Wednesday, April 1, 2009

Makan Malam Keluarga Aktuari

Syukur alhamdulillah, Makan Malam Keluarga Aktuari berjaya dilaksanakan dalam suasana yang agak meriah pada 29 Mac yang lalu. bertemakan The Black Rose, makan malam kali ini yang diadakan di hotel Residence, Uniten mendapat sambutan yang begitu meriah daripada pelajar-pelajar sains aktuari dari tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. pensyarah dan alumni turut hadir memeriahkan suasana.



sebelum makan, bergambar dulu.=)











Kami pelajar-pelajar tahun 2 yang bertungkus-lumus menganjurkan majlis ini pada awalnya memang tidak menjangkakan kejayaan tersebut memandangkan tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat persiapan dan juga kesukaran untuk berkumpul bagi melaksanakan majlis tersebut. namun, berkat kerjasama yang diberikan berjaya mengatasi segala kekangan. jutaan terima kasih kuucapkan kepada semua sahabatku.

Selain kemeriahan hitam-merah yang ditampilkan oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar tahun 2, majlis diserikan dengan persembahan yang agak menarik daripada pelajar tahun 1 dan juga tahun akhir. agak terharu juga ku lihat persembahan pelajar tahun akhir yang kelihatan agak sedih memandangkan mereka akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. namun, tidak dinafikan, memang sangat sedap kek yang mereka sajikan.=)

Dari segi makanannya pula, makan malam kali ni yang paling best yang pernah ku rasakan. terdapat pelbagai makanan yang amat sedap, penuh dengan lauk-pauk yang pelbagai jenis masakan. selain makanan berat, terdapat juga spageti yang agak sedap, tapi tidak terdaya ku memakannya. maklumlah kali pertama memakannya.=).



inilah dia sebahagian makanan yang disediakan. memang sedap. budu pun ada kt dlm bekas kecil yg warna putih 2.=)















sebahagian drp pelajar sains aktuari tahun 2. manis2 belaka..











hitam-merah.. siapa yang paling menawan?















bergambar bersama pensyarah subjek akaun, Dr Saiful Hafizah merangkap mentor aku.







majlis kelihatan agak gamat pada akhir majlis dengan karenah pelajar-pelajar yang sibuk memecahkan 500 belon untuk mencari harta karun. tidak kurang juga yang mengusik kawan-kawan dengan memecahkan belon di telinga, apalagi pelajar perempuan, menjeritlah.. tak tahannya, ada yang bakal berkahwin pun bukan main lagi berkejaran mencari dan memecahkan belon!!

kesimpulannya, semua orang agak seronok dan berpuas hati dengan makan malam kali ini. dan yang paling penting, objektif program ini iaitu untuk mengeratkan silaturrahim sesama coursemate memang mencapai sasaran dengan jayanya. tahniah diucapkan. lagi satu, malam tu aku dapat kenangan yang cukup kelakar untuk diingatkan, hanya aku dan sarah je yang tau.hehehe=)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin