Monday, April 27, 2009

Sains Aktuari

Sains aktuari (actuarial sc.) - inilah jalan yang aku pilih untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah. aku tak tahu samaada apa yang aku pilih ni adalah jalan terbaik atau tidak, semuanya urusan Allah. aku sendiri tak pasti kenapa aku terlalu berminat nak amik course ni pada awalnya. mungkin kerana terlalu minat dengan subjek matematik mendorong aku untuk pilih jalan yang tak berapa orang lalu ni. teringat pulak poem The road Not Taken masa belajar kat sekolah menengah dulu.


Al-kisah, aku mula2 tahu pasal course ni masa aku form5 kat SMKA Wataniah, Machang. masa tu aku ikut ceramah motivasi yang dismpaikan oleh kaunselor dari Kolej Mara Kulim, Cg Asmadi namanya. dia citer la, kepada sape2 yang memang minat subjek math boleh la apply course ni. masa tu aku memang minat tahap kritikal punya dengan math ni. so, masa tu aku dah set dalam fikiran macammana sekalipun aku memang nak further study dalam bidang ni.

Sejak dari tu la aku mula tanya2 orang pasal course ni. tapi ramai orang tak tahu pun pasal course ni. ada jugak yang ingatkan course ni berkaitan dengan air dan aku kena belajar berenang.huhu.. yela, dengar pun macam aquari @ akuarium kan. tapi rupa2nya jauh bezanya. daripada kajian yang aku buat, dapat la sedikit maklumat yang membuatkan aku makin bersemangat. nak tau ape? sebabnya course ni boleh buat duit banyak!!

Bayangkan seorang actuary boleh mendapat gaji lebih RM50,000 sebulan! fuhyoo... bertitik tolak dari tu la aku mula set up matlamat nak dapatkan 4flet kat matrikulasi sebab course ni demand dia tinggi. sape2 yang nak amik course ni mesti 4flet, paling rendah pun 3.9++. ini kerana hanya 2 buah IPTA je yang menawarkan course ni iaitu UKM dan juga UiTM. IPTS ada jugak la cikit2. so, masa kat matrix aku pulun habis2, target 4flet punya pasal..

Then, Alhamdulillah berbekalkan 4flet yang ku kejar, aku dapat jugak course ni akhirnya dengan penuh bangga dapat melangkah kaki ke UKM. tapi ramai jugak kawan2 aku tanya apasal tak amik medic @ farmasi? orang laen kejar 4flet sebab nak amik medic @ farmasi. jawabnya, aku memang tak minat langsung subjek biologi. tapi bila jumpa kawan2 laen yang 4flet jugak, terasa pelik pulak, yela tanya yang tu amik apa, medic, yang ni medic, yang tu farmasi. aku je yang pelik. hmm, tapi takpela dah ni jalan yang aku pilih, nak buat camana lagi. tula aku terfikir, kehidupan aku ni banyak related dengan poem The Road Not Taken tu. lepas tu bermula la kehidupan aku sebagai siswi berpandukan jalan yang aku pilih sendiri..

Malangnya, ku sangka intan rupanya kaca. kusangka aktuari ni belajar math, rupa2nya jauh dari yang ku sangka. kalau kat skool dulu, belajar math mesti tak boleh berpisah dengan kalkulator, tapi kat sini, kalkulator takde pun tak kisah. camtu ke belajar math? tapi memang la ada jugak subjek yang sampai bengkak hujung jari tekan kalkulator, tapi math kat sini sangat jauh bezanya dengan belajar math kat skool @ matrix dlu.

Tu la yang menjatuhkan semangat aku untuk belajar kat Univ ni. lepas tu aku jadi banyak main2, buat keje yang tak berfaedah, layan internet, lepak2 sampai la habis semester 1 dan keluar result. hmm, lepas keluar result baru la menyesal tak sudah!! tyme tu aku rasa sangat2 tertekan dan hampir2 tukar course. ingatkan aku sorang je yang jadi macam tu, rupa2nya rata2 coursemate aku pun camtu jugak..huhu..

Namun, berbekalkan semangat dan harapan kedua orang tuaku yang tercinta, ku gagahi jua langkah meneruskn perjalanan. dan Alhamdulillah, aku mula dapat terima takdir dan pilihanku ini sedikit demi sedikit. dan sekarang, rasa best la pulak belajar course ni setelah aku mula nampak relevannya belajar subjek2 yang aku amik ni.

Walaupn course yang aku pilih ni amat berbeza dengan naluri aku yang sangat suka dengan kehijauan alam semula jadi, namun, aku dapat rasakan banyak kelebihan belajar course ni memandangkan pengaplikasiannya amat diperlukan dalam kehidupan seharian. course ini banyak mengajar aku membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan data2 yang dikaji. memang la kita tak boleh predict future, tapi at least kita boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Secara keseluruhannya, student actuary dapat diserap dalam 3 bidang utama iaitu banking, insurans, dan investment. actuary amat penting dalam sesebuah syarikat bagi menentukan jatuh bangunnya sesebuah syarikat itu dan juga tahap kestabilan syarikat.

Dalam post akan datang, InsyaAllah aku akan share apa yang bestnya belajar dalam bidang sains aktuari ni.tunggu....=)

16 comments:

mel_Z said...

go aktuari...aktuari mmg terbaik..

Anonymous said...

salam..

hai..
salam perkenalan..
sy student aktuari juga..
tp akan ke us..

sy pun plan kalau sy xdpt buat aktuari kat ovrc,
sy nak buat kat ukm..

kos ni mmg susah..
tp kalo kita betul2 minat,
insyaAllah, yg susah pun jd senang..

sy pun minat math sgt2.and hate bio too..he~
bnyk la cerita sy sama dgn saudari..
math utk aktuari bukan mudah..
tmbh2 kalkulus..
hehe..

tp alhamdulillah..
now,i can cope with that..

ada 1 post kat log sy pasal aktuari gak..
ada bnyk sgt komen dr org2 yg nak tahu pasal kos ni..

mind if you can visit it too
=)

http://aireensamirah.wordpress.com/2008/11/19/sains-aktuari/

Anonymous said...

sye mcm brmnat ngan aktuari ni..tpix thu pe die..sbb sye mmg mnat giler ngan sbjek math nie..sye hrap dpt lh ape2 mmbntu sye....

Anonymous said...

Hi.i'm in a dilemma.xtau nk plih kos pe.i love calculation.I used to get A in maths n add maths as well.i had nver heard about this course.Account or actuarial science ..which is the best ? nk amik kos ni kne dpt bpe A spm?

Anonymous said...

salam kak . nak tnye . how to cntct akk by fb yea? nak tnye dgn lebih lanjut pasal sn actuary nie . harap akak boley bntu saya . :)

miomop said...

smka wataniah, machang? batch mana eh? ni junior. tp dah lama tggal wataniah

♥Fitnunnisak♥ said...

form 5 2005

Anonymous said...

Salam kak. Masa matriks dulu akak ambik modul berapa eh?

♥Fitnunnisak♥ said...

wsalam.. time akak dulu xde number modul klu tak silap..akak amik sains fizik. dulu2 ada sains bio atau sains fizik je..

Anonymous said...

as'salam kak... kl utk smbg degree untk course sains aktuari... bdang ap yg prlu diambl time matrik @ asasi??

♥Fitnunnisak♥ said...

Kat matrik ada 3 bidang, akaun hayat n fizikal. Utk further in actuary, xkisah amik bidang mna2 kt matrik sbb semua ada belaja add math. Cuma klu amik akaun kt matrik lg better sbb course actuary kt univ ada jugak belaja pasal akaun.

Anonymous said...

Salam. Akak, saya pun bminat utk cuba bidang ni sbb saya minat subjek maths. Bidang ni senang tak utk survive? Atau pun trlalu susah?

♥Fitnunnisak♥ said...

Wsalam. Sy pn xtau ckp mcmna, susah mmg susah, tp klu awk rajin study + study smart, xde mslh..

Unknown said...

Assalamualaikum Kak . Boleyh tak saya nak tahu apa yang actuary science ni belajar . Saya tahu yang banyak kire2 , lebih kepada addmath kan ,pastu Boleyh tak terang kan sikit . Sebabnyaa saya nak amik course ni Nanti . Dengar citer ramai yang amik bidang ni orang cina .pastu , kalau amik bidang ni memang kena guna matriks ke ? Kalau asasi sains fizik all Boleyh sampai ke degree actuary science , kan . Kalau saya amik asasi kejuruteraan , Boleyh tak saya amik degree actuary science ?

Anonymous said...

Salam kak , pndapat akak la kan engineering lg payah ke brbandin actuary ni ?

♥Fitnunnisak♥ said...

Ashik Daie~ pjg sgt la nk explain psl actuary....better awk google je subjek2 yg dlm program actuary ni, byk je info..klu lepasan matrik xkisah bidang ape kat matrik, sume bleh apply..

Anonymous~ sy tak pasti sbb sy amik actuary tak amik engineering.huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin