Tarikh : 3-5 april 2009
Tempat : Taman negara Merapoh, pahang.
Peserta : 35 termasuk seorang penasihat
Anjuran : i-club UKM
Kem kali ini amat menarik dan bermatlamatkan menghargai alam sekitar. kami bertolak dari pusaneka UKM jam 8.30 am dan tiba di merapoh pada jam 2 petang. terdapat banyak aktiviti menarik sepanjang 3 hari kem ini dijalankan, antaranya ialah jungle trekking, tree labeling, cave exploration serta aktiviti sampingan secara berkumpulan.
antara peserta yang terlibat.
Taman Negara Merapoh merupakan pintu masuk kedua untuk masuk ke taman negara Pahang. kebanyakan orang ramai tidak mendapat maklumat yang meluas mengenai taman negara ini memandangkan ianya masih baru dan belum diteroka. taman negara ini dikawal dan diselia dengan ketat oleh Perhilitan bagi memastikan ianya tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
bergambar berlatar belakangkan pokok yang berusia lebih 1ribu tahun.
Terdapat banyak tempat menarik untuk diteroka di taman negara ini seperti menara seraya, bumbun rimau, gua gajah, santuari ikan kelah di jeram tanum dan banyak lagi. selain itu, terdapat juga berbagai rentis untuk jungle trekking. kami hanya sempat melalui rentis gajah, rentis bumbun rimau, rentis palas dan satu lagi rentis yang tak ku ingat namanya.
Hari kedua di sana, kami melakukan aktiviti melabel pokok pada waktu pagi, manakala petangnya kami terus menuju ke santuari ikan kelah di jeram tanum dengan menaiki 'roller coaster'. di sini, ikan kelah dibela dalam sungai yang mengalir. terdapat begitu banyak ikan kelah yang agak besar saiznya. kami sempat memberi makan ikan-ikan kelah ini. dalam perjalan pulang dari jeram, kami singgah pula di menara seraya.
menghayati keindahan ciptaan Ilahi dari puncak menara seraya.. subhanallah...
Di menara seraya, kami dapat meninjau seluruh kawasan taman negara dan juga puncak gunung tahan. suasananya sungguh menakjubkan dengan kabus yang terbentuk di celah-celah puncak gunung, kebetulan pula pada waktu itu adalah waktu selepas hujan. manakala di bumbun rimau pula, kami dapat meninjau keadaan sekeliling dalam hutan. dipercayai haiwan-haiwan liar seperti harimau, gajah, rusa dan haiwan lain pernah dilihat muncul di sini khususnya ketika keadaan yang sunyi.
menara seraya.
hari terakhir di taman negara, kami sempat meneroka ke gua gajah melalui rentis gajah selama 1jam 50 minit berjalan kaki. walaupun terlalu penat berjalan jauh dengan keadaan laluan yang becak dan juga diganggu dengan pacat, namun ianya berbaloi kerana dapat menjejakkan kaki ke gua gajah yang sungguh unik dan mengagumkan. subhanallah.
batu yang berbentuk seperti gajah menyebabkan gua ini dinamakan gua gajah.
secara keseluruhannya, kem ini banyak memberi pengetahuan dan mengajarku menghargai alam sekitar. selain itu, kem ini juga banyak mengajarku berdikari memandangkan aku pergi seorang diri. namun alhamdulillah, aku dapat ramai teman baru khususnya kakak-kakak master UKM. di sini juga aku dapat mengambil pengajaran yang mana lain kali, aku akan menapis setiap program yang aku ingin sertai, semoga kejadian di taman negara ini tidak berulang. sungguh, aku amat tidak puas hati dengan apa yang berlaku di sini. hanya mereka yang menyertai kem ini yang tahu apa yang berlaku. namun aku tidak menyalahkan sesiapa, ianya kesilapan diriku sendiri yang terlalu mudah terpengaruh.astaghfirullah hal azim.

No comments:
Post a Comment