Monday, April 27, 2009

Kem Ibadah @ Gunung Jerai

Menikmati keindahan alam dari puncak gunung jerai pasti menjadi pengalaman paling bermakna bagi sesiapa yang pernah mengunjungi puncak gunung ini. keindahan permandangannya sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
permandangan indah dari puncak gunung jerai.

Aku pernah sampai ke puncak gunung jerai pada tahun 2006 kerana mengikuti program kem ibadah yang dianjurkan oleh kumpulan usrah matrikulasi Kolej Mara Kulim, Kedah. program ini adalah satu-satunya program yang aku sertai semasa berada di matrik kerana kesempitan waktu.
puncak gunung dihiasi taman-taman yg cukup cantik!

Program ini sangat menarik dan memberi impak yang cukup bermakna buatku. dengan keadaan yang cukup sejuk dan berangin kencang juga berkabus tebal, program Qiamullail yang dilaksanakan pada jam 4.00pg memberi kelainan daripada qiamullail yang biasa di lakukan di masjid atau di bilik. terasa lebih tenang dan terasa dekat denganNya. dan yang paling penting, doa mudah temakbul. buktinya, semua hajatku pada waktu itu termakbul.alhamdulillah..
jalan menuju ke beranda yg dibina khas utk menyaksikan permandangan terindah..

Apa yang paling menarik berada di puncak gunung ini ialah menyaksikan permandangan matahari terbenam pada waktu petang. subhanallah, sukar untuk diungkap dengan kata-kata betapa indahnya suasana pada waktu itu. dari puncak ini juga, dapat dilihat pantai merdeka, tanjung dawai dan sawah padi yang terbentang luas. hmm, teringat pula lagu cinta di pantai merdeka.
chalet utk disewa

Suasana pada waktu malam pula teramat sejuk hinggakan pijak tangga marmar terasa seperti pijak ais! keadaannya juga sentiasa berkabus tebal dari pukul8 mlm hingga waktu pagi. ditambah pula angin kencang yang bersimpang-siur, terasa seperti berada dalam cerita hantu pula. nasib baik kami semua ditempatkan di chalet yang disediakan, kalau tak, kesejukan dan ketakutan la bermalam di situ.
di sinilah tempat kami menginap.. dlmnya cukup luas dan dilengkapi dgn tv, peti ais, bilik air yg dilengkapi pemanas, & tilam yg empuk..

Begitulah sedikit sebanyak pengalamanku berada di puncak gunung jerai. memang menarik dan indah tempatnya. tapi sayang sekali, segala kenangan dan pengalaman berada di sana tidak dapat diabadikan dalam gambar kerana aku tidak punya kamera waktu tu. terasa nak pergi sekali lagi untuk merakam pengalaman di sana.hmm, mungkin untuk bulan madu dengan suami pula.huhu=)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin