Tuesday, April 7, 2009

Harapan Setinggi Gunung

Di saat kucoretkan luahan ini, bermacam-macam perasaan ku rasa. rasa terlalu sedih, menyesal, tertekan, bingung dan insaf, tidak dapat diluahkan kepada sesiapa kerana mungkin tak siapa yang dapat memahaminya. aku terlalu sedih kerana telah tersasar jauh dari jalanMu. aku terlalu sedih kerana hanya dengan dugaan ini baru ku ingin mendekatiMu dan mengharap pertolongan dariMu. betapa ku malu dengan diriku sendiri.

mengapa begitu malang nasibku kali ini, mungkin ianya merupakan kifarat kepada dosa-dosa yang kulakukan. aku benar-benar menyesal dan insaf, semoga Allah ampunkan aku. walaupun kurasa rasa amat malu untuk meminta dan berharap kepadaMu, namun aku masih amat berharap semoga aku dapat mendapatkannya kembali walaupun hampir mustahil untuk kumendapatkannya. hanya keajaibanMu yang dapat mengembalikannya kepadaku. aku amat mengharapkan keajaiban itu Ya Allah, kerana tiada sesiapa lagi yang dapat membantuku di saat ini selainMu.

kekadang kurasa putus asa untuk terus berharap, kerana mungkin aku perlu terima hukuman ini sebagai natijah kepada apa yang aku lakukan. namun secara positifnya, aku bersyukur dengan limpahan masalah sebegini kerana aku percaya dugaan yang kuhadapi ini adalah tanda kasihNya kepadaku.

ku akui kini, betapa indahnya perancanganMu Ya Allah. selama ini Kau telah memberiku limpahan kebahagiaan sehingga aku telah lalai dan leka. namun di pertengahan jalan, ku diuji dugaan yang amat pahit untuk diterima. tapi ternyata melalui ujian begini aku kembali dekat kepadaMu. Ya Allah, semoga kau ampuni dosa-dosaku dan terima taubatku. kabulkanlah doa dan harapanku ini, sesungguhnya kepadaMu aku menyandarkan harapan setinggi gunung..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin