Saturday, April 24, 2010

Tragedi

Dalam hidup aku sedari kecil, terlalu banyak kenangan pahit lagi payau. namun yang paling terkesan adalah 3 peristiwa yang mana dua daripadanya berlaku pada tahun 2005 dikala musim peperiksaan SPM. manakala yg satu lg adalah ketika aku berada di tingkatan satu, kira2 9tahun yg lalu. ketiga-tiga peristiwa ini memberi tamparan yang maha hebat buat aku yang seterusnya mencorak perwatakan aku hingga sekarang. 

Memang lumrah.. manusia sekeliling hanya tahu menilai dan menghakimi org di sekelilingnya tanpa berkeinginan utk mengambil tahu apa yg berlaku, apa puncanya setiap sesuatu itu berlaku.. mereka hanya tahu berkata "teruknya dia tu..," ataupun "dia tu xreti nak senyum ke?" mungkin juga "eei, berlagaknya budak tu!" atau "perasan bagus je dia tu!" atau "sombongnya dia tuh!" dan lain-lainnya.. 

Peristiwa penghujung tahun 2005 - terasa diri aku terlalu hina waktu tu.. di saat aku benar2 memerlukan pertolongan, aku terlalu daif tidak berdaya namun tiada satu pun insan yg sudi mghulurkan bantuan.. masih segar dlm ingatanku, keadaanku yg tenat, aku hanya berpaut pada dinding dan hampir merangkak utk bergerak, bersendirian.. sedangkan pada waktu itu ramai manusia yg lalu lalang di situ.. tak nampakkah mereka aku yg tenat tu? tak nampakkah mereka aku yg amat memerlukan bantuan di saat itu? 

Seminggu lepas perisiwa itu pula, satu lg peristiwa yg amat pahit utk ditelan hanya kerana satu pengkhianatan, janji yg dimungkiri.. aku ditinggalkan terkontang-kanting seorang diri di tempat yg asing pada waktu malam. sampai hati mereka itu.. aku hampir2 diculik dan dibawa lari.. aku juga hampir kehilangan maruah seorang wanita. aku cuma bernasib baik kerana masih dpt brfikiran waras waktu itu.. cukup sedih utk dikenangkan.. itulah pengkhianatan dari manusia sekeliling yg tak berperikemanusiaan.. 

Disebabkan dua peristiwa bersejarah ini, aku tekad, aku takkan jejak lagi ke sekolah tu dan aku takkan hadir sebarang reunion yg dianjurkan oleh mereka itu.. peristiwa ini menjadikan aku bangkit seorang diri, aku membawa diri dgn perwatakan yg aku corak sendiri, aku rasa aku tak perlukan sesiapa utk menemani aku.. inilah sebabnya aku tak pernah berkumpul dgn rakan2 sekolah aku slps keluar dari sekolah tu.. mungkin ada yg tertanya2 kenapa aku selalu tidak hadir reunion, itupun kalau ada yg perasan akan kewujudan aku suatu masa dulu. inilah jawapannya.. tak ramai yg tahu kemelut peristiwa ini sebelum ini.. yg tahu pun tidak sepenuhnya aku ceritakan..

Beginilah aku.. setiap kali aku terasa hati, dikhianati dan sebagainya, aku lebih suka membawa diri bersama kenangan yg tak mungkin luput diingatan juga bersama air mata yg kadangkala setia menemani.. aku lebih suka belajar menjadi keras hati.. lantaran itu, aku tak pernah menangisi atau meratapi sebarang perpisahan persahabatan kerana bagi aku persahabatan sejati tak pernah wujud. mungkin wujud dlm hidup org lain, tetapi tidak aku.. keadaan itu berterusan hinggalah aku dipertemukan oleh Allah Ta'ala akan dua org insan...



entry ini ada sambungannya yg akan merungkai siapakah dua org insan tersebut dan apakah yg akan berlaku seterusnya?? adakah hidup aku berubah selepas kehadiran mereka berdua atau sejarah kembali berulang?? apakah pula peristiwa pahit yg satu lagi??  aku akan ceritakan di entry akan datang...

Mode : menaip sambil menyeka air mata.. cett!!! aku benci air mata ini, tak perlu aku bazirkan air mata utk menangisi tragedi itu!!!

4 comments:

amu mejie said...

ala~ cepat2 sambung....

♥Fitnunnisak♥ said...

kalo xde smbutan, mls plak rasa nk sambung~

Unknown said...

erm....yup berbeza...dan mungkin ape yang saya alami lg tragis...sbb saya lupa akan dosa dan pahala ketika hanyut bersama kawan....

♥Fitnunnisak♥ said...

tulah..stiap org punya kisah hidup yg brbeza...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin