Saturday, April 18, 2009

Kejohanan Bowling PERDANA

tarikh : 16 April 2009
tempat : Metropoint Kajang
masa : 2.00 - 6.00 ptg
peserta : 77 orang ahli Perdana
anjuran : exco sukan PERDANA UKM

Alhamdulillah, selesai dah satu lagi program PERDANA, rasa lega sangat-sangat. program kali ini mendapat sambutan yang cukup hangat, tak sia-sia penat lelah aku, selama 2 hari korbankan masa study week untuk uruskan program ni. rasanya berbaloi pengorbananku dengan sambutan yang diterima. program kali ni pun amat best, rugi sape2 yang tak join. betul-betul release tension walaupun sampai hari ni tak hilang lagi sakit lengan aku ni gara-gara baling bola bowling tu..

Pada mulanya, aku agak risau memandangkan 2 hari sebelum program hanya ada 6 orang peserta sahaja yang mendaftar. masa tu terfikir jadi ke tak program kali ni. tapi alhamdulillah, lepas tu handset aku tak henti-henti terima sms. kalut gak aku masa tu coz aku sorang-sorang yang uruskan memandangkan partner sorang lagi sedang bercuti balik kampung! amboi...

Perlawanan bermula dalam pukul 3.30 ptg dengan disertai oleh 20 kumpulan, 11 kumpulan lelaki dan 9 kumpulan perempuan. setiap kumpulan mempunyai 4 orang peserta. apa yang aku perhatikan, perlawanan ini agak santai dan kelakar memandangkan rata-rata peserta khususnya perempuan merupakan kalipertama bermain bowling termasuklah aku sendiri.hehe. peserta lelaki pula nampaknya mantap-mantap semua, tapi nampaknya ada juga yang masuk longkang.hehe. tapi xpe, masuk longkang tu perkara normal..=)

Peserta perempuan lagi la, bola tergolek ke belakang pun ada. tapi xpela, bukannya nak wakil negara pun, sekadar melepaskan tekanan di kala musim exam camni. aku yang pertama kali main ni pulak semangat giler main semata-mata nak dapatkan hamper. sampaikan separuh mati roommate aku gelakkan aku main. tapi, kalah juga akhirnya. tapi klaah tipis je coz 1st game tak berapa mantap lagi, lambat sangat warm up. xpe2, lain kali aku akan mantapkan skill. tapi walaupun pertama kali main, aku tetap dapat mata tertinggi dalam kumpulan. ok la tu.=)

antara peserta yang terlibat...









peserta muslimat..










nampak macam ada gaya pemain handalan rumate aku nih, tapi tetap kalah di tangan aku.hehe


Lastly, syabas dan tahniah kepada semua ajk dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. semoga program PERDANA yang akan datang mendapat sambutan hangat seperti program ini. bersama-samalah kita menyokong dan menjayakan program persatuan kita. nantikan program-program yang lebih menarik yang telah kami susun untuk anak-anak kelate kito.=)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin