPM dulu. setiap selepas insyak, aku tak lekang mengamalkan solat ini di samping solat hajat setiap selepas maghrib. dan Alhamdulillah, aku dapat melihat bentuk soalan exam dalam mimpiku betul-betul seperti yang sebenar, dan aku dapat 1A untuk subjek tu.

Mengapa aku solat istikharah lepas insyak? kebiasaaannya orang solat sebelum tidur kan? Agama kita fleksibel. solat sunat bila-bila masa boleh ditunaikan. begitu juga solat ini. ini kerana hidayah atau petunjuk Allah nak bagi tak semestinya dalam mimpi. ia juga boleh terjadi dalam bentuk gerak hati. satu lagi buktinya, aku pernah tergerak hati untuk membaca satu tajuk yang dikira tidak berapa penting sebenarnya. tapi, tup-tup soalan berkaitan tajuk tu yang keluar dalam exam. lagipun, musim exam camni, kita tidur pun tak terurus, btul x? silap-silap, niat nak solat istikharah sebelum tidur, tapi tertidur berpelukkan buku sampai ke pagi.. aku la tu..huhu

Begitulah pentingnya solat istikharah di kala musim exam camni. namun, tak dinafikan solat ini amat penting dalam memilih pasangan hidup kita. sesungguhnya kita tidak mengetahui perancangan Allah terhadap masa depan kita. oleh itu, kita sentiasa memerlukan petunjuk dariNya dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini agar tidak tersasar dari landasan keimanan.

2 comments:

Anonymous said...

salam.. semoga berjaya dlm final exam nanti.. =]study smart

♥Fitnunnisak♥ said...

tq=)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin