Sedar tak sedar, peperiksaan akhir semakin hampir, begitu cepat masa berlalu. namun Alhamdulillah, perjuangan kali ini kurasa begitu bersemangat untuk menempuhinya tak seperti yang sebelum ini. walaupun amat sibuk dengan urusan harian, ke sana ke mari, ditimpa pula dugaan yang amat perit, namun ku bersyukur dapat menempuhinya dengan penuh kesabaran dan keredhaan.
Hampir seminggu ku berfikir, muhasabah, dan menyepikan diri demi mencari penyelesaian dan titik noktah. akhirnya dengan izin Allah dan petunjuk dariNya dapat jua ku terima segala yang berlaku biarpun belum selesai sepenuhnya. begitu damai hati ini bila dapat mendekatkan diri dan memperoleh limpahan kasihNya.
Teringat pula kata-kata Ustaz Khairil Khuzairi semasa majlis solat hajat serta ceramah ringkas di masjis UKM semalam yang mana sikap kita amat senang untuk diubah. ianya terpulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu terima perubahan tersebut atau tidak. bertitik tolak daripada itu, aku mula berfikir sudah tiba masanya untuk ku berubah dan membangkitkan kembali semangat yang kian pudar untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. akanku manfaatkan sepenuhnya sedikit masa yang ada ini untuk membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi perjuangan yang akan ku tempuhi sedikit masa lagi.
Namun ku juga ingat kata-kata Dr Mazlan, Penasihat PERDANA yang mana belajar hanyalah wasilah untuk menuju akhirat. jadi, belajar tidak boleh dijadikan matlamat, tetapi matlamat sebenar kita hanyalah mendapatkan keredhaan Allah Taala, barulah setiap amalan dan ilmu yang kita pelajari akan mendapat keberkatan hingga ke akhir hayat. sebab itulah, setiap kali kita memulakan sesuatu pekerjaan, kita hendaklah memulakan dengan bismillah dan juga dengan niat ikhlas untuk mendapat keredhaanNya.
Aku juga ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat bahawa kita perlu seimbangkan kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. apa yang aku perhatikan, ramai dikalangan kita yang hanya mementingkan kecemerlangan dunia semata-mata, sedangkan kecemerlangan akhirat terabai. perlu diingat, apa yang kita capai di dunia tak menjamin kejayaan di akhirat kelak. keberkatan dan keredhaan Allah lebih penting dari segala-galanya.
Seterusnya, dalam kita menempuhi perjuangan ini, kita perlulah sentiasa zikrullah. banyakkan membaca surah Ar-Rahman dan juga Yasin, solat hajat, solat taubat dan solat istikharah. InsyaAllah semoga kita diberi ketenangan dan petunjuk dalam menghadapi peperiksaan ini. tak lupa juga amalkan membaca Al-ma'thurat setiap selepas solat subuh dan asar, dan bacaan doa Rabitah untuk melembutkan hati pensyarah yakni bayangkan rupa pensyarah setiap kali selepas bacaan Allahumma innaka ta'lam annahazihil Qulub, dan serahkan segala urusan kepada Allah Taala.
Akhir sekali, ingin ku hulurkan salam kemaafan kepada semua sahabatku dan juga semua insan yang mengenaliku. selamat menempuhi peperiksaan akhir, semoga kita mendapat kejayaan cemerlang selaras dengan usaha yang telah kita taburkan. Wassalam.

No comments:
Post a Comment